Anda di halaman 1dari 23

MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

SMK TAMAN NUSA DAMAI


PASIR GUDANG

MODUL INTERVENSI
BAHASA MELAYU

Disediakan oleh :

Pn Norzila binti Othman


PK Petang,
SMK Taman Nusa Damai.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

UNIT 1 : BACA
Aktiviti 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, jawab soalan-soalan yang
diberikan.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia
berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk
kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup
(abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan faktor kimia . Satu keseimbangan
wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah
dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Senaraikan kata nama am :-

1. ……………………………………..
2. ……………………………………..
3. ……………………………………..

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh
badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita
tenaga. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita
daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke
arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan
dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.

Senaraikan kata adjektif :-

1. ……………………………………..
2. ……………………………………..
3. ……………………………………..
Aktiviti 2

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Dalam bulatan di atas, tuliskan kata adjektif yang anda tahu.

Dalam pentagon di atas, tuliskan kata nama khas yang anda tahu.

Dalam anak panah di atas, tuliskan kata kerja yang anda tahu.

Aktiviti 3 : Kuiz Kata Adjektif

Baca ayat dengan teliti, kemudian pilih kata adjektif yang sesuai.

1. Kuih muih yang dijual oleh penjaja itu sangat __________.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

A. lazat

B. merdu

C. gembira

2. Rumah Siti terletak _____________ dari sini.

A. jarang

B. jauh

C. panjang

3. Angin bertiup dengan _________ di kawasan itu malam tadi.

A. laju

B. kencang

C. deras

4. Bayi itu tidur dengan ________nya di dalam buaian.

A. sedap

B. merdu

C. nyenyak

5. Budak kecil itu tidak dapat mengangkat barang yang ________ itu.

A. berat

B. ringan

C. lembut

Aktiviti 4 : Kuiz Kata Nama

Baca ayat dengan teliti, kemudian pilih kata nama yang sesuai.

1. Dr. Chan bekerja di sebuah ______________________

A. kebun
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

B. bengkel C. klinik

D. sekolah E. pejabat

2. Johan membela seekor __________ di rumahnya.

A. harimau B. gajah

C. labah-labah D. kucing

E. hantu

3. Faizal sedang membaca _____________ di bilik tidurnya.

A. televisyen B. radio

C. komputer D. fail

E. buku

4. Nelayan-nelayan itu tidak dapat pergi ke ___________ untuk menangkap ikan kerana musim
tengkujuh.

A. pasaraya B. laut

C. bulan D. ladang

E. sawah

5. Baju Lina basah-kuyup kerana tidak ada ___________ semasa hujan.

A. tongkat B. beg

C. rotan D. kasut

E. payung

Aktiviti 5 : Kuiz Kata Kerja

1. Kata kerja
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

A. Menjunjung B. Menatang

C. Menggalas D. Membawa

2. Kata kerja

A. Menggalas B. Menatang

C. Menjunjung D. Membawa

3. Kata kerja

A. Menggalas B. Menjunjung

C. Membawa D. Menjinjing

4. Kata kerja

A. Menatang B. Menjunjung

C. Menjinjing D. Menjulang

5. Kata kerja

A. Menjulang B. Menjinjing

C. Mengandar D. Menjunjung

6. Kata kerja

A. Menjulang

B. Memikul

C. Menjunjung

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

D. Menjinjing

7. 

Kata kerja

A. Menatang

B. Menggalas

C. Menjinjing

D. Mengusung

8. 

Kata kerja

A. Menuntun

B. Menggalas

C. Menjinjing

D. Membawa

Aktiviti 6 : Kuiz Kata Sendi


Baca ayat dengan teliti, kemudian pilih kata sendi yang sesuai.

1. Surat itu dialamatkan _______________ ayahnya di kampung.

A. kepada B. pada C. daripada

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

2. Jika hari hujan, saya ke sekolah _____________ menaiki kereta bapa.

A. oleh B. tentang C. dengan

3. ____________ hari Isnin dia tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

A. Hingga B. Pada C. Dalam

4. Cerpen Nasinya Tumpah yang dikarang ___________ Fatimah Busu itu sungguh menarik.

A. daripada B. sejak C. oleh

5. _____________ menjaga nama baik ibu bapa, kita mesti berkelakuan baik.

A. Terhadap B. Untuk C. Pada

6. Pada pendapat saya, kesihatan adalah lebih penting ____________ wang ringgit.

A. dari B. pada C. daripada

7. Hidupnya ____________ ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

A. akan B. seperti C. ke

8. Encik Lim sangat mengambil berat _____________ pelajaran anak-anaknya.

A. kepada B. antara C. tentang

9. Tiada siapa pun yang sedar ___________ kehilangannya dari kampung itu.

A. akan B. umpama C. di

Aktiviti 7 : Kuiz Kata Tanya


Baca ayat dengan teliti, kemudian pilih kata tanya yang sesuai.

1. __________ kah nama ibu kamu ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

A. Siapa B. Apa C. Berapa

2. __________ kamu menangis ?

A. Siapa B. Mengapa C. Apa

3. __________ kah harga buku ini ?

A. Bila B. Berapa C. Mana

4. __________ kah pekerjaan abang kamu ?

A. Apa B. Siapa C. Mengapa

5. __________ kemalangan itu berlaku ?

A. Bagaimana B. Apa C. Mengapa

6. Adik suka makan ___________ ?

A. Apa B. Bila C. Mana

7. __________ kamu tidak hadir ke sekolah ?

A. Apa B. Mengapa C. Siapa

8. __________ kah kamu akan bertolak ke Melaka ?

A. Bila B. Mana C. Apa

UNIT 2 : TULIS
Aktiviti 1

Tulis satu ayat menggunakan perkataan berikut :-

Kasut : …………………………………………………………………………………..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Baju : …………………………………………………………………………………

Masuk: …………………………………………………………………………………

Beritahu: ………………………………………………………………………………….

Tulis satu ayat berdasarkan gambar berikut :-

………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….

……

……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
………………………………………………………………………

………………………………………………………………..
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….

Aktiviti 2

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Apakah peribahasa yang sesuai untuk gambar di atas? Tandakan / pada kotak
yang disediakan.

Menabung amalan mulia


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Berjimat sebelum habis
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Apakah peribahasa yang sesuai untuk gambar di atas? Tandakan / pada kotak
yang disediakan.
Berjimat sebelum habis
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Bagai lebah menghimpun madu


Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Ada gula ada semut


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Bagai semut menghurung gula
Mati semut kerana gula

Membaca jambatan ilmu


Ulat buku
Bagai semut menghurung gula
Mati semut kerana gula

Aktiviti 3

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Amalan membaca banyak kebaikannya dan harus diamalkan oleh semua


pihak.

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang
pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak dijual di kedai-
kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila
dilakukan secara kerap.

Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang itu. 
Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu
seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada
kajian saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.

Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran atasa pelajar. Penemuan saban hari
istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu akan meningkatkan kemahiran
berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi
meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.

Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca
bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu daripada pelbagai
sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau atasan. Jelaslah, pelajar akan menimbang
sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang
bernas.

Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan tumpuan
yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku pelajaran yang tebal
itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian atasan seperti
melepak tidak akan berlaku.

Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana banyak fakta yang perlu dihafal
apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa
bangga dengan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.

Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya diamalkan secara
baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan memberi galakan atau membeli bahan
bacaan yang berkualiti buat anak mereka. Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang
membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira atasan usia tersebut.

Perenggan pendahuluan. Dalam kotak di bawah, sila salin semula


perenggan pendahuluan.

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang
banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah
kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Contoh soalan karangan :

1. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan kehidupan


manusia. Bincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi
kepada masyarakat hari ni.

Apa tugasannya?

Apa isunya?

Bagaimana nak mula?


Contoh karangan : Kepentingan Teknologi Maklumat
Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai
kemudahan teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila
manusia berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan seharian.

          Terdapat pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat  dalam


kehidupan manusia. Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di
hujung jari terutama dalam kalangan pelajar. Menerusi teknologi maklumat ini, manusia akan
dapat mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka dan meluaskan minda

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat mencari maklumat mengenai hiburan,
isu-isu politik dan sebagainya.

          Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan.
Pengenalan mengenai laman sosial seperi "Facebook","Twitter","Friendster" dan sebagainya
telah menghubungkan manusia dengan dunia luar. Sebagai contoh seseorang yang berada di
luar negara sama ada atas urusan perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu
serta bertanya khabar kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan
menggunakan teknologi laman sosial.

          Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli pernigaan menjalankan


aktiviti pernigaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan
tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan
urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna.

          Akhir sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan perbankan melalui
laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu menghabiskan tenaga dan bersusah-payah untuk
menguruskan pelbagai pembayaran dan urusan-urusan kewangan. Ia juga memudahkan
seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian membuat pembayaran dengan mudah.

          Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital


kepada setiap manusia. Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik yang
mungkin kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi
maklumat itu sendiri.
Karya Farahilyani96.blogspot

Kebaikan-kebaikan Membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat
membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan
bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati
seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan
ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui
berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan
lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita
ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang
yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana
lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan
pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

kehidupan sehari-harian.   

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak
bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain
lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan
ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada


para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan
mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap
suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru
dan ibu bapa
Karya : Karangansr.blogspot

Permainan tradisional
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak
mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu
pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional
masyarakat kita. Namun begitu, belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali
diminati. Jadi, beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan
kembali warisan budaya bangsa ini.
Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di
semua peringkat sosial. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat
cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan. Pelbagai hadiah yang
menarik wajar disediakan kerana ada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau,
gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Pertandingan
ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan
sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jadi, penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan
populariti permainan tradisional bangsa kita.
Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara
untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat
sagunya.Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih
lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. Kementerian Pelancongan
wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan
tradisional kepada pelancong asing. Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular,
konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

program berkenaan. Oleh yang demikian, permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada
pelancong asing dengan lebih berkesan.
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan
kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu
untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata
pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan
tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti.
Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita
sampai bila-bila.

UNIT 3 : LISAN

1. Cara-cara menghargai orang tua


2. Kepentingan amalan tolong menolong
3. Usaha-usaha membantu Orang Kurang Upaya (OKU)
4. Faedah mempunyai kawan yang banyak
5. Ciri-ciri pelajar cemerlang
6. Teknik belajar yang berkesan
7. Kepentingan mata pelajaran Sejarah
8. Usaha-usaha melahirkan atlet bertaraf antarabangsa
9. Cara-cara mempopularkan permainan tradisional
10. Sukan ke arah perpaduan
11. Usaha-usaha memajukan industri pelancongan
12. Industri kraf tangan
13. Kepentingan industri pertanian
14. Industri perikanan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Permainan Bahasa

Berdasarkan gambar, sila isi petak kosong dengan huruf yang sesuai.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

Cari nama buah-buahan dalam jadual di bawah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

1. C 2. 3.L

D
8. 9. A 5.S 6.

E
7. N 12. P
8.J K
14.

S
10. G

11 .N 13. E

Melintang Menegak
1. Langit atau lengkung langit 1. Penyakit berjangkit meninggalkan parut.
4. Sesuatu yang dianggap mempunyai sakti 2. Tempat/ bilik menempatkan orang sakit.
5. Bersih 3. Tidak sempit / lapang
7. Menarik dengan kuat dan pantas 6. Takut / gentar
8. batu berwarna hijau 8. Tidak boleh / usah
10. Barang perhiasan di leher 9. Bebas daripada penjajahan
11. Maksud atau tujuan melakukan sesuatu 12. Burung Hantu
13. Tidak licin atau kasar 14. Terlalu banyak berisi sesuatu hingga
penuh atau berat

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :
MODUL INTERVENSI BM / NORZILAOTHMAN / 2018

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAS : RENDAH / SEDERHANA / TINGGI TARIKH :
ULASAN GURU :

Anda mungkin juga menyukai