Anda di halaman 1dari 2

UJIAN BULANAN PERTAMA

Tulis sebuah karangan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk berikut. Panjang karangan anda
hendaklah tidak kurang daripada 500 patah perkataan. (40 markah)

1. Semangat patriotik dikatakan semakin luntur dalam kalangan remaja hari ini.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan
semangat ini dalam kalangan remaja hari ini.

2. Akhir-akhir ini isu pengabaian orang-orang tua sering dibincangkan. Anda dikehendaki
menulis sebuah rencana tentang punca-punca dan langkah-langkah berkaitan isu ini. Tulis
rencana ini selengkapnya.

3. Terdapat banyak tanah terbiar di negara ini terutamanya tanah-tanah pertanian. Ada juga
tanah-tanah yang tidak diusahakan secara giat atau komersial. Berikan cadangan anda
tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi memajukan tanah-tana terbiar ini.

4. Sebagai Pegawai kesihatan Daerah, anda tela dijemput unntuk menyampaikan ceramah di
sebuah komuniti penduduk di kawasan anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “ Langkah-
langkah mencegah penyakit denggi”. Tulis ceramah itu selengkapnya.

5. “ Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”


Bincangkan kepentingan peribahasa ini dalam kehidupan kita.

1
UJIAN BULANAN PERTAMA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pindahkannya ke dalam bentuk prosa
moden. (20 markah)

Nazmi : Faiz, kenapa kamu muram saja?


Faiz : ( Dengan perasaan sayu) Tadi, Cikgu Suhaimi Tanya aku pasal duit yuran
Peperiksaan yang belum aku bayar lagi.
Nazmi : Eh, bukankah kamu dapat biasiswa. Gunakanlah duit itu untuk bayar yuran
peperiksaan.
Faiz : Duit itu aku telah guna untuk membayar rawatan ibuku yang dimasukkan ke
hospital baru – baru ini.
Nazmi : Oh,begitu. Eloklah kamu pergi berjumpa dengan Cikgu Suhaimi dan beritahu
perkara yang sebenar.
Faiz : Aku takutlah Nazmi. Cikgu Suhami tu garang sangat.
Nazmi : Jom, aku temankan.

*** SOALAN TAMAT***

Anda mungkin juga menyukai