Anda di halaman 1dari 1

IKON TECHNICAL ACADEMY SDN BHD (1209991-P)

No 41-1 , Jalan Metro Perdana Barat 1,


Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-61794418
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 15 Januari 2020
No Rujukan Kami : IKON/WLD/PBAI/SKP/13-02-2020

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan,
JELAJAH PROGRAM BELIA APERANTIS IKON – SIJIL KIMPALAN PROFESIONAL
PENDIDIKAN TANPA PINJAMAN DENGAN JAMINAN KERJAYA
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak IKON ingin menjemput guru kaunselor Kolej Vokasional ke jelajah Program
Belia Aperantis IKON seperti berikut
Tarikh : 15 Februari 2020
Tempat: Kolej Vokasional Kuantan
Masa : 9.00 pagi
3. Tujuan jemputan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para guru
kaunselor tentang manfaat Program Belia Aperantis IKON ini terhadap alumni dan pelajar
Kolej Vokasional. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat memperluaskan tentang impak
positif program ini kepada golongan belia.
4. Program ini membuka ruang kepada pelajar untuk membina kerjaya sebagai industry
certified welder di bawah syarikat foundry association. Sebagai peneraju program aperantis
di Malaysia, IKON ingin memperkenalkan Pendidikan Tanpa Pinjaman dengan Jaminan
Kerjaya.
4. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas
bolehlah menghubungi di talian 012-3278209 (En Fazdly). Segala kerjasama anda amatlah
kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar

……………………....................
(En Mohd Fazdly bin Mislan)
Penolong Pengurus
Operation and Business Development
IKON Technical Academy

Anda mungkin juga menyukai