Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.

Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanakkanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita.
Terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.

Tujuan terapi bercerita


Media komunikasi antara ahli terapi dan klien Menggabungkan maklumat verbal dan non verbal yang dibekalkan oleh klien semasa mereka menyampaikan cerita yang akan membawa kepada hasil yang diharapkan. Terapi cerita mengajar cara penyelesaian masalah secara positif dan kreatif. Membolehkan kanak- kanak menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsi dunia secara rasional.

kelembutan

Ajak kanakkanak mereka cerita

Ciri- ciri terapi bercerita

kreatif

Positif

KELEMBUTAN
Guru tidak boleh terlalu ghairah semasa bercerita. Pastikan cerita berkaitan dengan situasi yang sama tetapi bukan betul-betul sama. Guna haiwan-haiwan sebagai watak dalam cerita untuk menggantikan manusia.

KREATIF
Perlu bercerita dengan kreatif dan bersemangat supaya kanak- kanak itu lupa bahawa dia mempunyai perasaan sedih .

Libatkan kanak-kanak dalam cerita itu.


Pencerita perlu menggunakan pelbagai prop seperti boneka, patung haiwan dan papan cerita membuat cerita menarik dan merangsang murid.

POSITIF
Sentiasa akhiri cerita secara positif dimana watak dalam cerita dapat menyelesaikan masalah) Guna cerita untuk meneroka perasaan, mulakan perbualan dan teroka tajuk yang hendak diselesaikan

AJAK KANAK-KANAK MEREKA CERITA


Dapat memperolehi pemahaman yang mendalam tentang bagaimana kanak-kanak menghadapi masalah dengan mendengar cerita mereka. Kanak-kanak boleh memproses peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan dengan lebih mendalam dengan meneroka emosi dan mencapai penyelesaian semasa dia bercerita. Tugas kita adalah mendengar cerita mereka dengan teliti.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITA

Sebelum sesi bercerita bermula


Memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Sebelum sesi bermula, guru harus menghafal isi-isi pentingyang terkandung dalam cerita itu. Alat bantu mengajar juga harus disediakan dan diikuti dengan soalan-soalan. Pastikan murid sudah bersedia sebelum memulakan cerita.

Pastikan murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru

Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.

Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir.

Pastikan suara guru jelas, lantang dan adanya variasi suara.

Semasa sesi bercerita


Mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya.

Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan boleh difahami oleh murid.

Selepas bercerita

Aktiviti susulan (soal jawab, lakonan)

Anda mungkin juga menyukai