Anda di halaman 1dari 44

Bahagian C

Teknik Ingat 2 Cari 2

Panduan Menjawab Bahagian C


1. BACA SOALAN DAN PETIKAN DENGAN
TELITI
2. GARISI NILAI / NILAI MURNI / PENGAJARAN
3. BULATKAN CONTOH YANG BERKAITAN NILAI
/NILAI MURNI /PENGAJARAN
4. GUNAKAN TEKNIK I2C2
5. TULIS AYAT DALAM SATU PERENGGAN

GUNAKAN PENDAHULUAN INI


TERDAPAT LIMA PENGAJARAN / NILAI MURNI
DALAM PETIKAN.

INGAT 2 CARI 2 (I2C2)


Teknik I2C2
Penanda
Wacana

Kata Bantu

Aspek Nilai Rujuk Teks

Antaranya... kita mestilah

Selain itu..

kita sepatutnya

Seterusnya

kita haruslah

Di samping
itu..

kita dikehendaki

Akhirnya..

kita sewajarnya

Dicari dan
dijelmakan
oleh murid
(yang
digaris)

Mengaitkan
contoh
daripada
teks
(yang
dibulat)

Baik Hati
Bersangka baik, sedia membantu
orang, menolong orang tua,
menghulurkan derma, belanja
kawan, tidak berdendam

Ayat Contoh:
Aminah membantu ibunya
menyiang ikan di dapur.

Rajin
Mengulang kaji pelajaran,
mengemas bilik, membuat kerja
sekolah, belajar sendiri, latihan
rumah sukan

Ayat Contoh:
Farid mengulang kaji pelajaran
pada waktu malam.

Tolong-menolong
Membantu ibu, membasuh
pinggan, mengajar kawan,
mengangkat buku guru

Ayat Contoh:
Mia mengangkat buku Cikgu
Habibah tanpa disuruh.

Bekerjasama
Gotong-royong, bermain
bersungguh-sungguh, berbincang,
berganding bahu, bergilir-gilir

Ayat Contoh:
Penduduk Kampung Landak
bergotong-royong
membersihkan masjid itu.

Pemurah / Murah Hati


Memberikan hadiah, menghulurkan
derma, belanja kawan makan,
berkongsi makanan

Ayat Contoh:
Siew Mei berkongsi makanan
dengan kawannya itu.

Jujur
Bercakap benar, mengakui
kesalahan, tidak ambil harta orang,
mengembalikan dompet yang
dijumpai

Ayat Contoh:
Siva mengakui kesalahannya di
depan Cikgu Zai.

Amanah
Melakukan tugas yang diberi oleh
guru atau ibu, menyimpan rahsia
atau wang oleh seseorang

Ayat Contoh:
Zaleha melakukan kerja yang
disuruh oleh ibunya.

Rela / Sanggup
Berkorban
Menawarkan diri untuk melakukan
sesuatu, membuat kerja secara
sukarela

Ayat Contoh:
Mimi mengutip sampah di
lantai tanpa disuruh oleh
sesiapa pun.

Menghargai Masa
Bangun awal, ulang kaji pelajaran,
mengemas rumah, menyiapkan
kerja, gunakan masa dengan betul

Ayat Contoh:
Zila bangun awal pagi dan
mengemas katilnya sebelum
pergi ke sekolah.

Penghargaan
Menghargai pertolongan,
mengucapkan terima kasih, memuji
kebaikan, memberikan duit

Ayat Contoh:
Awanis mengucapkan terima
kasih kepada gadis yang
menolongnya tadi.

Prihatin
Menolong orang, menghulurkan
bantuan, menderma, menegur
kesalahan orang, mengutip sampah

Ayat Contoh:
Musa memimpin orang buta itu
melintas jalan.

Berdisiplin
Mematuhi peraturan, tidak langgar
lampu isyarat, ikut arahan guru,

Ayat Contoh:
Mamat tidak melanggar
undang-undang di sekolahnya.

Cinta akan Alam Sekitar


Jaga kebersihan diri, rumah,
sekolah, menebas rumput,
membakar sampah, menanam
pokok

Ayat Contoh:
Ibu menebas lalang untuk
menjaga kebersihan rumah.

Jaga Kesihatan
Makan makanan seimbang,
bersukan, berjoging, bermain
badminton, bersenam

Ayat Contoh:
Datuk bersenam setiap petang
untuk menjaga kesihatannya.

Jaga Keselamatan
Berhati-hati, memeriksa kenderaan,
memandang ke kiri dan ke kanan,
memakai topi keledar

Ayat Contoh:
Ayah memeriksa kenderaan
sebelum balik ke kampung.

Patriotisme
Cinta akan negara, berdiri apabila
mendengar lagu Negaraku, melawat
Tugu Negara dan melawan penjajah

Ayat Contoh:
Semua murid berdiri apabila
mendengar lagu Negaraku.

Tabah / Sabar /Cekal


Tidak kecewa dengan kegagalan,
kematian, kesusahan, diejek, dihina
dan dibuli

Ayat Contoh:
Abang tidak kecewa walaupun
dia gagal dalam UPSR namun
dia tetap belajar untuk PMR.

Peramah
Mudah mesra, bertanyakan khabar
kawan, menyapa kawan baharu

Ayat Contoh:
Sikap Munir yang mudah mesra
menyebabkan dia mendapat
banyak kawan di sekolah.

Ikhlas
Menolak ganjaran & pemberian
orang, melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan

Ayat Contoh:
Budak itu menolak duit yang
diberi oleh Pak Abu kerana dia
memulangkan beg duit itu.

Kasih Sayang / Simpati


Memeluk anak & cucu kerana lama
tak jumpa, menghulurkan derma
kepada orang miskin

Ayat Contoh:
Nenek memeluk cucunya yang
lama tidak berjumpa.

Rasional & Matang


Bertindak setelah berfikir, mencari
jawapan, melakukan sesuatu
setelah memikirkan kebaikannya

Ayat Contoh:
Khalid tidak memarahi adiknya
yang nakal sebaliknya dia
menasihati adiknya.

Semangat Bermasyarakat &


Kejiranan
Gotong-royong, ziarahi jiran yang
sakit, ucap takziah atas kematian,
beri makanan kepada jiran

Ayat Contoh:
Halim menziarahi jirannya yang
sakit di hospital.

Tanggungjawab
Memulangkan harta benda orang,
melaksanakan tugas, menegur
perbuatan negatif

Ayat Contoh:
Dannish melakukan tugasnya
sebagai pengawas dengan baik
sekali.

Berdikari
Membuat sesuatu secara sendiri,
gosok baju, basuh kasut sendiri

Ayat Contoh:
Fifi membasuh bajunya sendiri
tanpa mengharapkan ibunya.

Kebebasan
Mengeluarkan pendapat dalam
perbicangan, mencadangkan
sesuatu kepada orang lain

Ayat Contoh:
Salleh mencadangkan kelas itu
dihiasi dengan cara tradisional.

Kesederhanaan
Merendah diri, tidak sombong,
tidak bermegah-megah atas
kemenangan, berkongsi kejayaan
dengan ibu bapa

Ayat Contoh:
Budak yang pandai itu selalu
merendah diri di hadapan
rakannya.

Bijaksana
Bertindak dengan bijak, melakukan
sesuatu setelah berfikir

Ayat Contoh:
Dia bertindak bijak setelah
melihat kebakaran itu dengan
menelefon pihak bomba.

Wawasan Tinggi
Ingin berjaya dalam hidup,
mengubah nasib keluarga,
melanjutkan pelajaran ke universiti,
ingin menjadi doktor

Ayat Contoh:
Bujang bercita-cita menjadi
doktor pada satu hari nanti.

Dedikasi
Berminat dengan sesuatu, rela
berkorban masa dan tenaga, kerja
dengan bersungguh-sungguh

Ayat Contoh:
Murid tahun enam mendengar
Cikgu Muin mengajar mereka
dengan bersungguh-sungguh.

Toleransi

Tolak ansur, memaafkan kesalahan


orang lain, bagi pinjam pensel
kepada kawan, tidak marah atas
tindakan kawan, tidak ambil hati

Ayat Contoh:
Datuk tidak ambil hati dengan
kelakuan cucunya yang kurang
ajar itu.

Ada Jati Diri


Tahan lasak, cekal hati, tabah
hadapi rintangan dan dugaan, jadi
idola orang ramai

Ayat Contoh:
Kamal tetap tabah menghadapi
dugaan hidupnya yang miskin.

Berani
Menyatakan kebenaran, tolong
orang lemas, berlawan dengan
penjahat, mempertahankan diri

Ayat Contoh:
Alvin terjun ke sungai untuk
menyelamatkan budak yang
lemas itu.

Hormat
Memberi salam, ucap selamat pagi,
bangun apabila guru masuk ke
kelas, senyum kepada orang

Ayat Contoh:
Fatihah memberi salam kepada
cikgunya apabila bertemu di
sekolah.

Jimat-Cermat
Menyimpan duit, menabung,
menggunakan elektrik secara
berhemah

Ayat Contoh:
Kakak menutup suis kipas
apabila tidak menggunakan
kipas itu.

Perpaduan
Persefahaman atau hidup dalam
satu negara dengan aman

Ayat Contoh:
Di Malaysia, semua rakyat
hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.

Simpati
Merasai kesedihan orang lain,
menenangkan kawan yang sedih

Ayat Contoh:
Izila menenangkan kawannya
yang sedih kerana kehilangan
duit.

Hemah Tinggi
Tingkah laku yang terpuji, sopansantun, berbudi bahasa

Ayat Contoh:
Rusmadi murid yang berbudi
bahasa apabila bercakap
dengan gurunya.

Adil / Saksama
Memberikan kerja sama rata dan
diterima oleh ramai

Ayat Contoh:
Tuk Penghulu memberikan duit
pampasan itu secara sama rata.

Gigih
Tidak mudah berputus asa, kental,
kuat semangat, bersungguhsungguh

Ayat Contoh:
Sudah tiga kali Imran gagal
dalam ujian, namun dia tidak
berputus asa dalam pelajaran.

Kesyukuran
Menghargai apa-apa yang dimiliki,
terima sesuatu dengan ikhlas

Ayat Contoh:
Wani menghargai hadiah yang
diberi oleh suaminya walaupun
hadiah itu biasa sahaja.

Anda mungkin juga menyukai