Anda di halaman 1dari 3

Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan

Terima kasih pengacara majlis, salam perpaduan saya hulurkan kepada panel hakim yang arif lagi teguh dipaksi kesaksamaan, dif-dif jemputan yang budiman, seterusnya hadirin sekalian.

Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan. Sebelum saya meneruskan syarahan ini, izinkan saya mendifinisikan tajuknya terlebih dahulu. Sains adalah satu disiplin ilmu, teknologi pula ciptaan secara sistematik dan terkini, pencetus diertikan sebagai menerbitkan dan perpaduan

bermaksud penggabungan. Maka, frasa Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan dapatlah ditakrifkan sebagai ciptaan moden dan canggih yang dapat menerbitkan rasa persahabatan yang akrab dan jitu.

Hadirin sekalian,

Hari ini, dunia menjadi semakin sempit. Jarak bukan lagi penghalang kepada perhubungan sejagat. Ini kerana terciptanya peralatan yang berteknologi tinggi. Kita boleh berkomunikasi secara lisan atau tulisan. Antara peralatan komunikasi tersebut
1

ialah komputer dan telefon selular. Dengan menggunakan ciptaan moden ini perhubungan akan bertambah akrab tanpa perlu mengambil masa yang lama atau mengira tempat untuk

berhubung. Walau di pelosok mana kita berada, komunikasi dapat diteruskan. Terserahlah kepada kita untuk mengaplikasikannya. Tepuk dada, tanya selera.

Hadirin yang dihormati,

Ciptaan moden seperti kereta, kapalterbang dan monorel dapat membawa kita lebih pantas ke destinasi tertentu untuk menziarahi kaum keluarga, rakan dan taulan. Jika dahulu, jarak dari destinasi ke satu destinasi terasa lamanya untuk tiba, tapi kini sebaliknya. Masa yang diperlukan singkat sahaja. Kemudahan ini, boleh melahirkan perpaduan terutama jika dilakukan pada saat keluarga atau rakan ditimpa musibah. Amalan berziarah pada musim perayaan akan menjadi lebih rancak dengan adanya kemudahan ini. Begitulah hebat dan manfaatnya sains dan teknologi dalam memupuk perpaduan.

Melalui komputer juga, kita dapat mengetahui tentang adat resam, budaya dan kepercayaan kaum yang lain. Apabila kita sudah mengetahui, maka kita akan menghormatinya pula. Di samping itu, dengan sendiri kita akan menjauhkan diri daripada bercakap atau menulis sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan emosi rakan kita daripada kaum yang lain. Dengan itu, unsurunsur yang mengganggu gugat perpaduan dapat dihindarkan.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, saya menyeru, saya menyeru agar semua yang ada di dewan ini menggunakan sains dan teknologi bagi merapatkan perpaduan sesama warga negara.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai