Anda di halaman 1dari 2

50 Tahun Merdeka

Hari ini.. Merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan sekuat hati dengan senyuman, keriangan, kepuasan Tanpa tangisan 50 tahun dahulu.. Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan dengan penuh rasa bangga Tatkala ayat keramat kedengaran Air mata rakyat kegembiraan mengalir, menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan kepada bangsa, agama dan negara Kini 50 tahun berlalu.. Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai Ku bangga melihat semua kejayaan ini Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan? Mereka tak mengerti, mereka lupa.. Kini.. Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua Apa yang mereka rasa? Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu? 50 tahun.. Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan di jiwa insan generasi baru Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita Adakah ia akan berkekalan selamanya? Sedarlah kawan-kawanku Carila erti kemerdekaan.. Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan rakyat 50 tahun dulu Jika kamu mahu 5000 tahun merdeka tetap merdeka..

tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak sedangkan ladang sudah dibajak benih sudah dipilih untuk disemai. Orang tua itu berbisik sedih aku membina kamu meruntuhkan.

31 OGOS TIBA LAGI


Setiap kali tibamu Ogos mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah dalam matang akal fikir semangat dan kudrat masih berbaki merisik khabar pejuang yang jauh dalam lipatan darmawisata merdeka mahalnya nostalgia. Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua menyentak lolong makrifat membiak musim ceriteranya berderai plotnya berkecai mengirai skrip duga yang tak sudah atas aspal fatamorgana bumi bertuah. Ogos yang sujud di kaki merdeka tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang tetap menyimpul senyum meskipun termateri kenangan pahit yang mahal dan cantik. Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi bersama gemersik angin di bumi bertuah mendewasakan ukhuwah dan ummah siap siaga warga berdaulat memahat sejarah dalam tamadun bangsa yang gah. Terima kasih pejuang tanah merdeka terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

DI PENTAS KEBEBASAN
Kamu membakar hutan bandar kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu siapa yang ditentang juga jelas menegakkan keadilan dengan tangan kasar meja rundingan pun turut dibakar. Seorang tua termanggu melihat kejadian peristiwa yang tidak terlintas di fikiran apakah yang dicari wahai anak muda? Aku yang membina tiang kemerdekaan kau bersorak bangga mematahkan. Aku yang mengecat tugu sejarah putih bersih sedap mata memandang kau conteng dengan niat hitam. Jari terketar tak mampu menampar tangannya letih hendak menangani mereka yang bingung di pentas kebebasan

KETAATAN DAN KEBERANIAN


Berjanjilah kami demi keberanian melalui suara-suara hijaz putaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai mati kepada insan seikat masyarakat yang telah bebas. Dalam sejarah kepahitanmu terselit larian aku anak kecil dibentuk dalam kelas-kelas rendah hingga ke kamar dewasa jiwa ini digantung loceng mongel lalu direntap-rentap terbawa-bawa. Titisan darah ibuku pada papan cendana pejal masih melekat di situ di perigi yang telah terkambus hanyir masih terbau tembuni dalam diam berubah fosil atas tanah yang merdeka. Seperti selalu berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil menyamai pemberian hadiah bapamu kami menyebut MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

sana sini mencipta indah namun segelintir tiada endah satukan hati bukannya mudah. Hanya Malaysia negara tercinta pejuang bersusah untuk merdeka jangan siakan apa yang ada sayangilah tumpah darah kita.

POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA


Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. Anak merdeka alaf baru! tanamlah, semailah, bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi demi generasi dan agama mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat. Anak merdeka alaf baru siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka.

HUJAN MERDEKA
Di langit Ogos awan gembira mengkhabarkan hujan merdeka turun lagi untuk kesekian kalinya membasahi bumi keramat ini dinginnya merangkul perasaan nusa syahdunya menyelimuti hati pembela damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa. Telah kutemui mutiara yang tersembunyi dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan kukecapi aroma pembangunan kukucupi wangian pembebasan dan telah kuwarnai kanvas jati diri mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku. Hujan merdeka turun lagi titisnya menjelajahi hati srikandi pertiwi tersenyum menerimamu memeluk janji yang termetarai harapan yang terkota teguh mengepung cinta. Terima kasih, hujan merdeka walau langit Ogos berlalu titisnya membasahi sepanjang musim.

MENYAMBUT MERDEKA
Sambutannya berulang lagi saban tahun ia kembali keranamu Malaysia aku di sini menabur bakti ibu pertiwi. Jalur gemilang berkibar megah

Anda mungkin juga menyukai