Anda di halaman 1dari 1

KETUA KELAS SAINS 2, PPG AMBILAN JUN 2011, IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU

PINANG. Tarikh : 04.MAC.2013 PENYELARAS PPG, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

TUAN, MEMOHON BILIK KHAS UNTUK DIJADIKAN BILIK SOLAT BAGI KEGUNAAN PELAJAR PPG SN2. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara tersebut, saya dari kelas sn2 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan agar memberi kebenaran kepada kami menggunakan satu bilik yang berdekatan dengan kelas kami sekarang di bilik Angsana Blok LDP sebagai bilik solat. 3. Permohonan ini diajukan kepada pihak tuan kerana ada rakan sekelas yang mempunyai masalah kesihatan (barah tulang kaki) dan tidak mampu bergerak jauh. 4. Bilik kosong yang dipohon adalah bilik makan pensyarah yang terletak di kafe.Difahamkan bilik tersebut sudah tidak digunakan.Pihak kami akan bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik tersebut. Diharap permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala jasa baik daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kadih. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Saya yang menjalankan amanah,

(NOR AZIAN BT. ZAINI) Ketua Kelas Sains 2 PPG IPTB Ambilan Jun 2011.

Anda mungkin juga menyukai