Anda di halaman 1dari 26

E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

POLEMIK AMALAN IBADAH HARIAN DI MALAYSIA

Mohamad Anas bin Mohamad Yaakub1 & Aminuddin bin Ruskam1

ABSTRAK

Polemik adalah perdebatan yang panjang mengenai


E-JITU sesuatu isu kontroversi. Dalam realiti di Malaysia, isu
Acceptance date:
amalan ibadah harian telah menjadi polemik yang
st
1 June 2019 hangat dari sudut pegangan mazhab fiqh dan
mengalami perkembangan tertentu mengikut
Valuation date:
st
21 July 2019
keperluan dan keadaan masyarakat semasa. Artikel ini
dihasilkan bertujuan untuk meninjau realiti polemik
Publication date: amalan ibadah harian di Malaysia dari awal
30th Oct 2019
kemunculannya hingga kini. Kajian ini menggunakan
metod kepustakaan menerusi karya-karya yang
berbentuk buku-buku ilmiah, tesis, artikel jurnal dan
prosiding seminar. Hasil kajian mendapati polemik ini masih
mendapat perhatian masyarakat dan perbincangan tentangnya
tersebar luas dengan kemudahan internet dan media sosial. Antara
punca yang dikenalpasti bagi polemik ini ialah kelemahan dari
sudut ilmu pengetahuan seperti persoalan taklid, ijtihad, mazhab,
bid’ah serta perbezaan pendekatan yang diambil. Beberapa
cadangan penyelesaian diusulkan pada tiga unsur utama iaitu ilmu,
akhlak dan pendekatan. Ilmu mengenai hakikat ikhtilaf dan mazhab
serta budaya dialog secara ilmiah wajar diadakan. Unsur akhlak
mementingkan keikhlasan sebagai asas keharmonian dan
mencontohi adab ikhtilaf salafussoleh. Pendekatan wasatiyyah dan
dakwah dapat memacu perubahan umat ke tahap yang tinggi.

Kata Kunci: ibadah harian, fiqh, mazhab, taklid, ikhtilaf

PENDAHULUAN

Tujuan utama manusia diciptakan Allah SWT adalah untuk beribadah kepadaNya
dan bertindak sebagai khalifah dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka
bumi ini. Dengan itu, mempelajari dan memelihara amalan ibadah harian dengan
sempurna merupakan keprihatinan dan keutamaan masyarakat muslim di seluruh
dunia. Maka para ulama dari pelbagai latar belakang ilmu dan budaya
menghasilkan karya-karya bernilai yang dinamakan sebagai Fiqh Al-Ibadat.

1
Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor,
Malaysia, m.anas1988@graduate.utm.my.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 38


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Fiqh Al-Ibadat merupakan istilah dalam bahasa arab yang terdiri daripada
dua perkataan iaitu Fiqh dan Ibadat. Fiqh menurut Al-Jurjani adalah kefahaman
mengenai maksud yang diperkatakan oleh seseorang (Al-Jurjani, 1983). Dalam
istilah syarak, Fiqh ialah suatu ilmu yang membahaskan hukum-hakam syarak
terhadap perbuatan mukallaf bersumberkan dalil-dalilnya yang terperinci.

Al-Ibadah pada bahasa bermaksud ketaatan bersama ketundukan


(Mandzur, 1993) manakala definisinya pada istilah syarak ialah perbuatan
mukallaf yang bertentangan dengan kehendak nafsunya bagi mengagungkan
Tuhannya (Al-Jurjani, 1983). Menurut kamus istilah fiqh, ibadah bermaksud hal
memperhambakan diri kepada Allah dengan taat melaksanakan segala
perintahNya serta menjauhi laranganNya kerana Allah semata, baik dalam bentuk
kepercayaan, perkataan mahupun perbuatan (Mujieb, Tholhah, & Am, 1997).
Secara ringkasnya, Fiqh Al-Ibadah merupakan himpunan hukum-hakam
berkenaan perbuatan menyembah Allah berdasarkan panduan syariat Islam (Az-
Zarqa‟, 2004).

Kajian ini dibataskan pada amalan ibadah khusus yang dilaksanakan


secara harian seperti bersuci, solat, puasa, tilawah Al-Quran dan zikir. Ibadah
Umrah dan Haji tidak dimasukkan dalam artikel ini kerana keduanya mempunyai
perbahasan fiqh yang lebih luas sehingga diwujudkan muzakarah khas bagi
menyelesaikan isu-isu berkaitannya. Ibadah Zakat juga tidak akan dibincangkan
kerana ia berkaitan dengan harta dan urusan sesama manusia.

Kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan kajian kepustakaan dan


analisis dokumen. Kaedah kajian kepustakaan digunakan sebagai teoritikal asal
perbincangan awal mengenai permasalahan khilafiyyah dalam ibadah harian di
Malaysia. Kaedah ini dijalankan dengan merujuk artikel jurnal, tesis penyelidikan,
prosiding seminar dan buku-buku ilmiah. Kaedah analisis dokumen pula
menumpukan pada pengumpulan data dan fakta yang berhubung dengan masalah
yang dikaji. Kajian terhadap dokumen diperlukan bagi memperolehi maklumat
secara mendalam tentang sesuatu perkara.

Polemik amalan ibadah harian yang ditumpukan adalah perbezaan


pandangan fiqh di Malaysia antara dua golongan utama yang bermula pada
penghujung kurun ke 19 masihi iaitu kelompok Tradisionalis (Kaum Tua) dan
Reformis (Kaum Muda). Bagi merealisasikan objektif kajian, penulis
membahagikan artikel ini kepada bahagian : kemunculan polemik, isu-isu yang
menjadi polemik, faktor pencetus, perkembangan mutakhir dan cadangan
penyelesaian kepada polemik.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 39


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

SEBELUM KEMUNCULAN POLEMIK

Sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke 13 masihi,


masyarakat muslim di Malaysia menjalani amalan ibadah harian berdasarkan
pendekatan taklid (taklid dari segi istilah yang didefinisikan oleh ulama usul ialah
mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalilnya) kepada pegangan fiqh
mazhab Syafie (Al-Hafnawi, 1995). Hal ini berlaku kerana beberapa faktor seperti
berikut:

a. Para ulama’ dan pendakwah yang datang ke Tanah Melayu


mengamalkan dan mengajarkan fiqh mazhab Syafi’e.

Masyarakat muslim menerima ajaran Islam daripada para ulama‟ dan


pendakwah yang berasal dari tanah Arab, India ataupun dari Nusantara melalui
pengajian-pengajian agama menurut pandangan mazhab Syafi‟e. Kelas pengajian
agama telah diadakan di istana, masjid-masjid dan madrasah (Noor, 2011).
Berikut merupakan sebahagian kitab-kitab fiqh mazhab Syafie yang menjadi
rujukan pengajian agama di Malaysia (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Rosele,
Ramli, Ariffin, & Marinsah, 2015):

1. Kitab Minhaj At-Talibin karya Imam An-Nawawi


2. Kitab Al-Muhadhdhab Karya Imam Al-Syirazi,
3. Kitab Fathul Wahab Karya Imam Abu Zakariya Al-Ansari
4. Kitab Fathul Mu‟in Karya Zainuddin Al-Malibari Al-Hindi
5. Kitab Sirat Al-Mustaqim Karya Nuruddin Al-Raniri
6. Kitab Kasf Al-Kiram Karya Muhammad Zain Ibn Jalaluddin
7. Kitab Furu‟ Al-Masail Karya Sheikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani
8. Kitab Hidayah Al-Muta‟allim Wa Umdah Al-Muallim Karya Sheikh Daud
Bin Abdullah Al-Fatani
9. Kitab Sabil Al-Muhtadin Li At-Tafaqquh Fi Amr Din Karya Sheikh
Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari

b. Sistem pengajian dalam Institusi pondok

Institusi pondok yang diperkenalkan sejak awal kedatangan Islam ke


Tanah Melayu iaitu pada kurun ke-19 masihi memantapkan lagi pegangan
masyarakat muslim terhadap fiqh mazhab Syafi‟e (Rawi, Baharudin, Lubis, &
Romli, 2015). Konsep „menadah kitab‟ iaitu mencatat dan menghafal butir-butir
ilmu tanpa menimbulkan persoalan menjadi kebiasaan penuntut di pondok.
Kaedah pembelajaran ini melahirkan masyarakat yang taat dan hormat yang tinggi
kepada ulama sehingga tindakan berfikir secara kritikal dan mempersoalkan hujah
dianggap tidak menghormati mereka dan tidak warak. Kewarakan para penuntut

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 40


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

di pondok mengukuhkan lagi pegangan masyarakat terhadap fiqh mazhab Syafi‟e


tanpa sebarang pertikaian (Bakar, n.d., 2006; Mahaiyadin, 2017a; Yaakub,
Hamidon, Ruskam, & Zulkifli, 2018a).

c. Penguatkuasaan Undang-undang

Kedudukan mazhab Syafi‟e di Malaysia bertambah kukuh apabila majlis-


majlis agama negeri telah memperuntukan enakmen-enakmen negeri berdasarkan
mazhab Syafi‟e. Perkara ini boleh dilihat pada Akta Pentadbiran Undang-undang
Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dalam seksyen 39 yang sebahagiannya
memperuntukkan:

i. Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau


memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, mufti hendaklah
pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad)
mazhab Syafi‟e (Rosele et al., 2015).

Pendekatan taklid kepada mazhab Syafie dalam menunaikan kewajipan


ibadah harian telah mewujudkan keseragaman dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat muslim di Malaysia. Walaupun begitu, kebiasaan taklid ini telah
menimbulkan kesukaran dalam membezakan antara amalan yang mempunyai asas
dalam agama ataupun amalan rekaan.

Berikut merupakan beberapa contoh amalan yang dilaksanakan


masyarakat muslim dengan beranggapan ianya merupakan ajaran Islam yang
sebenar (Adam, Kadir, & Ahmad, 2010; Adam, Khairi, Kadir, Abd, & Mohad,
2014; K. Ahmad, Abdullah, Ariffin, & Yusoff, 2017; Alwi, 2010; Faiz, 2016;
Rahman, 2012; Yaakub et al., 2018a) :

a. Pemujaan tempat-tempat yang dianggap keramat.


b. Pemujaan orang yang dianggap sebagai wali.
c. Memohon hajat, melakukan meditasi dan bertawassul di kubur-kubur.
d. Berzikir sambil menari
e. Meninggalkan kewajipan Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji serta
mencipta kewajipan baru dengan hujah mendapat mimpi atau kasyaf
(Menurut Jurjani, kasyaf adalah kemampuan untuk mengetahui makna-
makna ghaib di sebalik hijab) (Al-Jurjani, 1983).
f. Mandi Safar: Mandi Safar atau dikenali dengan „Mandi Sapo‟ adalah ritual
berbentuk mandi yang dilakukan pada hari Rabu terakhir dalam bulan
Safar dengan tujuan menolak bala (Abdullah, 2010; Sagala, 2018). Ayat-
ayat Al-Quran ditulis pada kertas dan direndam dalam air untuk digunakan
semasa mandi. Tiada nas yang ditemui melainkan ungkapan oleh Sheikh

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 41


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Syafruddin dalam kitab Ta’liqah, kitab Jawahir dan Taj Al-Mulk (Khoiri,
2017). Mandi Safar telah difatwakan haram dan khurafat oleh Pemangku
Mufti Johor, Dato‟ Dr Abd Jalil Hassan pada 1963 (Berita Harian, 1963).
g. Selawat khas yang berunsur Syiah.

PERMULAAN POLEMIK

Sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun 13 masihi hingga ke


penghujung kurun ke-19 masihi iaitu selama lebih kurang 700 tahun, kedudukan
mazhab Syafi‟e yang sebati dengan masyarakat mula dicabar oleh golongan
reformis yang dikenali dengan beberapa istilah seperti Kaum Muda, Salafiyyah,
Ansar Sunnah, Ittiba‟ As-Sunnah, Islah dan sebagainya sehingga menimbulkan
polemik agama (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Man & Ali, 2005; Maszlee
Malik, 2017).

Di sebelah pihak, Kaum Tua atau golongan Tradisionalis bangkit


mempertahankan amalan tradisi masyarakat. Pertembungan pendapat yang
berlaku di Malaysia lebih tertumpu pada persoalan fiqh dalam isu-isu ibadah dan
tasawuf sahaja berbeza dengan keadaan di Indonesia yang meluaskan hingga ke
isu falsafah (Abdullah, 2010). Kedua-dua golongan ini mempunyai pendirian dan
pandangan tertentu terhadap amalan ibadah harian seperti berikut :

Kaum Muda

Kaum Muda menentang budaya taklid buta yang diamalkan masyarakat kerana
dianggap membawa kepada kejahilan dan dikeji (Kaum Muda di Tanah Melayu
terkesan dengan perjuangan tajdid di Timur Tengah yang dipelopori oleh Sayyid
Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara tokoh-tokoh
reformis di Malaysia, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh al-
Hadi (Abdullah, 2010). Ulama mujtahidin seperti Imam-imam mazhab tidak
menggalakan taklid buta, melarang sikap fanatik malah menyarankan budaya
berfikir dan meneliti pendapat yang telah dipilih (Mahmood Zuhdi Abd Majid,
2007; Za‟ba, 2017).

Seruan utama golongan ini adalah merujuk kembali kepada sumber asal
agama iaitu Al-Quran dan Hadis tanpa mengikat diri dengan mazhab tertentu.
Talfiq dan Ijtihad dijadikan alternatif bagi amalan taklid buta yang telah menjadi
kebiasaan masyarakat sebelum ini (Abdullah, 2010). Bagi mereka, keunggulan
salafussoleh dalam peradaban ilmu adalah kerana kepesatan ijtihad dalam
menggali hukum-hakam agama dan mengemukakan pandangan fiqh yang lebih
tepat mengikut keadaan semasa.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 42


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Pemurnian terhadap amalan ibadah harian yang menjadi kebiasaan


masyarakat dilakukan dengan menolak amalan-amalan bid‟ah dan khurafat yang
tiada asal yang sabit dengan tunjuk ajar Rasulullah SAW (Abdullah, 2010;
Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Maszlee Malik & Hamidah Mat, 2017).

Kaum Tua

Kaum Tua atau golongan tradisional berjuang mempertahankan tradisi konservatif


dan menganggap pembaharuan yang dibawa Kaum Muda akan memecah
belahkan masyarakat yang telah selesa dengan amalan tradisi. Pemikiran baru ini
dikhuatiri akan menjatuhkan umat Islam kerana meninggalkan ajaran generasi
terdahulu dan mengikuti rentak pembaharuan Barat (Saadan Man, Abdul Karim
Ali, Luqman Hj Abdullah, Rushdi Ramli, & Inarah Ahmad Farid, 2009). Karya-
karya klasik dianggap sudah lengkap bagi menyelesaikan setiap permasalahan
agama tanpa perlu sebarang penambahbaikan sedangkan pada hakikatnya, karya-
karya klasik itu tidak cukup berwibawa berdiri sendiri dalam mengatasi isu-isu
yang lebih kontemporari (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007).

Menurut Kaum Tua, budaya taklid perlu dikekalkan sehingga dianggap


sebagai rukun kepada agama manakala pintu ijtihad perlu ditutup bagi
mengelakkan kesalahan dalam mengeluarkan hukum agama (Hamka, 2010).
Sikap terlalu berhati-hati dan terlalu menghormati sumbangan ulama silam
menjadikan golongan ini mempertahankan amalan tradisi yang dianggap baik
walaupun tidak mempunyai sandaran hujah yang kuat dari sumber syarak (Rosele
et al., 2015). Pendirian ini diambil bagi mengelakkan kekeliruan dan memelihara
perpaduan masyarakat muslim.

Apabila perbalahan yang berlaku dikuasai oleh rasa fanatik, maka


pergaduhan itu membawa kepada suasana tuduh-menuduh. Pelbagai gelaran
dilemparkan kepada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka seperti sesat,
wahabi, ahli bid‟ah, liberal, kuburiyyun dan sebagainya (Farid & Man, 2012;
Mohd Rumaizuddin Ghazali, 2017; Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad,
2007; Saadan Man, 2018)

Kesan negatif daripada polemik ini telah memecahbelahkan masyarakat


yang terkeliru sehingga berlaku situasi solat dua imam, pulau-memulau dan
enggan menghadiri jemputan majlis perkahwinan (Abdullah, 2010; Shuib, 2007).

BEBERAPA ISU POLEMIK AMALAN HARIAN

Terdapat pelbagai isu yang menjadi perdebatan hangat antara kedua golongan ini.
Jika diperhatikan dengan teliti, pertelingkahan itu hanya berlaku pada perkara

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 43


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

furuk atau khilafiyyah bukan usul. Berikut adalah beberapa isu yang dibahaskan
dalam polemik :

i. Status najis jilatan anjing

Ia merupakan isu khilafiyyah pertama yang dibahaskan di Malaysia. Isu jilatan


anjing telah menjadi perbincangan hangat sehingga dianjurkan debat perdana di
Istana Sri Cemerlang, Kelantan pada tahun 1937 berikutan fatwa yang diberikan
oleh Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa kepada Sultan Kelantan yang
membela anjing ketika itu. Beliau menyatakan jilatan anjing tidak perlu disamak
kerana mengambil pandangan mazhab Maliki dan mengharuskan talfiq dalam
masalah tertentu (Abdullah, 2010; Hassan, 1979).

Daripada perdebatan yang dianjurkan itu, Sultan Kelantan yang menjadi


hakim tidak dapat memutuskan pemenang dan membiarkan masyarakat untuk
memilih mana-mana pendapat antara pandangan ulama konservatif ataupun ulama
islah (Hassan, 1979).

Isu kenajisan anjing sering menjadi perbincangan dan kerisauan


masyarakat di Malaysia sebagai negara multi etnik dan agama. Persoalan ini
timbul dalam perkara yang melibatkan kemudahan awam seperti berpindah ke
rumah yang didiami sebelumnya orang yang membela anjing. Perlukah disamak
seluruh rumah itu ? Atau hanya dicuci secara biasa ? Atau dibiarkan sahaja jika
tiada kesan ?.

Perbincangan isu ini kembali hangat apabila kontroversi najis anjing di


pusat membeli-belah yang berlaku pada tahun 2015 dan 2016 sehingga
menyebabkan hampir 500 buah troli disamak kerana tidak dapat dipastikan troli
yang terkena najis anjing (Sinar Harian, 2015, 2016).

ii. Status Wuduk Apabila Tersentuh Kulit Perempuan Ajnabi

Isu batal atau tidak wuduk seseorang apabila tersentuh kulit tanpa alas silang
jantina ajnabi turut diperselisihkan antara dua golongan ini. Kaum Tua
berpendapat bahawa wuduk terbatal jika bersentuh kulit lelaki dan perempuan
ajnabi tanpa lapik secara mutlak. Sebaliknya, Kaum Muda berpegang dengan
pandangan tidak batal wuduk itu pada keadaan yang sama (Abdullah, 2010).

Perbezaan pandangan dalam masalah ini bukanlah tercetus antara dua


golongan ini, tetapi ia telah dibahaskan oleh Imam-imam mujtahid mazhab
terdahulu. Mazhab Syafie menyatakan hukumnya batal wuduk apabila bersentuh
kulit tanpa alas dan pandangan ini yang dipertahankan Kaum Tua dan masyarakat
awam di Malaysia (Ghani, 2008).

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 44


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

iii. Qunut dalam solat Subuh

Kaum Tua berpegang teguh dengan mazhab Syafie yang menyatakan bacaan
Qunut dalam solat Subuh adalah sunat ab‟ad. Sebaliknya, Kaum Muda
menganggap Rasulullah SAW tidak membacanya cara berterusan dalam solat
Subuh dan boleh dibaca pada waktu lain terutama ketika dalam keadaan bahaya,
yang dinamakan Qunut Nazilah. Pendapat Kaum Muda mengambil pandangan
mazhab Ulama Hanafiyah dan Hanabilah berdasarkan hadis riwayat Anas bin
Malik (Hadis riwayat Abu Daud, no hadis : 1445. Disahihkan oleh Al-Bani, Abu
Daud, 2009):
َ َ ُ َ َ َّ َ ُ َّ َ َ َّ َّ َ
َ‫هللا َعل ْي ِه َو َشل َم َق َى َت ش ْه ًزا ث َّم ت َزك ُه‬ ‫صلى‬ ‫أن الى ِبي‬
“ Sesungguhnya Nabi SAW melakukan doa qunut selama sebulan
kemudian Nabi SAW meninggalkannya ” (Riwayat Abu Daud)

iv. Tahlil dan kenduri Arwah

Isu tahlil dan kenduri Arwah merujuk kepada perkumpulan di rumah keluarga si
mati dan diadakan bacaan Yassin, zikir tahlil serta doa kepada arwah. Ada yang
diadakan tiga hari berturut-turut bermula hari kematian dan mengulanginya pada
hari ke-40, hari ke-100 dan seterusnya (Abdullah, 2010; Joll, 2014; Prof. Madya
Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad, 2007).

Amalan ini dipertahankan oleh Kaum Tua berdasarkan dalil-dalil umum


sebagai hadiah kepada si mati dan menjamu makan kepada hadirin yang
menyedekahkan pahala bacaan Quran dan tahlil (Joll, 2016) .

Bagi Kaum Muda, amalan tahlil dan kenduri arwah ditolak dan termasuk
dalam bid‟ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW(Abdullah,
2010).

Malah terdapat pelbagai lagi permasalahan khilafiyyah yang dibahaskan


seperti lafaz Usalli, lafaz Basmalah semasa bacaan Al-Fatihah, lafaz Saidina
dalam tasyahud, bilangan jemaah solat Jumaat, bilangan rakaat solat Terawih dan
banyak lagi. Kesemua isu yang diutarakan itu tiada penghujungnya kerana
akhirnya masing-masing mempunyai sandaran dalil sama ada secara khusus
ataupun dalil umum.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 45


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

FAKTOR PENCETUS POLEMIK AMALAN IBADAH HARIAN

Berdasarkan analisis terhadap pertembungan antara Kaum Tua-Kaum Muda serta


isu-isu amalan harian yang menjadi pertelingkahan di Malaysia, dapat
dikenalpasti beberapa faktor yang mencetuskan polemik ini seperti berikut :

Persepsi terhadap taklid dan ijtihad

Pendekatan taklid kepada sesuatu mazhab menjadi persoalan yang menimbulkan


konflik antara Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua berpendapat taklid adalah
harus malah boleh menjadi wajib ke atas orang awam yang tiada kemampuan
berijtihad (Al-Hafnawi, 1995; Jainal Sakiban Al-Jauhari, 2010; Mahaiyadin,
2017a). Hujah mereka adalah firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 43 :
َ َ ََ ُ ْ ّ َ ْ َ َُ ْ َ
َ‫الذك ِز ِإ ْن ك ْى ُت ْم ال ت ْعل ُمىن‬
ِ ‫فاشئلىا أهل‬
“ Maka bertanyalah kepada Ahli Dzikri (orang yang berpengetahuan)
sekiranya kamu tidak mengetahui.”

Menggali hukum-hakam fiqh daripada sumbernya iaitu Al-Quran dan


Sunnah memerlukan kepada penguasaan ilmu alat yang kuat dan metodologi
perumusan hukum (istinbat) yang kukuh dan kemampuan menghasilkan ijtihad
yang tepat. Kerana inilah dinamakan seseorang itu sebagai Mujtahid. Maka adalah
mustahil bagi orang awam meninggalkan taklid (Mahaiyadin, 2017a).

Pendapat ini disanggah Kaum Muda kerana taklid iaitu mengikuti suatu
pandangan tanpa mengetahui dalil dianggap sikap pasif dalam beragama yang
boleh menimbulkan salah faham dan penyakit fanatisme sehingga
memecahbelahkan masyarakat (Man & Ali, 2005). Malah para Imam Mujtahidin
yang menjadi ikutan itu menggalakan supaya dinilai pandangan dan hujah yang
ada seterusnya memilih suatu pandangan dengan keyakinan (Za‟ba, 2017).

Taklid secara membuta-tuli boleh mengakibatkan pandangan yang dipilih


itu sebenarnya datang dari Ulama muqallidun sesuatu mazhab yang adakalanya
menyimpang dari pendapat Imam Mujtahid mazhab tersebut. Sebagai contoh,
dalam isu berzikir secara berjemaah selepas solat, Imam Asy-Syafie menyarankan
agar dilakukan zikir itu secara perlahan (Asy-Syafie, 1990). Akan tetapi di
Malaysia khususnya, Ulama muqallidun mazhab Syafie menjadikan zikir
berjemaah selepas solat sebagai amalan kerana menganggapnya suatu yang baik.
Akhirnya ia diterima masyarakat sebagai amalan mazhab Syafie walaupun pada
hakikatnya berlainan dengan pendapat Imam Asy-Syafie sendiri (Man & Ali,
2005).

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 46


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Taklid juga dilihat mengikat masyarakat pada sesuatu pandangan klasik


yang mungkin tidak relevan dengan permasalahan kontemporari. Oleh itu, Kaum
Muda membuka pintu ijtihad seluas-luasnya kepada mereka yang berkelayakan
dalam menghasilkan penafsiran fiqh yang lebih tepat mengikut keperluan semasa.
Ia selari dengan seruan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah tanpa
meninggalkan khazanah ulama silam yang perlu dijadikan panduan. Kemampuan
untuk berijtihad perlu digunakan sebaiknya sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang menyentuh mengenai pahala berijtihad (Hamka, 2010).

Bagi orang awam yang tidak berkelayakan untuk berijtihad, Kaum Muda
mencadangkan konsep Ittiba‟ sebagai alternatif kepada taklild. Ittiba‟
menanamkan sikap positif terhadap masyarakat awam dalam meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam kehidupan beragama. Konsep Ittiba‟ menjadikan masyarakat
lebih proaktif dan yakin dalam memilih pendapat fiqh serta dapat menghindari
ajaran yang menyeleweng.

Persoalan berpegang dengan satu mazhab khusus

Legasi mazhab Syafie telah bertapak di Tanah Melayu selama lebih 700 tahun dan
dijadikan pegangan rasmi dalam aspek ibadah, muamalat, pentadbiran,
pendidikan dan kehakiman. Hal ini dilihat Kaum Tua sebagai kewajipan dalam
memelihara pengamalan agama, membentuk keseragaman dan menjaga
perpaduan.Tindakan keluar daripada mazhab menimbulkan kejanggalan dan rasa
tidak selesa (Man & Ali, 2005).

Pandangan ini disanggah Kaum Muda dan melihat berpegang dengan satu
mazhab khusus akan menyempitkan keluasan fiqh dan mengakibatkan timbulnya
semangat fanatisme yang dilarang. Keengganan meninggalkan pandangan yang
lemah pada mazhabnya kepada pandangan yang kuat pada mazhab lain
merupakan tanda taksub kepada mazhab (K. Ahmad et al., 2017). Maka Kaum
Muda mengusulkan konsep Talfiq yang menggabungkan pelbagai pandangan
mazhab dalam memecahkan dominasi mazhab Syafie (Man & Ali, 2005;
Shamsuddin & Sitiris, 2018).

Persoalan bid’ah

Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam memberikan definisi bid‟ah dan


pembahagiannya. Natijahnya, kedua golongan ini saling mempertahankan
pendirian masing-masing dalam melihat persoalan bid‟ah dengan pandangan yang
sempit atau lebih luas.

Kaum Muda beranggapan bahawa semua perkara baru yang tiada bukti
jelas daripada Rasulullah SAW adalah bid‟ah dan perlu ditinggalkan. Seruan

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 47


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dijadikan senjata dalam memerangi amalan
tambahan yang tidak pernah dikerjakan Rasulullah SAW walaupun sekali
(Abdullah, 2010).

Mereka sangat tegas dan sependapat dengan kata Ibnu Taimiyyah yang
menyatakan bahawa melakukan sesuatu amalan tambahan dan melaziminya
secara konsisten adalah bid‟ah atas dua sebab, yang pertama kerana dia beri‟tiqad
bahawa apa yang diamalkan itu disyariatkan. Kedua, dia melazimi amalan yang
tidak dilazimi oleh Rasulullah SAW (Mas‟od, n.d.).

Sebaliknya, Kaum Tua memilih untuk melihat persoalan bid‟ah dalam


kerangka yang lebih luas. Golongan ini sependapat dengan pandangan Imam Asy-
Syafie yang memperincikan bid‟ah kepada dua jenis melalui katanya :

ٌ ‫الص َّى َة َف ُه َى َم ْح ُم‬


، ‫ىد‬ َ ‫ َم ْح ُم‬: ‫الب ْد َع ُة ب ْد َع َتان‬
ُ ‫ َف َما َو َاف َق‬، ‫ىد ٌة َو َم ْذ ُم ْى َم ٌة‬
ِ ِ ِ
ْ َ َ َ َ َ
ٌَ ‫و َما خال َف َها ف ُه َى َمذ ُم‬
‫ىم‬
“Bid’ah itu dua jenis : Bid’ah yang dipuji dan bid’ah yang dikeji. Apa-
apa yang selari dengan Sunnah maka dia adalah bid’ah yang dipuji, dan apa-apa
yang bertentangan dengannya (Sunnah) maka dia adalah bid’ah yang dikeji”
(Al-Asqalani, 1379).

Maka pada pendirian Kaum Tua, Bid‟ah itu terbahagi kepada dua, Bid‟ah
Hasanah (Bid‟ah yang baik) dan Bid‟ah Mazmumah (Bid‟ah yang dicela). Bid‟ah
Hasanah ialah perbuatan baru yang diadakan selari dengan Sunnah ataupun tidak
bercanggah dengan Al-Quran, Sunnah, Athar Sahabat dan Ijmak, manakala
Bid‟ah Mazmumah bertentangan dengan Sunnah atau bertentangan dengan Al-
Quran, Sunnah, Athar Sahabat dan Ijmak (Joll, 2014).

Oleh kerana Kaum Muda telah terjebak dengan semangat radikalisme,


maka dengan mudah mereka mengkritik sesetengah amalan tradisi masyarakat
yang tiada sandaran jelas dari Al-Quran dan Sunnah serta melabelkan semua
perkara baru yang diada-adakan sebagai bid‟ah (Abdullah, 2010; Man & Ali,
2005). Kaum Tua mengakui bahawa ianya bid‟ah yang diada-adakan tetapi ia
termasuk dalam kategori Bid‟ah Hasanah.

Perbezaan Pendekatan

Ketika Islam mula tersebar ke Tanah Melayu, para pendakwah menggunakan


pendekatan dakwah penuh berhikmah dan secara berperingkat (Rahimin Affandi
Abd Rahim, 2006). Hal ini penting kerana masyarakat melayu sebelum menerima
Islam mengamalkan agama Hindu-Buddha selama lebih lima kurun (Noor, 2011).

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 48


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Pengaruh agama itu telah dibuang sedikit demi sedikit dengan penumpuan pada
persoalan aqidah yang betul berbanding persoalan fiqh ibadah (Ramli, n.d.).

Buktinya dapat dilihat pada amalan pemujaan dewa dan roh yang menjadi
amalan turun-temurun masyarakat melayu sebelum menerima Islam. Amalan
syirik itu tidak dibuang terus oleh pendakwah ketika itu. Apa yang berlaku ialah
ianya diubah suai menjadi zikir tahlil dan jamuan makan bersama berbanding
bacaan mentera dan persembahan korban kepada roh-roh sebelumnya. Hasilnya,
proses Islamisasi masyarakat berhasil dengan kesabaran dan kebijaksanaan
pendakwah (Deuraseh, 2010; Yaakub, Hamidon, Ruskam, & Zulkifli, 2018b).
Pendekatan dakwah ini juga dipegang oleh Kaum Tua dalam memastikan
kehidupan beragama masyarakat dalam keadaan yang harmoni dan seragam.

Sebaliknya, Kaum Muda menggunakan pendekatan radikal dan bersikap


tergesa-gesa mengharapkan perubahan. Kelantangan mereka seolah-olah
menafikan sumbangan ulama terdahulu dalam pembinaan kefahaman Islam
masyarakat melayu (Rahimin Affandi Abdul Rahim, 2003; Yaakub et al., 2018a).
Kegairahan mereka dalam menentang bid‟ah tanpa strategi dakwah dan ilmiah
yang betul menyebabkan konflik hebat terjadi antara Kaum Tua dan Kaum Muda.
Masyarakat yang keliru akhirnya memilih untuk bersama dengan amalan tradisi
(Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007).

PERKEMBANGAN MUTAKHIR POLEMIK AMALAN IBADAH


HARIAN

Pertembungan yang berlaku pada awal kemunculan polemik sejak kurun ke-19
masihi sehingga kini mengalami perubahan yang pantas walaupun terdapat graf
turun dan naik. Mutakhir ini, polemik amalan ibadah harian di Malaysia dilihat
mempunyai suasana yang berbeza dan lebih mencabar berbanding situasi sebelum
ini atas sebab-sebab berikut :

Kemajuan Sains dan Teknologi

Sains dan Teknologi mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia.
Dalam aspek amalan ibadah harian, kemunculan isu-isu kontemporari yang tiada
nas mendesak para fuqaha untuk memberikan fatwa yang tepat berdasarkan hujah
ilmiah yang kuat (Alias, Mohammad Azam, Mohd Zakhiri, & Mohamad Khari,
2016). Permasalahan-permasalahan baru fiqh dinamakan sebagai Al-Qadaya Al-
Fiqhiyah Al-Mu’asirah yang bermaksud Isu-isu fiqh kontemporari.

Antara kesan penemuan sains moden terhadap fiqh ialah memberikan


pemahaman baru terhadap beberapa istilah fiqh yang akhirnya menghasilkan
fatwa-fatwa yang baru. Sebagai contoh, istilah al-Jawf yang dibahas ulama silam

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 49


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

dalam isu perkara yang membatalkan puasa. Penemuan sains perubatan moden
dapat memberikan fuqaha gambaran yang lebih jelas mengenai makna al-Jawf.
Hal ini sangat signifikan kerana kaedah rawatan moden seperti suntikan dan
dialisis menimbulkan persoalan terhadap status puasa seseorang. Maka jalinan
antara dalil-dalil yang sahih dan penemuan sains perubatan menjadikan fatwa
yang diberikan lebih diyakini (Mat & Ghani, 2012).

Kecanggihan teknologi dalam mencipta peralatan moden telah mengubah


corak hidup dan keperluan masyarakat. Beberapa persoalan kontemporari dalam
amalan harian yang timbul kesan daripada kemajuan teknologi adalah seperti
berikut (Saud, 2014) :

a) Status kesucian air logi yang dirawat


b) Status kesucian menggunakan dry cleaning
c) Kesan celupan pewarna rambut dalam bersuci
d) Kesan gel rambut dalam bersuci
e) Tiub kencing bagi pesakit dalam bersuci
f) Penentuan arah kiblat menggunakan peralatan moden
g) Solat atas kapal terbang
h) Jamak solat kerana menjalani pembedahan atau menjalankannya.
i) Status puasa bagi orang yang melihat matahari terbenam kemudian
matahari muncul semula kerana menaiki kapal terbang.
j) Kesan ubat asma (nab) terhadap puasa
k) Ubat titis mata, telinga dan hidung terhadap puasa
l) Status puasa penderma darah

Menurut Al-Sayis, terdapat dua jenis hukum syarak, pertama, hukum yang
tetap dan tidak berubah walaupun berlaku perubahan setempat atau semasa.
Kedua, hukum juz‟iyyah yang fleksibel dalam memelihara kepentingan hidup
manusia. Oleh itu, Para fuqaha zaman ini menggunakan seluruh keupayaan
mereka untuk berijtihad kerana isu-isu ini tiada nas yang jelas dari Al-Quran,
Hadis, athar sahabat mahupun karya-karya ulama silam. Maka terhasil fatwa yang
baru.

Peningkatan graduan luar negara

Peningkatan jumlah graduan Malaysia dari luar negara mencorakkan suasana fiqh
amalan harian di Malaysia. Bantuan dana dari pihak kerajaan, swasta atau orang
persendirian menyumbang kepada peningkatan jumlah ini. Berikut adalah statistik
bagi graduan tempatan dari Timur Tengah yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi tahun 2017 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017) :

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 50


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Bil. Negara Timur Tengah Tajaan Persendirian Jumlah

1 Mesir 2,575 6,817 9,392


2 Jordan 653 730 1,383
3 Sudan 0 75 75
4 Kuwait 4 0 4
5 Yaman 0 452 452
6 Arab Saudi 324 0 324
7 Morocco 125 34 159
Jumlah 3,681 8,108 11,789
Statistik graduan tempatan dari Timur Tengah tahun 2017

Pelbagai bentuk kefahaman dan pengamalan fiqh amalan harian yang


dipelajari dari tempat pengajian masing-masing dibawa masuk ke tanah air.
Perasaan tanggungjawab dan amanah ilmu mendorong mereka untuk
menyebarkan kefahaman fiqh amalan harian yang mungkin berbeza daripada
kebiasaan masyarakat. Firman Allah SWT yang maksud :

“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi


(ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan
antara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan
agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya
apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga
dirinya.”
( Surah Al-Taubah, 9 : 122)

Penyebaran Maklumat

Revolusi Industri 4.0 membuktikan bahawa penggunaan kemudahan teknologi


dan internet khususnya telah merubah corak pemikiran, keperluan dan aktiviti
harian masyarakat (Hamid, 2016; Yusoff & Hanafiah, 2015). Generasi Z (lahir
1995 – 2010) dan generasi Alfa (lahir 2010 hingga kini) lebih cenderung melayari
internet bagi mendapatkan penyelesaian bagi permasalahan yang dihadapi
termasuk kekeliruan agama kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa
(Bencsik, Juhász, & Horváth-Csikós, 2016).

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 51


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Kemunculan isu-isu yang jarang berlaku menimbulkan tanda tanya kepada


masyarakat apabila ianya ditularkan. Sebagai contoh, terdapat seorang artis
tempatan yang menunaikan solat di dalam kereta lalu disebarkan foto beliau oleh
rakannya. Maka para ilmuan berbeza pandangan memberikan respon dan
pencerahan terhadap isu yang berlaku (Sinar Harian, 2018). Walaupun isu seperti
ini telah dijelaskan oleh ulama, namun apabila berlaku sesuatu peristiwa yang
berkaitan, ianya akan kerap kali dibahaskan sehingga tercetus polemik.

Siri-siri ceramah yang dimuat naik dalam web-web dan media sosial
tertentu sama ada siaran langsung ataupun tertunda menyebar luaskan
pemahaman ibadah harian yang berbeza mengikut metodologi dan kecenderungan
ilmuan tertentu. Jumlah tontonan yang dicatatkan lebih ramai daripada jemaah
yang hadir di tempat kuliah (S. A. Ahmad & Radzi, 2016). Kepelbagaian
pandangan ulama telah membuka mata masyarakat untuk menilai hujah-hujah
yang diutarakan dan ia merupakan perkembangan yang baik dan disarankan demi
menambah kefahaman ilmu agama (Mokhtar, 2018). Keadaan ini membentuk
kefahaman masyarakat yang mungkin cenderung kepada pendapat-pendapat
tertentu tanpa disedari oleh orang lain.

Terdapat kesan negatif terhadap masyarakat yang mengutamakan


penerimaan ilmu agama melalui atas talian semata-mata. Antaranya ialah
kebergantungan sepenuhnya pada pencerahan yang diterima melalui internet
tanpa melihat kepada konteks yang difokuskan penceramah ataupun tanpa asas
yang kukuh dalam pemahaman agama. Sikap ini akan mengakibatkan pendekatan
tatabbu’ rukhas iaitu memilih pandangan yang mudah atas dasar hawa nafsu
bukan hujah dan dalil.

Dari sudut yang lain, berlaku penyelewengan yang disebarkan melalui


media seperti sedutan-sedutan video ceramah agama yang dipotong-potong,
poster-poster kontroversi, kenyataan-kenyataan fitnah sehingga menimbulkan
salah faham terhadap fokus utama penceramah. Malah terdapat banyak berita
palsu yang disebarkan mengeruhkan lagi keadaan (Hamid, 2016). Ini merupakan
fitnah dan cabaran terbesar era ini dalam menilai (tabayyun) kesahan sesuatu
maklumat sebelum menerima dan menyebarkannya.

Penghasilan Karya Ilmiah Mesra Masyarakat Awam

Penghasilan karya-karya kontemporari berkenaan ilmu fiqh dan usul fiqh dalam
bahasa melayu menunjukkan usaha giat para ulama tempatan memberikan
pencerahan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat. Usaha mensarjanakan
masyarakat awam adalah langkah terbaik dalam menuju kebangkitan ummah.
Maka, gambaran yang jelas mengenai hakikat bermazhab dan isu-isu khilafiyyah
dijelaskan dengan bahasa yang lebih mudah agar ia difahami oleh masyarakat

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 52


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

awam. Berikut adalah senarai penulisan terkini dalam usaha membentuk


kefahaman yang bersifat wasatiy (sederhana) :
i. Ini Mazhabku : Bagaimana Saya Beriltizam Dengan Mazhab, karya Dr.
Mohd Hapiz Mahaiyadin. Terbitan Inspirasi Media tahun 2017.
ii. Memahami Proses Istinbat Hukum Syarak, karya Dr. Mohd Hapiz
Mahaiyadin. Terbitan Excelligent Resources tahun 2019.
iii. Khilafiyyah : Persoalan Dan Penjelasan, karya Muhadir Joll. Terbitan
Inteam Publishing tahun 2016.
iv. Tajdid Menuju Transformasi : Sunah Tajdid Satu Kebangkitan Ummah,
karya Fauwaz Fadzil Noor. Terbitan Telaga Biru tahun 2018.
v. Khilaf Ulama Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan Adab-adabnya, karya Prof.
Madya Mohd Saleh Hj Ahmad. Terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau
Pinang tahun 2007.
vi. Fatwa Dan Perbezaan Pandangan : Cabaran Dan Penyelesaian, karya yang
menggabungkan kertas-kertas kerja terpilih dalam persidangan meja bulat
anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIIM). Terbitan IKIM tahun
2018.

BEBERAPA CADANGAN PENYELESAIAN BAGI POLEMIK INI

Berdasarkan faktor pencetus polemik yang telah disentuh di atas, dapat


disimpulkan bahawa terdapat tiga unsur utama yang perlu diperhatikan dalam
mengusulkan cadangan penyelesaian bagi polemik ini iaitu :

1) Ilmu

Ilmu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang


timbul. Bagi polemik amalan ibadah harian, masyarakat perlu mengetahui dan
memahami perkara asas seperti berikut :

i. Hakikat dan kepentingan perbezaan pendapat fiqh (ikhtilaf fiqhi)

Ikhtilaf fiqhi boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian pendapat para


Mujtahid ketika mengeluarkan hukum Syarak daripada nas dengan menggunakan
metod usuliyyah yang berbeza (Rosman, 2016). Ikhtilaf fiqhi adalah perkara yang
daruri dan diraikan dalam sebahagian kehidupan beragama. Terdapat ruang
perbezaan pendapat yang dibenarkan Islam dan ada ruang dilarang (Asy-Syafie,
1940). Polemik amalan ibadah harian yang berlaku di Malaysia melibatkan
perkara cabang atau khilafiyyah itu termasuk dalam ikhtilaf yang dibolehkan.

Dari sudut praktikalnya, ikhtilaf fiqhi sangat diperlukan dalam


menyelesaikan isu-isu kontemporari terutama permasalahan yang tiada nas
dengan solusi yang tepat berdasarkan realiti setempat dan semasa. Ini bagi

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 53


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

membuktikan syariat Islam sentiasa releven dan merupakan penyelesaian kepada


setiap permasalahan umat (Rosman, 2016).
Kefahaman tentang kepentingan ikhtilaf fiqhi dapat menyelesaikan isu
taksub dan fanatisme. Yusuf Al-Qardawi menjelaskan : “ Sesuatu yang boleh
membantu untuk membina sikap terbuka ialah mengkaji perbezaan pendapat di
kalangan ulama. Ia bertujuan untuk mengetahui perbezaan pandangan mazhab dan
kepelbagaian sumber pandangan tersebut. Setiap daripada mereka mempunyai
hujah dan dalil berdasarkan keluasan ilmu mereka dalam syariat Islam itu sendiri.
Oleh sebab itu, para ulama menyatakan, kita wajib mengetahui perbezaan
pandangan fuqaha sebagaimana kita wajib mengetahui masalah yang mereka
sepakati (ijmak). Sesungguhnya perbezaan pandangan mereka adalah rahmat, dan
kesepakatan mereka adalah hujah. Berdasarkan kenyataan ini ada ulama
menyatakan sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan pandangan ulama bukanlah
seorang yang berilmu. Dan sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan pandangan
ulama tidak akan memahami ilmu fiqh sebaiknya “ (Al-Qaradawi, 2001).

ii. Hakikat dan fungsi mazhab

Istilah mazhab pula merujuk kepada institusi yang menyusun hukum-


hakam fiqh dalam syariat Islam secara sistematik melalui metodologi ijtihad
tertentu bagi mendisiplinkan masyarakat awam dengan pengetahuan dan
pengamalan hukum syarak secara konsisten. Dalam bahasa yang mudah, mazhab
adalah institusi pengajaran hukum syarak (Mahaiyadin, 2017a).

Keberadaan mazhab bukan bertujuan untuk mengikat, tetapi bagi


mengekalkan integriti hukum syariat Islam dan mengelakkan daripada penafsiran
tanpa disiplin ilmu yang boleh tersasar dari kehendak asal syarak (Rosele et al.,
2015). Kejahilan dan salah faham terhadap hakikat bermazhab boleh
mengakibatkan perpecahan dalam umat (Saadan Man et al., 2009; Salamon,
Mustari, Mohamed, & Sayed Mahussin, 2003). Kepelbagaian mazhab sebenarnya
menunjukkan kelenturan syarak yang mempunyai banyak alternatif dalam
menyelesaikan masalah, bukan menunjukkan kecelaruan pemikiran (Farid &
Man, 2012) sebagaimana ungkapan Prof Dr. Hamka :

Kita bersatu pada urat dan pada pohon.


Adapun jika banyak cabang kayu adalah itu alamat suburnya
(Hamka, 2010)

Oleh itu, budaya berdialog secara ilmiah dan berhikmah perlu disuburkan
dalam memberikan ruang yang harmoni bagi mencapai kebenaran dan manfaat
buat manusia (Mohd Rumaizuddin Ghazali, 2017; Saadan Man, 2018). Firman
Allah SWT :

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 54


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

َ َّ ْ َ ‫ْاد ُع إ َلى َشبيل ََرّب َك ب ْالح ْك َمة َواملَ ْىع َظة‬


َ‫الح َص َى ِة َو َج ِادل ُه ْم ِبال ِتي ِه َي أ ْح َص ُن‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ‫ين‬ َ ُ ْ ُ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ َّ َ َّ
َ ‫ِإن ربك هى أعلم ِبمن ض َّل عن ش ِبي ِل ِه وهى أعلم ِبامل ْهت ِد‬
“ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat peringatan yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk “
(Surah An-Nahl, 16 : 125)

Dalam menjayakan dialog ilmiah ini perlu diambil perhatian dalam


beberapa perkara seperti menentukan objektif yang ingin dicapai menerusi dialog
dan berusaha menjaga adab berdialog (Ibrahim, 2010). Pada era moden ini,
masyarakat melihat ulama yang berselisih pendapat berhujah melalui alam maya
bukan secara berdepan. Maka diharapkan dialog ini dapat menjernihkan keadaan
dengan mencari titik pertemuan dan menjaga roh ukhuwah sesama muslim
(Ibrahim, 2010).

2) Akhlak

Tanpa akhlak mulia, keharmonian dalam berbeza pendapat tidak akan tercapai
walaupun mempunyai ilmu yang luas. Sepatutnya, orang yang berilmu adalah
orang yang takutkan Allah sebagaimana firmanNya :
َ َ ُ َْ ٌ ْ َْ
‫اب َوألاو َع ِام ُمخ َت ِلف أل َىاه ُه كذ ِل َك‬ َ َّ َ ‫الى‬
ِ ‫اس والدو‬ِ
َّ ‫َوم َن‬
ِ
ُ َ َ َّ َ َ ْ
ُ ‫إ َّه َما َيخش ى هللا من ع َباده‬
ْ َ
ٌَ ‫العل َم ُاء ِإن هللا َع ِز ٌيز غف‬
‫ىر‬ ِِ ِ ِ ِ
“ Dan demikian pula di antara manusia, haiwan melata dan binatang
ternakan ada yang berlainan jenis dan warna. Sesungguhnya orang yang merasa
takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya ialah orang yang berilmu.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun “.
(Surah Fatir, 35 : 28)

Ikhlas Dan Tiada Pengaruh Hawa Nafsu

Orang yang takutkan Allah berusaha membersihkan jiwanya daripada penyakit


hati dan menjaga akhlaknya. Menurut Al-Qaradawi, ikhtilaf yang dicela adalah
yang berpunca dari aspek akhlak seperti merasakan takjub terhadap pandangan
sendiri dan bersangka buruk kepada orang lain (Al-Qaradawi, 2001). Terdapat
agenda tersendiri yang bersifat duniawi demi mempamerkan kehebatan diri,

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 55


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

menjaga populariti atau reputasi di kalangan para pengikutnya sehingga ada yang
sanggup mengorbankan prinsip (Saadan Man, 2018).
Maka, dalam mendepani konflik perbezaan pendapat, keikhlasan
merupakan perkara asas yang mampu membawa kepada keharmonian sebelum
menjalankan usaha-usaha mencari titik persamaan dan merapatkan jurang
perbezaan (Ibrahim, 2010; Mohd Farid Mohd Shahran, 2018).

Contohi Salafussoleh

Sikap mulia dan kebijaksanaan para Salafussoleh dalam berbeza pendapat perlu
dicontohi. Mereka bersikap terbuka, menjaga adab-adab berikhtilaf dan
menghormati pandangan orang lain. Sebagai contoh, Imam Asy-Syafie pernah
menunaikan solat Subuh di masjid Imam Abu Hanifah tanpa membaca Qunut dan
tidak menyaringkan Basmalah kerana menghormati Imam Abu Hanifah
(Mahaiyadin, 2017b).

Antara sikap Salafussoleh yang jarang ditemui pada generasi mutakhir


ialah sifat mudah mengakui kesilapan sekiranya pandangan mereka ternyata
menyimpang dari kebenaran (Saadan Man, 2018). Sifat ini menunjukkan
keikhlasan mereka yang tinggi dan mementingkan kebenaran dalam apa jua
keadaan.

Kesatuan umat Islam perlu menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang
diambil mengatasi keghairahan mempertahankan pendapat sendiri pada perkara
cabang. Hasan Al-Banna menukilkan satu asas kefahaman yang perlu ada pada
isu ikhtilaf fiqhi dalam Usul 20. Dalam usul kelapan, beliau menyatakan :

“ Perbezaan pendapat fiqh dalam soal yang kecil tidak sepatutnya


menjadi sebab perpecahan. Ia tidak sepatutnya menimbulkan permusuhan dan
persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya. Namun tidak
salah untuk menjalankan kajian ilmiah dalam masalah-masalah yang
diperselisihkan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh kasih sayang dan
saling bekerjasama untuk mencari kebenaran. Dengan syarat ia tidak
menimbulkan pertelingkahan yang tidak diingini dan budaya taksub” (Al-Banna,
2003).

3) Pendekatan

Setelah bekalan ilmu dan akhlak mulia dimiliki, pendekatan yang tepat
merupakan langkah berikut yang perlu diambil. Terdapat dua pendekatan utama
yang dipilih sebagai cadangan penyelesaian polemik iaitu :

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 56


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

i. Pendekatan Sederhana Atau Wasatiyyah

Menurut Al-Qaradawi, pendekatan wasatiyyah ialah mengimbangi antara


sikap melampau dan terlalu meringankan (Al-Qaradawi, 2001). Sikap melampau
sangat ditegah oleh Islam berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
َ ّ َ َُ َ َ َ
َ‫ط َُعىن‬
َ ِ ‫امل َت َى‬
َ ‫ك‬ َ ‫َه َل‬
“Celakalah orang-orang yang melampaui batas (Baginda mengulanginya
sebanyak tiga kali) ”

Kecenderungan segelintir pihak yang bersifat keras dan literal dalam


mengeluarkan pendapat sehingga menyusahkan masyarakat. Di sudut yang lain,
terdapat pihak yang bersikap terlalu longgar sehingga merungkaikan perkara yang
disepakati ulama (Mohd Farid Mohd Shahran, 2018).

Antara sikap yang terdapat dalam pendekatan wasatiyyah ialah menjauhi


taksub dan fanatisme terhadap individu atau kelompok tertentu. Kebenaran perlu
dipertahankan walaupun ianya bersama pihak lain. Ini dapat dilakukan dengan
memilih hujah yang lebih kukuh (Al-Qaradawi, 2001; Mohd Farid Mohd Shahran,
2018).

Keperluan meraikan realiti setempat dan semasa merupakan salah satu


pendekatan wasatiyyah. Sesuatu hukum itu perlu disandarkan kepada realiti
dengan mengimbangkan antara maslahat dan mudarat sebelum ianya diputuskan
(Mohd Anuar Ramli, Muhamad Sayuti Mansor, & Lutfi Juwaini, 2015).

Pendekatan wasatiyyah dapat menghindarkan sikap mudah menuduh


orang sebagai sesat kerana tindakan itu sebahagian daripada tanda ekstremisme
dalam beragama. Tuduhan tanpa asas boleh menjatuhkan orang dan
menyemarakkan api permusuhan (Saadan Man, 2018).

ii. Pendekatan Dakwah

Hasan Hudaibi melalui katanya yang terkenal menyatakan, “kita adalah


pendakwah bukan penghukum” (Al-Hudaibi, 1977). Para ulama sebagai pewaris
Nabi SAW dalam mengajarkan hukum agama, perlu juga mewarisi pendekatan
dakwah yang Baginda SAW amalkan. Maka, Pihak yang berbalah perlu melihat
pihak yang lain sebagai mad‟u bukan musuh dengan mengambil langkah berikut :

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 57


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

a) Bina Hubungan Dan Kepercayaan

Komunikasi yang berkesan diperlukan dalam menyuarakan pendapat masing-


masing dan menguruskan perbezaan pandangan. Ia seharusnya bermula dengan
pembinaan hubungan yang baik dan kepercayaan antara sesama ulama dan
masyarakat (Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Abdul Ghafar Don, Adawiyah
Ismail, & Abu Dardaa Mohamad, 2016).

Ulama kini perlu melihat budaya dan psikologi masyarakat melayu di


Malaysia ketika menyampaikan ilmu dan mendidik mereka kerana setiap bangsa
mempunyai keunikan tersendiri. Budaya, cara berfikir dan psikologi masyarakat
di Timur Tengah berbeza dengan masyarakat di Malaysia (Mahaiyadin, 2017a).

b) Penyampaian Yang Mudah

Setelah hubungan dan kepercayaan antara kedua pihak terbina, penyampaian ilmu
boleh dilakukan dengan memberikan pencerahan yang nyata dan mudah secara
berperingkat. Perubahan yang berjaya membumi memerlukan strategi yang
tersusun dan jangka masa yang panjang (Mahaiyadin, 2017a; Mohamad Zulkifli
Abdul Ghani et al., 2016).

KESIMPULAN

Polemik amalan ibadah harian yang berlaku di Malaysia mempunyai latar


belakang sejarahnya yang panjang dan mengalami perubahan selari dengan
peredaran zaman. Perbalahan ini berpunca dari perbezaan kefahaman dalam
persoalan taklid dan ijtihad, persoalan mazhab dan bid‟ah serta perbezaan
pendekatan yang dibawa. Perkembangan mutakhir menjadikan polemik ini
semakin mencabar kerana kemajuan sains dan teknologi, peningkatan graduan
dari luar negara dan penyebaran maklumat yang pantas tanpa sempadan. Usaha-
usaha mensarjanakan masyarakat dikenal pasati melalui penerbitan karya-karya
ulama tempatan. Beberapa cadangan penyelesaian polemik diusulkan pada tiga
unsur utama iaitu ilmu, akhlak dan pendekatan. Ilmu mengenai hakikat ikhtilaf
dan mazhab serta budaya dialog secara ilmiah wajar diadakan. Unsur akhlak
mementingkan keikhlasan sebagai asas keharmonian dan mencontohi adab
ikhtilaf salafussoleh. Pendekatan wasatiyyah dan dakwah dapat memacu
perubahan umat ke tahap yang tinggi.

RUJUKAN

Abdullah, A. R. (2010). Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia : Suatu Kajian


Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah Di Malaysia. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 58


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Abu Daud. (2009). Sunan Abu Daud. Beirut: Dar Al-Risalah Al-Alamiyyah.
Adam, F., Kadir, F. K. A., & Ahmad, W. I. W. (2010). Bidaah Dalalah : Konsep
dan Pengamalannya Dalam Masyarakat Melayu. Jurnal Pembangunan
Sosial, 13, 103–114.
Adam, F., Khairi, F., Kadir, A., Abd, &, & Mohad, H. (2014). Al-Bid‟ah al-
I‟tiqadiyyah: Faktor Kemunculannya Dalam Masyarakat Melayu dan Ruang
Dakwah yang Masih Terbuka. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik.
Retrieved from http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/18-
Dakwah_Bidah_Dakwahetnhnicity.pdf
Ahmad, K., Abdullah, M., Ariffin, S., & Yusoff, M. Y. @ Z. M. (2017). Fanatik
Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia: Analisis
Berdasarkan Pemahaman Terhadap Fiqh Al- Hadith. HADIS : International
Reviewed Academic Jurnal, 7(14), 20–22.
Ahmad, S. A., & Radzi, M. S. M. (2016). Dakwah di Internet: Aplikasi Model
Tetingkap Ekni (TtEKNI) Ke Atas Wacana Mesej Dakwah Di „Group Page
‟ Islamik Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas, 44–63.
Al-Asqalani, I. H. (1379). Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Al-
Makrifah.
Al-Banna, H. (2003). Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn Bhd.
Al-Hafnawi, M. I. (1995). Tabsir al-Nujaba’ bi Haqiqah al- Ijtihad wa al-Taqlid
wa al-Talfiq wa al-Ifta’. Kaherah: Dar Al-Hadis.
Al-Hudaibi, H. I. (1977). Du’ah La Qudhah. Kaherah: Dar Al-Tauzi‟ Wa Al-
Nasyr Al-Islamiyyah.
Al-Jurjani. (1983). at-Takrifat. Lubnan: Dar Al-Kuttub Al-Ilmiyyah.
Al-Qaradawi, Y. (2001). As-Sohwah Al-Islamiyyah Baina Ikhtilaf Masyru’ Wa
Tafarruq Mazmum. Mesir: Dar Al-Syuruq.
Alias, A., Mohammad Azam, H., Mohd Zakhiri, M. N., & Mohamad Khari, O.
(2016). Implikasi Isu-Isu Sains dan Teknologi Dalam Pembangunan
Penyelidikan Fatwa Kontemporari. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship, 2(1), 41–52.
Alwi, E. A. Z. E. (2010). Ajaran Sesat Di Malaysia. Jurnal Peradaban, 3(1), 1–
16.
Asy-Syafie, I. (1940). Ar-Risalah. Mesir: Maktabah Al-Halbi.
Asy-Syafie, I. (1990). Al-Umm. Beirut: Dar Al-Makrifah.
Az-Zarqa‟, M. A. (2004). Al-Madkhal Al-Fiqhi Al-’Am. Damsyik: Dar Al-Qalam.
Bakar, M. A. (n.d.). Amalan Taklid Kepada Mazhab Syafie Di Kedah : Satu
Tinjauan Ringkas, 1–11.
Bakar, M. A. (2006). Pengaruh Amalan Bertaqlid Kepada Mazhab Syafie Di
Kalangan Orang Melayu Di Malaysia. ’Ulum Islamiyyah, 6(1).
Bencsik, A., Juhász, T., & Horváth-Csikós, G. (2016). Y and Z Generations at
Workplaces. Journal of Competitiveness, 6(3), 90–106.
https://doi.org/10.7441/joc.2016.03.06

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 59


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Berita Harian. (1963). Jangan Amalkan Mandi Safar Dan Minum Ayer Wafak -
Seruan.
Deuraseh, N. (2010). Transformasi Amalan Perubatan Tradisional Melayu
Perspektif Rukyah. Jurnal Perad, 3.
Faiz, F. (2016). Sufisme-Persia Dan Pengaruhnya Terhadap Ekspresi Budaya
Islam Nusantara. Esensia, 17(1), 1–15.
Farid, I. A., & Man, S. (2012). Keterbukaan Bermazhab Dalam Realiti Di
Malaysia : Keperluan Atau Kecelaruan ? Jurnal Syariah, 20(3), 289–308.
Ghani, A. A. (2008). Pandangan Mazhab Fiqh Dalam Kes Batal Wuduk Apabila
Bersentuh Antara Lelaki Dan Wanita Bukan Mahram Semasa Tawaf : Satu
Analisis. Jurnal Syariah, 16(2), 269–278.
Hamid, S. A. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial
Masyarakat. Journal Of Social Sciences And Humanities, 1(Special Issue),
214–226.
Hamka. (2010). Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor. Shah Alam:
Pustaka Dini.
Hassan, N. A. A. N. (1979). Perbahasan tentang jilatan anjing : suatu perhatian.
Jebat, 9.
Ibrahim, B. (2010). Perbezaan pendapat dalam perkara cabang fiqh: Analisis
terhadap pandangan al-Qaradawi. Jurnal Syariah, 18(1), 191–228.
Retrieved from
http://apium.um.edu.my/journals/journal_syariah/About_Syariah.php
Jainal Sakiban Al-Jauhari. (2010). Persoalan Mazhab : Kenapa Perlu Mengikut
Mazhab ? Majlis Agama Islam Negeri Johor. Johor.
Joll, M. (2014). Persoalan Bid‟ah Dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam Di
Malaysia. In Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka
2014 (pp. 1–18).
Joll, M. (2016). Khilafiah : Persoalan Dan Penjelasan. Kuala Lumpur: Inteam
Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Statistik Pelajar Malaysia Di Luar
Negara 2017. Retrieved August 6, 2018, from http://mohe.gov.my/muat-
turun/awam/statistik/2017-3/474-statistik-pendidikan-tinggi-2017-bab-6-
pelajar-malaysia-di-luar-negara
Khoiri, K. (2017). ANTARA ADAT DAN SYARIAT (Studi Tentang Tradisi
Mandi Safar di Tasik Nambus, Riau, ditinjau dari Perspektif Islam). Jurnal
Ilmiah Islam Futura, 16(2), 196–210.
https://doi.org/10.22373/JIIF.V16I2.873
Mahaiyadin, M. H. (2017a). Ini Mazhabku : Bagaimana Saya Beriltizam Dengan
Mazhab. Selangor: Inspirasi I Media.
Mahaiyadin, M. H. (2017b). Sumbangan Mazhab Fiqh Terhadap Perkembangan
Hukum Islam Serta Salah Faham Mengenainya.
Mahmood Zuhdi Abd Majid. (2007). Mazhab Syafi‟i Di Malaysia : Sejarah,
Realiti Dan Prospek Masa Depan. Jurnal Fiqh, (4), 1–38.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 60


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Man, S., & Ali, A. K. (2005). Ikhtilaf Fiqhi Di Kalangan Aliran Syafi‟iyyah Dan
Salafiyyah Di Malaysia : Analisis Retrospektif Terhadap Faktor Pencetus.
Jurnal Fiqh, 73–96.
Mandzur, I. (1993). Lisan Al-Arab. Beirut: Dar Sodir.
Mas‟od, M. A. (n.d.). Bid‟ah : Antara Dua Pendekatan. Jurnal Penyelidikan
Islam.
Maszlee Malik. (2017). State “Salafism” in Malaysia: development of the
“Sunnah” reform ideology in Perlis, Malaysia. International Journal of
Islamic Thoughts (IJITs), 6(1), 37–56. Retrieved from
http://irep.iium.edu.my/57598/
Maszlee Malik, & Hamidah Mat. (2017). The Historical Development of the “
Sunnah ” Reform Ideology in the State of Perlis , Malaysia. SAGE Open.
https://doi.org/10.1177/2158244017726356
Mat, H., & Ghani, A. A. (2012). Kesan Rawatan melalui Suntikan ke atas puasa
Pesakit The Effects of Treatment by Injection on Fasting Patients. Journal
of Fiqh, 9(9), 65–86.
Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Abdul Ghafar Don, Adawiyah Ismail, & Abu
Dardaa Mohamad. (2016). Adab Ikhtilaf dalam Dakwah Islamiyah. Al
Hikmah, 8(2), 148–165.
Mohd Anuar Ramli, Muhamad Sayuti Mansor, & Lutfi Juwaini. (2015).
Pendekatan Wasatiyyah Bagi Menangani Ikhtilaf Fiqh Dalam Kalangan
Masyarakat Islam Nusantara. In Moderate Islam for Universal Peace: An
Experience in Southeast Asia (pp. 131–146).
Mohd Farid Mohd Shahran. (2018). Prinsip Dan Adab Perbezaan Pandangan
Dalam Islam. In Fatwa Dan Perbezaan Pandangan Cabaran Dan
Penyelesaian. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.
Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2017). Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam
Menurut Taha Jabir Al-Alwani (1935-2016). Journal of Fatwa Management
and Research, 9, 39–59.
Mokhtar, A. W. (2018). Mencari Kesepakatan Dalam Perbezaan : Talfiq, Taklid
Dan Ijtihad. In Fatwa Dan Perbezaan Pandangan Cabaran Dan
Penyelesaian (pp. 87–108). Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.
Mujieb, M. A., Tholhah, M., & Am, S. (1997). Kamus Istilah Fiqh. Selangor:
Advance Publication.
Noor, A. M. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu. Jurnal
Al-Tamaddun.
Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad. (2007). Khilaf Ulama ’ Dalam
Hukum Fiqh : Sebab Dan Adab-Adabnya. Pulau Pinang: Jabatan Mufti
Negeri Pulau Pinang.
Rahim, R. A. A. (2003). Institusi Pondok Sebagai Penjana Intelektual Ummah Di
Kelantan, 202–212.
Rahim, R. A. A. (2006). Za‟ba dan Idea Tajdid Islam Di Malaysia : Satu Analisa
Ringkas. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 187–231.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 61


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Rahman, A. A. (2012). Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar, Melaka


Menurut Syarak.
Ramli, M. A. (n.d.). Islamisasi Di Tanah Melayu : Analisis Terhadap Proses
Interaksi Antara Adat Dan Syariah Islam. In Wacana Budaya.
Rawi, M. M., Baharudin, H., Lubis, M. A., & Romli, S. A. (2015). Institusi
Pondok Dalam Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia. In International
Workshop And Conference Of Asean Studies On Islamic And Arabic
Education And World Civilization.
Rosele, M. I., Ramli, M. A., Ariffin, M. F. M., & Marinsah, S. A. (2015). Legasi
Mazhab Syafi‟i di Malaysia : Antara Kekangan Tradisionalisme Dan
Tuntutan Liberalisme. In International Islamic Heritagu Conference (pp.
526–534).
Rosman, A. S. (2016). Pemahaman Terhadap Metodologi Ikhtilaf Fiqhi Ke Arah
Menyelesaikan Isu Fanatisme. Jurnal Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa,
7, 75–89.
Saadan Man. (2018). Prinsip Dan Kaedah Dalam Menangani Perbezaan Mazhab.
In Fatwa Dan Perbezaan Pandangan Cabaran Dan Penyelesaian2. Kuala
Lumpur: Penerbit IKIM.
Saadan Man, Abdul Karim Ali, Luqman Hj Abdullah, Rushdi Ramli, & Inarah
Ahmad Farid. (2009). Kesesuaian Pemikiran dan Amalan Mazhab Selain
Syafi`i dalam Masyarakat Islam di Malaysia: Satu Analisis Awal. Jurnal
Fiqh, 6(6), 21–40. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/12422/
Sagala, I. (2018). Extension of Religious Ritual Functions in Development
Process: Study of Mandi Safar in Air Hitam Ocean Indonesia. IOP
Conference Series: Earth and Environmental Science, 156(1).
https://doi.org/10.1088/1755-1315/156/1/012009
Salamon, H., Mustari, A. K., Mohamed, K. A., & Sayed Mahussin, S. A. (2003).
Kajian kesan perbezaan aliran mazhab ke atas kesatuan masyarakat islam.
Retrieved from http://eprints.utm.my/7866/1/71867.pdf
Saud, P. K. P. U. A.-I. M. bin. (2014). Al-Mausu’ah Al-Muyassarah fi Fiqh Al-
Qadaya Al-Mu’asirah. Saudi.
Shamsuddin, M. M. J., & Sitiris, M. (2018). Pengamalan Talfiq (Percampuran
Mazhab) Di Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia. Journal of Education
and Social Sciences, 10(2), 37–44. Retrieved from
http://irep.iium.edu.my/65621/
Shuib, M. S. (2007). Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani
Ekstremism Islam Di Malaysia.
Sinar Harian. (2015). Viral gambar anjing : 500 troli kena samak. Sinar Harian.
Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/semasa/viral-gambar-
anjing-500-troli-kena-samak-1.427948
Sinar Harian. (2016). Giant kesal kes anjing dalam troli. Sinar Harian. Retrieved
from http://www.sinarharian.com.my/semasa/giant-kesal-kes-anjing-dalam-
troli-1.473866

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 62


E-Journal of Islamic Thought and Understanding

Volume 2 (2019)

Sinar Harian. (2018). Fathia solat dalam kereta jadi bualan.


Yaakub, M. A. M., Hamidon, A. H., Ruskam, A., & Zulkifli, A. H. (2018a).
Keanjalan Amalan Fiqh Ibadah Di Malaysia. In International Conference
On Islamic Education : Rabbani Education (pp. 453–463).
Yaakub, M. A. M., Hamidon, A. H., Ruskam, A., & Zulkifli, A. H. (2018b).
Perkembangan Fiqh Ibadah Di Malaysia. In International Conference On
Islamic Education : Rabbani Education (pp. 157–164).
Yusoff, M. Y. M., & Hanafiah, M. G. (2015). Impak Media Baharu Terhadap
Sistem Nilai Masyarakat Melayu Di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 31(312),
33–46.
Za‟ba. (2017). Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Edisi Khas). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

OCTOBER 2019 http://ejitu.uitm.edu.my/ e-ISSN:2006-9617 Page 63

Anda mungkin juga menyukai