Anda di halaman 1dari 1

Lampiran 2 – Contoh surat

Letter Head Institusi

No. Ruj :
Tarikh :

Pengarah
Pejabat Tanah … / Pejabat Daerah…/ Pejabat Tanah dan Galian Negeri……….
Alamat…..

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN DOKUMEN CARIAN RASMI DAN


SALINAN HAK MILIK POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI………………………………

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia sedang


melaksanakan proses pengauditan Aset Tak Alih Tanah bagi semakan Data Migrasi
Baki Awal Aset untuk dimuatnaik dalam sistem iGFMAS. Tujuan pengauditan
adalah untuk mengenalpasti status terkini ATAT di bawah Kementerian supaya aktiviti
pengurusan tanah dapat diperkemaskan.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon untuk mendapatkan dokumen Carian


Rasmi dan Salinan Hak Milik bagi Politeknik / Kolej Komuniti……………….untuk
dimajukan kepada pihak Kementerian.

4. Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan pengecualian daripada


pengenaan bayaran ke atas dokumen tersebut memadangkan dokumen tersebut
adalah untuk keperluan audit oleh Jabatan Akauntan Negara.

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( )
Nama
Jawatan
Institusi

Anda mungkin juga menyukai