Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengalaman
Bapa saya seorang pekebun dan keluarga saya sederhana sahaja, sekadar
kait pagi makan pagi, kait petang makan petang. Adik-beradik kami lapan orang.
Walaupun terpaksa bekerja keras di kebun, namun bapa saya masih amat
menitikberat soal pendidikan anak-anaknya. Saya dan adik-beradik dibesarkan di
komuniti kampong tetapi kami tidak terabai daripada pelajaran. Adik-beradik saya
bekerja sama dan selalu membantu ibubapa kami untuk meringankan seberapa
boleh bebanan yang terletak di atas bahu ibubapa kami. Banyak pengalaman dan
kemahiran perkebunan yang saya kuasai semasa bertungkus-lumus di bawah
teriakan matahari.
Pada masa yang sama, saya tidak tercicir dari pelajaran saya sejak di
sekolah rendah lagi. Saya belajar mulai darjah satu di SJK(Cina) Ming Tee pada
tahun 1975. Saya tidak pernah belajar di tadika sebelum masuk ke sekolah rendah.
Justeru itu, saya berasa sangat susah pada peringkat awal persekolahan. Saya
menghadapi masalah pembelajaran terutamanya Bahasa Melayu. Saya tidak dapat
menguasai kesemua huruf A-Z, apatah lagi dihendaki mengeja serta menyebut
perkataan-perkataan dengan betul. Keadaan pembelajaran saya pada masa itu
menyebabkan saya menghadapi masalah kekurangan dari segi pengetahuan
Bahasa Melayu.
Kadang-kalanya, saya tidak mempunyai duit saku untuk membeli
peralatan menulis dan buku-buku latihan/tulis. Beg sekolah yang saya pakai itu
pun diwarisi daripada abang saya yang sudah berhenti belajar. Biasanya, seorang
budak kecil seperti saya yang berumur tujuh tahun memang wujud keinginan dan
kepuasan memiliki sesuatu benda baru seperti apa yang ada pada rakan-rakan
sebaya dengan saya itu. Apabila saya terlihat mereka sedang menggunakan atau
pun memakai pensel, pembaris, pemadam, buku cerita, kota pensel dan beg
sekolah baru, hati saya terasa amat rendah diri dan iri hati pula. Mujur, ibubapa
saya sentiasa menyalurkan prinsip dan nilai menjadi seorang insan mulia kepada
kami adik-beradik.
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

Pada masa itu, guru kelas saya, cikgu Ng Pek Ngor cukup murah hati dan
sentiasa mengambil tahu tentang hidup keluarga saya. Apabila saya menolong
cikgu Ng membuat sesuatu kerja, beliau akan menghadiahkan saya pensil,
pemadam atau pun benda-benda lain sebagai ganjaran. Dengan pemberian itu,
saya terus berkelakuan baik. Cikgu Ng seorang guru yang berdedikasi dan
bertanggungjawab dalam bidang kerjanya. Beliau menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang amat seronok dan menarik perhatian anak-anak murid
dalam kelasnya. Beliau sentiasa mengambil berat soal kehidupan keluarga anakanak muridnya, terutama mereka yang kurang berkeupayaan. Segala perubahan
emosi dan tingkah laku anak-anak murid diperhatikan dan difahaminya. Dengan
itu, saya berasa sangat seronok dan puas hati untuk belajar bersama-sama dengan
rakan-rakan sebaya. Saya mengambil keputusan untuk berusaha menjadi seorang
anak murid cikgu Ng yang riang dan cerdik.
Apabila balik ke rumah, keadaan pembelajaran saya agak berlainan dari
sekolah. Ahli-ahli keluarga kurang memberi bimbingan dan dorongan untuk
menyakinkan pembelajaran saya di kawasan rumah. Keadaan ini menyebabkan
saya belajar dengan agak perlahan. Walau pun ibubapa saya mengambil berat
tentang pelajaran saya dan sayang akan saya, namun mereka tidak pernah
berpendidikan dan tidak tahu bagaimana hendak mengajar saya. Selepas
peperiksaan, keputusan pertengahan dan akhir tahun selalu tidak baik.
Apabila naik ke darjah empat, saya mulai merasakan kepentingan nilai
kerajinan belajar bagi seseorang pelajar sekolah rendah. Pada masa itu, saya
berada di darjah 5A dengan beberapa rakan karib. Mereka mempamerkan kepada
keakraban dan kerajinan untuk terus belajar dengan cemerlang di dalam kelas 5A.
Dalam keadaan sedemikian, lahirlah semangat dan motivasi untuk belajar dengan
lebih tekun dan niat yang tinggi. Pada masa itu, cikgu Ong menjadi guru kelas
5A. Beliau memang terkenal dengan gelaran Guru Muka Besi yang bererti
seorang guru yang cukup berdisiplin dan tegas. Namun, cikgu Ong masih sentiasa
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

memberi sokongan moral dan suka menolong murid-murid yang bermasalah


dalam pembalajaran. Beliau telah memarakan semangat saya untuk terus berusaha
dengan gigih dalam pelajaran saya. Walau pun masa pengajaran cikgu Ong
tidaklah sangat panjang, tetapi cara pengajarannya banyak memberi kesan positif.
Pada semester akhir tahun 1979, saya telah menduduki Peperiksaan
Penilaian Darjah Lima. Saya telah mendapat keputusan peperiksaan yang
sederhana baik (hanya 1A, 2B dan 2C), tidak seperti rakan-rakan karib saya yang
mendapat 3A sekurang-kurangnya. Pencapaian saya pada kali ini telah memberi
suntikan semangat kepada saya untuk terus mara ke depan. Apabila saya naik ke
darjah enam, saya telah dimotivasi oleh seorang guru perempuan yang sudah lama
pengalaman mengajar di sekolah saya. Beliau mengajar Bahasa Inggeris di kelas
6A. Di bawah jagaan dan asuahn cikgu Lim berkenaan, aras berbahasa Inggeris
saya mendapat banyak kemajuan. Beliau bersikap tegas dan pandai mengambil
hati anak-anak muridnya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kelasnya.
Pada tahun 1981, saya meneruskan pelajaran pada tingkatan peralihan di
Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Saya sedang mengalami
proses kematangan dari segi fizikal dan mental. Pada usia 13, cara pemikiran saya
agak matang. Saya dapat merasakan apa yang saya perlukan dan kepentingan
pelajaran kepada seorang anak remaja. Saya terus membuka langkah untuk belajar
dengan gigih dan tabah kepada segala rintangan dalam hidup saya. Cara
pembelajaran saya mula menampakkan perubahan yang ketara dan semakin
mantap prestasi saya di sekolah menengah. Nasib saya boleh dikatakan baik. Saya
mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang berdedikasi dan
bertanggungjawab. Cikgu Karim Ahmad selaku guru Bahasa Melayu, cikgu
Kamaruzaman selaku guru Sejarah, cikgu Wong Man Lai selaku guru Sains, cikgu
Yong Chin Hoon selaku guru Matematik dan cikgu Zulkifri selaku guru Geografi
telah banyak memberi pengajaran yang berkualiti tinggi. Cara dan gaya guru-guru
tersebut mempersembahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

amat menarik sekali. Selain itu, mereka juga selalu memberi ganjaran kepada
pelajar yang berkelakuan baik; manakala teguran dan nasihat kepada pelajar yang
membuat kesilapan.
Mereka telah mengubah dan memperbaiki cara pembelajarn saya daripada
seorang pelajar yang sesat jalan kepada seorang pelajar yang sudah pandai
mengaturcara strategi dalam pembelajaran saya. Kejayaan guru-guru ini terbukti
apabila saya telah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran ( SRP ). Saya telah mendapat 3A1, 3A2, 1C3, 2C5 dan 2C6. Yang
paling menggembirakan saya adalah mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris mendapat gred C5 dan kredit. Manakala, mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pun kredir, C6. Semenjak berada di tingkatan peralihan lagi, saya mulai
khuatir tentang pencapaian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan
Geografi sebab saya memang tidak suka menghafal fakta-fakta dan kosa kata.
Namun, setelah bertemu dengan guru bimbingan dsan kaunseling,
pemikiran dan tingkah laku saya telah banyak berubah baik dan positif setelah
dibimbing melalui proses kaunseling. Guru-guru bagi mata pelajaran tersebut juga
banyak berjasa. Mereka tidak pernah berputus asa dan sering menggunakan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bermula dari mudah dan
konkrit kepada yang sukar dan abstrak untuk pelajar-pelajar dalam kelas mereka.
Mereka sering

mengaitkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

dengan perkara-perkara yang seronok dalam kehidupan seharian.


Walau pun banyak latihan guru-guru berikan, namun saya tidak merungut,
malah saya siapkannya dalam waktu pelajaran yang ditetapkan. Latih tubi
sedemikian telah memahirkan pemikiran dan kefahaman saya. Apabila saya
berada dalam tingkatan dua dan tiga, pengajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sejarah dan Geografi diambil alih oleh guru-guru lain. Mereka menggunakan
teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan pula daripada
guru-guru terdahulu. Mereka banyak menekankan kaedah latih tubi dan
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

penghafalan. Tiap-tiap hari, guru-guru saya memberi banyak nota dan latihan.
Saya perlu menyiapkan semua soalan latihan di rumah. Sikap perihatin guru-guru
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geograf
memotivasikan semangat belajar saya. Antaranya, guru Bahasa Melayu, cikgu
Hassan melayan saya sebagai adiknya. Hubungan kami berdua rapat. Saya tidak
berasa segan dan rendah diri untuk menerima ajaran dan nasihat bernas semasa
saya mengalami jalan buntu dalam membuat karangan Bahasa Melayu.
Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, cikgu Shanti ada cara mengajar
yang tersendiri. Kaedah yang digunakan ialah A passage a week. Setiap
pelajarnya mestilah membaca satu petikan Bahasa Inggeris di depan kelas dan
menjawab soalan cikgu Shanti dengan betul. Dengan soalan-soalan yang
berlainan dan bergilir-gilir setiap waktu pelajaran Bahasa Inggeris, prestasi
berbahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar dalam kelas saaya semakin maju
dengan pesatnya. Saya telah berupaya menguasai Bahasa Inggeris yang diajar
oleh cikgu Shanti hanya dalam masa setahun sahaja. Kejayaan pengajaran cikgu
Shanti ternampak jelasnya apabila hanya empat orang pelajarnya mendapat gred
C7 dalam peperiksaan SRP pada tahun 1986. Saya pula mendapat gred C4 dan
pencapaian ini telah melebihi jangkaan saya.
Pencapaian saya dalam peperiksaan SRP telah memuaskan kehendak dan
jangkaan semua ahli keluarga saya terutamanya ibubapa saya. Ada masa yang
sama, saya ditempatkan di dalam aliran sains tingkatan empat. Kematangan
fikiran dan tingkah laku saya pada masa itu semakin tinggi dan mantap. Saya
mula mempelajari dan mengetahui cara membimbing dan memimpin rakan-rakan
saya apabila guru kelas tingkatan lima melantik saya menjadi ketua kelas.
Semenjak itu, saya mulai mempelajari cara membuat perancangan untuk
pembelajaran diri saya. Saya dapa mengesan ke mana saya ingin tuju setelah
menamatkan pelajaran tingkatan lima dan mengambil peperiksaan SPM pada
tahun 1988. Apabila berbincang dengan rakan-rakan, cita-cita saya untuk berjaya
menjadi semakin tekal dan kekal. Kami memberi galakkan dan dorongan antara
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

satu sama lain. Tambahan lagi, guru-guru yang mengajar saya sentiasa menggalak
dan membimbing saya terutama guru kelas. Semasa mengajar, guru-guru saya
memamg tidak penat membangkitkan semangat gigih belajar di kalangan anak
muridnya. Beliau memang sentiasa ingin kami berjaya dan menjadi insan yang
berguna dan berbakti untuk masyarakat dan negara. Setelah dua tahun berusaha,
saya telah lulus kesemua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM pada tahun
1988. Ketiga-tiga subjek Sains mendapat gred A2 dan kedua-dua subjek
Matematik pula mendapat gred A1 dan A2. Saya amat gembira kerana tidak
mengabaikan segala ajran dan sokongan ibubapa dan guru-guru yang pernah
mengajar saya sekian tahun di sekolah menengah.
Sikap guru-guru yang perihatin dan sentiasa mengambil tahu masalah
pelajarnya yang telah mendorong saya untuk menuju ke arah kejayaan. Mereka
amat dihormati saaya dan juga pelajar-pelajarnya. Antaranya, guru Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris telah mempamerkan kaedah dan teknik pengajaran
yang tersendiri dan amat berkesan untuk memberi kefahaman kepada saya. Guruguru tersebut memang suka menunjukkan sikap kemesraan dan perihatin kepada
pelajar-pelajarnya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara
individu dan berkumpulan. Semua pelajar diberi peluang membuat latihan dan
membincangkan permasalahannya sambil dibimbing. . Keadaan ini membolehkan
saya menanyakan permasalahan yang saya alami semasa menulis karangan dan
membuat ayat. Apabila wujud percanggahan pendapat di kalangan pelajar semasa
menyelesaikan latihan secara perbincangan berkumpulan, kami dinasihati supaya
berfikir lebih mendalam tanpa bertikam lidah.
Kadang-kala, guru-guru kami tidak secara terus memberikan jawapan
tetapi kami dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk
mencari jalan penyelesaian tanpa memburukkan suasana belajar dalam kelas.
Pada saat-saat itulah saya dan rakan-rakan lain mulai belajar cara berfikir secara
kritis dan kreatif semasa menganalisis persoalan serta mencuba pelbagai jenis
kaedah penyelesaian kepada masalah yang telah kami temiu itu. Guru-guru saya
memberi panduan secara berperingkat apabila
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

saya dan raakan-rakan lain


6

mengalami kehabisan idea dalam mencari cara penyelesaian yang muktamad dan
berkesan.
2.0 Perspektif Psikologi
Memang sukar untuk kita memahami seseorang individu, tetapi jika kita
ingin memahami seseorang itu, maka haruslah kita mengkaji dan memahami
tingkah laku serta tindak balasnya dalam sesuatu situasi. Kajian yang dibuat
secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi.
Perkataan Psikologi ini berasal dari tamadun Greek purba iaitu psyche
yang bererti jiwa dan perkataan logos yang bererti kajian tentang sesuatu.
Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai
proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia
dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan
tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan
mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi pendidikan
merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan
prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran.

Terdapat pelbagai jenis perspektif psikologi yang boleh diurai dan


diterangkan

mengikut

peringkat-peringkat

pertumbuhan,

perkembangan,

pendidikan, pergaulan, sahsiah dan sebagainya merujuk kepada pengalaman diri


di atas. Pengalaman seseorang individu dapat dijelaskan dari perspektif psikologi.
2.1 Pendekatan Humanistik
Ahli-ahli psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow,
Rollo May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow (1970) telah
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian dalam teori ini adalah
berasaskan bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah
dicapai. Mengikut Maslow, kehendak-kehendak manusia terbahagi kepada lima
peringkat yang disusun mengikut hirarki daripada keperluan peringkat rendah
(keperluan asas) sehinggalah kepada keperluan peringkat tertinggi (keperluan
bersifat psikologi).
Manusia akan sentiasa aktif bergerak dari satu peringkat ke satu peringkat
setelah memenuhi peringkat itu, dari bawah ke atas. Rogers (1956) pula
mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri,
mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers
berpendapat bahawa pada dasarnya manusia baik dan beliau percaya bahawa
semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk kesempurnaan, iaitu
motif yang memandu kita untuk berkembang menjadi manusia yang matang dan
sihat.
Pendekatan ini berpandangan bahawa manusia adalah individu yang bebas
dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk
dicapai. Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan
sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan atau keperluan. Mengikut
pendekatan ini, manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh
orang

lain.

Pengajian

psikologi

adalah

untuk

menolong

manusia

memaksimumkan potensi untuk perkembangan psikologikal.


Pendekatan ini dapat menjelaskan keadaan pembelajaran saya pada
tahun 1981 apabila saya belajar di tingkatan peralihan di Sekolah Menengah
Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Setelah sedar akan kepentingan
pendidikan, saya sentiasa aktif bergerak dari satu peringkat ke satu
peringkat untuk mencapai matlamat pembelajaran saya.Pada masa itu, saya
juga berusaha memahami keperluan diri sendiri dan mengawal perlakuan
dirinya dan mengambil berat pandangan orang lain seperti galakan rankanrakan dan nasihat guru-guru. Kecenderungan untuk mencari kesempurnaan
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

dalam pembelajaran, iaitu motif yang memandu saya untuk berusaaha


menjadi seorang pelajar yang matang pemikiran dan sihat.
2.2 Teori Ethologi Lorenz
Ethologi adalah satu kajian berhubung tingkah laku manusia dan binatang
dalam keadaan semula jadi. Ahli ethologi mengatakan bahawa evolusi dan faktor
biologi memainkan peranan penting dalam perkembangan manusia dan
berpendapat bahawa pengalaman awal individu adalah penting. Menurut ahli
Ethologi seperti Lorenz (1965), yang telah telah menjalankan kajian pemerhatian
ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa, mengatakan bahawa kita tidak
akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan
tingkah laku kanak-kanak berkenaan dalam persekitaran semula jadi mereka.
Teori ethologi ini seterusnya diaplikasi oleh John Bowlby (1969, 1989) dalam
teori perapatan atau Theory of Attachment.
Menurut teori ini, semua haiwan termasuk manusia dilahirkan
bersama-sama dengan program biologi yang boleh menghasilkan beberapa
isyarat tertentu yang boleh membawa kepada perkembangan tingkah laku
sosial tertentu seperti perapatan. Berkaitan dengan persekitaran keluarga
saya pada masa kecil, perapatan bermaksud kasih sayang ibubapa yang kuat
dan mesra telah mengikat saya kepada ahli keluarga saya yang lain.
Hubungan perapatan yang kuat dan mesra semasa saya kecil telah memberi
kesan sepanjang kehidupan dan pembelajaran saya. Sikap ibubapa yang
sentiasa mengambil berat tentang pelajaran dan perlakuan saya melahirkan
nilai harga kendiri yang tinggi pada diri saya. Semasa berada di sekolah,
saya merasa lebih cekap dan selamat di bawah jagaan dan ajaran cikgu Ng
Pek Ngor (Guru kelas). Saya juga merasa diri saya diterima oleh rakanrakan sebaya di dalam kelas menerusi hubungan perapatan yang tinggi.
Juterunya, saya dapat mengatasi kelemahan dalam pembelajaran dan
perasaan rendah diri.

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

2.3 Pendekatan Psikoanalitik


Menurut pendekatan psikoanalitik, tingkah laku individu adalah
berdasarkan konflik dalaman, dorongan, kemahuan dan motif-motif yang tidak
disedari. Ahli teori psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu
dan mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat
pada keadaan psikologi individu. Sigmund Freud (1856-1939) telah mempelopori
teori struktur personaliti yang membahagikan struktur psikik kepada tiga
bahagian, iaitu Id, Ego dan Superego. Freud percaya setiap entiti ini
bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi.
(i) Id adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, primitif, mementingkan
diri sendiri, dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamadun). Id adalah
dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi, apabila dorongan dan kemahuan
begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. Ia dilihat sebagai elemen psikik
yang pertama yang mempengaruhi tingkah laku.
(ii) Ego pula bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan
primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego secara
perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan primitif id lebih
mengikut pada kehendak moral dan piawai etika masyarakat. Operasi ego
berpandukan pada prinsip realiti, bukan pada prinsip keseronokan yang
mempengaruhi id. Prinsip realiti mengiktiraf permintaan atau kehendak
masyarakat yang realistik.
(iii) Superego mengandaikan bahawa apabila kanak-kanak bertambah besar,
peranan ego semakin bertambah. Superego merupakan sumber awal suara hati
,iaitu kebolehan individu membezakan perkara yang baik daripada yang buruk.
Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari
peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan
masyarakat. Ibu bapa berfungsi dan bertindak memegang peranan penting dalam

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

10

hal conscience sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai


dalamannya.
Mengikut pendekatan psikoanalitik, id, ego dan superego biasanya
mempunyai matlamat dan kaedah-kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan
superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, maka hal ini biasanya akan
berakhir dengan konflik dalaman dalam diri individu tersebut. Teori Freud
menyarankan bahawa sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai,
hal ini akan membawa kepada kecelaruan mental.
Berdasarkan pendekatan psikoanalisis, peristiwa-peristiwa yang saya
alami pada masa kecil mempunyai kesan apabila saya membesar dan berada
di alam dewasa, terutamanya apabila saya mulai belajar di sekolah. Saya
adalah seorang kanak yang membesar dengan melalui pelbagai tahap
perkembangan. Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang
membekalkan kepuasan dorongan nafsu. Misalnya, semasa saya berumur
tujuh tahun, saya menghadapi kekurangan dari segi kebendaan hidup.
Walau pun saya ada keinginan dan kepuasan untuk memiliki alat tulis,
buku-buku latih tulis dan beg sekolah seperti apa yang ada pada rakanrakan sebaya, namun saya tidak dipengaruhi oleh naluri nafsu saya. Saya
tetap tidak membuat perlakuan yang tidak mengikut pada kehendak moral
dan piawai etika masyarakat untuk mendapat sesuatu yang bukan milik
saya. Pada peringkat ini, superego muncul secara perlahan-lahan apabila
saya mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapa saya untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa saya berfungsi dan
bertindak memegang peranan penting dalam hal conscience sehinggalah
saya secara evolusi membina set piawai dalaman. Dalam peringkat ini,
peranan cikgu Ng Pek Ngor juga amat penting kerana beliau amat sayang
akan saya dan sentiasa mendorong saya berkelakuan baik dan berfikiran
sihat.

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

11

2.4 Teori Pelaziman Operan


Teori pelaziman operan B.F Skinner (1953) menekankan bahawa
pengajaran

dan

pembelajaran

yang

diberikan

peneguhan

positif

akan

menghasilkan tingkah laku yang baik. B.F. Skinner menyatakan bahawa


perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk
perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Beliau telah membuat
kajian terhadap binatang seperti tikus dan burung merpati melalui Skinner Box
dimana tingkah laku binatang dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya
boleh diperhatikan dan direkod atau diukur. Melalui kajian ini, dalam teori
pelaziman operan, gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan jika diberikan
peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan merupakan
perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
Skinner membahagikan peneguhan ini kepada dua iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif.
Merujuk kepada situasi pembelajaran saya di sekolah menengah,
guru-guru selalu memberi peneguhan positif. Terutamanya guru-guru mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi selalu
memberikan sesuatu ganjaran dalam pelbagai bentuk setelah pelajar-pelajar
mencapai sesuatu penyelesaian kepada soalan-soalan yang dikemukakannya.
Hal ini telah memotivasikan perlakuan pelajar-pelajar untuk mengulangi
dan membuat cubaan bagi menyelesaikan sesuatu masalah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Contohnya, guru-guru
tersebut tidak kedekut memberikan kata-kata pujian dan nasihat bernas
semasa betul menjawab soalan, memberi senyuman, menepuk bahu,
memberi hadiah dan sebagainya kepada saya dan rakan-rakan lain.
Kadang-kala,

guru-guru

memberi

peneguhan

negatif,

iaitu

rangsangan yang tidak selesa atau menyakitkan selepas pelajar-pelajar


terutama pelajar yang lemah. Contohnya, guru Matematik

di sekolah

rendah saya sering kali memberi teguran (peneguhan negatif) setiap kali
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

12

pelajar-pelajarnya tidak membuat kerja rumah atau pun salah menjawab


soalan-soalan Matematik buat beberapa kali dalam kelasnya.. Oleh kerana
tidak mahu mendapat teguran guru, pelajar-pelajar tersebut akan cuba
menyiapkan kerja rumah atau pun membuat pembetulan dengan tepat.
Peneguhan ini dilaksanakan secara berterusan, berkala tetap, berkala
berubah, berkala nisbah tetap atau berkala nisbah berubah.

3.0 Rumusan
Penjelasan pengalaman pembelajaran saya di atas ternyata menunjukkan
kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku manusia yang sentiasa
berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan. Antara pendekatan yang utama
ialah pendekatan Humanistik, Teori Ethologi Lorenz, Pendekatan Psikoanalitik
dan Teori Pelaziman Operan. Keempat-empat prespektif psikologi tersebut
digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada
beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik
mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap
prespektif mempunyai kebaikan masing-masing. Ia juga dapat menyumbangkan
aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang
berlainan.
HBEF2103 Psikologi Pendidikan

13

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan


tingkah laku murid dalam bilik darjah, penulisan ini menunjukkan perkaitan
pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca mengapa keadaan ini berlaku
seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan tersebut untuk
meningkatkan lagi pencapaian seseorang individu dalam pembelajarannya.

4.0 Rujukan :

Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlah Hamzah,
Dr. Rosli Abu(2009).Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur:Open
University Malaysia.

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Rohaty Mohd. Majzub(1992).Psikologi Perkembangan Untuk Bakal


Guru.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

14

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam


Bilik Darjah.Petaling Jaya:Longman.

Khadijah Rohani, Ramlah Jantan(2005).PsikologiPendidikan.KualaLumpur:


UNITEM Sdn. Bhd.

Ramlah

Jantan

dan

Mahani

Razali

(2001).Psikologi

Pendidikan

Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.

Shahbuddin Hashim, Ramlah Jantan (2003). PsikologiPendidikan. Kuala


Lumpur: Penerbit PTS Sdn. Bhd.

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

15

Anda mungkin juga menyukai