Anda di halaman 1dari 13

Nurasakinah Binti Shahrum

GKD2243 Dramatic Theory and Criticism


Assignment 2

BETISNYA BUNTING PADI KARYA USMAN AWANG

1.0 ABSTRAK

Dari perspektif teori formalism, kajian ini bertujuan untuk mendedahkan bahawa penyelidikan

mengenai teks sastera tidak hanya memberi perhatian kepada fakta-fakta teks yang ada dalam karya

sastera, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada apa yang ada diluar teks. Pendekatan yang saya

ingin gunakan dalam mengkaji teks ini ialah kajian terhadap watak iaitu protagonis dan antagonis dalam

skrip Betisnya Bunting Padi. Selain itu, saya juga ingin mengkaji mengenai plot yang ada dalam skrip

dari permulaan cerita, konflik, klimaks dan pengakhiran cerita. Di samping itu, kajian terhadap tema

skrip juga penting untuk saya mengetahui makna yang tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam

skrip tersebut. Kesan pembuatan kajian ini adalah untuk membantu saya lebih memahami watak dan

jalan cerita skrip tersebut. Ia juga dapat membantu saya untuk mengetahui sebab-sebab tertentu

kenapa watak tersebut berbuat demikian dan sebagainya.

2.0 PENGENALAN

Secara Etimologis formalisme berasal dari kata forma (latin), yang berarti bentuk atau wujud.

Dalam ilmu sastra, formalisme adalah teori yang digunakan untuk menganalisa karya sastera yang

mengutamakan bentuk dari karya sastera dan meliputi teknik pengucapan meliputi ritma, rima,

aquistik/bunyi, aliterasi, asonansi, kata-kata formal (formal words) dan bukan isi serta terbebas dari

unsur luar seperti sejarah, biografi, konteks budaya sehingga sastra dapat berdiri sendiri (otonom)

sebagai sebuah ilmu dan terbebas dari pengaruh ilmu lainnya. Teori formalis ini bertujuan untuk

mengetahui keterpaduan unsur yang terdapat dalam karya sastra tersebut sehingga dapat menjalin

keutuhan bentuk dan isi dengan cara meneliti unsur-unsur kesasteraan dalam sesebuah karya.

Dalam kajian ini, saya akan menggunakan teori formalism untuk mengkaji watak yang ada dalam

skrip Betisnya Bunting Padi ini. Dalam skrip ini, terdapat dua watak penting yang memainkan peranan

dalam cerita tersebut iaitu Kamal dan Aziah. Watak protagonis yang dalam skrip tersebut ialah Kamal

manakala watak antagonis pula ialah Aziah. Hal ini dikatakan demikian kerana Kamal merupakan

1
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

penggerak cerita di mana dia merupakan seorang pelukis yang sukakan benda-benda yang aneh.

Dalam skrip ini, Kamal telah menjadikan isterinya sebagai model untuk dilukis pada lukisanya.

Memandangkan isterinya pada masa itu mengandung, Kamal jadikan perut isternya sebagai objek

yang dilukis dalam lukisannya. Kamal merupakan seorang pelukis yang menggunakan jiwa dalam

menghasilkan sesebuah lukisan kerana setiap apa yang dihasilkannya membawa maksud yang

tersendiri. Isterinya Aziah pula merupakan watak antagonis di dalam skrip ini. Hal ini dikatakan

demikian kerana sikap isterinya yang kuat cemburu takut akan suaminya memandang perempuan lain.

Oleh itu, dia sanggup merelakan dirinya sebagai model untuk lukisan suaminya.

Antara sebab kenapa saya memilih teori formalism ini dalam kajian saya kerana saya ingin

mengkaji skrip ini dengan lebih mendalam dan cuba untuk memahami makna tersurat dan tersirat di

dalam skrip ini. Usman Awang cuba untuk mengetengahkan isu rumah tangga dimana suami dan isteri

yang bekerjaya cemburu apabila melihat pasangannya bersama dengan orang lain. Apa yang menarik

mengenai skrip ini adalah setting tempatnya berada di dalam rumah iaitu ruang tamu dan hanya fokus

dengan perbualan suami dan isteri yang kuat cemburu. Selain itu, dalam skrip ini juga menekankan

mengenai emosi seorang wanita yang mengandung di mana mereka suka berfikiran berlebih-lebihan

sehingga menyebabkan salah faham antara mereka. Di situ kita dapat lihat bagaimana suaminya cuba

untuk menyelesaikan isu salah faham antara mereka sehingga keadaan menjadi aman semula.

Dalam kajian ini, saya akan membuat penelitian dengan membaca dan memahami skrip terlebih

dahulu. Kemudian, saya akan cuba mengenal pasti watak-watak di dalam skrip dan mengenal pasti

sebab mengapa ia bertindak sedemikian. Selain itu, saya juga akan mengkaji plot yang ada di dalam

skrip ini seperti permulaan cerita, klimaks, konflik dalaman dan luaran dan pentup cerita. Ini membantu

saya untuk memahami lagi jalan cerita ini dengan lebih mendalam serta faham akan mesej yang cuba

disampaikan di dalam skrip ini.

2
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

3.0 SINOPSIS

Skrip Betisnya Bunting Padi ini merupakan karya Usman Awang. Skrip ini menceritakan tentang

pasangan suami isteri yang bekerjaya di mana suaminya Kamal, merupakan seorang pelukis yang

suka melukis benda-benda yang pelik namun ianya membawa maksud yang tersendiri bagi seorang

pelukis manakala isterinya Aziah pula merupakan seorang pelakon sandiwara radio. Konflik berlaku

apabila Kamal cuba untuk melukis betis Ani di mana ia menganggap betisnya bunting padi dan unik

untuk di lukis. Hal itu telah menimbulkan salah faham Aziah kerana dia menganggap Ani model baru

suaminya seorang gadis cantik kerana suaminya asyik memuji-muji betis model barunya itu. Akibat

daripada perasaan cemburu tersebut, Aziah telah membalas suaminya dengan membuatkan dia

berasa cemburu apabila Husin menelefonnya untuk latihan sandiwara radio pada petang itu. Aziah

cuba untuk membakar hati suaminya apabila dia memanggil Husin dengan gelaran ‘abang’ dan

membuat suara manja untuk menjemput Husin untuk datang ke rumah. Hal ini telah membangkitkan

perasaan cemburu di hati Kamal sehingga dia menyindir isterinya kerana bersikap demikian. Aziah

tetap dengan pendiriannya untuk mengetahui siapa sebenarnya model baru suaminya yang bernama

Ani yang dipuja-puja betisnya. Kebenaran terungkai apabila Ani datang ke rumah dengan seluar

pendek dengan baju sportnya untuk menjadi model lukisan Kamal pada petang itu.

4.0 WATAK

4.1 Protagonis

Kamal merupakan watak protagonis dalam skrip Betisnya Bunting padi. Hal ini dikatakan

demikian kerana skrip tersebut mengisahkan tentang seorang pelukis yang gemarkan lukisan

pelik-pelik namun ia membawa maksud tersendiri kepadanya. Seperti perbualan Kamal dan

Aziah yang terdapat dalam skrip pada muka surat 82,

“ KAMAL: Tapi agaknya kau malu kerana perutmu luar biasa? (Aziah terdiam. KAMAL merapati

Aziah, suaranya lembut dan tidak mengusik lagi.) Aziah, kalau perutmu adalah perut biasa,

3
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

tidak ada ertinya aku melukis, Dulu aku melukis bibirmu, bukan senyumanmu, sebab kalau aku

melukis senyummu, maka mungkin aku terpengaruh dengan senyum Mona Lisa. Tapi ku

lukiskan bibirmu. (Perlahan merenung wajah Aziah.) Dan dia adalah bibirmu, bukan senyum

Mona Lisa.”

Berdasarkan apa yang Kamal cuba sampaikan, setiap apa yang dilukisnya mempunyai makna

yang tersurat dan tersirat sendiri. Kamal melukis perut isterinya kerana pada masa itu dia

merasa bahagia dan bangga bahawa isterinya telah mengandungkan anaknya yang pertama.

Bagi Kamal seorang seniman tidak memikirkan perkara pelik yang dilukis pada sesebuah

lukisan dan mereka juga tidak memikirkan apa yang orang kata mengenai lukisan mereka.

Seorang seniman cuma melukis menurut pandangan dan keyakinan yang ada pada diri

mereka tanpa menghiraukan kata-kata orang lain.

4.2 ANTAGONIS

Aziah merupakan watak antagonis dalam skrip Betisnya Bunting Padi. Hal ini dikatakan

demikian watak Aziah di dalam cerita tersebut telah menjadi pembantu kepada suaminya yang

merupakan seorang pelukis untuk menjadi model kepada lukisan suaminya. Namun dapat kita

lihat dengan jelas bahawa penulis Usman Awang cuba untuk menunjukkan emosi seorang

wanita yang sedang sarat mengandung yang suka fikir bukan-bukan mnegenai hubungan

mereka. Apa yang dapat dilihat di dalam skrip ialah sikap cemburu Aziah muncul apabila

suaminya ingin melukis betis seorang model yang dikatakannya cantik. Ini dapat dibuktikan

pada muka surat 86.

“AZIAH: (terdiam sebentar, kemudian terfikir dan menyambung lagi, sedikit keanak-anakan

dalam kesungguhannya) Kenapa betisnya yang hendak kau lukiskan? Aziah pun ada betis

juga. Ingat katamu tadi? Mahu melukis tiap bahagian dari Aziah. Tapi…..

4
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

KAMAL: (memotong, rupanya sungguh-sungguh) Tapi betis Ani istimewa, Aziah. Betisnya

bunting padi. Jarang-jarang orang mempunyai betis begitu. Aku pun baru minggu lalu melihat

betisnya. Mula-mula dia menolak, malu katanya. Tapi ku desak juga dan akhirnya dia setuju.

(Meneliti wajah Aziah, bertanya lembut tapi tegas) Apa salahnya? (Aziah membuka mulutnya

akan menjawab, tapi terdiam. Dia tunduk membalik-balikkan majalah, ternyata resah

membara, tapi tidak dapat mematahkan hujah Kamal. Lepas sejurus, menyambung dari segi

lain.)”

Di situ kita dapat lihat perasaan cemburu Aziah timbul apabila suaminya mula memuji betis

orang lain berbanding dia yang merupakan isteri kepada Kamal. Aziah tertanya-tanya tentang

model baru suamiya yang bernama Ani namun dia tetap tidak mendapat jawpaan daripada

suaminya. Kemudian Aziah cuba untuk membalas balik suaminya dengan cara untuk bermesra

dengan Abang Husin yang merupakan salah seorang daripada rakan sekerjanya di sandiwara

radio. Kebetulan pada hari yang sama Aziah terpaksa menjalani latihan sandiwara radio

bersama dengan Abang Husin setelah mereka mendapat skrip yang baharu untuk tugas yang

seterusnya. Aziah telah menggunakan kesempatan tersebut untuk menyakitkan hati suaminya.

5
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

5.0 PLOT

5.1 Permulaan cerita

Pada permulaan cerita, Kamal dan Aziah meluangkan masa bersama-sama di dalam

rumah mereka. Kamal berdiri di balik papan lukisan, melukis dengan penuh minat. Sesekali

dia berhenti melukis, merokok sambil menatap merenung objek lukisannya. Objek itu adalah

Aziah yang hanya terserlah penuh pada pandangan Kamal. Mereka mula dengan perbualan

harian mereka dan membincangkan mengenai isu objek yang hendak dilukis oleh Kamal

sebagai lukisannya. Aziah menganggap suaminya itu merupakan seorang yang pelik kerana

sering melukis perkara-perkara yang aneh dalam lukisannya.

5.2 Konflik

Dalam skrip Betisnya Bunting Padi ini, konflik tercetus apabila Kamal mendapat panggilan

telefon daripada modelnya Ani yang mengatakan bahawa dia akan ke rumahnya pada petang

itu untuk menjadi model kepada lukisan Kamal. Ini dapat dibuktikan dalam skrip pada muka

surat 84.

“KAMAL: (di telefon). Ya, dah lama I nak lukis you…. Ya, mula-mula I tak perasan, selalu I

tengok you dari jauh saja, Ani. Kelmarin masa you pakai seluar pendek I baru tahu… Tak, tidak

bukan badan you, I nak lukis betis you.. (ketawa). Malu? Ah, apa dimalukan?... Yalah apalah

salahnya you jadi model I. Ya, bolehlah, (merayu) boleh, ya?... bukan tidak ada orang lain, tapi

betis you cantik, Ani… Ah, janganlah begitu Ani.. Sekali saja,,, Apa? Dalam bilik?.... Ya, tak

ada orang lain… ya, kita berdua saja… pakai seluar pendek… (AZIAH tidak tertahan lagi,

berjalan ke pintu hendak keluar, tapi terhenti separuh jalan, bagaikan terpesona

mendengarkan terus kata-kata KAMAL, di wajahnya terbayang jelas perasaannya). I bukan

nak memuji, tapi jarang benar orang mempunyai betis macam you, Ani… siapa?.. ah tak apa..

kalau you segan nak jumpa dengannya, datang petang… Ya, petang nanti dia pergi ke radio,

6
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

ada recording sandiwara radio… Ah, you memuji sangat, Ani… (senyum). Kata orang memang

begitulah, lakonannya memang baik…(tegas). Jadi you datang ya, Ani? … Ya.. Ya… Terima

kasih, Ani. (KAMAL meletakkan telefon dengan rupa puas dan riang, mencapai rokok dan

mancis lalu duduk. AZIAH masih berdiri).”

Bermula dari perbualan tersebut menyebabkan berlakunya konflik dalam hubungan rumah

tangga Kamal dan Aziah. Aziah mula memikirkan yang bukan-bukan tentang model yang

dipanggil Ani oleh suaminya kerana asyik memuji-muji betis Ani yang cantik. Perasaan

cemburu yang hadir mungkin disebabkan gangguan emosi seorang wanita yang sedang

mengandung kurang stabil. Sikap cemburu yang ada dalam diri Aziah menunjukkan bahawa

dia sebenarnya mengambil kisah akan lukisan-lukisan yang dilukis oleh suaminya. Ini dapat

dibuktikan dalam skrip pada muka surat 85.

“AZIAH: (terdiam sebentar, kemudian terfikir dan menyambung lagi sedikit keanak-anakan

dalam kesungguhannya.) Kenapa betisnya yang hendak dilukiskan? Aziah pun ada betis juga.

Ingat katamu tadi? Mahu melukis tiap bahagian dari Aziah, tapi….”

Kemudian, Aziah pula cuba untuk memanaskan keadaan dengan cuba untuk membuatkan

suaminya cemburu dan menimbulkan kemarahan suaminya. Ini dapat dibuktikan pada muka

surat 86.

“KAMAL: Itu barangkali Ani yang menelefon, kalau kau nak tahu siapa dia angkatlah, dan

bercakaplah dengannya.
7
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

AZIAH: Baiklah. (Bangkit mencapai telefon). Hallo… Ya… (Wajah dan suara berubah girang

yang dilebih-lebihkan). Ooo, Bang Husin! Tak jadi recording petang ni?... Ya, tak apalah… Nak

berlatih? Di mana?... Aziah tak kira, di mana pun boleh… (ketawa kecil, marah manja,

matanya mengerling Kamal). Hah, merapik, takkanlah nak berlatih sandiwara radio di taman

bunga… Tempat sunyi? Yalah, boleh…. Di rumah Aziah… boleh, apa salahnya… Siapa?.. ah,

Kamal sibuk di studionya, biarlah. Kita boleh berlatih di bilik lain…. Ya, boleh… datanglah ya!

(merayu dibuat-buat). Datanglah bang. Aziah tunggu abang, ya? (AZIAH meletakkan telefon

dengan senyum riang, duduk di kerusi sandarnya, menggeliat dan menyanyi-nyanyi kecil,

sambil mengerling KAMAL yang sedang mengerlingnya juga).

Melalui dialog di atas, Aziah cuba untuk membalas perasaan cemburu terhadap suaminya.

Sikapnya seperti kebudak-budakan cuba untuk meraih perhatian Husin yang merupakan

rakan sekerjanya. Namun Kamal tidak memberikan respon untuk membalas balik perbuatan

isterinya, tetapi dia tetap tenang dan menyelitkan sindiran-sindiran halus terhadap isterinya.

5.3 Klimaks

Klimaks dalam skrip Betisnya Bunting Padi ini berlaku apabila Aziah berpura-pura sakit

pening kepala untuk menamatkan latihan sandiwara radio bersama dengan Husin di

rumahnya. Aziah masih memikirkan tentang betis Ani yang dipuja-puja oleh suaminya. Ini

dapat dibuktikan di dalam skrip pada muka surat 90.

8
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

“AZIAH: (tersedar, menjawab Husin) Kepala Aziah pening. Barangkali kita tidak dapat berlatih

petang ini.

HUSIN: Berehatlah, Aziah. Orang mengandung tak boleh berfikir-fikir sangat. Dan jangan

merunsingkan hati. (Membongkok ke hadapan, meneliti wajah Aziah, penuh simpati dan

bimbang). Dari tadi kau macam orang susah, kenapa?

AZIAH: (cuba menguasai dirinya) Tak apa-apa… (terdiam dan muram semula. Tiba-tiba

bergerak gelisah) Kalau tidak kerana pening, Aziah mahu berjalan ke mana-mana.

HUSIN: (semakin membongkok ke hadapan mendekati dan meneliti wajah Aziah dalam

simpati dan bimbangnya) Tak usah… Baik berehat.. (KAMAL masuk, terhenti di pintu dan pura-

pura batul, sedikit berlebihan. Berkata riang, sedikit menyindir)

KAMAL: Dah habis berlatih? (Melangkah masuk menuju telefon) Saya tidak mahu menganggu,

cuma nak bertelefon. (HUSIN menoleh agak terkejut bila mendengar suara KAMAL. AZIAH

tidak menoleh, duduk membatu).

HUSIN: Eh, Mal. Kami tak berlatih, Aziah tidak sihat nampaknya. (Berdiri teragak-agak dan

sedikit kekok.) Er… biarlah dia berehat.

KAMAL: (sedikit menyindir, mengerling Aziah) Memang dari tadi dia tidak sihat. Pagi tadi

masih sihat. (mengangkat telefon, tapi tidak terus mendail.) Tapi kerana saya nak melukis

betis orang, dia kurang sihat. (KAMAL mengerling AZIAH lagi, mengharapkan reaksi, tapi

AZIAH tetap membatu.) Awak tahu, Sin, alangkah anehnya meluksi betis orang?”

Dari situ Husin mula sedar bahawa berlaku krisis di dalam hubungan Aziah dan Kamal

disebabkan Kamal ingin melukis betis orang lain. Husin yang memahami situasi tersebut

memberikan ruang kepada pasangan tersebut untuk membetulkan keadaan mereka.


9
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

5.4 Denouement (Bahagian akhir cerita)

Plot terakhir dalam skrip Betisnya Bunting Padi ini adalah apabila Aziah mendapat tahu

siapa sebenarnya Ani yang suaminya puja-puja mempunyai betis yang cantik. Disini kita dapat

simpulkan bahawa wanita sentiasa akan mencari jalan untuk mendapatkan kepastian

sehingga mereka berpuas hati. Berdasarkan skrip ini, setelah Aziah mendapat tahu kebenaran

siapa model yang bernama Ani itu, dia terus berubah sikap menjadi sedia kala. Ini dapat

dibuktikan pada muka 95.

“KAMAL: (ketawa terbahak-bahak) Sekarang baru tahu, ya. Ha, lain kali tengok-tengook dulu,

siasat habis-habis, jangan ikut rasa.

AZIAH: (Hampir tidak bernafas ketawa) Tapi kenapa tak katakana siang-siang pada Aziah!

Manalah Aziah tahu. Terkejut benar…

KAMAL: Baik juga tak apa-apa.

AZIAH: Kenapa?

KAMAL: Hai, orang mengandung sulung tak boleh terperanjat. Kata doktor kalau terperanjat

boleh gugur.

AZIAH: (Tersenyum melihat air muka kamal yang sungguh-sungguh) Oooo, kata doktor …

(merungut sayang) itulah suka sangat memeranjatkan orang… (terkenang dan tergelak kecil)

tak sangka …

KAMAL: Tak sangka apa?

AZIAH: Rupanya Ani itu lelaki!

KAMAL: Ya, baru tahu. Lain kali jangan lekas cemburu. (AZIAH menjeling dan mereka

membalas senyum. Senyap sejurus)


10
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

AZIAH: (teringat, memandang keliling) Eh, di mana dia?

KAMAL: Ku suruh tunggu di bilik studio.

AZIAH: Pergilah, Mal, kasihan dia … (KAMAL senyum dan berdiri, berpaling hendak pergi,

sambil menyentuh mesra rambut Aziah. AZIAH teringat sesuatu, memegang tangannya,

menahan sebentar).

AZIAH: Tapi, kenapa di panggil Ani!

KAMAL: Nama penuhnya Ghani. Dari kecil maknya memanggil Ani saja, sampailah besar.

Lekatlah panggilan Ani itu padanya. (senyum). Percaya tak betisnya memang cantik.

Berdasarkan skrip di atas, apa yang dapat kita lihat ialah bagaimana Kamal cuba

menyelesaikan masalah dengan isterinya dengan cara baik. Di samping itu, Kamal juga

memahami bagaimana situasi wanita mengandung bahawa emosi mereka yang kurang stabil

boleh menjejaskan kesihatan kandungan bayi mereka. Oleh sebab itu, Kamal cuba untuk

merahsiakan modelnya, Ani kepada Aziah.

11
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

6.0 TEMA

Setelah saya kaji skrip ini, tema yang saya dapati dari skrip tersebut adalah kasih sayang.

Berdasarkan keseluruhan cerita, penulis cuba untuk menyampaikan kepada pembaca mengenai

perhubungan alam rumah tangga pada era tersebut. Penulis cuba untuk membangkitkan mengenai

emosi seorang wanita yang kuat cemburu dan suka fikir bukan-bukan. Hal ini dikatakan demikian

kerana lazimnya sifat cemburu hadir apabila perasaan sayang muncul dalam diri. Apabila kita cuba

untuk mengambil berat akan pasangan kita, kita akan cuba untuk menjaga dari aspek zahir dan batin.

Hal ini telah menunjukkan bahawa kasih sayang seorang perempuan terhadap lelaki yang dicintainya

amat mendalam sehinggakan mereka memikirkan perkara yang belum berlaku dan suka untuk

membuat tafsiran sendiri. Ini jelas dapat kita lihat di dalam skrip di mana Aziah telah membuat

spekulasi sendiri tanpa mnengetahui akan keadaan yang sebenarnya. Namun Kamal cuba untuk

mengawal keadaan demi menjaga kesihatan bayi di dalam kandungan isterinya. Kamal juga ada

menyatakan bahawa seorang perempuan mengandung tidak boleh terkejut kerana ia boleh

menyebabkan berlakunya keguguran. Ini membuktikan kasih sayang antara mereka kuat walaupun

masing-masing cuba untuk menimbulkan perasaan cemburu dalam diri. Kamal seorang suami yang

bekerjaya tidak lupa akan tanggungjawabnya yang bakal menjadi seorang ayah dan ketua keluarga

walaupun pada masa yang sama dia meneruskan minatnya dalam membuat lukisan. Lukisan yang

cuba dihasilkannya itu ‘perut Aziah’ adalah merupakan simbol kasih sayang yang diberikan Kamal

kepada isterinya kerana menghargai isterinya yang mengandungkan anak pertama mereka. Oleh itu,

saya dapat menyimpulkan tema bagi skrip Betisnya Bunting Padi ini ialah kasih sayang.

12
Nurasakinah Binti Shahrum
GKD2243 Dramatic Theory and Criticism
Assignment 2

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada kajian saya ini, saya dapat memahami skrip ini dengan baik dengan membuat

kajian terhadap watak, plot dan tema di dalam skrip tersebut. Ia membantu saya untuk memahami

mengapa watak tersebut bertindak sedemikian dan mempunyai sebab-sebab tertentu. Teori

formalism ini sangat membantu saya dalam membuat kajian kerana banyak kaedah yang saya boleh

gunakan untuk mengkaji watak. Toeri formalism ini juga sangat berguna kerana ia membantu saya

untuk mengkaji skrip tersebut dengan lebih mendalam dan memahami makna tersurat dan tersirat di

dalam skrip. Saya juga memahami jalan cerita skrip dengan baik dari permulaan cerita sehingga ke

pengakhiran cerita. Dengan menggunakan teori ini juga saya dapat mengenal pasti di mana konflik

berlaku dan klimaks yang terdapat dalam skrip tersebut.

13

Anda mungkin juga menyukai