Anda di halaman 1dari 6

MODUL: Ekosistem

Keterangan Modul

Pengenalan

Dalam modul ini murid akan diminta membantu dalam satu kajian tentang sebatang sungai
di Malaysia.

Dalam Episod Pembelajaran 1, murid akan mengenal pasti organisma yang telah dikumpul
melalui kad padanan dan bagaimana organisma tersebut mendapatkan makanan. Mereka
menerapkan perkara yang telah dimuridi oleh mereka untuk membina rantai makanan dan
seterusnya, siratan makanan. Murid akan dicabar untuk memikirkan punca tenaga dan cara
tenaga mengalir dalam suatu ekosistem dan perkara yang akan berlaku kepada tenaga
tersebut.

Dalam Episod Pembelajaran 2, murid akan menjalankan penyiasatan untuk mengkaji


keseimbangan ekosistem sungai serta kitaran karbon dan kitaran oksigen. Mereka dicabar
untuk menjelaskan dapatan kajian mereka dan menerangkan kepentingan tumbuhan untuk
kehidupan di Bumi ini.

Dalam Episod Pembelajaran 3, murid akan menggunakan satu program modeling untuk
mengetahui perhubungan mangsa-pemangsa, kesan persaingan dan penyakit terhadap
suatu populasi dan seterusnya, menerapkan kefahaman mereka.

Topik Tingkatan Cadangan masa yang


diperlukan
Ekosistem Tingkatan 2 10 waktu

1
Episod Pembelajaran

Tajuk episod Episod 1: Sungai

Pautan kepada Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup


kurikulum: Isi 2. Saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran.
kandungan 2.3 Mensintesis siratan makanan.

Pautan kepada Memerhatikan


kurikulum: Kemahiran Mengelaskan
Berkomunikasi

Pautan kepada Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
kurikulum: Sikap Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk
saintifik dan nilai memahami alam.
murni Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

Sumber Panduan Mengajar Episod 1


pembelajaran Persembahan PowerPoint: Ekosistem - Episod 1: Sungai
Persembahan Prezi: Ekosistem - Episod 1: Sungai
Lembaran Kerja 1.1 Apakah yang telah kita temui?
Lembaran Kerja 1.2 Rantai makanan
Lembaran Kerja 1.3 Siratan makanan
Kad Padanan: Apakah yang telah kita temui?

2
Tajuk episod Episod 2: Kitaran gas

Pautan kepada Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup


kurikulum: Isi 2. Saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran.
kandungan 2.1 Menganalisa saling bersandaran antara organisma hidup.

Pautan kepada Memerhatikan


kurikulum: Kemahiran Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat inferens
Meramalkan
Mentafsir data
Mendefinisi secara operasi
Membuat hipotesis
Mengeksperimen
Berkomunikasi

Pautan kepada Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
kurikulum: Sikap Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta
saintifik dan nilai terhadap alam sekitar.
murni Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk
memahami alam.
Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
Luwes dan berfikiran terbuka.
Adil dan saksama.
Berfikir secara rasional.

Sumber Panduan Mengajar Episod 2


pembelajaran Persembahan PowerPoint: Ekosistem - Episod 2: Kitaran gas
Persembahan Prezi: Ekosistem - Episod 2: Kitaran gas
Lembaran Kerja 2.1 Mengkaji keseimbangan antara gas karbon
dioksida dengan oksigen

3
Tajuk episod Episod 3: Populasi

Pautan kepada Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup


kurikulum: Isi 2. Saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran.
kandungan 2.2 Menilai interaksi antara organisma hidup.

Pautan kepada Membuat inferens


kurikulum: Kemahiran Meramalkan
Mentafsir data
Berkomunikasi

Pautan kepada Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
kurikulum: Sikap Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk
saintifik dan nilai memahami alam.
murni Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
Berfikiran kritis dan analitis.

Sumber Panduan Mengajar Episod 3


pembelajaran Persembahan PowerPoint: Ekosistem - Episod 3: Populasi
Persembahan Prezi: Ekosistem - Episod 3: Populasi
Panduan Interaktif

4
Pautan TIMSS

Domain isi kandungan

Biologi: Ekosistem

1. Aliran tenaga dalam ekosistem


1.1. Mengenal pasti dan memberi contoh pengeluar, pengguna dan
pengurai
1.2. Menerangkan tentang aliran tenaga dalam suatu ekosistem (tenaga
dipindahkan daripada pengeluar ke pengguna dan hanya sebahagian
daripada tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke peringkat yang
berikutnya).
1.3. Melakar dan mentafsir piramid tenaga atau gambar rajah siratan
makanan.
2. Kitar nutrien dalam ekosistem
2.1. Menerangkan peranan organisma hidup dalam kitar oksigen dan kitar
karbon dalam satu ekosistem.
3. Saling bersandaran populasi organisma dalam satu ekosistem
3.1. Menerangkan dan memberi contoh persaingan antara populasi
organisma dalam satu ekosistem.
3.2. Menerangkan dan memberi contoh mangsa-pemangsa dalam satu
ekosistem.
4. Faktor-faktor yang menjejaskan saiz populasi dalam satu ekosistem
4.1. Mengenal pasti faktor yang menghadkan saiz populasi seperti penyakit,
pemangsa, sumber makanan dan musim kemarau.

Domain kognitif

Pengetahuan
Murid akan terlibat dalam mengingat kembali, mengenal pasti, menerangkan dan
memberikan contoh.

Aplikasi
Murid akan terlibat dalam membanding, mengelas, menggunakan model, mentafsir
dan memberikan penerangan.

Penaakulan
Murid akan terlibat dalam mensintesis; menggubal soalan; membuat hipotesis dan
ramalan; merekabentuk penyiasatan; menilai dan membuat kesimpulan.

5
Strategi Pentaksiran

<Kriteria pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai perlu disertakan di sini.>

Pembelajaran di luar sekolah

Kami akan mencadangkan dua aktiviti yang berikut untuk dijalankan di rumah oleh
murid:

Minggu 1:
Membuat kajian tentang satu kawasan perhutanan di Malaysia atau satu
ekosistem marin.
Menyenaraikan haiwan dan tumbuhan yang terdapat di situ dan cara
haiwan dan tumbuhan mendapatkan mendapatkan makanan.
Membina beberapa rantai makanan dan kemudian membina satu siratan
makanan untuk ekosistem tersebut.

Minggu 2:
Mengenal pasti haiwan dan/atau tumbuhan yang terancam dalam
ekosistem yang telah mereka pilih pada aktiviti di minggu 1.
Menulis sepucuk surat untuk menerangkan perkara yang akan berlaku
sekiranya haiwan dan/atau tumbuhan tersebut menjadi pupus dan
kepentingan untuk memulihara haiwan dan/atau tumbuhan tersebut.

Pautan Laman Sesawang

Pautan berikut mungkin berguna untuk ketiga-tiga episod pembelajaran:

http://www.arkive.org/species/ARK/mammals/Rattus_norvegicus/more_moving_
images2.html
Klip video tentang kumpulan tikus yang makan telur burung sambil berenang.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/scotland/highlands_and_islands/5391882.stm
Berita tentang pemulihan populasi burung berikutan penghapusan tikus.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/scotland/4611364.stm
Berita tentang pembasmian tikus di Canna.

Anda mungkin juga menyukai