Anda di halaman 1dari 6

AT10603 PENULISAN AKADEMIK

SEMESTER 1, 2020/2021

ESEI INDIVIDU 1
∕ ESEI INDIVIDU 2
Tick in the correct box

SUBMITTED TO
PROF. DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN

SUBMITTED BY

No Name Student Card Mobile/Handpho Signature


Number ne Number
1 MARIAM BINTI BUSMAN YA20210022 011-64817326

Thank you
SOROTAN LITERATUR

Sorotan literatur adalah berasaskan pada andaian bahawa pengetahuan adalah dikumpulkan
dan manusia belajar serta memilihnya berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh orang
terdahulu. Sorotan kajian literatur juga merupakan kajian semula dalam mengumpulkan
pengetahuan tentang sesuatu persoalan di mana ianya adalah langkah asas dalam proses
penyelidikan1

a) Pernyataan masalah kajian

Pernyataan masalah kajian adalah rumusan kepada masalah utama kajian. Ia


mengandungi pembolehubah dan hubungan pembolehubah yang dikaji. Pernyataan
masalah yang berkesan menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana dan setakat
mana yang hendak dikaji dan berbentuk operasi. Pernyataan masalah yang baik
akan menyatakan masalah dengan tepat dan jelas, menyatakan hubungan yang jelas
antara pembolehubah yang dikaji serta setiap pembolehubah yang dikaji boleh diuji.

Unsur-unsur yang terdapat dalam pernyataan masalah ialah tajuk, isu, bukti kepada
isu, kekurangan dalam bukti dan penyelesaian terhadap kekurangan bukti tersebut.
Tajuk yang hendak dikaji mestilah tajuk yang bersesuaian dan yang diminati. Hal ini
kerana agar tajuk tersebut tidak membingungkan para pembaca atau pengkaji yang
menyelidiki kajian tersebut.

Seterusnya, isu yang dikemukakan hendaklah relevan dan logik. Isu merupakan
sesuatu masalah yang memerlukan penyelesaian. Sebagai contoh isu ajaran sesat
atau agama yang berunsurkan keganasan dan kejahatan. Bukti kepada isu haruslah
berdasarkan karya yang berkaitan atau kajian yang lepas atau teori atau isu yang
praktikal. Hal ini dapat meningkatkan motivasi para penyelidik atau pembaca akibat
daripada pemantapan penjelasan isu yang tepat dan bukti yang kukuh.

Penyelesaian terhadap kekurangan bukti tersebut mestilah sesuai dengan isu yang
dikemukakan, penyelidik dapat melakukan kajian yang dicadangkan dalam kajiannya
dan menambahbaik kesasihahan luaran dan dalaman kajian tersebut 2.
b) Definisi konsep dan perspektif teori

Teori yang mengandaikan pengetahuan yang dibina iaitu, konstruktivisme radikal


dan konstruktivisme sosial. Konstruktivisme radikal berasal dari gagasan epistemologi
genetik Piaget, dalam mana epistemologinya dikembangkan oleh von Glassersfeld,
manakala aspek metodologi dalam pendidikan matematik pula dikembangkan oleh
Steffe menurut Nik Azis, 19993.
Menurut Tobin (1993), perkataan radikal dapat memisahkan pandangan
konstruktivisme radikal daripada tanggap konvensional bahawa pengetahuan tidak
mencerminkan realiti persekitaran, konstruktivisme radikal mengandaikan
pengetahuan dibina oleh manusia berasaskan pengalaman yang mereka miliki.
Pembinaan pengetahuan berlaku dalam dunia yang disedari oleh mereka, bukannya
diambil atau ditiru dari persekitaran4.
Konstruktivisme sosial merupakan pendekatan psikologi yang antara lainnya
berlandaskan pandangan Vygotsky. Gagasan psikologi ini dimajukan oleh Vygotsky
(1962, 1971) berlandaskan fahaman materialisme dialektik Marxis. Menurut Nik Azis
(1999), konstruktivisme sosial hampir sama dengan konstruktivisme radikal kerana
teori itu menerima kedua-dua prinsip asas von Glasersfeld (1995). Perbezaannya
cuma konstruktivisme sosial mengandaikan bahasa yang digunakan dalam interaksi
sosial mendahului pemikiran dan perkembangan intelek individu, sedangkan
konstruktivisme radikal menganggap interaksi sosial cuma penting sebagai pencetus
rangsangan, namun begitu murid sendiri berperanan membina pengetahuan secara
individu berdasarkan pengalaman lalu5.
Konsep kajian ini adalah berasaskan konstruktivisme radikal. Menurut teori tersebut,
pemahaman merujuk corak pemikiran murid tentang pengetahuan sedia ada yang
mereka miliki (von Glasersfeld, 1998). Namun begitu, Steffe (2002) menyatakan
pemikiran tidak dapat diperhatikan secara langsung, ia hanya boleh ditafsirkan
melalui proses mental seseorang. Tambah Steffe lagi, untuk itu berlaku, beberapa
aktiviti khusus diperlukan bagi membolehkan individu dicabar dan didorong untuk
menjelaskan sesuatu dalam persekitaran yang disediakan 6.
c) Metodologi kajian

Metodologi kajian ialah cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif atau matlamat sesebuah kajian. Hal ini akan menjadikan kajian
yang dilakukan lebih sistematik dan teratur dalam mencapai objektif yang ingin
dicapai.
Antara metode yang digunakan ialah populasi dan pensampelan, instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data dan teknik penganalisis data.
Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang
mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Menurut Rohana Yusof, (2004:105),
setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi berkemungkinan berbeza-beza
dalam banyak segi, namun ianya mestilah mempunyai tidak kurang daripada satu ciri
yang sama. Manakala persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan
daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi tersebut 7.
Bagi instrumen kajian, kaedah yang digunakan adalah soal selidik, ujian bertulis dan
pemerhatian. Kajian yang berbentuk soal selidik adalah popular dan maklumat
berhubung dengan responden dalam boring soal selidik dapat dirahsiakan. Ini
membolehkan responden menjawab dengan selesa dan tanpa kerisauan.
Pemerhatian adalah salah satu cara pengumpulan data yang mengkaji secara
langsung terhadap responden dan penyelidikan yang dijalankan dapat dirahsiakan.
Prosedur pengumpulan data akan dilakukan mengikut kesesuaian masa melalui soal
selidik dan ujian bertulis yang diberikan kepada responden mengikut ketetapan
dalam kajian.
Teknik penganalisis data pula, data akan dikumpulkan melalui set soal selidik dan
ujian bertulis yang telah diagih-agihkan semasa kajian dijalankan telah diproses
untuk mendapatkan hasil daripada data yang diperoleh. Data yang telah dianalisis
akan dibentangkan dengan bantuan rajah, graf atau carta bagi memudahkan
memahami hasil kajian tersebut.
d) Jurang kajian (research gap)

Jurang kajian merupakan aktiviti yang sistematik untuk mengkaji sesuatu isu maka
menggabungkan ‘research’ sebagai aktiviti yang sistematik dengan ‘gap’ yang sangat
tidak bersesuaian. Research gap adalah sesuatu yang belum diketahui atau
‘knowledge gap’ yang perlu diisi. ‘Knowledge gap’ mula diperkenalkan oleh Tichenor,
Donohue dan Olien (1970), yang memberi maksud kelompok elit menguasai
informasi (berpendidikan tinggi) mengatasi kelompok bawahan (berpendidikan
rendah) sehingga wujud jurang pengetahuan yang sekaligus mempengaruhi status
sosioekonomi kedua-dua kelompok8.
Jurang kajian perlu dikenalpasti dengan pembacaan yang banyak dan kemahiran
yang baik dalam mencari sorotan literatur. Mencari kajian lepas yang dijalankan lebih
kurang sama dengan bidang kajian yang dikaji serta menerokai aspek yang lain
dengan lebih mendalam.
Pernyataan masalah hendaklah berkaitan dengan rujukan dan hujah pengkaji lain,
bukan hanya didasari sentimen dan idea pemikiran kita semata-mata. Jika terdapat
panduan atau rujukan statistik tentang sesuatu perkara yang dapat dikaitkan dengan
kajian tersebut seperti statistik kemalangan atau kes bunuh diri maka kajian tersebut
dapat menjadi lebih kukuh. Hal ini kerana nombor atau angka dapat membantu
dalam menguatkan hujah bahawa kajian tersebut penting untuk dijalankan akibat
masalah tersebut benar-benar berlaku.
Pernyataan masalah juga memerlukan sandaran dengan sorotan literatur yang kuat.
Ia mestilah mempunyai satu rujukan literatur yang menjadi artikel utama dan
menjadi panduan yang berkait rapat dengan permasalahan yang ingin dikaji.
Oleh itu, jurang kajian adalah pengisian sesebuah kajian yang dijalankan mengikut
kesesuaian sorotan literatur yang berkaitan.
RUJUKAN

1 http://hipotesisfpp2012.blogspot.com/2012/12/bab-3-sorotan-literatur.html?m=1
2 https://rallang.files.wordpress.com/2014/04/kuliah-2-pernyataan-masalah-
penyelidikan.ppt
3 http://studentsrepo.um.edu.my/3524/8/Bab2.pdf
4 http://studentsrepo.um.edu.my/3524/8/Bab2.pdf
5 http://studentsrepo.um.edu.my/3524/8/Bab2.pdf
6 http://studentsrepo.um.edu.my/3524/8/Bab2.pdf
7 http://studentsrepo.um.edu.my/3982/5/chapter_4.pdf
8 https://www.pascasiswazah.com/apa-itu-knowledge-gap/

Anda mungkin juga menyukai