Anda di halaman 1dari 6

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN DASAR MBMMBI

1. Guru melaksanakan dan melestarikan dasar dan strategi MBMMBI di sekolah. 2.Guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara teori dan amali. 3.Guru meningkatkan penguasaan kemahiran P&P di bilik darjah 4.Guru berperanan melahirkan modal insan yang seimbang (JERIS) 5. Guru saling mengamalkan perkongsian dan Jaringan Guru

1. Guru melaksanakan dan melestarikan dasar dan strategi MBMMBI di sekolah.


Guru melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum seperti yang digariskan oleh dasar ini. Guru juga harus memntau penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri. Guru juga perlu komited dalam mengimplimentasikan ICT dalam PDP. Guru juga perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan pemangkin utama dalam setiap program pelaksanaan Dasar MBMMBI seperti penganjuran Program bacaan yang kini memuatkan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan program NILAM yang akan diteruskan.

2.Guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara teori dan amali. Guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.

3.Guru meningkatkan penguasaan kemahiran PDP di bilik darjah

Guru berperanan untuk memantapkan kaedah penyampaian dengan memaksimumkan penggunaan alat bantu mengajar. ICT didapati sangat membantu guru terutama sebagai satu alat untuk melestarikan pemerkasaan Bahasa Inggeris.

4.Guru berperanan melahirkan modal insan yang seimbang (JERIS)

Guru perlu bijak mengadaptasi teori kepada amali. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi bakal peneraju kemajuan negara suatu hari nanti.

5. Guru saling mengamalkan perkongsian dan Jaringan Guru


Peranan guru diperingkat organisasi juga merupakan aspek yang penting untuk diambil perhatian. Sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang PDP yang terkini dan berkesan. Perkongsian dan jaringan ini hanya dapat dibentuk melalui komunikasi yang baik antara para guru.

Anda mungkin juga menyukai