Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1

1) Pengenalan Penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan sesuatu maklumat secara menyeluruh dan terperinci. Perkara ini turut disokong oleh Manheim 1977, penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. Penyelidikan yang dilakukan oleh ahli sains sosial dikenali sebagai penyelidikan sosial. Contohnya, apabila seorang guru mengunakan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Lee Kok Chai dan Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin dari Universiti Sains Malaysia berkaitan Kualiti Hidup Sosial dan Isu-isu Perumahan: Kajian Kes di Pulau Pinang untuk mengajar anak muridnya berkaitan faktor penarik dan penolak kepadatan penduduk di Pulau Pinang.1 Perkara ini bertujuan agar pelajar lebih menguasai syllabus mata pelajaran Geografi yang diajarnya. Dapat disimpulkan bahawa, penyelidikan sosial dilakukan untuk mendapat sesuatu maklumat yang baru. Ini membuktikan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh seseorang penyelidik sains sosial boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tanpa mengira bidang yang diceburinya.

2) Plagiarism

Lee Kok Chai dan Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin (2007). Kualiti Hidup Sosial dan Isu-isu Perumahan: Kajian Kes di Pualu Pinang.

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2005:401) etika bermaksud prinsip moral (akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Terdapat beberapa norma etika penyelidikan iaitu kejujuran, ketepatan, integrity, ketelitian, keterbukaan, kerahsian, penerbitan berwibawa, perlindungan subjek dan menghormati harta intelek (plagiarism) Plagiarism ialah tindakan seseorang yang mengambil idea penulisan mahupun maklumat yang telah dikumpul oleh orang lain tanpa memberi penghargaan terhadap maklumat yang telah diambil. Manakala menurut Random House Compact Dictionary (1955) plagiarism ialah penggunaan atau peniruan bahasa atau pemikiran penulis lain dan menghasilkan semula sebagai hasil asli penulis yang kedua. Terdapat beberapa jenis plagiarism iaitu copy paste, pengubahsuaian beberapa perkataan daripada maklumat asal dan penyalinan sumber secara penuh/separa yang mana seseorang menyerahkan tugasan atau projek yang disalin sepenuhnya atau separa dari laman web, karya rakan atau sumber lain tanpa memberi perakuan sewajarnya.2 Antara contoh plagiat jenis penyalinan sumber secara penuh/separa ialah dimana kes seorang pelajar yang belajar di Universiti Indonesia telah menyalin sebahagian besar buku hasil penulisan salah seorang pensyarah UPSI untuk melayakkan pelajar tersebut mendapatkan Ijazah Sarjana Muda daripada salah sebuah university di Indonesia. Manakala contoh plagiat jenis copy paste dilakukan oleh kebanyakan
2

Diperoleh pada November 11, 2011 daripada http://www.ukm.my/puu/Plagiarisme.pdf

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


pelajar yang kesuntukkan masa untuk menyiapkan tugasan, pelajar tersebut akan menyisipkan sebahagian besar teks dari satu sumber atau lebih ke dalam tugasan mereka tanpa menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata. Akhir sekali adalah contoh plagiat yang sering kali dilakukan oleh kebanyakan pelajar university dengan menggunakan kaedah mengubah beberapa perkataan di dalam teks asal tanpa memberi sebarang pengiktirafan kepada pengarang asal. Walau bagaimanapun, masalah plagiat ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya para pendidik memberikan pendidikan yang secukupnya mengenai plagiarism dan cara-cara memetik rujukan yang betul.

3) Penyelidikan Kualitatif Terdapat dua jenis penyelidikan iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang melibatkan data atau maklumat yang diperolehi dan dipersembahkan di dalam bentuk numerical. Manakala penyelidikan kualitatif ialah penyelidikan yang bersifat untuk menilai sesuatu perkara atau mutu. Hal ini turut disokong oleh Strauss and Corbin (1990) yang mana penyelidikan kualitatif ialah penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui procedure statistic atau lain-lain bentuk pengiraan. Terdapat beberapa ciri penyelidikan kualitatif iaitu segala maklumat yang

dikumpulkan adalah bentuk gambar rajah, perkataan atau objek. Selain itu, kajian yang dilakukan juga bersifat menyeluruh atau secara mendalam tentang sesuatu kes
3

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


atau masalah yang dikaji. Oleh sebab itu, kajian yang dilakukan kebanyakannya mengambil masa yang lama namun mempunyai jumlah responden yang sedikit. Tambahan lagi, penyelidikan dilakukan dengan menggunakan kaedah turut serta (participant observation) dan temubual yakni penyelidik akan pergi sendiri tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan merekod perlakuan manusia dalam situasi sebenar. Selain itu, penyelidik hendaklah memahami makna sesuatu masalah yang hendak dikaji agar penyelidikan itu lebih mendalam. Contohnya, apabila seseorang penyelidik yang ingin membuat kajian mengenai gejala ponteng dalam kalangan remaja, penyelidik tersebut hendaklah memahami dahulu apa yang dikatakan dengan masalah ponteng, golongan dan punca pelajar terlibat dalam masalah itu serta penyelidik pergi mendekati pelajar-pelajar yang kerap melakukan kesalahan tersebut dan berbual dengan mereka secara bersemuka dari hati ke hati. Hal ini turut dilakukan sendiri oleh salah seorang pensyarah UPSI bagi menyiapkan penulisan ilmiah beliau, yang mana beliau telah mengkaji mengenai kehidupan masyarakat di FELDA. Oleh yang demikian, beliau telah tinggal di FELDA tersebut selama setahun dan turut serta dengan semua aktiviti di FELDA tersebut serta mengamalkan gaya hidup masyarakat FELDA. Antara kelemahan yang paling ketara penyelidikan ini ialah memakan masa yang terlalu lama. Hal ini akan menyebabkan penyelidik akan membuat tafsiran secara peribadi, kerana penyelidik seakan sebati dengan apa yang hendak dikaji.

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


4) Kaedah Deduktif Kaedah deduktif turut dikenali sebagai top-to-down theory yang mana seseorang penyelidik akan menggunakan sesuatu theory sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan. Kaedah ini juga bertujuan untuk menguji sesuatu teori. Jika kita fahami dari ruang lingkup pendidikan, kaedah deduktif ini amat bersesuaian dengan pelajar yang lemah untuk memahami sesuatu yang baru berbanding dengan kaedah inductive. Contohnya, seorang guru akan memulakan pengajarannya dengan beberapa konsep penting kemudian beberapa contoh dan diikuti dengan latihan. Begitu juga dengan penyelidikan yang mana, penyelidik akan bermula dengan sesuatu yang general kepada yang lebih mendalam (more specific). Kaedah deductive bermula dengan generals idea dan berdasarkan idea tersebut, penyelidik akan membina hypothesis yang specific yang mana akan diuji untuk menyokong generals idea.3 Sebagai contoh, penyelidik yang ingin mengkaji berkenaan dengan perpaduan kaum di Malaysia. Oleh itu, penyelidik mendapati teori yang paling sesuai ialah Exchange Theory yang mana, dalam setiap hubungan yang berlaku bertujuan untuk mendapatkan manfaat sebanyak mungkin. Melalui teori tersebut, penyelidik akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai perpaduan di Malaysia dan masalahmasalah yang dihadapi untuk mencapai perpaduan kaum.4
3

Diperoleh pada November 11, 2011 daripada http://greenspun.com/bboard/q-and-a-fetchmsg.tcl?msg_id=002ZrE


4

Shamsul Amri Baharuddin (2008). Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekalkan kejernihan dalam kekeruhan diperoleh pada November 11, 2011 daripada

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


Namun, penyelidik boleh mengubah atau membubarkan teori tersebut setelah hasil penyelidikan yang diperolehi tidak bertepatan dengan teori yang dikemukan pada awalnya. Hal ini terjadi kerana bahan mentah teori tersebut adalah berlainan dengan sample yang dilakukan pada hari ini. Seperti yang diketahui, teori-teori tersebut telah dikembangkan pada abad ke-20 dan diuji di luar negara yang mana mempunyai cara hidup dan budaya yang berbeza dengan negara kita. Oleh yang demikian, terdapat banyak perbezaan dan percanggahan sekiranya dilakukan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sesuatu teori mungkin selari dengan masyarakat tetapi ianya tidak bersesuaian dengan nilai-nilai agama seperti isu pengklonan.

5) Hipotesis Hipotesis merupakan hubungkait di antara dua jenis pembolehubah.5 Contohnya masalah disiplin belajar berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja. Manakala menurut Leedy and Ormrod (2001), hipotesis adalah andaian logic, tekaan yang munasabah, tekaan yang berpendidikan yang menyediakan penerangan tentative untuk fenomena yang sedang disiasat.6 Hanya melalui penyelidikan dapat
http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Manakala menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992) menyatakan bahawa hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkuhbah atau lebih yang didapati melalui deduksi.
6

Diperoleh pada November 11, 2011 daripada http://people.uwec.edu/piercech/ResearchMethods/Generating

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


menunjukkan sama ada hipotesis itu betul atau sebaliknya. Hipotesis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu alternate hypothesis dan null hypothesis. Alternate hypothesis adalah andaian yang bersifat menyokong terhadap dua pembolehubah. Ianya juga merupakan versi hipotesis positif yang menunjukkan terdapat berhubunagn atau terdapat persamaan antara kedua-dua pembolehubah. Contoh alternate hypothesis ialah peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia menyebabkan berlakunya penurunan kadar kelahiran di Malaysia. Ini merupakan andaian yang bersifat menyokong, iaitu tahap pendidikan mempengaruhi kadar kelahiran. Null hypothesis adalah andaian versi negative iaitu andaian yang tidak bersifat menyokong. Contohnya tahap pendidikan rakyat Malaysia bukan punca berlakunya penurunan kadar kelahiran tetapi disebabkan faktor-faktor lain. Andaian ini tidak bersifat menyokong, iaitu menidakkan tahap pendidikan sebagai punca penurunan kadar kelahiran. Null hypothesis sangat penting kerana ianya akan menggalakkan penyelidik untuk menerokai lebih daripada satu faktor yang mempengaruhi fenomena. Contohnya penurunan kadar kelahiran di Malaysia bukan disebabkan peningkatan pendidikan tetapi disebabkan oleh masalah kesihatan yang menurun, kesibukan bekerja dan kos sara hidup yang tinggi.

6) Bibliografi Lee Kok Chai dan Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin (2007). Kualiti
7

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 11/11/1 1


Hidup Sosial dan Isu-isu Perumahan: Kajian Kes di Pualu Pinang. Diperoleh pada November 11, 2011 daripada
http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/kualiti-hidup-sosial-dan-isuisu-perumahan-kajian-kes-pulau-pinang.pdf

Shamsul Amri Baharuddin (2008). Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekalkan kejernihan dalam kekeruhan diperoleh pada November 11, 2011 daripada http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Diperoleh pada November 11, 2011 daripada http://www.ukm.my/puu/Plagiarisme.pdf

http://www.socialresearchmethods.net

Anda mungkin juga menyukai