Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

Tulis lima ayat yang lengkap tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di rumah
berdasarkan gambar.

1. Kita perlulah memasang lampu di dalam rumah jika hendak meninggalkan rumah
pada waktu malam.
2. Kita hendaklah memastikan pintu rumah dan pintu pagar telah dikuncikan sebelum
meninggalkan rumah.
3. Kita boleh meminta bantuan jiran untuk mengawasi Kawasan rumah sepanjang
ketiadaan kita di rumah.
4. Kita boleh memasang kamera litar tertutup sebagai langkah keselamatan.
5. Kita haruslah memastikan tanam-tanaman di sekeliling rumah terjaga agar orang
yang berniat jahat tidak dapat bersembunyi atau berlindung.
BAHAGIAN A
Tulis 5 ayat yang lengkap tentang gambar aktiviti perkhemahan di bawah.

1. Tiga orang ahli pengakap sedang mendirikan khemah berhampiran sebatang sungai.
2. Seorang ahli pengakap menyenduk nasi ke pinggan yang dipegang oleh rakannya
menggunakan senduk.
3. Seorang ahli pengakap menjerang air menggunakan cerek untuk membancuh
minuman,
4. Dua orang ahli pengakap menebas lalang menggunakan sabit berhampiran kawasan
perkhemahan agar kelihatan bersih.
5. Dua orang ahli pengakap mengandar seberkas kayu api sambil diperhatikan oleh
ketua pasukan pengakap.

Anda mungkin juga menyukai