Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PEMAINAN KABADI

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. Permainan ini dimainkan oleh kumpulan lelaki dan perempuan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak pertahanan. Pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak pertahanan. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar. Manakala, Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut dikehendaki menyebut kabadi secara berterusan .jika berhenti dikira mati dan perlu keluar. 2 Orang Pengadil & 1 Penjaga Masa diperlukan bagi setiap sesi permainan. Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan. sebaliknya,pasukan lawan berjaya menangkap pihak penyerang dengan tidak membenarkan kembali ke pasukan mereka ,maka mata diberi kepada pasukan tersebut. Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan. Setiap pemain diberi masa selama 30 saat untuk bermain.Masa akan dikira apabila pemain tersebut melepasi garisan tengah.

Anda mungkin juga menyukai