Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Etika dan Kod Etika Kepada Seorang Guru

Maksud Etika
Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional


Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Maksud Etika Perguruan


Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Kepentingan Etika
Guru peru memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod Etika penting kerana: Kod etika menyediakan garis panduan kepada guru untuk bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kandungan dalam Kod Etika Peguruan di negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding kod etika negara lain.

Guru dapat meningkatkan imej perguruan secara rasmi. Pengamalan etika dapat mengekalkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli organisasi (INTAN, 1991).

Kod Etika Profesion Perguruan


Guru harus bertingkah laku baik berhubung sifat profesionalnya ketika menjalankan tugas. Guru perlu menjalankan tugas dengan jujur. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap muridnya. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap murid tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

Guru haruslah bertugas sebagai penganti ibu bapa dalam membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dengan adil. Guru haruslah menerima perbezaan individu di kalangan muridnya. Guru harus menghormati hak setiap murid.

Anda mungkin juga menyukai