Anda di halaman 1dari 12

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti

TAJUK LARI BERGANTI 1.0 PENGENALAN Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.

Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :


4 x 100 meter 4 x 400 meter

4 x 200 meter 4 x 1600 meter

Acara yang paling diminati pelari dan penonton.

dan paling mendapat sambutan di kalangan

2.0 SEJARAH - Berasal dari Amerika Syarikat - Punca-punca lahirnya acara ini :

Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain

Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).

Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

- Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


3.0 FAKTOR UTAMA PENENTU KEJAYAAN : PERSEFAHAMAN DI ANTARA PELARI DALAM PASUKAN a. PEMILIHAN PELARI Pelari Pertama

- Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik - 3 aspek penting : Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton Berkeupayaan berlari di selekoh Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari Kedua - mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri). - Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pelari Ketiga - Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

Pelari Akhir - pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya.

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

b. MEMEGANG BATON Cara memegang baton Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

c. GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik Pergerakan ke atas(up sweep) dan Teknik Pergerakan ke bawah (down sweep).

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


i. Teknik Pergerakan ke atas (up sweep) Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkan dari bawah ke atas. Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah. Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk 'V' yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

ii.

Teknik Pergerakan ke bawah (down sweep) Pembawa baton akan membawa baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah. Tapak tangan penerima baton menghadap ke ats. Apabila baton dihantar kepadanya dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


d. Cara Memberikan Baton 1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton 2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima 3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus 4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

e. Cara Menerima Baton 1. Penerima dalam keadaan yang sedia 2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton 3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. 4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton. 5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

i.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang

Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (tanpa pandang) - Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m - Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. - Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton - Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya baton.
5

menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. - Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. - Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. - Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. - Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


iii. Gaya Selang-seli Cara Pandang

- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton. - Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah - Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m - Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak. - Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. - Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jarijarinya yang sebelah lagi. - Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. - Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. - Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti

Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

4.0 ZON PERTUKARAN BATON - Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter. - Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. - Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

5.0 Perkara-perkara penting 1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. 2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan. 3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah


9

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti

6.0 PERATURAN LARIAN Aturan Umum - Lari ikut lorong yang ditetapkan - Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan - Buat pertukaran baton yang bersih - Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama - Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan - Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton. - Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan. - Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki. - Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan. - Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas - Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua - Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri - Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri. - Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)

Pelari Ketiga - Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri


10

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


- Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh). - Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan). - Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat - Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri. - Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. - Tamatkan larian di garisan penamat. - Pelari yang penuh keazaman & tenang.

RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat

11

Olahraga(Acara Balapan),Acara Lari Berganti


7.0 KESIMPULAN Strategi yang digunakan untuk menempatkan atlet-atlet adalah amat penting. Biasanya, atlet yang kurang laju ditempatkan sebagai pelari pertama kerana dia hanya perlu berlari dalam jarak yang lebih pendek iaitu kurang 106 meter. Pelari terlaju biasanya merupakan pelari terakhir, tugasnya adalah memperbaiki apa sahaja kekurangan atau mengekalkan sebarang kelebihan yang telah dicapai. Jurulatih juga harus mempertimbangkan beberapa faktor lain. Namun apa yang lebih penting adalah pendekatannya haruslah mengambil kira tentang lawan-lawannya. Mulaan acara lari berganti-ganti adalah sangat penting. Kebolehan mulaan keempat-empat pelari tanpa mengira kelajuan keseluruhannya patut dipertimbangkan. Pelari pertama mesti bermula dengan baik dan mahir berlari di atas selekoh supaya dia tidak kehilangan terlalu banyak kelajuan jika dibandingkan dengan larian lurus. Pelari yang mempunyai langkah-langkah panjang biasanya tidak boleh berlari di selekoh dengan laju berbanding pelari yang mempunyai langkah-langkah yang lebih pendek. Pelari kedua dan ketiga perlu mempelajari dam mahir dalam dua pergerakan, iaitu mereka mesti belajar cara menerima baton dan menghantar baton dengan betul. Mereka juga mestilah pelari-pelari yang lebih laju kerana mereka dikehendaki berlari pecut di zon pemecutan untuk memperolehi kelajuan dan berlari dalam jarak yang lebih jauh, iaitu lebih kurang 126 meter.Pelari ketuga juga mesti berkebolehan berlari di atas selekoh. Pelari keempat hanya perlu menerima baton dan membawanya ke garisan penamat. Biasanya, dia adalah pelari terpantas dalam pasukan.

12

Anda mungkin juga menyukai