Anda di halaman 1dari 1

No 1, Lorong 12, Taman Tambun Jaya, 14120 Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau

Pinang. 21 Julai 2013


Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam keadaan
sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak
lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih
kerana saudari masih mengingati saya di sini.
Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi
peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi
menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual
waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul
9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan Pusat
Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali
seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar
bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap
pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus
dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di
sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab
soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Simpang
Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam
Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh
berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan
dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat
saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk
saudari serta keluarga.

Anda mungkin juga menyukai