Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan

Intervensi - membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Kaunseling - adalah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan masalah dengan batuan kaunselor. Terapi- Rawatan atau pendekatan yang digunakan dalam merawat sesuatu penyakit fizikal atau mental melalui proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan.

Definisi terapi bermain


Menurut Kraus 1990, terapi bermain secara amnya
boleh didefiniskan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak- kanak.
Menurut Carr - Terapi main penting untuk kanakkanak untuk meluahkan pendapat masing masing.

Maka terapi main memberi peluang kepada kanakkanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak- kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Terapi bermain biasanya digunakan kepada kanak- kanak yang mempunyai tahap kefahaman dari 3 hingga 5 tahun. Terapi bermain digunakan kepada kanakkanak mempunyai masalah- masalah seperti berikut:

Ibu bapa bercerai

Perselisihan faham antara adik beradik

Tabiat suka gigit kuku

keganasan

Tidak berkembang dari segi sosial

Mangsa penderaan kanak- kanak

Kanak- kanak berkeperluan khasketidakupayaan dari segi emosi

Tujuan terapi bermain


Mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi yang mengganggu cara kanak- kanak berfungsi secara normal

Memberi kanak-kanak peluang untuk membuat pilihan sendiri tanpa bergantung pada orang lain

Membekalkan tempat yang selamat bagi mereka meluahkan perasaan, memperoleh pemahaman mengenai situasi mereka, dan berubah

Meningkatkan tahap tumpuan dan tahap keyakinan diri

Prinsip- prinsip bermain


Mewujudkan hubungan yang mesra dengan kanak-kanak

Menerima kanak-kanak tanpa bersyarat

Peka kepada perasaan yang dilahirkan oleh kanak-kanak membuat refleksi

Menghormati kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

Bersifat tidak mengarah semasa sesi berlangsung

Solitary play Jenis permainan dimana anak bermain sendiri walaupun ada beberapa orang lain yang bermain disekitarnya. Paralel play Permainan sejenis dilakukan oleh suatu kelompok anak masingmasing mempunyai mainan yang sama tetapi yang satu dengan yang lainnya tidak ada interaksi dan tidak saling tergantung. Asosiatif play Permainan dimana anak bermain dalam keluarga dengan aktifitas yang sama tetapi belum terorganisasi dengan baik,belum ada pembagian tugas, anak bermain sesukanya. Kooperatif play Anak bermain bersama dengan sejenisnya permainan yang terorganisasi dan terencana dan ada aturan tertentu.

Kategori bermain

Alat dan cara bermain akan dapat sekurang-kurangnya menarik minat klien terhadap terapi ini dan dapat memahami rasional tingkah laku mereka.

Menyediakan ruang untuk klien merasai perasaan berkuasa

(sense of power) dan dapat mengawal situasi yang tidak


dirasainya di luar bilik kaunseling.

Membantu klien melahirkan perasaan marah, kecewa, sunyi, malu dan cemburu

Membolehkan kanak-kanak mempraktikkan kemahiran tegas diri.

Membantu mengembangkan kemahiran sosial kepada kanak-kanak


Memberi peluang yang baik untuk mewujudkan interaksi berkumpulan toleransi, kerjasama, ekspresi kendiri, mengurus kemarahan, berkawan dan penyelesaian masalah.

Contoh Terapi Mainan :Puppet


Puppet yang diguna dalam setting yang teraputik memberi peluang kepada klien untuk mereka cerita di mana mereka boleh jadi pelakon dan pengarah, membolehkan mereka beri peranan dan suara kepada puppet mereka. Contoh: klien yang mengalami trauma dan menjadi mangsa (buli, dera, /rogol) boleh diberi peranan sebaliknya (mempunyai kekuatan untuk mengawal seperti memainkan watak polis, hakim).

Cara pelaksanaan : Puppet


Mulakan dengan perbualan biasa atau aktiviti ice breaking yang sesuai Menyediakan beberapa puppet terpilih yang sesuai dengan kelompok / sasaran dan konflik.

Kanak-kanak diberi peluang untuk memilih watak (puppet) sebelum persembahan.

Kaunselor boleh menentukan peranan atau membiarkan kelompok menentukannya (lakonan spontan atau terarah) Kanak-kanak melakonkan watak, dan apabila berlaku konflik, sekatan, atau hilang arah, kaunselor boleh memberhentikan secara verbal atau gesture (freeze).

Setelah konflik dapat diselesaikan, sambung semula (unfreeze) dan proses ini berulang-ulang

Selepas permainan kaunselor boleh mengadakan sesi refleksi (kekuatan, kelemahan, halangan yang dilalui.) Kaunselor boleh beri positive stroke - galakan dan pujian selepas permainan ditamatkan Sesi tersebut boleh ditamatkan dengan ritual biasa seperti `huray, tepukan.

Contoh Terapi Puppet

Contoh Terapi Mainan: TerapiPasir


Kanak-kanak sebenarnya turut mengalami tekanan hidup seperti orang dewasa. Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul dan memilih membuat perangai atau marah kepada ibu bapa mereka akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya dibawa ke alam dewasa.

Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.

Penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran apa yang dirasakan oleh mereka. Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka sedang meluahkan perasaan.
Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya. Selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan kuasa menangani perasaan marah dalam diri mereka.

Contoh Terapi Pasir

Cadangan memulakan terapi bermain


1) Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:
Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.

2) Pilih masa yang sesuai untuk bermain :


Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu.

3) Gantikan alat permainan baru. Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai dengan perkembangan kognitif mereka.

4) . Lepaskan mereka.

Ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka ingin melakukan.

Anda mungkin juga menyukai