Anda di halaman 1dari 29

MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN

KOMPUTER DI BILIK KOMPUTER KSK KOLEJ


VOKASIONAL PORT DICKSON

SITI NURFATINI BT MOHD NORSAM


MUHAMMAD SAFUAN FIRDAUS B SAIPUL
BAHTIAR
NUR ANIS ADILAH BT OTHMAN

2021

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT


KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Dalam projek ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan pada Makmal
Komputer KSK. Dalam kajian yang telah dilakukan, keselamatan rangkaian di Makmal
Komputer KSK mempunyai beberapa kelemahan dari segi pencegahan ancaman luar
seperti ancaman yang datang dari laman web yang mempunyai malware, spyware, adware
dan virus yang sering ada didalam sesebuah laman web. Selain itu, pencegahan dari
pembukaan laman web yang tiada dalam pencarian bahan ilmiah dari penguna Makmal
Komputer KSK.

Selain itu, dalam projek ini juga dilakukan beberapa penyelenggaraan terhadap sistem
komputer supaya sistem komputer lebih terjaga dari virus-virus yang boleh menyebabkan
beberapa masalah kepada sistem komputer. Melakukan penyelenggaraan sistem komputer
dan pemasangan perisian keselamatan rangkaian di Makmal Komputer KSK dapat
memberi kesan kepada keselamatan komputer di makmal tersebut. Segala ancaman dapat
dibendung.

Akhir sekali, projek ini akan meliputi tentang penyelenggaraan setup security pada
komputer untuk meningkatkan keselamatan rangkaian komputer. Tujuan kajian ini adalah
untuk memasang perisian keselamatan pada setiap komputer di makmal komputer KSK
KVPD. Kelebihan projek ini adalah untuk memastikan kedudukan rangkaian lebih
sistematik supaya pelajar lebih selesa untuk menggunakannya serta sistem rangkaian
dapat dikawal dengan baik. Selain itu, bab ini juga menerangkan tentang objektif utama
projek yang ingin dibangunkan. Di samping itu, bab ini juga akan menerangkan tentang
skop projek yang akan dijalankan di KVPD. Skop projek merupakan limitasi atau batasan
projek yang hendak dilaksanakan.
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Setiap bulan , kerja-kerja pemeriksaan pada seluruh kemudahan yang terdapat di


makmal KSK Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) akan dijalankan bagi
mengenalpasti sebarang masalah atau kerosakan. Semua anggota juruteknik akan
menjalankan aktiviti pemeriksaan mengikut jadual dan tugas masing-masing.

Kerja pemeriksaan ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti dan mencegah


sebarang kerosakkan pada komputer. Kerja pemeriksaan ini juga dapat memberikan
jangka hayat yang lama pada sebarang kemudahan sekiranya kerja pemeriksaan
dijalankan dengan kemas dan praktik. Ia juga dapat memudahkan pelajar untuk
menggunakan kemudahan komputer dengan baik.

Kerja-kerja pemeriksaan ini juga amat penting supaya dapat membuka mata pelajar
untuk lebih cermat dalam menggunakan sebarang kemudahan yang telah disediakan agar
sifat bertanggungjawab dapat dipupuk dalam diri para pelajar. Dengan adanya perkakasan
firewall , pihak pentadbiran dapat melakukan sekatan jaringan dan pemantauan mana-
mana laman sesawang yang tidak wajar semasa mengakses komputer.

Berikut adalah perkara yang dapat diperoleh selepas menjalankan projek ;-

i. Pengurusan di dalam rangkaian dapat diselenggara dengan mudah


ii. Proses pembelajaran dapat dipertingkatkan melalui pemantauan
iii. Dapat mengawal client dan memastikan keselamatan di dalam rangkaian
iv. Dapat memastikan sistem rangkaian berada dalam keadaan sempurna
1.3 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian, beberapa masalah telah dikenalpasti di Makmal Komputer


KSK. Dari segi keselamatan rangkaian, terdapat beberapa laman web yang mempunyai
ancaman terhadap sistem komputer seperti malware, adware, pishing dan lain-lain
ancaman. Memandangkan masalah keselamatan semakin berleluasa dengan adanya
internet tidak digunakan secara menyeluruh di awal perkembangannya. Ianya mungkin
hanya digunakan untuk menghantar e-mail dan pengguna mesin cetak di pejabat. Untuk
tujuan ini, keselamatan internet tidak mendapat perhatian yang meluas.

Dari segi sistem komputer, terdapat fail-fail dan data yang tidak diperlukan dan tidak
dibuang yang boleh menyebabkan proses pada sistem komputer menjadi perlahan. Selain
itu, terdapat juga fail-fail dan data-data yang diperlukan tetapi tidak disusun dan disimpan
dengan baik.

Disamping itu, kerosakkan ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakfungsian pada


komputer kerana virus yang telah menceroboh berkemungkinan telah mengganggu sistem
komputer sehingga ia tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya. Hal ini kerana kesan pada
virus akan merebak ke seluruh sistem dengan pantas sekiranya tiada aktiviti pencegahan
dijalankan.

Kemudahan komputer sebelum ini juga mengalami kesan-kesan kerosakkan seperti ruang
penyimpanan penuh secara mengejut dan terdapat ketidakfungisan pada komputer. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak dapat menyimpan maklumat-maklumat penting dan juga
menganggu aktiviti pembelajaran pelajar yang melibatkan komputer. Jadi dengan adanya
perisian keselamatan pada komputer , ia dapat mencegah komputer daripada diceroboh
dan pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran seperti menyimpan fail dan mencari
maklumat dengan lancar.
1.4 TUJUAN

Antara tujuan utama projek ini dilaksanakan ialah untuk menerangkan masalah-
masalah yang akan terjadi sekiranya kemudahan komputer tidak dilengkapi perisian
keselamatan dan juga jarang diselenggara seperti:-

i. Kesan-kesan sistem komputer telah diceroboh


ii. Jenis-jenis virus
iii. Punca virus dapat menceroboh sistem

Projek ini juga dijalankan bagi mengemukakan jalan penyelesaian bagi sebarang
masalah yang berkaitan dengan sistem dan perisian yang dapat digunakan untuk
mencegah sebarang serangan daripada virus seperti:-

i. Langkah-langkah mencegah pencerobohan virus


ii. Cara memasang perisian
iii. Jenis perisian yang boleh digunakan

Selain itu, projek ini juga adalah untuk pelajar memperoleh ilmu dalam mencegah
sebarang masalah dalam sistem perisian keselamatan pada komputer agar para pelajar
dapat mengelakkan sesuatu aktiviti yang akan mendorong sistem dicerobohi oleh virus
atau pihak yang tidak diingini dengan mudah sehingga merosakkan dan mencacatkan
sistem.

Akhir sekali, dengan kerja pemasangan ini para pelajar dapat menggunakan komputer
tanpa sebarang masalah dan ketidakfungisan pada sistem. Hal ini akan lebih memudahkan
para pelajar melakukan sebarang aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kemudahan
komputer yang telah dilengkapi perisian keselamatan yang mengawal semua aktiviti
sistem dengan sempurna.
1.5 OBJEKTIF

Objektif utama bagi projek ini adalah :-

1.5.1 Projek ini dijalankan bertujuan bagi memudahkan para pelajar atau pensyarah untuk
mengesan sebarang kerosakan atau kecacatan pada sistem.

1.5.2 Laporan penyelenggaraan telah disediakan ia akan dapat membantu memudahkan


proses pengesanan sekiranya terdapat sebarang masalah pada sistem.

1.5.3 Projek ini juga bertujuan untuk menjimatkan kos kerosakan pada sistem dan
memastikan sistem berada dalam keadaaan yang baik.

1.5.4 Dapat meningkatkan jangka hayat sistem sekiranya ia dijaga dengan sempurna.

1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Hasil dari projek ini, pelajar dapat meningkatkan tahap dan kemahiran yang khusus.
Selain itu, pelajar dapat meningkatkan serta memperkukuhkan lagi keselamatan rangkaian
yang sedia ada serta meningkatkan tahap kecekapan sistem komputer dalam pemprosesan
data. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK) dimana setiap penghasilan projek memerlukan pemikiran diluar kotak dan dapat
memberi kepercayaan yang lebih terhadap pengguna untuk menggunakan sistem
keselamatan ini.

Selain itu, kepentingan melaksanakan projek ini adalah untuk memberi kemudahan
kepada para pensyarah mahupun para pelajar dengan cara mempertingkatkan tahap
keselamatan rangkaian pada sistem komputer. Seterusnya para pelajar tidak perlu lagi
risau tentang masalah komputer tidak berfungsi dan sistem komputer diceroboh oleh virus
yang dapat mengangu fungsi sistem komputer. Dengan ini, semua warga KVPD boleh
menggunakan komputer dengan lebih selamat dengan sistem keselamatan yang telah
dibangunkan oleh kumpulan saya.
Di samping itu, selain dapat menjaga keselamatan sistem komputer ia juga dapat
menjimatkan kos penyelenggaraan sekiranya terdapat sebarang masalah pada sistem. Hal
ini kerana dengan adanya sistem keselematan seperti firewall dan pelindungan virus ia
dapat mengurangkan dan mencegah virus dari menceroboh sistem dengan mudah.
Sebagai contoh, tidak akan ada lagi iklan-iklan timbul pada skrin secara mengejut atau
ruang peyimpanan fail penuh secara mendadak.

1.7 SKOP PROJEK

Tujuan perancangan projek ini dilakukan adalah bagi mereka dan membentuk struktur
data bagi pembentukkan fail struktur keselamatan. Sistem perancangan ini juga dapat
mempermudahkan tenaga pengajar menyekat laman web yang tidak sepatutnya
digunakan bagi para pelajar. Memahami dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ia
dilaksanakan terutama untuk memperolehi maklumat bagi mereka bentuk struktur data
dan juga pemahaman pembentukkan fail.

Skop projek ini menggunakan perisian yang berdaftar dan diyakini oleh semua pengguna
yang lain untuk memperoleh kepercayaan dari pelajar dan pengajar kursus KSK. Perisian
yang dipilih juga akan membantu untuk membanteras ancaman yang ada didalam
rangkaian untuk memperkuatkan lagi sistem keselamatan yang sedia ada mengikut arus
pembangunan teknologi. Proses penyelenggaraan sistem komputer pula akan
dilaksanakan pada setiap komputer makmal komputer KSK iaitu sebanyak 23 buah
komputer

Projek ini dijalankan di Bilik Komputer Ksk, Kolej Vokasional Port Dickson. Projek ini
melibatkan tiga orang pelajar dan seorang pensyarah dari program Diploma Teknologi
Maklumat. Selain itu, projek ini menggunakan perisian keselamatan untuk
membentukkan fail struktur keselamatan sistem, perancangan ini juga dapat memudahkan
lagi tenaga pengajar menyekat laman web yang tidak sepatutnya digunakan dikalangan
para pelajar.
Semua tenaga pengajar yang terlibat di dalam program Diploma Teknologi Maklumat
boleh menggunakan fail ini untuk menyekat sebarang laman web yang tidak sepatutnya
digunakan oleh para pelajar. Oleh yang demikian, fail ini di bentuk bagi memudahkan
para pensyarah program diploma teknologi maklumat untuk mengelakkan agar tidak
berlakunya sebarang kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar semasa mengendalikan
komputer dan laman web.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan secara teori langkah-langkah yang menyokong


kepada kajian penyelidikan. Beberapa literatur akan digunakan sebagai asas kepada
pembentukan model kajian. Pertama, bab ini akan melihat literatur berkaitan gelagat
kepada latihan. Kedua, bab ini akan membincangkan konsep penentu yang mempengaruhi
keberkesanan latihan kelompok. Model kajian ini digunakan sebagai asas kepada
beberapa ujian hipotesis.

Sebelum menjalankan tugas-tugas projek, kajian terhadap keselamatan rangkaian dan


tahap kecekapan sistem komputer perlu dijalankan agar dapat membandingkan dan
mengetahui kelemahan dan kekurangan pada projek. Hal ini, supaya dapat memberikan
manfaat kepada pengguna-pengguna yang menggunakan kemudahan projek yang
dijalankan. Kajian terhadap projek ini penting supaya kajian yang dijalankan tidak
mengalami masalah dan berjalan dengan lancar agar tidak berlaku sebarang kekurangan
dan kelemahan pada projek. Hasil kajian ini juga akan membantu pembangunana projek
difahami dengan lebih mendalam projek yang dijalankan.

Secara ringkasnya bab ini, menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pihak
lain berkaitan dengan bidang projek yang sedang dijalankan. Bab ini juga boleh
menerangkan tentang teknik atau kaedah atau teknologi yang digunapakai semasa
melakukan projek ini. Tujuan kajian literature adalah untuk mengkaji kajian-kajian
berkaitan bagi mengenal pasti sejauh mana sesuatu masalah yang hendak dikaji itu telah
dikaji oleh pengkaji terdahulu termasuk meninjau semula sesuatu sumber bahan bertulis
termasuk laporan-laporan hasil kajian yang lepas yang telah dijalan sebelum ini.
2.2 TAHAP KESELAMATAN KOMPUTER

Bahagian yang dapat dilihat dengan mata kasar. Ia merupakan gabungan litar dan chip
silicon, peranti - peranti seperti cakera keras dan cekera liut yang menyimpan data,
memeori yang menyimpan makluumat untuk diproses oleh pemproses utama. Perkakasan
komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad bunyi, kad
ranglaian (Network Card).

Merupakan arahan-arahan yang digunakan oleh komputer untuk memproses maklumat.


Perisian mempunyai beberapa jenis seperti perisan sistem operasi, perisian sistem
aplikasi. Contoh perisian operasi untuk kompuer peribadi (PC) adalah seperti program
win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Win7, WinVista. Salah satu program
sistem operasi percuma yang diiktiraf ialah program linux. Contoh perisian sistem
aplikasi pula adalah seperti Micrososft Office, Adobe Page Maker, Adobe Photoshop dan
sebagainya

Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan


komputer kita sama ada dari segi sistem dan perisian , data mahupun perkakasan.
Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindung sistem komputer dari
kegagalan, ancaman , risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan
manusia atau operasi , serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat
menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah , kemusnahan atau denial-of-
service.

Keselamatan siber telah muncul sebagai salah satu isu paling kritikal yang dihadapi
sekolah pada abad ke-21. Keselamatan komputer ialah instrumen penting untuk
melindungi kanak-kanak, tetapi sekolah K-12 dianggap sebagai salah satu sasaran paling
menarik untuk jenayah privasi data selalunya disebabkan oleh amalan keselamatan siber
yang kurang berkesan di sekolah. Faktor manusia adalah sebab asas mengapa banyak
serangan terhadap komputer dan sistem sekolah berjaya kerana pengguna komputer yang
tidak berpendidikan adalah pautan paling lemah yang disasarkan oleh penjenayah siber
menggunakan kejuruteraan sosial. Kesedaran keselamatan siber formal diperlukan untuk
mengurangkan eksploitasi kelemahan manusia oleh penggodam dan penyerang komputer.

2.3 KAJIAN – KAJIAN LEPAS

Dalam era teknologi maklumat, penggunaan komputer dan telekomunikasi amat meluas.
Dengan penggunaan komputer, segala maklumat dihantar secara elektronik melalui talian
komunikasi dari satu tempat ke tempat yang lain melalui rangkaian Internet.

Maklumat-maklumat yang dihantar ini dalam pelbagai bentuk seharusnya menjadi


maklumat yang sulit dan konfidensial bagi kegunaan organisasi atau individu tertentu.
Banyak telah berlaku pencerobohan dan pengodam dalam industri teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) sehingga akhir-akhir ini isu ini telah menular ke laman-laman web
syarikat dan agensi-agensi kerajaan.

Berikutan pertambahan penyalahgunaan dan pencerobohan oleh penggodam komputer


maka, isu keselamatan komputer kini semakin mendapat perhatian dan seharusnya
ditangani dengan dengan cara yang profesional supaya kesahehan (reliability), kerahsiaan
(confidentiality) dan keutuhan (integrity) maklumat yang digunakan dalam telekomukasi
menggunakan komputer adalah terjamin dan selamat digunakan. Justeru, berikutan isu
tersebut banyak pihak yang terlibat telah menyedari kepentingan mempunyai sistem
perlindungan keselamatan serta memelihara sistem mereka daripada penceroboh dan
penggodam komputer.
2.4 LATAR BELAKANG DAN KAJIAN AWAL

Makmal Komputer KSK berperanan sebagai pusat ilmiah dan pencarian ilmu oleh
pelajar KSK untuk melakukan tugasan dan amali. Sistem keselamatan rangkaian tidaklah
begitu efisyen sebagai contoh makmal KSK menggunakan system antivirus SMADAV
yang tidak efisyen.

Rajah 2.4: Gambarajah persisan antivirus Smadav yang digunakan oleh Makmal
KSK KVPD

Kelemahan antivirus ini adalah pencegahan dan pemusnahan virus tidak begitu cekap.
Selain itu, boleh membuatkan sesebuah rangkaian atau system computer menjadi berat kerana
ia menyimpan segala virus yang telah dikesan. Di samping itu, SMADAV tidak mempunyai
pangkalan data yang eksternal. Tambahan SMADAV tidak cekap dan mesra pengguna.
Sistem keselamatan di makmal komputer tidak mempunyai aplikasi yang mampu
membendung ancaman dari sambungan internet seperti ADblock, antivirus yang mempunyai
keselamatan internet dan lain-lain.

Pengalaman beberapa insiden keselamatan yang di hadapi oleh ICT oleh makmal
komputer yang lain ialah

1. Virus komputer, cecacing dan serangan kod-kod program yang jahat.


2. Pekerja yang menyalahgunakan internet seperti memuat turun bahan larangan.
3. Pencerobohan emel

Perlu ada kerahsian (Confidentiality), integrity ( Integrity) dan kesediaan (Availability)


(CIA) terhadap data sensitive atau kompromi terhadap maklumat yang akan memberi risiko
terhadap setiap makmal computer.

Adalah menjadi keperluan bagi pembangunan dan pelaksana Polisi Keselamatan untuk
menyalurkan semua isu keselamatan dan kemungkinan yang akan berlaku secara lebih teratur
dan sistematik. Ini bukan sahaja dapat menjadi panduan dalam pembangunan polisi
keselamatan yang akan dibina dalam projek ini.

2.5 PIAWAIAN MENGENAI POLISI KESELAMATAN

i. ISO 13335 Bahagian 1 (1998) :

Menerangkan mengenai Polisi keselamatan sebagai peraturan, arahan dan latihan-


latihan tentang pengawasan asset. Disamping itu, termasuk keselamatan maklumat
yang sensitif pengurusan dan kawalan terhadap organisasi serta pembangunan sistem-
sistem IT.
ii. BS 7799 Part 2 (2002) :

Pengurusan hendaklah menyediakan arahan polisi yang jelas dan memperlihatkan


cara bantuan dan komitment untuk polisis keselamatan maklumat melalui isu dan
penyelenggaraan terhadap organisasi.

iii. ISO TR 13335 Part 4 (2000) :

Pembangunan dokumen bertulis yang mana mengandungi peraturan, arahan dan


bagaimana pengurusan, kawalan dan agihan asset untuk sesebuah organisasi. Ia
sepatutnya menunjukkan keperluan dan menyediakan kandungan petunjuk dokumen
sistem polisi keselamatan.

Berdasarkan daripada petikan diatas adalah jelas menunjukkan begitu pentingnya dan
mustahaknya pembangunan polisi keselamatan dalam sesebuah organisasi khususnya Pusat
ICT yang berperanan sebagai peneraju utamanya. Polisinya keselamatan ini mestilah selari
dengan polisi bisnes setiap organisasi.

2.6 RINGKASAN BAB

Secara ringkasnya bab ini adalah kajian literatur yang telah dibuat untuk mengkaji
maklumat dan fakta yang boleh membantu pengkaji dalam membangunkan sistem ini. Kajian
yang dilakukan, termasuklah mengkaji tentang persediaan untuk menyediakan satu system
peralatan Polisi Keselamatan ICT yang sesuai untuk dibangunkan di Mkmal KSK KVPD.
Pembangunan system yang berasakan rangkaian juga mengkehendaki pengkaji mengetahui
tentang pebangunan sistem berasaskan rangkaian serta perisian yang sesuai untuk digunakan.
Akhir sekali kajian mengenai sistem yang telah dibangunkan diharapkan dapat membantu
pengkaji mengenalpasti kelebihan-kelebihan yang ada dalam sistem tersebut untuk digunakan
dalam pembangunakan sistem ini.
BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN

Metodologi boleh ditakrifkan sebagaikan suatu aktiviti yang sistematik bagi


menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu sistem pengaturcaraan. Sebuah
metodologi akan menggunakan satu teknik yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang spesifik. Terdapat beberapa jenis metodologi pembangunan yang boleh
digunakan dalam membangunkan sesebuah sistem. Setiap pendekatan dipilih haruslah
bersesuaian dengan projek yang akan dibangunkan. Projek ini juga merupakan satu tugas
yang akan ditetapkan sebagai latihan pembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakan
penyelidikan dan pembelajaran kendiri. Matlamat kursus projek adalah untuk
mempertingkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah secara
saintifik dan sistematik. Dimana pelajar mampu menggunakan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran praktikal dalam kerja.

Bab ini menerangkan kaedah perancangan dan pelaksanaan projek. Dalam menghasikan
reka bentuk sesuatu projek, beberapa perkara perlu dipertimbangkan antaranya dari segi
pemilihan bahan, konsep reka bentuk, analisis kejuruteraan, analisis pengukuran, ujian
makmal dan lukisan kejuruteraan. Bagi projek menaik taraf sistem keselamatan komputer dan
menaik taraf system computer, model PDCA digunakan kerana setiap fasa yang terdapat
dalam model ini sesuai untuk melaksanakan projek itu.
3.1 PENGENALAN TENTANG MODEL PDCA.

Rajah 3.1 : Contoh gambarajah model PDCA

i. PLAN
 Cuba anda kesan apa aktiviti yang perlu dibaiki dan ditambahbaik
 Kemudian, tetapkan objektif dan anda cuba fikirkan bagaimana ia dapat dicapai 
 Bentuk satu pasukan kerja untuk memeriksa dan mencari sebarang
kemungkinan/potensi bagi penambahbaikan kepada   proses/produk
syarikat/organisasi anda

ii. DO
 Sebarang perubahan yang diperlukan hendaklah anda lakukan demi kelangsunga
penambahbaikan sesuatu proses atau produk tersebut
 Mulakan dengan ‘pilot project’ sebagai ujian prestasi sebelum anda melakukan
perubahan secara besar-besaran

iii. CHECK
 Setelah anda melaksanakan perubahan tersebut, anda perlu wujudkan satu tempoh
percubaan untuk memerhatikan prestasi/hasil ujian tersebut serta
perkembangannya
 Seandainya di peringkat awal, penambahbaikan tersebut tidak dapat dicapai, anda
perlu ubah semula proses tersebut agar objektif dapat dicapai

iv. ACT
 Pada fasa terakhir ini, setelah tempoh percubaan bagi penambahbaikan itu tamat, anda
perlu mengkaji serta meneliti hasil daripada percubaan tersebut dan anda perlu
bandingkan prestasi/aktiviti sebelum dan selepas penambahbaikan
 Jika hasilnya memberangsangkan, maka anda perlu kekalkan penggunaan kaedah          
tersebut
 Jika berlaku sebaliknya, anda perlu melakukan lebih banyak lagi perubahan untuk            
penambahbaikan atau anda boleh mula menyemak semula proses dari mula 

3.2 FASA PERANCANGAN (PLAN)

Fasa ini adalah fasa bagi kami untuk menetapkan objektif dan kaedah yang terbaik
untuk penghasilan projek kami.Menetapkan matlamat dan sasaran yang betul bagi
penghasilan projek supaya kami dapat memastikan tiada sebarang perubahan atau
gangguan semasa menghasilkan projek.

Semasa fasa perancangan dimulakan kami sekumpulan telah mengadakan


perbincangan tentang projek yang akan kami hasilkan.Kami sekumpulan sedikit demi
sedikit mula bertukar pendapat sehingga kami betul-betul menemui kaedah dan
peralatan yang terbaik untuk digunakan semasa penghasilan projek.

Rajah 3.2
3.3 FASA PELAKSANAAN (DO)

Fasa pelaksanaan adalah satu fasa dimana kami sekumpulan melaksanakan projek
yang telah dirancang dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan
semasa fasa perancangan bagi mencapai sasaran yang diinginkan.

Semasa fasa pelaksanaan berjalan kami sekumpulan telah membeli perisian


keselamatan iaitu F-Secure Internet Security dan Avast Premium Security untuk
menjayakan projek kami.Kami sekumpulan menghasilkan kerja pemasangan perisian
keselamatan komputer di makmal komputer yang telah dipilih oleh kami
sekumpulan.

Tujuan pemasangan perisian keselamatan sistem adalah untuk memastikan sistem dan
data-data penting pada komputer berada dalam keadaan terjaga dan selamat.Ia juga
dapat mencegah sebarang pencerobohan siber juga serangan virus yang akan
membinasakan sistem pada computer.Dengan ini, pelajar atau pengguna lain tidak
perlu risau dan was was ketika menggunakan komputer untuk melaksanakan kerja
yang berpandukan komputer.
Rajah 3.3

3.5 FASA PENGUJIAN ( CHECK )

Fasa ini akan meneliti keputusan sebenar dan akan dibandingkan dengan hasil yang
diharapkan seperti sasaran atau matlamat rancangan untuk mengenalpasti sebarang perbezaan
yang akan berlaku.
Oleh demikian itu, fasa pengujian ini perlu dilaksanakan selepas fasa pelaksanaan selesai. Ini
kerana selepas perisian F-Secure Internet Security dan Avast Premium Security
dikonfigurasikan dan system computer diselenggara ia perlu diuji bagi mengelakkan masalah
timbul apabila semua selesai, dan untuk memastikan sama ada ia berfungsi dengan baik atau
tidak. Pengujian yang akan dijalankan pada perisian ini adalah membuat pengesanan virus
dan mengesan ancaman dari rangkaian dan internet.
3.6 FASA TINDAKAN ( ACT )

Semasa fasa pengujian dilakukan, jika terdapat kekurangan atau masalah yang perlu
diperbaiki fasa Tindakan perlu dilaksanakan. Ini kerana fasa Tindakan adalah fasa yang
penting bagi projek ini sekiranya terdapat masalah pada fasa pengujian. Di dalam projek ini
tidak dilaksanakan fasa ini kerana tiada masalah Ketika dalam proses penyelenggaraan dan
pemasangan perisian.

Disini disertakan boring UAT ( User acceptance test ) untuk memberi pengujian kepada
pengguna untuk menguji perisian yang dipasang oleh pelajar.

BORANG UAT ( USER ACCEPTANCE TEST )

Maklumat pengguna :

NAMA Layla Khadijah Bt Khairul Hazizi


IC 020716-05-0164
KURSUS 2 DVM KSK
TARIKH 28/10/2021

Spesifikasi perisian :

PERKARA BERFUNGSI TIDAK BERFUNGSI CATATAN


Perisian :-
F-Secure Internet Security /
Avast Premium Security /
SMADAV /
TANDATANGAN
Layla
PENGGUNA

NAMA Layla Khadijah Bt Khairul Hazizi


PENGGUNA

3.7 PENGENALAN UMUM

Projek yang saya lakukan untuk projek tahun akhir ialah memasang perisian keselamatan
rangkaian untuk makmal komputer di KVPD. Perisian keselamatan ini dipasang bagi
mengekalkan rangkaian komputer menjadi lebih selamat dan juga memanjangkan hayat
penggunaan komputer yang berada di makmal. Oleh itu, perkara pertama yang harus
ditumpukan perhatian sebelum memasang perisian ke dalam komputer ialah memastikan
komputer masih tidak dilengkapi sebarang perisian dan juga perisian pada komputer yang
telah tamat tempoh penggunaannya. Selain itu, pemilihan perisian keselamatan juga harus
dititikberatkan sama ada perisian yang dipilih adalah selamat dan memiliki maklum balas
yang baik dari pengguna yang telah menggunakan perisian tersebut bagi mengelakkan
sebarang kerosakan pada sistem setelah perisian dipasang.
3.8 PEMILIHAN TAJUK

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum


memulakan kerja-kerja yang yang berkaitan dengan projek. Selain itu, pemilihan
projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif di
samping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu dan setinggi mana
taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek yang melibatkan
penggunaan elektrik dan elektronik.

Selepas projek dipilih, tajuk kepada projek tersebut perlu dipilih berdasarkan
kemampuanya menarik minat orang lain untuk mengetahui lebih dalam lagi
mengenai projek tersebut secara dekat. Tajuk yang mampu menarik perhatian orang
lain melambangkan status awal projek tersebut.

Selepas tajuk yang sesuai dipilih dan dipersetujui, langkah yang perlu dilalui pula
ialah memilih aplikasi yang berkaitan dengan projek yang hendak
dilaksanakan.Disamping itu, mengenalpasti komponen dan spesifikasi yang terlibat
dengan keselamatan internet dan ia mudah didapati dan tidak menimbulkan satu
masalah yang besar untuk mendapatkannya. Ini kerana aplikasi yang sukar atau
komponen yang sukar didapati akan memberikan kesan kepada projek yang akan
dibuat kerana ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya.
BIL NAMA AKTIVITI
1.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Mencari perisian yang sesuai
2.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Menyediakan proposal
Muhammad Safuan Firdaus
Bin Saipul Bahtiar
Nur Anis Adilah Binti Othman
3.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Menghantar proposal kepada penyelia
Muhammad Safuan Firdaus
Bin Saipul Bahtiar
Nur Anis Adilah Binti Othman
4.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Memilih makmal yang sesuai untuk menjalankan projek
5.0 Nur Anis Adilah Binti Othman Memeriksa keadaan rangkaian di dalam makmal
6.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Membeli perisian yang sesuai diguna pakai
Muhammad Safuan Firdaus
Bin Saipul Bahtiar
Nur Anis Adilah Binti Othman
7.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Menjalankan projek
Muhammad Safuan Firdaus
Bin Saipul Bahtiar
Nur Anis Adilah Binti Othman
8.0 Siti Nurfatini Binti Norsam Membentang projek kepada pensyarah
Muhammad Safuan Firdaus En. Aizat Fikri
Bin Saipul Bahtiar
Nur Anis Adilah Binti Othman
9.0 Muhammad Safuan Firdaus Membentang projek pada pensyarah
Bin Saipul Bahtiar Cik Saraswathy A/P Chandiran
JADUAL 3.8.1 menunjukkan agihan kerja yang telah dilakukan

3.9 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

Tujuan perancangan projek ini dilakukan bagi mereka dan membentuk struktur data bagi
pembentukkan fail struktur keselamatan sistem perancangan ini juga dapat mempermudahkan
tenaga pengajar menyekat laman web yang tidak sepatutnya digunakan bagi para pelajar.
Memahami dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ia dilaksanakan terutama untuk
memperolehi maklumat bagi mereka bentuk struktur data dan juga pemahaman
pembentukkan fail pembangunan struktur sistem keselamatan

3.9.1 Mengenalpasti Tajuk Projek

a) Mengenalpasti sesuatu tajuk amat penting bagi sesuatu projek


b) Membuat Analisa mengenai projek
c) Membuat proposal projek
d) Membuat pemeriksaan proposal
e) Kenalpasti masalah
f) Pembahagian tugas

3.9.2 Keperluan Peralatan/Perkakasan

Bagi penyelenggaraan di Makmal KSK keperluan peralatan adalah tiada, ini kerana
projek penyelenggaraan sistem komputer dan menaik taraf keselamatan rangkaian ini tidak
melibatkan penggunaan perkakasan tetapi melibatkan perisian yang ada didalam rangkaian
makmal tersebut.
3.9.3 Kos Yang Diperlukan

Bagi kos yang diperlukan, pelajar perlu menyumbangkan wang sebanyak RM210.00
untuk pembelian perisian yang diingini ketika melakukan ‘Kenalpasti Masalah’.

3.10 ANGGARAN KOS

Anggaran kos didalam projek ini adalah penting supaya projek ini tidak menggunakan
kos yang tinggi untuk pembelian perisian. Dibawah merupakan anggaran kos yang diperlukan
untuk menjalankan projek ini.

HARGA
BI JUMLAH
PERKARA SEUNIT KUANTITI
L (RM)
(RM)
1 SMADAV 0.00 1 RM 0.00

Avast Premium
2 15.00 3 RM 45.00
Security
F-Secure Internet
3 55.00 3 RM 165.00
Security
JUMLAH KESELURUHAN RM 210.00
3.11 CARTA ALIR

MULA

Memilih lokasi projek

Melawat tapak projek

Berjumpa & berbincang dengan


PIC tentang projek

Membuat perbincangan berkumpulan :-


 Membuat pembahagian tugas
 Anggaran kos projek
Senarai peralatan

Melaksanakan projek

Membuat laporan
Projek berjalan lancar

TAMAT
BIL PERKARA BULAN / MINGGU

JAN FEB MAC APR MAY JUN JULY SEPT OCT NOV

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Pembahagian kumpulan

2 Penerangan setiap bab


3 Mengkaji sistem keselamatan
di bilik komputer KSK
4 Perbincangan tajuk projek
5 Membuat Bab 1
6 Melengkapkan kertas
cadangan

7 Melengkapkan Bab 1

8 Membuat Bab 2
9 Membuat Bab 3
10 Membuat semakan terakir
pada bab 1 hingga bab 3

11 Pembetangan PTA 1
3.12 CARTA GANTT

Anda mungkin juga menyukai