Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 1/2017

SK GELANG TERUSAN

TARIKH : 29 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

MASA : 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK GERAKAN SK GELANG TERUSAN

Kehadiran : 1. En Mohd Khalil Bin Lebai Mat (Guru Besar)


2. Pn Zaini Binti Chulan (GPK Pentadbiran)
3. En Abu Bakar Bin Abdul Patah ( GPK HEM )
4. Pn Zurina Binti Abu Bakar (GPK Kokurikulum )
5. En Mohd Alif B Mokthar ( Ketua panitia )
6. En Zamri Bin baharudin
7. En Abdul Latif Bin Yunus

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Salam keagamaan dan kata-kata aluan.

1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran ahli panitia.

Makluman

2. UCAPAN GURU BESAR

2.1 Salam keagamaan dan terima kasih atas kehadiran semua ahli.

2.2 Sebagai staf SK Gelang Terusan, semua guru perlu kompetitif dalam melaksanakan tugas mengikut

cara yang sihat dan elakkan konflik.

2.3 Staf perlu bekerja sebagai satu pasukan. Setiap individu berperanan sebagai pemangkin untuk

menjayakan tugas membangunkan modal insan.

2.4 Guru adalah harapan setempat. Masyarakat sekarang sensitif dengan pendidikan, jadi kita mesti

bergerak dan maju ke depan.

TINDAKAN : Semua guru panitia


2.5 Lantikan Jawatan Kuasa Kerja bagi sesi 2017

Penasihat : En Mohd Khalil Bin Lebai Mat (Guru Besar)

Pengerusi : En Mohd Alif Bin Mokthar

AJK : Semua guru yang mengajar PJ & PK

2.6 Guru -guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi sesi 2017

1. En Mohd Alif Bin Mokthar : PJ Tahun 1,4,5 & 6 / PK Tahun 1,4&5

2. En Abu Bakar Bin Abdul Patah : PJ Tahun 2 & 3

3. En Zamri Bin baharudin : PK Tahun 6

4. En Abdul Latif Bin Yunus : PK Tahun 2 & 3

3. BUKU RANCANGAN MENGAJAR DAN BUKU TULIS

3.1 Penulisan buku rancangan mengajar harian :

Tajuk :

Standard Kandungan : ( tuliskan no sahaja )

Standard pembelajaran :

Objektif :

Aktiviti :

Impak/ Refleksi :

3.2 Aktiviti yang dirancang mestilah mengikuti pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.

Menerapkan keselamatan murid semasa pengajaran Pendidikan Jasmani.

TINDAKAN : Semua guru Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan

4. FAIL PANITIA

4.1 Fail panitia haruslah dikemaskinikan dengan maklumat-maklumat terkini yang diperlukan seperti
rancangan tahunan, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard pembelajaran, maklumat guru
dan jadual waktu yang telah ditetapkan.
5. UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN

4.1 Ujian Bulanan hanya diadakan untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja.
4.2 Soalan hendaklah disediakan oleh guru yang mengajar kelas berkenaan.

TINDAKAN : Semua guru Pendidikan


Jasmani dan Kesihatan

6. AKTIVITI TAHUNAN PANITIA


6.1 Mesyuarat panitia 3 kali setahun.
6.2 Mengemaskinikan bilik sukan.
6.3 Latihan sukan dan permainan.
6.4 Penataran bilik sukan akan dilakukan oleh PPD. Diharapkan guru bersiap sedia.
6.5 Peruntukan yang disediakan dapat digunakan sebaiknya untuk membeli peralatan dan
melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani bagi Tahun 2017 nanti.
6.6 Ujian SEGAK akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun seperti yang ditetapkan. Data yang
diperolehi akan dimasukkan dalam sistem online mengikut tarikh yang akan diberitahu kelak.
TINDAKAN : Semua guru yang mengajar
7. HAL-HAL LAIN
7.1 En. Latif memaklumkan terdapat beberapa alatan sukan yang rosak dan perlu diganti baru.

8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua ahli panitia. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________ ..

(Mohd Alif Bin Mokthar) (En Mohd Khalil Bin Lebai Mat )

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Guru Besar

SK Gelang Terusan Sk Gelang Terusan

Anda mungkin juga menyukai