Anda di halaman 1dari 1

20 Jun 2013

NOTIS SEBUTHARGA

Kontraktor-kontraktor tempatan Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat


Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred dan kategori
berkenaan di Kolej Komuniti Temerloh dengan tajuk berkaitan dan yang masih
dibenarkan membuat sebutharga pada masa ini adalah dipelawa untuk menyertai
sebutharga atas kerja seperti berikut;

No. Sebutharga : KKTM(S) 300-6/1 (2/2013)

Perkara : Kerja-kerja membina dan menyiapkan 2 unit susur gajah di Kolej


Komuniti Temerloh.

Lokasi Kerja : Kolej Komuniti Temerloh, By Pass Batu 2, Jalan Temerloh, 28400
Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Nota;

1. Butir-butir kerja/bekalan/perkhidmatan dan borang sebutharga boleh didapati


dari pejabat ini.

2. Borang sebutharga akan dikeluarkan mulai 20 Jun 2013 hingga 27 Jun 2013.
Sebutharga ini akan ditutup pada 27 Jun 2008.

3. Kontraktor yang ingin memasuki sebutharga adalah dikehendaki mengambil


dokumen sebutharga secara percuma di Pejabat Pentadbiran, Kolej Komuniti
Temerloh seperti alamat di atas.

4. Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti


Sebutharga Kolej Komuniti Temerloh pada hari tersebut sebelum jam 12.00
tengahari 27 Jun 2013.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(AHMAD MUZAFFAR BIN ABDUL AZIZ)


Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran
b.p. Pengarah,
Kolej Komuniti Temerloh,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai