Anda di halaman 1dari 11

Soalan (a)

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki memperjelaskan ciri-ciri muzik Zaman


Barok dengan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong bahawa muzik Zaman Barok
merupakan zaman muzik Barat yang menjadi perintis di antara kesemua zaman untuk
menghasilkan muzik yang masih dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini.

1.0 Pengenalan
Muzik era Barok adalah adalah menggambarkan stail gubahan-gubahan
muzik di Eropah pada tahun-tahun antara 1600 hingga 1750 masihi. Dari kamus
Oracle Think Quest (sumber : http://library.thinkquest.org/15413/history/history-
bar.htm) menyatakan bahawa istilah barok (baroque) diambil daripada perkataan
Portugis yang bermaksud mutiara yang tidak berbentuk wajar (a pearl of irregular
shape). Pada zaman ini, muzik yang digubah adalah merdu, bersemangat dan
mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap didengar. Terdapat beberapa ciri
yang membezakan antara muzik zaman barok ini dengan zaman-zaman lain
seperti zaman Renaissance dan zaman awal muzik klasik barat. Berikut adalah
ciri-ciri muzik zaman barok.

1.1 Basso Continuo atau Figured Bass


Basso continuo atau nama-nama lainnya ‘through bass’, ‘figured bass’
atau ‘general bass’, adalah bermaksud gubahan muzik iringan bes dengan
memainkan not-not bes dan juga gubahan improvisasi not-not di bahagian atas
skor. Keadaan ini akan menghasilkan bahagian harmoni untuk untuk komposisi
tersebut. Menurut Todd McComb, Alison Kranias dan Philip Bayles (sumber :
http://www.medieval.org/emfaq/misc/continuo.html ), komposer-komposer pada
zaman ini menggunakan nombor (figure / figured bass) pada bahagian bes untuk
menyatakan harmoni.

Rajah 1 : Contoh penggunaan


nombor pada not bes

1
Gubahan-gubahan muzik zaman barok ini mempunyai bahagian bes dan molodi
sahaja. Pemain muzik akan memainkan bahagian bes dan memasukkan harmoni
bagi lagu tersebut dengan membaca nombor-nombor pada bahagian bes. Satu
keadaan yang perlu diperhatikan ialah setiap nombor melambangkan inversion
atau pembalikan yang berlainan. Para pemain muzik harus mahir dengan
pembalikan yang dilambangkan oleh setiap nombor. Setiap nombor juga
mempunyai maknanya tersendiri seperti contoh gambarajah di bawah.

Rajah 2 : Terjemahan not C

Seseorang komposer muzik barok tidak memperincikan instrumen yang


digunakan ketika memainkan gubahannya, tetapi pada kebiasaannya instrumen
yang digunakan adalah dari keluarga lute, harp, gitar, hapischord dan alat muzik
dari keluarga organ. Pencipta asal bass continuo tidak dapat dikenal pasti tetapi
kaedah ini masih digunapakai oleh pemuzik-pemuzik pada zaman ini.

1.3 Terraced Dynamics


Satu lagi ciri muzik zaman barok ialah terraced dynamics yang bermaksud bunyi
kuat atau lembut yang berlangsung untuk satu jangka masa yang lama kemudian
ia akan bertukar secara mendadak ke aras dinamik yang lain. Perubahan
mendadak aras dinamik ini seolah-olahnya seperti melangkah turun atau menaiki
tangga (terraced). Walaubagaimanapun, perubahan dinamik tidak melibatkan
dinamik yang sangat kuat ff dan sangat lembut pp. Sebagai contohnya, jika
gubahan itu bermula dengan f , maka hampir keseluruhan lagu tersebut akan
berada dalam dinamik yang sama. Walaubagaimanapun, terdapat satu ketika di
mana dinamik ini akan bertukar ke p selepas satu frasa yang agak lama. Keadaan
inilah yang dipanggil terraced dynamics. Menurut Charles Hoffer, keadaan ini
berlaku kerana komposer-komposer muzik barok sangat berminat dengan keadaan
dramatik kontras. (Baroque artists and musician were interested in dramatic

2
contrasts). Beliau menambah, alat muzik piano tidak dapat membawa perubahan
dinamik ini tetapi ditunjukkan oleh alat muzik lain seperti organ dan hapischord
dengan melakukan ‘coupling manuals, adding pedals and pulling out stops’.

1.4 Irama
Seperti yang diketahui, muzik barok ini mementingkan kepada penyataan emosi
seperti heroisme, sedih dan kegembiraan. Penyataan emosi yang ingin
disampaikan ini dtunjukkan melalui penggunaan irama dan meter dalam
gubahannya. Komposer-komposer muzik zaman barok ini banyak menggunakan
not-not kuaver dan semikuaver. Irama yang digubah juga mempunyai
kesinambungan di antara satu bar ke satu bar lain dan satu frasa ke satu frasa lain.

Rajah 3 : Contoh irama dari Contrapunctus 10 yang ditulis oleh Bach (sumber :
http://www.bach-cantatas.com/Articles/AOF-Demeyere.htm )

Satu lagi keunikan irama muzik barok ini juga ialah ianya mempunyai perbezaan
di antara bit yang kuat dan bit yang lembut. Di sini dapat juga dilihat
pengelompokan not dalam setiap bar menjadi lebih teratur. Dengan ini, setiap
corak irama dapat menimbulkan perasaan tertentu.

3
1.5 Harmoni
Pada awal kemunculan muzik barok, chromaticism digunakan untuk tujuan emosi
dan perasaan. Walaubagaimanapun, pada akhir zaman ini, chromaticism
digunakan untuk membentuk bahagian harmoni sesebuah lagu. Sementara itu,
nada major dan nada minor digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara
kod-kod yang berlainan. Perasaan bersemangat dan patriotik ditunjukkan oleh
nada major, manakala perasaan sedih dan murung pula digambarkan oleh nada
minor.

Rajah 4 : Gubahan Henry Purcell bertajuk ‘Dido and Anneas’ (1689) yang menggunakan
chromaticism (sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Diatonic_and_chromatic )

Kemunculan harmoni dalam lagu telah membantu composer-komposer untuk


membangkitkan emosi dan perasaan yang dinyatakan. Ini jelas kedengaran pada
bahagian basso continuo apabila pemain muzik memainkan kod-kod untuk
mengisi ruang di antara bahagian melodi dan bahagian bes.

1.6 Perpaduan dalam Mud Lagu ( Unity of Mood)


Satu ciri yang jelas dapat dilihat dalam muzik barok ialah perpaduan dalam mud
lagunya atau unity of mood. Contohnya, apabila mud gembira yang cuba dibawa
dalam lagu maka mud ini akan dibawa dari awal gubahan hinggalah ke akhir
gubahan. Berikut adalah contoh unity of mood karya Vivaldi.

4
Listening Map
“Spring” from The Four Seasons by Vivaldi
Time Dynamics Key Elements to Listen For What might we see?
:00 Forte
♪ Main theme played by violins
♪ Steady, strong beat
:08 Piano
♪ Main theme repeated
:15 Forte
♪ Second part of theme
:24 Piano
♪ Second part of theme repeated
:33 Mezzo Piano-
♪ Playful melodies in the violins
Mezzo Forte
♪ No low strings
:48 Forte
♪ Violas join the violins in playful melodies
♪ Trills that represent bird calls
1:08 Forte
♪ Main theme returns-all instruments
♪ Steady, consistent beat continues
1:16 Piano-Mezzo
♪ Softer, stepwise patterns in the violin
Forte
♪ Sounds like it’s building
1:32 Mezzo Forte
♪ Longer tones in violins
♪ Fast pulse in the harpsichord and low strings
1:40 Forte
♪ Main theme again-all instruments
1:48 Forte
♪ Low string trills
♪ Fast upward glissando in violins
1:55 Forte
♪ Low strings continue with trills by step
♪ Violins play stepwise fast patterns
2:15 Forte
♪ Main theme returns in minor key
2:24 Mezzo Forte
♪ Ascending patterns echoing
♪ Sounds like it’s building
2:35 Mezzo Forte
♪ Violins echo patterns
2:42 Forte
♪ Variation of the theme
♪ All strings play
2:53 Mezzo Piano
♪ Ascending patterns in the violins
♪ Beat slows a little, feels like their will be a pause,
but it keeps going
3:07 Forte
♪ Main theme returns-all instruments

3:15 Piano
♪ Main theme repeated-all instruments
(Sumber : https://westernartmusic.wikispaces.com/baroque )

5
Daripada contoh yang diberi, kita boleh lihat emosi yang pelbagai di dalam
gubahan lagu tersebut tetapi tema keriangan tetap hadir dari awal lagu hingga
akhir lagu. Dinamiknya juga berubah untuk menimbulkan suasana emosi. Seperti
yang kita lihat, simbol p, mp, f dan mf lebih banyak digunakan berbanding
dengan zaman Renaissance.

Soalan B
Jelaskan dua genre vokal dan dua genre muzik instrumental yang terkenal pada Zaman
Barok.

2.0 Pengenalan
Gubahan muzik barok juga melibatkan dua genre utama iaitu genre vokal
dan genre instrumental. Kedua-duanya aldah gubahan yang berbeza serta
mempunyai bentuk yang berlainan. Di sini perbincangan akan melibatkan dua
jenis genra vokal dna dua jenis genre instrumental.

2.1 Genre Vokal


Gubahan genre vokal boleh terbahagi kepada dua kategori utama iaitu
gubahan yang berunsurkan keagamaan dan gubahan yang tidak berunsur agama
atau ‘secular’.

2.1.1 Opera
Opera merupakan satu persembahan drama yang dipersembahkan secara
nyanyian dan diiringi oleh sekumpulan pemain muzik serta
dipersembahkan di atas pentas. Opera termasuk dalam kategori yang tidak
berunsukan keagamaan. Persembahan nyanyian opera dikategorikan
seperti ‘recitative’ atau percakapan yang panjang, yang ditambah dengan
plot-plot tertentu serta menggambarkan emosi penyanyi. Kadangkala juga
dipersembahkan dengan kumpulan nyanyian dan tarian. Pada awal
kemunculan opera ini, ianya lebih disertai oleh golongan penyair, ahli-ahli

6
muzik dan golongan bijak pandai di Florence, yang kini dikenali
Florentine Camerata.. Antara opera pertama yang dipersembahkan ialah
Jacopo Peri’s Dafne hasil nukilan Ottavio Rinuccini (sumber :
http://www.musicofbaroque.com/baroque/whatis.htm)
Dan dipersembahkan di Florence pada tahun 1598. Pada persembahan
opera yang pertama ini, penceritaannya adalah berkisahkan mitos Greek
untuk golongan bangsawan dan tetamu jemputan sahaja.

Rajah 5 : Muka depan karya


Ottavio Rinuccini

2.1.2 Oratario
Oratario merupakan persembahan berunsurkan keagamaan dan
dipersembahkan tanpa latar pentas, kostum dan aksi lakunan. Oratario itu
sendiri bermaksud dewan ibadah (prayer hall) dan juga merupakan satu
bangunan yang terletak berhampiran dengan gereja. Sehingga akhir abad
ke 16, oratorio masih lagi dipersembahkan di kawasan keagamaan tetapi
pada pertengahan abad ke 17, oratorio telah mula dipersembahkan di
istana-istana dan pentas-pentas awam dan menjadi semakin popular
setanding dengan opera. Antara komposer-komposer oratorio terkenal di
Itali ialah Giocomo Carissimi, Alessandro Scarlatti dan Antonio Vivaldi.

7
Giocomo Carissimi Alessandro Scarlatti Antonio Vivaldi

2.2 Genre Instrumen


Kebanyakan instrumen-instrumen yang digunakan pada zaman barok ini masih
terus digunakan pada zaman Renaissance. Pada masa ini berlaku perubahan dari
segi mekanikal dan teknologikal alat-alat muzik tersebut seperti apa yang kita
lihat sekarang ini. Satu lagi pembaharuan yang ketara pada zaman ini ialah
penggunaan keluarga alat muzik violin pada akhir abad ke 16.

2.2.1 Sonata
Sonata adalah merujuk kepada pergerakan beberapa gubahan yang dibuat
untuk instrument solo dan juga sekumpulan pemuzik kamar (chamber
music). Perkataan sonata mula digunapakai di Itali pada awal tahun 1500
di Itali. Terdapat tiga jenis sonata iaitu;
 Gubahan sonata solo untuk instrumen violin atau cello
 Gubahan sonata solo dengan iringan untuk beberapa instrumen
dengan basso continuo
 Gubahan sonata trio untuk dua instrument solo dengan basso
continuo yang dibawa oleh keyboard atau cello

Sonata yang biasa dipersembahkan dikenali sebagai sonatas da chiesa


atau sonata untuk gereja. Sejenis lagi sonata ialah sonatas da camera atau
sonata untuk dewan.

8
Rajah 6 : Contoh
sonata trio

2.2.1 Concerto

Perkataan concerto diambil dari perkataan concertare yang bermaksud


bersama-sama atau bersatu-padu (to join together, unite). Concerto
merupakan satu komposisi instrumental yang digubah untuk satu alat
muzik yang diiringi orkestra. Dengan menggabungkan konsep canzonas
dan sonatas, satu concerto grosso dipersembahkan dengan
menggabungkan sekumpulan pemain instrument solo dan sekumpulan
ensemble yang agak ramai. Satu contoh concerto grosso yang terbaik ialah
‘Op. 6 collection’ karya Arcangelo Corelli (1653–1713).

Rajah 7 : Contoh
concerto grosso

9
2.3 Penutup

Walaupun zaman muzik barok ini telah berakhir sejak 250 tahun dahulu,
tinggalannya masih boleh kedengaran dan dimainkan sehingga sekarang. Banyak
komposisi-komposisi yang terkenal masih lagi dipersembahkan di konsert-konsert
dan masih mendapat permintaan untuk dijadikan rakaman. Genre-genre muzik
barok seperti sonata, concerto dan opera yang dicipta pada zaman barok ini masih
mendapat sambutan. Sesungguhnya semangat muzik zaman barok ini akan terus
hidup selama-lamanya.

10
Rujukan

Charles Hoffer. (2009). Music Listening Today Third Edition. California : Schirmer
Cengage Learning

Pravina Mahoran et al. (2010). HBMS3403 Teknologi dan Alat Muzik. Seri Kembangan :
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Robert Donington. (1982). Baroque Music Style and Performance : A Handbook. New
York : W.W. Norton & Company

Rujukan

http://library.thinkquest.org/15413/history/history-bar.htm

http://www.medieval.org/emfaq/misc/continuo.html

http://www.wwnorton.com/college/music/concise/ch9_outline.htm

http://www.bach-cantatas.com/Articles/AOF-Demeyere.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Diatonic_and_chromatic

https://westernartmusic.wikispaces.com/baroque

http://www.musicofbaroque.com/baroque/whatis.htm

11

Anda mungkin juga menyukai