Anda di halaman 1dari 17

BAHASAKU

CERPEN IDOLA

Oleh: Avienash Neveshen Ugentheeran Alex Woon Shoruben

Tema cerpen ini ialah kecelaruan mencari identiti diri.


Si penjaga panggung asyik memuji kehebatan si hero di tempat dia bekerja sebagai penjaga panggung. Si penjaga panggung tidak menyedari kebolehan yang ada dalam dirinya sehinggalah dia disedarkan oleh si hero. Si hero memberitahu si penjaga panggung bahawa dunia lakonan hanyalah sandiwara sahaja sedangkan dunia luar banyak menuntut pengorbanan.

1.Pementasan drama sebagai satu Pementasan drama dilakukan pada setiap malam sebagai bentuk hiburan. satu bentuk hiburan pada masa ini. 2.Tanggungjawab seorang ayah. 3.Amanah dalam melaksanakan tugas.

Si penjaga panggung menyedari tanggungjawabnya semakin berat apabila anak lelakinya meningkat remaja. Si hero memberitahu si penjaga panggung bahawa lakonannya dalam drama kerana amanah pengarah dan memenuhi harapan para penonton.

4.Kemiskinan dalam masyarakat. Hidup si penjaga panggung sangat miskin dan tempat tinggalnya juga kotor

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu

Klimaks Konflik
Perkembangan Permulaan Peleraian

1. Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondongbondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

2. Perkembangan Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerakgeri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

3. Konflik Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.

4. Klimaks Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.

5. Peleraian Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusikerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan marah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Bekerja sebagai penjaga panggung.

Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.


Si penjaga panggung berangan-angan untuk menjadi seperti hero bangsawan yang menjadi pujaannya.

Suka berangan-angan

Bertanggungjawab

Si penjaga panggung bertanggungjawab menyara keluarganya dengan pendapatan yang kecil.

Insaf akan kekurangan diri Keliru dengan pendirian diri terhadap idola.

Si penjaga panggung insaf setelah disedarkan oleh hero bangsawan supaya kembali ke alam nyata.

Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)

Jujur

Merendah diri

Bijak berhujah

Hero bangsawan jujur memberitahu si penjaga panggung akan reality kehidupannya yang sebenar.

Hero bangsawan meminta supaya si penjaga panggung tidak terlalu memujinya.

Hero bangsawan pandai berkata-kata sehingga si penjaga panggung sedar akan kekurangan diri.

Mempunyai 10 orang anak.

Bertanggungjawab
Membesarkan sepuluh orang anaknya di sebuah rumah di sebatang lorong sempit.

Bersikap rasional
Dia sering menasihati suaminya agar menjadi diri sendiri.

Bersabar
Dia bersabar dengan sikap keras kepala suaminya yang sukar menerima nasihat.

Waktu Pagi
Si penjaga panggung menyusun kerusi sambil mengenagkan nasib diri dan keluarga yang miskin serta tinggal di kawasan setinggan di dalam rumah kecil

Waktu Petang
Si penjaga panggung berjumpa dengan hero pujaannya setelah selesai menjalani latihan. Hero bangsawan menyedarkan si penjaga panggung agar berpijak di alam realiti dan menjadi dirinya sendiri bukannya menjadi seperti orang lain

Waktu Malam
Setelah pementasan selesai, si penjaga panggung berazam untuk mengubah dirinya setelah hero bangsawannya meminta supaya dia kembali ke alam nyata

Masyarakat pelakon pentas


Hero bangsawan menjadi pelakon pentas

Masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan


Si penjaga panggung tinggal di kawasan setinggan di rumah kecil dengan isteri dan sepuluh orang anak

Masyarakat yang suka berkhayal


Si penjaga panggung suka berkhayal untuk menjadi seperti hero pujaannya

Masyarakat yang sabar dan tabah


Isteri si penjaga panggung sabar dan tabah menghadapi kerenah suaminya yang suka berangan-angan dan terlalu mengagung-agungkan idolanya

Masyarakat yang jujur


Hero bangsawan jujur menyatakan realiti kehidupannya yang tidak sempurna berbanding lakonan yang dibawanya

Kata Ganda

Berjabu-jabu Putera-puteri
Metafora Gebar kebingungan Kawah lupa diri Hiperbola Suaranya bak halilintar Diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa Personifikasi Kerusi-kerusi tetap kaku Ombak pagi yang malas Falsafah Seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

Simpulan Bahasa
Merendah diri

NILAI

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bekerja dengan rajin dan amanah .
Penjaga panggung menyusun kerusi penggung seperti sediakala apabila tamat sesuatu pementasan pada setiap malam .

2.Kita haruslah berfikiran rasional dalam kehidupan .

Pelakon menasihati penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata kerana pementasan yang ditontonnya tidak menggambarkan kehidupan yang sebenar.

3.Kita haruslah menghargai diri sendiri.

Si hero menasihati penjaga panggung agar menghargai dirinya sendiri kerana kehidupan alam realiti lebih mencabar dan menuntut perjuangan yang bersungguh-sungguh.

4.Kita hendaklah menyedari kemampuan diri sendiri .

Penjaga panggung sedar bahawa dia berupaya menjadi hero kepada dirinya sendiri kerana dialah yang menentukan arah kehidupannya.

5. Seorang isteri hendaklah tabah Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri melalui cabaran membesarkan dan dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah. mendidik anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai