Anda di halaman 1dari 9

SKEMA

CADANGAN & PANDUAN JAWABAN

1
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SKEMA SOALAN 1- MORFOLOGI

KATA SENDI NAMA (i) kepada

(ii) untuk

KATA HUBUNG KETERANGAN (i) agar

(i) Pengusaha pelancongan disarankan menawarkan pakej yang


lebih menarik kepada warga tempatan dan pelancong asing.

AYAT (ii) Agihan pendapatan negara yang sama rata dalam kalangan
KATA SENDI NAMA rakyat merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan keadilan
ekonomi di Malaysia.

AYAT (i) Setiap orang mestilah sanggup berdikari agar mereka dapat
KATA HUBUNG menentukan matlamat hidup masing-masing.
KETERANGAN

SKEMA SOALAN 2 - SINTAKSIS

i) Penagihan dadah sebagai penyakit kronik yang mudah berulang dan akan
berpanjangan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

ii) Oleh itu, penagih dadah harus kita anggap sebagai orang sakit yang
memerlukan rawatan perubatan.

iii) Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani
masalah penagihan dadah.

2
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SKEMA SOALAN 3 - PENYUNTINGAN & TULISAN JAWI

Salah Betul

1) cara usaha

2) agar untuk

3) para guru-guru para guru / guru-guru

4) kraetiviti kreativiti

5) bergabung berinteraksi

6) integeriti integriti

3
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SKEMA SOALAN 4 - BAHASA STANDARD

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke
dalam pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata
seorang, “ini harta patik, tuanku.”

Semua orang yang kehilangan harta itu masuk untuk mengecam semua hartanya, tidak
ada seorang yang ketinggalan. Sembah salah seorang, “ini harta patik, Tuanku.”

Maka seorang,”ini pun ia harta patik, tuanku.” Maka kata seorang, “Ini tuanku
benda patik.”Kata seorang ,” Ini bantal patik, tuanku.”

Seseorang berkata, “ Ini adalah harta patik, Tuanku.” Seorang lagi berkata, “ Ini
kepunyaan patik, Tuanku.” Seterusnya seorang lagi berkata,” Ini bantal patik. Tuanku.”

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja,”Hai segala
kamu sekalian hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan
Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah
hilang beroleh akan Laksamana.”

Setelah semua harta dikenali oleh tuan punya,lalu raja bertitah, "Wahai semua,kamu
hendaklah membahagikan harta ini kepada tiga bahagian. Dua bahagian untuk
Laksamana dan satu bahagian untuk tuan punya harta. Hal ini kerana harta yang telah
hilang ini telah dijumpai oleh Laksamana."

4
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SKEMA SOALAN 5 - PERIBAHASA

Perokok tegar dengan angkuhnya menyatakan bahawa sekadar merokok tidak menjejaskan
kesihatan mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak menghiraukan nasihat yang
disampaikan oleh Kementerian Kesihatan tentang bahaya menghisap rokok. Mereka berasa
bangga apabila merokok dan menunjukkan gelagat mereka seolah-olah gaya dan kehebatan
mereka tidak tertanding oleh orang lain. Golongan yang dilambung keegoan begini tentu
sekali akan berhadapan dengan masalah apabila disapa oleh penyakit kronik dan terpaksa
berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

(i) Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

(Tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yang diberikan)

(ii) Seperti durian menunjukkan pangsa

(Orang yang gemar menunjukkan kebesaran dirinya)

(iii) Sudah jatuh ditimpa tangga

(Berturut-turut mendapat kesusahan)

SKEMA SOALAN 6 - PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud menggamit hati.

Maksud menggamit hati berdasarkan Bahan 3 ialah menarik minat.

(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan faktor-faktor yang merangsang perkembangan sektor
perlancongan di Malaysia.

Merujuk semua bahan, empat lokasi di Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO
sebagai Tapak Warisan Dunia menjadi faktor yang merangsang sektor pelancongan di
Malaysia. Faktor lain, Kempen Tahun Melawat Malaysia yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan yang turut menawarkan pelbagai aktiviti dan program menarik kepada
pelancong. Faktor seterusnya, Malaysia memiliki keindahan alam semula jadi serta
terkenal sebagai ekopelancongan utama dunia.

5
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
(iii) Sektor pelancongan menjanakan pendapatan hampir 10 peratus kepada ekonomi
Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk memastikan sektor
pelancongan di negara kita mencapai visi dan misi untuk menjadikan negara kita sebagai
negara berstatus maju?

Pada pendapat saya, pihak media massa perlu menyebarkan maklumat tentang pakej
menarik pelancongan seperti tiket penerbangan murah, harga penginapan murah, dan
sebagainya untuk menyemarakkan sektor pelancongan di Malaysia. Di samping itu,
pihak sekolah disarankan mengadakan lawatan sambil belajar ke destinasi pelancongan
dan tempat-tempat bersejarah. Seterusnya, anggota masyarakat hendaklah sentiasa
mengamalkan sikap berbudi bahasa terhadap pelancong asing.

(iv) Kebersihan persekitaran amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Namun begitu, aspek kebersihan kian diabaikan oleh anggota masyarakat.
Ramalkan kesan-kesan buruk pengabaian aspek kebersihan terhadap sektor
pelancongan dan cara-cara mengatasinya.

Antara kesan pengabaian aspek kebersihan di negara kita terhadap sektor pelancongan
negara termasuklah imej negara tercalar. Oleh sebab itu, masyarakat setempat perlu
memastikan kebersihan persekitaran di lokasi pelancongan sentiasa terpelihara. Selain
itu, bilangan pelancongan juga akan berkurang. Hal ini mengakibatkan sektor
pelancongan di Malaysia akan semakin merosot serta menjejaskan sumber pendapatan
negara. Maka, orang ramai perlu memupuk kesedaran diri dengan memastikan aktiviti
kemasyarakatan kerap dilakukan di pusat-pusat pelancongan.

SKEMA SOALAN 8 - PEMAHAMAN NOVEL

Rangka Jawapan

6
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak
utama dan cara watak utama mengatasi cabaran tersebut [6 markah]

Rangka Jawapan

7
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SKEMA SOALAN 9 - RUMUSAN

8
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai