Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 1

PENGENALAN HISTOGRAM
Proses menyusun dan menganalisis data yang diberi secara terperinci dan tepatnya
amat diperlukan bagi menghasilkan histogram. Histogram dapat meringkaskan data yang
tertabur dan seterusnya menggambarkan taburan secara sistematik. Saya sebagai
Setiausaha Peperikasaan sekolah akan memaparkan markah empat puluh pelajar Tahun 6
Cempaka dalam bentuk histogram supaya markah-markah tersebut dapat dilihat dengan
jelas dan menghasilkan satu laporan yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat
Peperiksaan.
Selain itu, histogram memberi analisis data supaya dapat menyiasat sebab-sebab
dan mencari cara untuk melaksanakan penambahbaikan. Contoh daripada soalan yang
diberi, faktor yang menyebabkan keputusan yang diperolehi oleh Tahun 6 Cempaka diminta
untuk dicadangkan supaya langkah penyelesaian dapat dicari dengan mengenal pasti
faktor-faktor tersebut.
Untuk menghasilkan satu graf histogram yang sempurna dan lengkap, langkahlangkah tertentu haruslah diikut supaya hasil kerja akan lebih berkualiti dan mempunyai
informasi yang diperlukan. Pertama, sempadan bawah dan sempadan atas bagi setiap
selang kelas hendaklah dicari. Selepas itu, melukis paksi melintang dan paksi menegak
dengan menggunakan skala yang sesuai supaya data dapat diplotkan dengan mudah pada
graf dan histogram. Bagi langkah yang terakhir, melukis bar untuk mewakili setiap selang
kelas dengan ukuran lebar yang sama dan ketinggian bar tersebut mewakili kekerepan
ataupun frekuensi bagi setiap selang kelas.

Pelajar
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

Markah
44
70
78
66
76
97
47
64
93
86
91
58
35
51
43
84
44
41
50
44
36
52
53
48
71
60
45
71
80
66
40
53
49
57
41
62
82
49
50
66

Jadual 1 : Markah Bahasa Inggeris dalam peperiksaan percubaan pelajar Tahun 6


Cempaka.
Data dalam Jadual 1 mempunyai markah yang banyak dan pembinaan taburan
kekerapan dapat memudahkan proses pengumpulan data. Bagi memudahkan proses
pengumpulan data, markah pelajar dikumpulkan dalam satu kotak. Selepas itu , sela kelas
dicari dan bilangan markah terdapat dalam setiap sela kelas digundalkan.
Markah

Bahasa

Inggeris

dalam

peperiksaan

percubaan pelajar Tahun 6 Cempaka


35
36
40
41
41
43

44

44

44

45

47

48

49

49

50

50

51

52

53

53

57

58

60

62

64

66

66

66

70

71

71

76

78

80

82

84

86

91

93

97

Julat bagi data seperti yang di atas merupakan 62.


97 (nilai tertinggi) 35 (nilai terendah) = 62

Yang berikut merupakan sela kelas bagi mengundalkan markah pelajar. Julat setiap
kelas adalah sama.
MARKAH ( SELA KELAS )
30-39
40-49
50-59
60-69
70-79
80-89
90-99

Markah-markah yang dikumpulkan kemudiannya disusun dalam taburan kekerapan


dengan julat kelas sebanyak 10 seperti yang berikut.

MARKAH

TITIK

GUNDALAN

TENGA

KEKERAPAN

SEMPADAN

KEKERAPAN

( f )

KELAS

KUMULATIF

RENDAH

30-39

34.5

II

29.5

40-49

44.5

IIII IIII II

12

39.5

14

50-59

54.5

IIII III

49.5

22

60-69

64.5

IIII I

59.5

28

70-79

74.5

IIII

69.5

33

80-89

84.5

IIII

79.5

37

90-99

94.5

III

89.5

40

Jadual 2: Markah dalam sela kelas, titik tengah, gundalan, kekerapan, sempadan kelas
rendah dan kekerapan kumulatif.

Selepas mencari semua elemen seperti di atas, satu graf dalam bentuk histogram
dilukis supaya analisis dan rumusan terhadap markah tersebut dapat dilukiskan. Graf
histogram di bawah dilukis dengan menggunakan titik tengah (markah) dan kekerapan, f.

Sela kelas (markah) dijadikan paksi-x dan kekerapan, f dijadikan paksi-y. Graf histogram
dilakar seperti yang dalam Rajah 1.

MARKAH BAHASA INGGERIS DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN PELAJAR TAHUN 6 CEMPAKA


14

12

10

8
Kekerapan
6

34.5

44.5

54.5

64.5

74.5

84.5

94.5

Markah

Rajah 1 : Histogram ini meringkaskan markah Bahasa Inggeris dalam peperiksaan


percubaan pelajar Tahun 6 Cempaka dan memudahkan proses analisis.
UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
Ukuran kecenderungan memusat digunakan untuk membuat perbandingan tentang
pencapaian antara calon-calon Tahun 6 Cempaka yang menduduki peperiksaan percubaan

Bahasa Inggeris. Selain itu, ukuran ini juga digunakan sebagai kriteria asas untuk
menentukan gred-gred pencapaian calon serta mentafsir darjah kesukaran dan nilai
kesesuaian ujian. Antara elemen yang terdapat dalam ukuran kecenderungan memusat
ialah mod, min dan median.
MOD
Mod merupakan ukuran yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam sesuatu taburan
skor. Kelas modal merupakan kelas yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi. Merujuk
kepada Jadual 3 yang telah dibentuk seperti yang berikut, kelas modal berdasarkan data
yang
49.
49

diberi
Ini

adalah

mempunyai

paling tinggi antara

MARKAH

KEKERAPAN ( f )

30-39

40-49

12

50-59

60-69

70-79

80-89

90-99

merupakan kelas 40disebabkan kelas 40kekerapan

yang

semua kelas, iaitu 12.

Jadual 3 : Sela kelas dan kekerapan.


Bagi mencari mod, graf seperti Rajah 2 di halaman yang seterusnya dibentuk.

MARKAH BAHASA INGGERIS DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN PELAJAR TAHUN 6 CEMPAKA


14

12

10

8
Kekerapan
6

34.5

44.5

54.5

64.5

74.5

84.5

94.5

Markah

Rajah 2 : Histogram di atas menunjukkan cara mendapatkan mod.

Merujuk kepada histogram dalam rajah 2 , mod = 46.3 markah. Hal ini kerana mod
dikatakan sebagai fenomena yang paling banyak terdapat dalam data. Dalam penelitian
kuantitatif, markah tertinggi adalah 46.3 markah.

MIN
Dalam kes ini, min dapat menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar
Tahun 6 Cempaka dalam peperiksaan percubaan bahasa Inggeris. Min menggambarkan
prestasi keseluruhan supaya prestasi pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama dapat
dibandingkan. Min juga mempunyai peranan yang penting semasa mengira sishan piawai
dan skor varians.
Untuk mencari min, titik tengah, x harus dikenal pasti dan seterusnya didarabkan
dengan kekerapan, f.
TITIK TENGAH, x

KEKERAPAN, f

fx

34.5
44.5
54.5
64.5
74.5
84.5
94.5
Jumlah

2
12
8
6
5
4
3
40

69
534
436
387
372.5
338
283.5
2420

Jadual 3 : Cara mencari fx sebelum mendapatkan min.

Min, x

fx
f

Jumlah fx
Bilangan pelajar dalamTahun 6 Cempaka

2420
40

= 60.5

MEDIAN
Median merupakan skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.
Median boleh dikira dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua
bahagian yang sama. Apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil, median merupakan skor
tengah. Apabila apabila jumlah bilangan skor adalah genap, median merupakan nilai purata
dua skor di tengah-tengah taburan.
Median dapat dicari melalui data seperti yang berikut. Sebelum menggunakan rumus
untuk mencari median,jadual frekuensi kumulatif perlu dibuat.
MARKAH ( SELA KELAS )
FREKUENSI, f
30-39
2
40-49
12
50-59
8
60-69
6
70-79
5
80-89
4
90-99
3
Jadual 4 : Jadual frekuensi kumulatif.

FREKUENSI KUMULATIF,cf
2
14
22
28
33
37
40

Pertama sekali, kita perlu menentukan nilai-nilai akan digunakan pada rumus.Jumlah
data adalah 40.

N f 40
N 40

20
2
2
Maka, nilai 20 terletak pada kelas (50-59) markah.

Kita mendapati bahawa had sela kelas sebelum median adalah 49.5. Bilangan
pelajar adalah 40. Frekuensi kumulatif sebelum median adalah 14 .Frekuensi median pula 8.
Panjang kelas pula adalah 10.

Median, m=

n
F
2
Lm +
c
fm

( )

Lm = sempadan bawah kelas median


n

= bilangan pelajar

= kekerapan terlonggok sebelum kelas median

= panjang kelas median( perbezaan antara sempadan atas


dan sempadan bawah)

f m = kekerapan kelas median

Lm

= 49.5

n = 40
F = 14
c = 10
fm = 8

40

14

10
m 49.5 2
8

= 57

Median markah Bahasa Inggeris bagi Murid Kelas 6 Cempaka adalah 57.

UKURAN KEBOLEHUBAHAN
Ukuran kebolehubahan merupakan suatu indeks atau petunjuk sejauh mana skorskor dalam taburan tersebar. Ukuran sebaran merupakan petunjuk yang sangat penting
untuk data kuantitatif, oleh itu sangat kerap digunakan oleh penyelidik dan dilaporkan dalam
sesuatu penulisan. Antara elemen yang terdapat dalam ukuran ini merupakan julat, varians
dan sisihan piawai.
VARIANS
Varians ditakrifkan sebagai purata hasil tambah kuasa dua sisihan-sisihan daripada
min.
Sebelum mencari varians dan sisihan piawai, jadual berikut dibentuk.

x2

fx

69

1190.25

2380.5

12

534

1980.25

23763

54.5

436

2970.25

23762

60-69

64.5

387

4160.25

24961.5

70-79

74.5

372.5

5550.25

27751.3

80-89

84.5

338

7140.25

28561

90-99

94.5

283.5

8930.25

26790.8

JUMLAH

40

2420

31921.8

157970

MARKAH
(SELA KELAS)

TITIK
TENGAH, x

KEKERAPAN, f

Fx

30-39

34.5

40-49

44.5

50-59

Jadual 5 : Jadual ini mengumpul perkara yang diperlukan sebelum mendapatkan varians
dan sisihan piawai.

Varians =

fx2 ( x )2
= f
=

157970
(60.5 )2
40

= 289

Varians bagi markah peperiksaan percubaan Bahasa Inggeris pelajar Tahun 6 Cempaka
adalah 289.

SISIHAN PIAWAI
Sisihan piawai ditakrifkan sebagai punca kuasa dua nilai varians. Ini bermakna
setelah menentukan varians, sisihan piawai dapat dikira dengan menentukan nilai kuasa
dua bagi varians. Nilai sisihan piawai adalah kecil dan dalam unit yang diukur, manakala
nilai varians adalah besar oleh kerana ia merupakan hasil kuasa dua sisihan-sisihan. Oleh
itu, nilai sishan piawai lebih cekap bagi menggambarkan sebaran.

Sisihan piawai =

fx2
f

2
( x )

289

= 17
Sisihan piawai bagi markah peperiksaan percubaan Bahasa Inggeris pelajar Tahun 6
Cempaka adalah 17.

JULAT ANTARA KUARTIL


Sebelum mengira julat antara kuartil, kuartil pertama dan kuartil ketiga harus dikenal
pasti. Yang berikut merupakan rumus untuk mendapatkan kuartil,

n
F
4
Kuartil pertama = Q 1=LQ +
c
fQ
1

( )
1

Kuartil ketiga

3n
F
4
= Q 3=LQ +
c
fQ
3

( )
3

L = sempadan kelas bawah dalam kelas kuartil


n = Jumlah kekerapan

F = Jumlah kekerapan sebelum kelas kuartil

fQ

= kekerapan dalam kelas kuartil

C = Saiz sempadan kelas

Untuk mendapatkan kuartil pertama:


Dibagi kelas

Q1

adalah

Tn
4

T 40

T 10 , jadi kelas Q1 adalah 40-49

40
28
4
Q1=39.5+
10
12

( )

Q1=39.5+

20
3

Q1=46.167

Untuk mendapatkan kuartil ketiga:


Dibagi kelas

Q3 adalah T 3 n
4

T 3 (40)
4

T 30 , jadi kelas Q3 adalah 70-79

3(40)
28
4
Q 3=69.5+
10
5

Q3=69.5+ 4
Q3=73.5

Julat antara kuartil = Kuartil Ketiga Kuartil Pertama

= 73.5 46.167
= 27.33

RUMUSAN
Merujuk kepada histogram yang dibentuk, sela kelas 40-49 merupakan kelas yang
mempunyai kekerapan yang paling tinggi, iaitu 12. Ini bermaksud 12 daripada 40 pelajar di
kelas Tahun 6 Cempaka mendapat markah di antara 40 sehingga 49. Sela kelas 30-39
mempunyai kekerapan yang paling rendah, iaitu 2. Kelas 90-99 pula mempunyai kekerapan
sebanyak 3. Kekerapan sela kelas 50-59 ialah 8, sela kelas 60-69 merupakan 6, sela kelas
70-79 merupakan 5 dan sela kelas 80-89 merupakan 4.
Merujuk kepada histogram dalam rajah 1, terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan
memusat iaitu min,median dan mod. Min menunjukkan purata markah Bahasa Inggeris yang
diperoleh oleh pelajar pelajar Tahun 6 Cempaka dalam peperiksaan percubaan. Dengan
merujuk kepada histogram dan dikira mengikut formula seperti yang ditunjukkan, min dalam
histogram ini merupakan 60.5 markah. Dengan mendapatkan min, prestasi antara pelajar
atau antara kumpulan dalam ujian dapat dibandingkan. Merujuk kepada kiraan yang
sebelum ini, min juga berfungsi untuk kegunaan mencari sisihan piawai dan varians.
Yang seterusnya merupakan mod, mod mempunyai kekerapan yang paling tinggi
dalam satu taburan berdasarkan data yang dikumpulkan. Merujuk kepada histogram dalam
Rajah 2 yang dilukis, mod merupakan 46.3 markah. Kelas modal pula merupakan kelas 4049. Ini adalah kerana kelas ini mempunyai kekerapan yang paling tinggi, iaitu 12.
Untuk median, median didapatkan dengan mengguna formula seperti yang
ditunjukkan. Untuk mendapatkan median, had sela kelas sebelum median, bilangan pelajar,
frekuensi kumulatif sebelum median, frekuensi median dan panjang kelas perlu dikenal

pasti. Median dalam histogram ini merupakan 57 markah. Median dalam kajian ini
merupakan skor tengah dalam satu susunan taburan.
Nilai sisihan piawai dalam data ini merupakan 17 markah. Nilai sisihan piawai ini
didapat daripada varians. Varians merupakan purata hasil tambah kuasa dua sisihan-sisihan
daripada min, iaitu 289.Nilai sisihan piawai ialah ukuran pembolehubahan atau sebarang
skor-skor.Sisihan piawai merupakan sejauh mana skor berubah keliling min.
Julat antara kuartil merupakan 27.33 , iaitu didapatkan dengan menggunakan kuartil
ketiga ditolak dengan kuartil pertama.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHI OLEH


PELAJAR TAHUN 6 CEMPAKA SEDEMIKIAN
Terdapat pelbagai faktor di dalam dan di luar sekolah yang menyumbang kepada
ketidaksamaan standard akademik pelajar yang boleh dilihat melalui markah percubaan
Bahasa Inggeris 40 orang pelajar Tahun 6 Cempaka. Aspek penting bagi pendidik untuk
mendidik mereka pelajar dengan berkesan supaya mereka dapat menunjukkan prestasi
yang berkualiti dalam bidang akademik mereka. Untuk mencapai matlamat ini adalah perlu
untuk pendidik untuk lebih memahami tentang faktor-faktor yang boleh menyumbang dalam
pencapaian akademik pelajar.
Antara faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan mempunyai
julat yang besar adalah gaya belajar dan gaya kognitif yang berbeza-beza. Gaya kognitif
ialah

cara

individu

mempersepsi

maklumat

mengenai

persekitarannya.

Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan individu kepada cara belajar yang
digemarinya. Gaya belajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah salah satu
penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan
cemerlang dan berkesan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri
pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan
seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik
Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif
impulsif dan reflektif. Gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar memberi respons
secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka

membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar mengikut gerak hati.
Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan pemikiran sendiri.
Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat kesilpan. Mereka lebih
mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada menepati masa
yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri ini menyebabkan mereka lambat menyiapkan
tugasan. Disebabkan setiap pelajar mempunyai gaya belajar dan gaya kognitif yang
berbeza, pencapaian dalam aspek akademik juga akan berbeza.
Faktor seterusnya yang menyumbang kepada keadaan sedemikian ialah faktor
keluarga dari segi sosioekonomi. Ini adalah kerana sesetengah pelajar yang mempunyai
kemampuan kewangan berupaya menghadir kelas tuisyen swasta. Dengan ini, mereka akan
didedahkan kepada ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai subjek tersebut.
Dengan menghadiri kelas tuisyen, para pelajar mempersiapkan diri mereka ke arah
peperiksaan. Hal ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata
pelajaran daripada guru-guru tuisyen. Guru-guru tuisyen dapat memberikan tumpuan yang
lebih dan mengukuhkan pemahaman para pelajar kerana bilangan pelajar di dalam kelas
tuisyen adalah kecil.
Pusat tuisyen mampu untuk menyediakan kelas dan suasana pembelajaran yang
selesa dan kondusif untuk para pelajar. Hal ini memberi keselesaan kepada para pelajar
dan seterusnya membolehkan mereka untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap
proses pembelajaran.

Ini membolehkan mereka mendapat keputusan yang lebih baik

kerana mereka dapat menumpukan perhatian kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan
oleh guru. Sebaliknya, untuk pelajar yang berasal dari keluarga yang miskin, mereka
berkemungkinan besar tidak mampu berbuat demikian. Kemampuan dalam sosioekonomi
keluarga seseorang pelajar memang dapat menyumbang kepada pencapaian akademik
mereka.
Faktor seterus yang mungkin mengakibatkan pencapaian akademik yang berbezabeza ialah faktor kesihatan. Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Manakala, murid yang tidak
sihat kelihatan lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan
tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu, murid lemah kerana menghadapi masalah
kesihatan seperti asthma, talassemia, hepatitis B dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada murid.
Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid mengikuti pelajaran
dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti
ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang

seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan


vitamin, mineral dan protein. Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental
murid-murid tersebut agak terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka terhadap
pembelajaran adalah lemah. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian
akademik dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Dengan hal yang demikian, amat
jelaslah faktor kesihatan boleh mempengaruhi prestasi akademik.
Di samping itu, lokasi atau tempat tinggal seseorang pelajar juga akan
menpengaruhi prestasi akademik pelajar dan menyebabkan perbezaan prestasi akademik
pelajar. Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang sihat
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran merupakan perkara
yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan
dan interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain,
guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada
komputer.
Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem yang mempengaruhi
ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono.
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama
keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau
sekampung. Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu
bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid yang tinggal di
dalam ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan sekaligus dapat
meningkatkan pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah
membantu menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Disebabkan pelajar dalam satu kelas tinggal dalam persekitaran yang berbeza, jadi
perkembangan mereka turut berbeza dan pencapaian akademik mereka juga berbeza,
seperti yang ditunjukkan dalam jadual data bagi tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai