Anda di halaman 1dari 1

Pada 25 Mei Yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chembong

telah mengadakan sambutan Hari Keluarga. Sambutan ini disertai oleh 50 orang
para penduduk di Chembong. Sambutan ini diadakan di padang sekolah.
Tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara satu
sama lain.Pada pukul 7.30 pagi semua peserta berkumpul di padang untuk
pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah.
Selepas itu, para hadirin dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh
serta kuih-muih sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara
tersebut ialah pertandingan tarik tali, pertandingan bola baling dan pertandingan
mencari harta karun. Mereka sungguh gembira kerana turut menyertai dalam setiap
aktiviti yang diadakan.
Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, para hadirin berehat selama
setengah jam sambil menikmati minuman dan kuih-muih.Kira-kira pukul 11.40 pagi,
semua peserta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu acara cabutan nombor bertuah
dan penyampaian hadiah. Keluarga yang Berjaya berasa gembira apabila keluarga
yang tidak berjaya menaruh harapan untuk berjaya pada tahun hadapan.
Sebelum pulang , para hadirin dijemput makan tengah hari dengan pelbagai
masakan laut yang sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng.
Pengalaman ini amat menyeronokan dan para hadirin berharap akan berpeluang
menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai