Anda di halaman 1dari 9

I !

I

"

Pendidikan Al-Quran Menjana Keupayaan Berfikir

Oleh Mahyuddin bin Haji Ashaari

Abstract

The fact that human being is accorded with thinking capability is the epitome of God's best creation on earth. The Quranic term ya'qi/u (rationalizing) and yufakkiru (thinking) in the present form which are replete ( more than 20 times) in the holy Qur'lin denote the importance of thinking activity in education process. This present article attempts to relate how Quranlc learning can inculcate the thinking skill. What is suggested here is that the Quranic learning must also include the skill to understand the meaning and most importantly, one must be able (0 contemplate and reflect their deep meanings and finally they are to be realized in our daily lives. In contrary to our present day practice where only the art of recitation tarannum is emphasized. The onus of presenting a new method to teaching and learning the Qur'an is on us, and Muslim educators.

Manusia Makhluk Bertikir

Akal merupakan suatu komponen yang ada pada diri insan untuk rnembolehkan sesorang itu berfikir. Istilah fikir disebut dalam al-Qur'an dengan kalimahJikr, yang didatangkan dalam bentuk perbuatan (ft';[). Menurut Kamus Dewan bahawa fikir bererti ingatan, angan-angan, renungan dan akal, sementara maksud berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu atau mempertimbangkan dalam ingatan. Oleh itu berfikir adalah merupakan aktiviti atau perbuatan yang dilakukan untuk merenung, menyelidik, meramal, merancang, mencari penyelesaian, mengenal pasti, merumus dan sebagainya. Akal manusia boleh memahami, meniIai dan mengetahui, justeru itu menurut sarjana Islam, bahawa manusia diberi tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah swr. di muka bumi ini, amanah ini hanya diberi kepada manusia dan tidak kepada makhluk lain. Allah swr berfirman, maksudnya: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengatahui apa yang tidak kamu ketahui" (AI Baqarah 2:30).

Jilid 9 Bil4

1

Allah SWT. mengamanahkan kepada manusia sebagai khalifah, yang berperanan untuk memikir dan berikhtiar, bagaimana mengurus dan memakmurkan bumi ini. Manusia dicipta dengan seelok-elok kejadian, dengan komponen akal, rohani (jiwa), emosi dan jasmani, Berasaskan kejadian yang sempurna ini, manusia berpotensi untuk mencerap, memahami, mengetahui, mengambil data, kemudiannya melakukan analisis dan hepotisis,

Justeru itu potensi yang ada pada diri manusia, perlu dibangun dan dididik dan diIatih secara seimbang, bagi melayakannya untuk memikul tanggungjawab mengurus dan memimpin umat manusia, di samping merancang dan mengatur untuk membangun dan memakmurkan alam ini, sesuai dengan kejadiannya sebagai makhIuk berakal,

Kedudukan Akal dalam al-Qur'an

Dalam al-Qur'an perkataan akal diulang sebanyak 49 kali, Kebanyakan perkataan ini diungkapkan daIam bentuk perbuatan, iaitu fi cit mudhari: . Terutamanya perkataan yang bersambung dengan waw jama Co, seperti ta cqillin atau ya cqilan (bererti mereka itu berfikir) Kala kerja ta 'qiian berulang sebanyak 24 kali dan kala kerja ya cqilun beruIang sebanyak 22 kali. Sementara kata kerja "aqala, na "qilu dan ya cqila masing-masing disebut sekali, Dalam struktur bahasa Arab ungkapan dalam bentuk perbuatan fi cit mudhari', membawa maksud selalu menggunakan akal dan berfikir, Malahan al-Qur'an sering meransang manusia supaya menggunakan akal atau berfikir, dengan penggunaan bentuk prasa istifhiim inkari atau pernyataan negatif yang bertujuan memberi dorongan dan membangkitkan semangat berfikir. Pernyataan begini diulang sebanyak 13 kali dalam al-Our'an, mengikut konteks yang berbeza, Misalnya firman Allah SWT kepada Bani Israel;

Maksudnya," Mengapakamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri (kewajipan)mu sendiri, pada hal kamu membaca al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?". (al Baqarah:44).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman;

Maksudnya: "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, Maka tidakkah kamu memahaminya? (al An Cam: 32).

Selain daripada itu al-Qur'an mernberi penghargaan yang tinggi terhadap orang yang berakal, berfikiran dan berilmu pengetahuan, dengan term a ulul al bab atau

2

Jurnal Pendidikan Islam

;) ,

ulil a lbab, diulang sebutannya sebanyak 16 kali dalam al-Our'an, SembiIan daripadanya dalam surah-surah Makiyyah dan tujuh dalam surah-surah Madaniyyah. Ulul al bob dapat diertikan sebagi orang yang berakal atau orang yang mempunyai hati, iaitu orang yang mempunyai hikmah dan kebijaksanaan, yang terdiri daripada para ulama', kaum cendikiawan at au intelekual, yang menggunakan hati dan akal untuk memerhati dan memikirkan semua kajadian alam ini.

Firman Allah, bermaksud; ... Dan orang yang mendalam ilmunya berkata; "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang yang berakal. (Ali clmran: 7)

Al-Qur'an mendorong aka! manusia supaya memerhati dan memikirkan kejadian Allah SWT ten tang alam semesta, seperti penciptaan langit dan bumi, peredaran ma!am dan siang, yang dapat dijadikan bahan untuk direnung, dikaji dan difikirkan oleh mereka yang mempunyai akal;

Firman Allah, bermaksud; " Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. laitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka. ( Ali clmran: 190-191).

Menurut Dr.Yusuf Qardhawi bahawa ulul al bab adalah dirujuk kepada kelornpok orang yang berakal dan dapat menangkap 'ibrab atau mengambil 'iktibar , iaitu pengajaran dari pad a kisah-kisah sejarah dalam al-Our'an, mereka dapat membaca, memerhati dan mengambil pelajaran dari perjalanan sejarah zaman silam. Kaum ulul albab juga disebut sebagai kelompok orang yang mengatahui apa yang Allah turunkan kepada RasulNya itu adalah benar dan tidak mengandungi kebatilan sedikit pun. Al-Qur'an telah menggambarkan kaum ulul albab dengan sifat-sifat keutamaan akhlak mulia. Jadi al-Qur'an mengaitkan kesempurnaan intelektual dan kesempurnaan akhlak pada kaum ulul al bab .

Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya pada kisah-klsah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. Al-Qur' an itu bukanlalt cerita yang dlbuat-buat, akan leta pi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu; dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. " ( Yusuf :111)

Jilid 9 Bil4

3

Pendidikan al-Quran Membina Potensi Berfikir

Kurikulum pendidikan bersepadu memberi tumpuan yang seimbang di antara pengetahuan, amaI, keyakinan dan keikhIasan. Dari segi pedagogi, ia memberi tumpuan kepada pengajaran dalam bidang kognitif, efektif dan psikomotor, yang memberi kesan positif kepada diri pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan yang dihasratkan oleh falsafah pendidikan negara, Falsafah pendidikan negara telah meletakkan asas kesepaduan, yang mencerminkan prinsip-prinsip asasi seperti berikut;

faham tentang pencipta (Allah) faham ten tang alam

faham ten tang ins an

faham ten tang ilmu, dan

faham tentang pendidikan

(Ahmad Mohd Said, J urnal Pendidikan Islam Jilid 9 Bil 3,2001)

Satu daripada fungsi pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi manusia ke arah berfikiran kreatif, pemupukan adab dan pemindahan budaya. Sebagaimana pendapat para sarjana ilmu, bahawa manusia adalah makhluk berfikir. Justeru pendidikan harus mampu menjana keupayaan berfikir, memerhati, menilai, mencerap dan membina sintesis.

Menurut Dr. Hassan Langgulung:

"Bahawa pendidikan sebagai pengembangan potensi, dapat diumpamakan seperti pertumbuhan dan perkembangan bunga-bunga, di mana potensipotensi tersembunyi yang ada pada benih,berkembang menjadi bunga yang matang dan mekar. Sebagai bandingannya, kanak-kanak itu adalah benih di mana terdapat potensi-potensi yang masih tersembunyi dan tidak nampak, guru adalah tukang kebun yang menerusi kemesraan dan pemeliharaannya yang cermat dapat membuka rahsia potensi-potensi yang tersembunyi ini, dan pendidikan adalah proses mengajar-berkebun yang dengan itu kebolehan- kebolehan yang tidak nampak menjadi nampak, melalui pilihan dan penggunaan yang bijak terhadap baja yang sesuai."

(Jumal Pendidikan Islam Jilid 9 BiI.3,2001)

Para pendidik dan guru harus memberi tumpuan yang serius terhadap melaksanakan pendidikan yang sepadu dalam aspek kognitif, pengajaran tidak harus terbatas kepada proses memberi maklumat, pengetahuan dan hafalan sahaja, tetapi harus membina potensi berfikir pelajar, bagi membolehkan mereka memerhati, merenung, menilai dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang disampaikan kepada

4

Jurnal Pendidikan Islam

1'-,

I

mereka. Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan untuk memimpin dan petunjuk kepada manusia, para pelajar harus mampu memikir tanda-tanda kebesaran Allah, yang terkandung dalam al-Our'an. Ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah saw mengajak manusia supaya membacalqra' (surah al 'Alaq ayatl-3), di mana membaca dapat dihubungkan dengan budaya berfikir, mencari pengetahuan, memerhati dan sebagainya, Menurut Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq, bahawa ayat ini memberi peringatan tentang pentingnya ilmu dan pengetahuan yang menjadi asas kepada pembinaan kemajuan dan tamadun di mana membaca, menuIis dan belajar adalah menjadi prasyarat bagi menghasilkan ilmu dan pengetahuan. Orang Islam diarahkan membaca al-Our'an sebagai kitab tertulis, yang diturunkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 23 tahun yang rnengandungi segaJa macam ilmu pengetahuan. Selain daripada membaca alOur'an manusiajuga diarahkan membaca dan memerhati seluruh kejadian ini bagi menjana ilmu dan intelek untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia sendiri. Perbuatan membaca, menu lis dan belajar adalah aktiviti insan yang dapat dihubungkan dengan akal intelek dan budaya ilmu.

Allah S.W.T mengajar Nabi Adam A.S tentang al-Asma (al-Baqarah: 31. 32). AI-Asma ialah nama-nama sesuatu benda at au perkara, dengan mengenali nama sesuatu perkara atau benda ia merupakan kunci atau asas kepada pembentukan ilmu kepada seseorang manusia. Justeru itu manusia ditaklifkan sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan muka bumi ini kerana mereka dikurniakan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini.

Memang diakui bahawa umat Islam di Malaysia mengambil berat terhadap pengajian al-Our'an, mereka belajar membaca al-Our'an dengan guru-guru alQur'an di rumah, surau dan madrasah. Malah pembacaan al-Qur'an dimuatkan dalam kurikulum pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan juga Sekolah Agama Rakyat. Tetapi aspek yang diberi penekanan ialah aspek kemahiran membaca, menghafaz, mengenal hukum-hukum bacaan dan lagu atau tarannum. Aspek kefahaman dan penjanaan berfikir dengan ayatayat yang dipelajari tidak dipentingkan, Sedangkan ayat-ayat al-Our'an sentiasa merangsang akal manusia, agar mernerhati dan merenungi ten tang kejadian a1am, kejadian insan, tumbuh-tumbuhan, binatang, peredaran matahari dan bulan, malam dan siang dan sebagainya.

<Vmar "Ubayd Hasanah, dalam pengantar buku "Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Qur'an (terjemahan) berpendapat, bahawa masaalah yang dihadapi oleh umat

Jilid 9 Bil4

5

Islam ialah tentang metode untuk memahami al-Our'an, tidak ada pendekatan atau jalan memahaminya, tidak ada penggunaan alat penyampaian yang berkesan dan tidak diperkenalkan cara-cara bagaimana berurusan dengan al-Our'an dan asSunnah. Muhammad AI Ghazali, seorang i1muan terkenal, menyatakan;

"Adapun orang Islam hari ini, apabila mereka mendengar al-Our'an mungkin mereka mengeluh ataupun diam, namun akal mereka lali dan deria mereka berserakan, berjalan di lembah asing, eolah-olah dipanggil daripada tempat yang jauh." (Muhammad al Ghazali, Bagaimana Berinteraksi denganAI-Qur'lin, ms. xivi)

Muhammad al GhazaIi, berpendapat bahawa sikap kaum Muslimin terhadap alOur'an memerlukan kajian yang mendalam, kerana selepas kurun-kurun awal Islam perhatian mereka terhadap al-Our'an telah beralih kepada segi bacaan dari sudut ketepatan makhraj huruf-hurufnya, kesempurnaan dengung dan panjang pendeknya, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan lafaz al-Our'an dan memelihara cara pembacaan dan hukum-hukum tajwid. Tetapi dari sudut interaksi mereka dengan al-Our'an tidak diberi perhatian dengan jelas. Yang menghairankan bagaimana berlaku pemisahan antara 'bacaan' dengan 'pemikiran'. Sedangkan maksud membaca itu ialah memahami apa yang dibaca dan dapat meningkatkan keinsafan dan kesedaran bagi si pembaca. Muslim hari ini membaca al-Our'an semata-mata mengambil berkat, mereka tidak merasakan makna danmemaham! kepentingannya. Sedangkan Allah SWT. berfirman;

Maksudnya; "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat, supaya mereka memikirkan ayat-ayatnya dan untuk orangorang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Surah aad 38: ayat 29)

Ayat ini menegaskan bahawa al-Our'an diturunkan kepada manusia untuk diperhati, difikirkan dan diambil pengajarannya. Memang benar, ada sesetengah orang tidak mengetahui makna perkataan yang asing baginya atau sukar memahami sejumlah ayat tertentu, kerana al-Our'an sangat tinggi nilai sasteranya, Untuk memahami dan membaca dengan penuh pengertian, perlu diwujudkan kaedah dan strategi pengajaran dan pernbelajaran yang teratur dan kemas. Al-Our'an adalah kitab pertunjukdan sumber ilmu. Justeru itu Muhammad al GhazaIi menegaskan bahawa al-Our'an perlu dikaji secara berterusan, terutamanya dalam soal memahami pengertiannya, memikirkan maksud dan tuntutannya, merenungi peraturan dan ketentuan, yang merupakan perintah Allah SWT. kepada manusia, meneliti kandungannya yang berkaitan dengan manusia dan alam, memberi tumpuan kepada

6

Jurnal Pendidikan Islam

c

kisah-kisah umat terdahulu, mendalami pelbagai jenis berita gembira dan peringatan, balasan baik dan ancaman buruk serta apa sahaja yang diperlukan oleh kaum i Muslimin dalam usaha mengembalikan peranan al-Our'an dalam kehidupan kaum Muslimin, di mana dengan pengkajian ini tentunya dapat mempengaruhi dan mencorak tamaddun manusia masa kini.

Strategi Penyelesaian

Kurikulum pendidikan bersepadu memberi tumpuan kepada pelajar, terutamanya dalam soal membina kemah iran asas seperti menulis, membaca, mengira, mengenal, memerhati dan memikirkan apa yang dipelajari. Justeru itu guru harus mencari pendekatan dan teknik yang dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar dan berfikir. Dalam konteks pendidikan al-Our'an, selain pelajar dapat mengenaI, membaca dan menghafaz, Pelajar harus diberi kemahiran berfikir dengan maklumat-maklumat yang terkandung dalam al-Our'an. MisaInya mendedahkan kepada mereka tentang proses kejadian manusia, ten tang peredaran malarn dan siang, turnbuh-tumbuhan, binatang, daratan dan Iautan serta segala isinya dan sebagainya. Pengajaran harus ditumpukan kepada tujuan Allah menjadikan manusia dan alam seluruhnya, menghuraikan maksud asma' al husna, bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kebesaran Allah swr, dan menanam akhIak mulia. Kisah-kisah yang terkandung dalam al-Our'an perlu dihuraikan dengan menarik, agar pelajar dapat memikirkan i "ktibar atau pengajaran di dalamnya, Bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan alOuran, strategi berikut dicadangkan:

i. Menyusun semula kurikulum latihan guru dalam bidang pendidikan alOur'an, Guru pendidikan al-Our'an perlu didedahkan tentang kaedah dan teknik pengajaran yang terkini, terutamanya dalam aspek kognitif, yang memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir, mengingat fakta dan menghurainya. Guru juga hendaklah didedahkan pengetahuan tentang ilmu psikologi, falsafah pendidikan Islam, kaunseling, pengukuran dan penilaian dan sebagainya. Dengan cara ini guru-guru dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tersusun dan berkesan.

ii. Menganjurkan bengkel atau seminar kurikulum pendidikan al-Our'an, bagi rnenghasilkan satu kurikulum pendidikan al-Our'an yang sesuai dalam semua peringkat pelajar, terutamanya di peringkat awal persekolahan. Memang disedari bahawa ramai guru-guru al-Qur'an, yang mengajar tilawah al-Our'an di rumah atau di surau/madrasah tidak berkesempatan mempelajari kaedah pendidikan al-Our'an yang terkini.

Jilid 9 Bil4

7

Mereka meneruskan tradisi pengajaran al-Qur'an mengikut kaedah yang diwarisi daripada guru-guru sebelumnya. Meskipun kaedah sedia ada dapat memberi kesan, terutamanya dalam aspek membaca dan menghafaz, tetapi pelajar hari ini memerlukan kemahiran berfikir dan menilai, bagi menghadapi cabaran semasa yang kronik, Sedangkan ilmu pendidikan telah berkembang pesat, dan isu-isu mengenai keperluan umat Islam semakin kompleks dan rencam.

ui, Meningkatkan kemahiran bahasa Arab kepada guru pendidikan alOur'an, Al-Our'an adalah kitab suci yang diturunkan dalam bahasa Arab. lanya merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w yang teragong. Umat Islam diingatkan supaya merujuk kepada al-Ouran bagi menjamin kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat, Adalah wajar, guru-guru al-Our'an dapat mend al ami bahasa al-Our'an, bagi membolehkan mereka menyampaikan kandungan dan pengajaran al-Our'an dengan lebih menarik dan berkesan. Melalui kemahiran bahasa, guru-guru dapat menjana dan menimba khazanah ilmu yang terkandung dalam al-Our'an, Usaha ini tentunya dapat memberi kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.

Penutup

Usaha mengembalikan umat kepada menghayati al-Our'an perlu dipertingkatkan. Generasi pelajar kini yang terancam dengan pengaruh globalisasi, yang meresap masuk dari pelbagai sudut, kegawatan pengaruh budaya negatif di kalangan generasi muda perlu ditangani dengan bijaksana dan penuh hikmah. Pendidikan merupakan strategi yang paling berkesan bagi membina generasi al-Our'an sebagai "ibadul Rahman yang dapat mencetuskan tamaddun manusia berasaskan pimpinan al-Our'an.

8

Jumal Pendidikan Islam

I! I

Kurikulum Pendidikan Dari Perspektif Islam Dalam Konteks Pendidikan Di Malaysia

Oleh

Dr. Rosnani Hashim

Abstract

This paper assumes that the problems confronting the Muslim ummah throughout the world stem from education which itself is plagued with a lot of challenges. It attempts to analyze the educational curriculum, which is a major aspect of education that lends its shape. The paper argues that many Islamic educational institutions today suffer from weak curricula. To highlight this, the writer prefaces her paper with a discussion on the theory of curriculum development which comprises four basic components: educational objectives; learning experiences, organization of the learning experiences and evaluation of achievement of objectives. The most conspicuous weakness is the ambiguity or sometimes the non-existence of a clear philosophy of education which acts as the basis for any educational institution. As a result the curriculum formulated does not reflect the philosophy which is supposed to underlie it. Instead, it reflects that of an alien philosophy such as the liberal, secular philosophy. The analysis also shows that the learning experiences provided are in some instances inadequate and not in line with the educational objectives. Based on these weaknesses and the divergence of curriculum from the philosophy, the paper presents a few steps for them to converge and the weaknesses to be redressed.

Pendahuluan

Kebanyakan negara Islam telah dijajah selama beberapa kurun oleh kuasa Barat, bermula pada awal abad ke 16 lagi. Negara-negara inl cuma mencapai kemerdekaan pada pertengahan kurun ke 20. Pada zaman penjajahan ini, sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak penjajah untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan fahaman sekular dan meminggirkan agama. Umat Islam terputus dad aIiran wacana budaya mereka sendiri dan mengalami ketersisihan. Justeru itu tidaklah menghairankan kalau ramai cendikiawan Islam berhujah bahawa di antara pelbagai institusi sosial, sistem pendidikan merupakan tempat yang paling subur bagi pembiakan dan penyebaran faharn sekular di kalangan umat Islam. Para intelektual Islam rnenyedari rancangan induk ini dan berusaha dalam pelbagai bent uk pada masa yang berlainan untuk menghentikan serangan intelektual dan agama ini. Gerakan islah, khususnya, di bawah pimpinan Jamaluddin ai-Afghani dan seterusnya di bawah Abduh dan Abdul Rashid Ridha

Jilid 9 Bi14

9

Anda mungkin juga menyukai