Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

MATEMATIK
TINGKATAN 2

MATEMATIK TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK


Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan
mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,
supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK


Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid:
1.

Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

2.

Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan
Perkaitan.

3.

Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:


Membuat anggaran dan penghampiran
Mengukur dan membina
Memungut dan mengendali data
Mewakilkan dan mentafsir data
Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
Menggunakan algoritma dan perkaitan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan

4.

Berkomunikasi secara matematik.

5.

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

6.

Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

7.

Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu
matematik.

8.

Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

MATEMATIK TINGKATAN 2

9.

Bersikap positif terhadap matematik.

10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

MATEMATIK TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Tahu pengetahuan asas matematik.

Tahu dan faham konsep dalam matematik.

Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.

Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan
menggunakan pelbagai kaedah.

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.

MATEMATIK TINGKATAN 2

DESKRIPTOR MATEMATIK TINGKATAN 2

TAJUK

BAND

NOMBOR

Mengenal pasti nombor dengan betul.

*NOMBOR BERARAH
*KUASA DUA, PUNCA
KUASA DUA, KUASA TIGA,
PUNCA KUASA TIGA

Menentukan kuasa dan punca kuasa dengan betul.

Menganggar kuasa dan punca kuasa dengan betul.

Melaksanakan gabungan operasi dengan betul yang melibatkan


- nombor berarah
- kuasa dan punca kuasa

Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor berarah secara sistematik.

Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan
dengan nombor dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan
kemahiran matematik secara bersistematik.
atau
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau
permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan
nombor secara berkesan.

MATEMATIK TINGKATAN 2

DESKRIPTOR

BENTUK DAN
RUANG
* TEOREM PYTHAGORAS
*PEMBINAAN GEOMETRI
*LOKUS DALAM DUA
DIMENSI
*BULATAN
*PENJELMAAN
*PEPEJAL GEOMETRI II

Mengenal pasti bentuk dan ruang dengan betul.

Menyatakan dengan betul.


- bahagian-bahagian dalam sebuah bulatan.
- ciri-ciri pepejal geometri.

Menentukan dengan betul


- segitiga bersudut tegak menggunakan teorem Pythagoras.
- lilitan dan luas bulatan .
- imej suatu objek di bawah suatu penjelmaan
.

Menghitung panjang sisi segitiga menggunakan Teorem Pythagoras secara sistematik.


Membina dengan tepat.
- garis serenjang, sudut-sudut tertentu, segitiga dan segiempat selari.
- lokus dan persilangan lokus.
Menghuraikan suatu penjelmaan dengan tepat.
Melukis bentangan pepejal geometri dengan tepat.

MATEMATIK TINGKATAN 2

Menyelesaikan masalah secara sistematik melibatkan


- teorem Pythagoras.
- bulatan.
- penjelmaan.
- pepejal geometri.

Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan
dengan bentuk dan ruang dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan
pengetahuan dan kemahiran matematik secara bersistematik.
atau
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau
permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik melibatkan bentuk
dan ruang secara berkesan

Mengenal pasti perkaitan dengan betul

Membanding dua atau tiga kuantiti dalam bentuk nisbah dengan betul

PERKAITAN
*UNGKAPAN ALGEBRA II
*PERSAMAAN LINEAR
*NISBAH, KADAR DAN
KADARAN
*KOORDINAT
*STATISTIK

Menanda nilai mengikut skala pada kedua-dua paksi dengan betul.

Menulis dengan betul.


- ungkapan algebra bagi situasi yang diberi.
- persamaan linear dalam satu pembolehubah bagi pernyataan yang diberi.
Menentukan dengan betul.
- nilai ungkapan dengan menggantikan huruf dengan nombor
- nisbah dua daripada tiga kuantiti
- jarak dan titik tengah
Mempermudahkan ungkapan algebra dengan betul.

Menyelesaikan dengan sistematik masalah


- persamaan linear.
- hasil tambah dan beza tiga kuantiti.
Membina perwakilan data dengan tepat.

MATEMATIK TINGKATAN 2

Menyelesaikan masalah secara sistematik yang melibatkan


- persamaan linear.
- nisbah dan kadaran
- koordinat.
- statistik.

Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah perkaitan dalam suatu
situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara
bersistematik.
atau
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau
permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik melibatkan perkaitan
secara berkesan.

MATEMATIK TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai