Anda di halaman 1dari 11

PROSES KAUNSELING

KESHAVARTHANI MUGESHINI SHARMILLA SUBASHINI

Kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu melaksanakan kaunseling . Setiap fasa ini pula mengandungi beberapa peringkat serta langkah tertentu.

Fasa Satu

Sebelum proses kaunseling (Peringkat pra-persediaan)

Fasa Dua

Semasa proses kaunseling (Peringkat penyediaan, kemasukan, penetapan/penjelasan,menstruktur perhubungan,penerokaan, pengukuhan dan perancangan)
Selepas proses kaunseling (Peringkat penamatan)

Fasa Tiga

Peringkat Permulaan
1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.

3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

Tempat sesi kaunseling Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai Tahap kemampuan kaunselor dengan klien Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien.

Peringkat Pertengahan
1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. 2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.

3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

(i) Peringkat penyediaan dan kemasukan Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan klien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu. Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi.

(ii) Peringkat penetapan/penjelasan Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien menghurai dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki. Pada peringkat ini, kaunselor sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan untuk melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah boleh mencungkil kehendak sebenar klien.

(iii) Peringkat Perhubungan Membina suasana alam sekeliling yang kondusif Jarak antara kaunselor dengan klien Penampilan diri Ekspresi muka/wajah Cara duduk dalam sesi kaunseling Senyuman

(iv) Peringkat Penstrukturan Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien. Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakannya arah yang sedang dituju.

Peringkat Penamatan
1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan: Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.

Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.

Anda mungkin juga menyukai