Anda di halaman 1dari 30

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM)

RLD 504: Horticulture Landskap

LAPORAN AMALI PENANAMAN ROCKMELON SECARA FERTIGASI

Disediakan Oleh:
Leong Choon Hoong

P-RM 0278/15

Nurul Nadia bt. Mohd

P-RM 0218/15

Siti Farziah bt. Attarima

P-RM 0050/15

Syamirah bt. Sahnawi

P-RM 0146/15

Tan Wen Fong

P-RM 0245/15

Nama Pensyarah:
Professor Madya LAr. Jamel bin Arrifin

3hb. Jun 2016

ISI KANDUNGAN

1.0

Pengenalan

2.0

Persediaan Awal

3.0

Kaedah penanaman secara fertigasi

4.0

Pembajaan

5.0

Semaian

5.1

Proses semaian

10

5.2

Persediaan tapak semaian

11

5.3

Pemindahan ke ladang

12

5.4

Pemasangan trellis

14

6.0

Penyelenggaraan

15

6.1

Melatih pokok melilit

15

6.2

Pemangkasan

15

6.3

Cantasan

16

7.0

Pendebungaan

10

8.0

Pemilihan buah

17

8.1

Penuaian

18

9.0

Sanitasi ladang

19

10.0

Rekod kadar pertumbuhan pokok

20

1.0 PENGENALAN

Kami pelajar Sarjana Senibina Landskap 2015/2016 telah menjalankan amali


penanaman rockmelon secara fertigasi. Jenis rockmelon yang ditanam adalah Rock Melon F1
hibrid.

Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak.
Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah)
beberapa kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok. Tujuan utama sistem ini
adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik
menggunakan timer dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

Sistem pengairan digunakan untuk menyalurkan baja jenis A & B kepada semua
tanaman di dalam rumah tanaman. Sistem saliran yang disediakan adalah seperti dalam
gambar rajah di bawah.

Rajah 1.0.1 Sistem pengairan fertigasi.

2.0 PERSEDIAAN AWAL

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian benih


dilakukan. Perkara yang pertama adalah memastikan struktur pelindung tanaman (SPT)
berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Keadaan SPT adalah amat penting dalam
memastikan tanaman di dalam berada dalam keadaan yang sihat dan bebas daripada
serangga dan perosak dari luar.

Rajah 2.0.1 Struktur Pelindung Tanaman (SPT).

Sekiranya semua peralatan tersebut telah mencukupi, kawasan penanaman fertigasi


perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada sisa pusingan tanaman yang lalu sebab ini boleh
mengakibatkan punca penyakit pada tanaman. Pada 25/3/2016 rumah tanaman telah
dibersihkan. Semua tanaman yang lalu telah dibuang. Jika tanaman ini dibiarkan, tanaman
yang berpenyakit boleh menyebabkan tanaman yang akan ditaman dijangkiti penyakit melalui
serangga yang menjadi agen penyebaran. Antara serangga yang menjadi agen penyebaran
penyakit ialah trip, afid dan hamama.

Sistem pengairan harus berada keadaan yang baik. Beg poli juga perlu disediakan atau
diperiksa jika beg dan sistem yang lama masih digunakan. Beg poli yang digunakan adalah
beg yang berwarna hitam. Coco peat yang terdapat dalam beg poli perlu dipasti supaya
mencukupi.

Peralatan-peralatan dan keperluan lain seperti biji benih, media semaian, dulang
semaian, tali rafia dan lain-lain disediakan sebelum semaian dilakukan. Baja A & B yang
digunakan untuk fertigasi juga perlu disediakan terlebih dahulu. Kandugan baja untuk tanaman
perlu diperiksa supaya mencukupi. Alat pengukur larutan seperti EC Meter perlu diperiksa
supaya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Rajah 2.0.2 E.C meter.

3.0 KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI

Pembajaan
(Fertilizer)
FERTIGATION
Pengairan (Irrigation)
Rajah 3.0.1 Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman.

Fertigasi adalah kaedah pembajaan dalam bentuk cairan diagihkan terus ke zon
perakaran pokok melalui sistem pengaiaran. Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah
sahaja seperti tomato, cili merah, capsicum, timun, melon, zukini, terung dan strawberry yang
sesuai lagi ekonomikal menggunakan kaedah ini.

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada


dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu
bacteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang
dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili.
Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai
rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT). Pelbagai
bentuk SPT yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia.

Tanpa SPT pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan berkesan
disebabkan hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang diberikan. Semburan ulangan
dan penambahan dos semburan akan meningkatkan kos. Percikan air akibat hujan yang
menimpa daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain. Selain melindungi
tanaman daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan
kepada pokok menjadi terlalu cair kerana terkena hujan menyebabkan pemberian baja tidak
berkesan. Akibatnya pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

Walau bagaimanapun SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak
dapat menjamin tanaman bebas dari diserang atau dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan
dinding jaring walaupun menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan
hamama merah,kutu trip atau lalat putih (pembawa virus) kerana mereka ini sifatnya kecil.

Kelebihan Sistem Fertigasi:


1. Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan
jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
2. Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kenersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
3. Tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
peyakit.
4. Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
5. Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
6. Tiada masalah rumpai dan sekali gus mengurangkan kos buruh.
7. Kuantiti hasil yang lebih baik.
8. Penggunaan baja yang cekap, mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
9. Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
serangga digunakan.
10. Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Rajah 3.0.2 Contoh struktur pelindung tanaman.

4.0 PEMBAJAAN

Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium,
Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron,
Ammonium, Molibdenum dan Natrium) diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu
formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen,
Hidrogen dan Karbon diperolehi daripada udara). Unsur-unsur dalam bentuk sebatian ini
mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah diagihkan kesetiap pokok dengan seragam.

Baja Jenis

Melon

Catatan

11000.00

i. Setiap jenis baja

x - Kalsium Nitrat

ditimbang
berasingan

y - Zat Besi (EDTA-Fe-Lo) - 1 kg

190.00

p - Kalium Hidrogen Fosfat (MKP)

2630.00

q - Magnesium Sulfat (Bittersalt)

5640.00

r - Potasium Nitrat (PN)

10000.00

t - Mangan Sulfat (EDTA - Mn)

17.00

ii. Masukkan ke
dalam

t - Zink Sulfat (EDTA - Zn)

12.00

plastik berasingan

t - Copper Sulfat (EDTA - Cu)

2.00

kecuali t

t - AMN Molidate - 500 gm

2.00

t - Asid Boric

30.00

Jumlah Besar

29523.00

Jadual 4.0.1 Kandungan baja.

7
Set A

Set B

Set A

Set B

Rajah 4.0.1 Jenis baja yang digunakan

Larutan stok ini Ca(N03)2 dan zat Fe dilabelkan dengan LARUTAN A manakala
larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3 KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4,
ZnPO4, Ammoniam Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan LARUTAN B.

Semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan
serentak.

Larutan stok hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan berlaku

sebarang tindakbalas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

Kepekatan larutan baja (E.C) yang digunakan adalah berbeza mengikut formulasi
yang berbeza. Selain itu kepekatan yang digunakan mestilah sentiasa diubah seiring dengan
pertumbuhan pokok. Pokok yang masih kecil menggunakan kepekatan yang rendah manakala
pokok yang telah matang menggunakan kepekatan larutan baja yang tinggi kerana pokok telah
besar, pembentukan bunga dan pembentukan buah. Walaubagaimanapun, kekerapan boleh
berubah ketara mengikut perubahan cuaca terutamanya suhu.

Umur (minggu)

Kepekatan (mS/cm)

Kekerapan (kali/ 2 hari)

1.2 - 1.5

2-3

1.4 - 1.8

4-5

1.6 - 2.0

6 dan seterusnya

2.0 - 3.5

Jadual 4.0.2 Kekerapan pembajaan

Rajah 4.0.2 Baja A & B dalam tong.

5.0 SEMAIAN
Peralatan
1.

Tray semaian

2.

Peat moss / coco peat - Media semaian yang baik akan menjadikan hasil
pencambahan lebih tinggi.

Rajah 5.0.1 Tray semaian

Rajah 5.0.2 Coco peat.

Kaedah
1.

Isikan coco peat ke dalam tray semaian.

2.

Pastikan media yang dimasukkan tidak terlalu padat.

Rajah 5.0.3 Coco peat dalam tray semaian.

10

5.1 PROSES SEMAIAN


1.

Basahkan media semaian sebelum proses semaian.

2.

Susun biji benih secara melintang di dalam media semaian.

Rajah 5.1.1 Biji benih rock melon.

Rajah 5.1.2 Biji benih disusun dalam tray semaian.

3.

Susun tray semaian di tempat semaian.

4.

Siram anak benih dengan siraman halus dan kabus.

5.

Bungkus tray semaian dalam karung plastic hitam.

6.

Jemur bekas plastik sehingga biji benih bercambah (2 hari).

7.

Percambahan berlaku, akar mula keluar.

8.

Jumlah pokok yang disemai mestilah lebih 10 15 % daripada jumlah sebenar


keperluan ladang.

11

5.2 PERSEDIAAN TAPAK SEMAIAN


Kaedah
1.

Buka beg poli dan masukkan habuk sabut kelapa secukupnya.

2.

Susun beg poli mengikut jarak seperti berikut dan dilengkapi sistem pengairan.

Rajah 5.2.1 Jarak susunan beg poli.

Rajah 5.2.2 Beg poli yang disusun.

12

5.3 PEMINDAHAN KE LADANG


Kaedah
1.

Basahkan coco peat - buang toksid dan membetulkan pH.

2.

Lakukan ujian pengairan fertigasi.

3.

Keluarkan benih daripada tray semaian.

4.

Buat lubang dalam beg poli seluas 4 cm x 6 cm.

5.

Masukkan benih kedalam lubang dan mampatkan.

6.

Pastikan batang dan akar anak pokok tidak cedera.

Rajah 5.3.1 Teknik menanggalkan benih dari tray.

13

Rajah 5.3.2 Masukkan benih ke dalam beg poli.

Rajah 5.3.3 Letak dripper berdekatan dengan pangkal pokok dan pastikan titisan air mengenai kawasan
pengakarannya.

14

5.4 PEMASANGAN TRELLIS

Rajah 5.4.1 Memasang trellis.

1.

Ikat tali pada dawai trellis yang telah siap sedia dipasang.

2.

Pastikan jumlah tali yang dipasang mencukupi untuk setiap pokok dan setiap buah.

3.

Ikat hujung tali tersebut pada beg poli untuk mengelakkan pergerakan pada pokok.

15

6.0 PENYELENGGARAAN
6.1 MELATIH POKOK MELILIT
1.

Lilit dahan pokok baru pada tali trellis.

2.

Pastikan dahan pokok tidak patah atau tercedera.

Rajah 6.1.1 Melatih pokok melilit.

6.2 PEMANGKASAN
Kaedah
1.

Gunakan gunting bagi membuang daun dan tunas.

2.

Gunakan gunting tajam dan tidak tercemar.

Rajah 6.2.1 Pemangkasan membuang tunas.

16

6.3 CANTASAN
1.

Patahkan sulur sisi dengan menggunakan jari.

Rajah 6.3.1 Cantasan dengan mematahkan sulur menggunakan jari.

Rajah 6.3.2 Sebelum Pangkasan

Rajah 6.3.3 Selepas Pangkasan

17

7.0 PENDEBUNGAAN
Bunga betina (pada
ranting pokok )

Bunga jantan( pada


batang pokok )

Rajah 7.0.1 Bungan jantan & bunga betina.

Kaedah
1.

Petik bunga jantan, buang kelopak bunganya dan tinggalkan bahagian tengah bunga
sahaja;

2.

Sentuhkan bahagian debunga jantan ke bahagian filamen betina yang berada di


ranting pokok.

Rajah 7.0.2 Bunga Jantan

Rajah 7.0.3 Bunga Betina

18

8.0 PEMILIHAN BUAH


Kaedah
1.

Pilih buah berkualiti sahaja.

2.

Gantung dan balut buah yang terpilih pada trellis bagi mengelakkan kecederaan.

Rajah 8.0.1 Balut buah

8.1 PENUAIAN
Tanda-tanda kematangan nuah untuk dipetik:
1.

Sulur paut di bahagian tangkai buah mula kering.

2.

Daun yang paling hampir dengan tangkai mulai layu dan kering.

3.

Warna buah mulai berubah dengan nyata.

4.

Aroma musky mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin masak.

5.

Bahagian hujung buah agak lembut.

6.

Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk.

Buah yang terlalu masak mudah tanggal dari tampuk atau tangkainya. Masa yang paling
sesuai untuk menjalankan aktiviti penuaian ialah ketika keadaan sejuk iaitu pada awal pagi
atau lewat petang.

19

9.0 SANITASI LADANG


Perkara yang perlu dilakukan bagi menjaga kebersihan ladang:
1. Melupuskan pokok selepas tuaian dengan mengumpulkan pokok dan sisa tanaman
pada satu tempat;

2. Jadikan kompos atau musnahkan;

3. Bersihkan ladang dan buat pembasmian serangga dan bakteria dengan cara
semburan racun serangga;

4. Buat pensterilan media tanaman dalam beg poli, sistem pengairan, tapak bekas
tanaman dan Struktur Lindungan Hujan bagi pusingan kedua dan seterusnya dengan
menggunakan larutan Dettol atau Cidol.

20

10.0 REKOD KADAR PERTUMBUHAN POKOK


TARIKH[HARI]
25 MAC 2016

GAMBAR

PENERANGAN

[Hari 1]

Merupakan hari pertama kami


memulakan proses penyemaian
biji benih.

Biji benih yang digunakan


adalah F1 hybrid.

Jumlah biji benih yang disemai


adalah 400 biji benih.

29 Mac 2016

[Hari 4]

Merupakan hari ke- 4


percambahan biji benih berlaku.

Kami telah memindahkannya ke


dalam rumah hijau.

Ini disebabkan untuk


memastikan bahawa biji benih
tersebut mendapat pencahayaan
yang secukupnya dan juga kami
hendaklah memastikan bahawa
medium yang digunakan
sentiasa lembap.

21

30 Mac 2016

[Hari 5]

Merupakan hari ke -5 di mana


pokok mula untuk membesar.

Menunjukkan pertumbuhan yang


agak sihat dan cepat.

Kebanyakannya tumbuh dengan


tinggi dari hari ke hari.

1 April 2016

Merupakan hari ke-7.

[Hari 7]

Pucuk tumbuh ke arah atas.

Kami memastikan medium


sentiasa lembap dan tidak kering
agar pokok tidak layu.

Selain itu,cuaca pada masa itu,


agak kering dan sudah lama
tidak hujan.

Namun kebanyakkannya mampu


hidup dengan sihat dan subur.

22

2 April 2016

Merupakan hari ke-8.

[Hari 8]

Pokok kelihatan semakin tinggi


dan daun semakin bercambah
dengan lebih banyak.

7 April 2016

Merupakan hari ke -12.

[Hari 12]

Kami memulakan aktiviti


membetulkan sistem irigasi dan
membuat jadual untuk
pengambilan ec meter pada
setiap hari.

Selepas memastikan sistem


irigasi berfungsi dengan
baik,maka barulah pokok-pokok
tersebut boleh dipindahkan ke
dalam polibeg.

23

8 April 2016

[Hari 13]

Merupakan hari di mana kami


memindahkan pokok ke dalam
polibeg.

Merupakan masa yang sesuai


untuk pokok hidup di dalam
polibeg.

13 April 2016

[Hari 18]

Pokok kelihatan semakin tinggi


dan semakin sihat.

Kebanyakkannya kelihatan
subur dengan sistem irigasi yang
berfungsi dengan baik.

24

17 April 2016

[Hari 22]

Kebanyakkan pokok tumbuh


tanpa sebarang masalah.

Polibeg tersebut disusun dengan


rapi.

20 April 2016

[Hari 25]

Daun pokok kelihatan semakin


besar dan semakin banyak.

Kebanyakkan tumbuh menghala


ke arah atas.

Kami mula mengikat tali di


antara pokok dan batang-batang
kayu yang ada supaya ianya
menjalar di antara tali tersebut.

25

21 April 2016

[Hari 26]

23 April 2016

Daun mula menjalar di sekitar


tali yang telah diikat.

[Hari 28]

Pokok kelihatan semakin besar


dan semakin menjalar di mana
sulur juga turut mula bercambah.

Daun semakin besar dan


banyak.

26

27 April 2016

[Hari 32]

Sebahagian sulur telah menjalar


kea rah yang lain.

Sulur tersebut menjalar ke


bawah dan pergi ke pokok yang
lain.

30 April 2016

[Hari 35]

Merupakan hari kami membuang


sulur yang terlalu banyak
menjalar ke bawah dan
membantu pokok ini untuk
menjalar di antara tali yang
disediakan.

Hal ini disebabkan oleh,keadaan


sulur yang terlalu banyak
menjalar di bawah
menyebabkan keadaan rumah
hijau kelihatan sangat tidak
kemas.

27

6 May 2016

[Hari 41]

Merupakan hari di mana kami


membantu pokok ini untuk
melakukan proses
pendebungaan.

Hal ini disebabkan oleh


kebanyakkan daripada pokok ini
telah menghasilkan bunga yang
banyak dan telah bersedia untuk
proses pendebungaan
dijalankan.

28

11 May 2016

[Hari 46]

Pokok tersebut menjalar di


antara pokok setelah dibuang
sulur yang tumbuh merata buat
kali kedua.

Pokok telah mula berbuah.

Semakin banyak buah dan


semakin besar buah yang
tumbuh dari setiap pokok.

Anda mungkin juga menyukai