Anda di halaman 1dari 31

PENYELENGGARAAN KOMPUTER

DI MAKMAL KOMPUTER
SEKOLAH KEBANGSAAN
PORT DICKSON
NAMA PELAJAR DAN NAMA PENYELIA

NAMA PENYELIA
ENCIK AIZAT FIKRI BIN SAHARUDIN
NAMA AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD HAZMI BIN ABDUL BASIK
Pengenalan
• Penggunaan komputer menjadi sangat penting untuk membantu pelajar untuk memperoleh maklumat dalam
masa yang singkat.Hal ini sangat penting kerana komputer berfungsi sebagai platform pembelajaran bagi pelajar
yang ingin mencari maklumat dengan mudah dan pantas.
• Projek penyelenggaraan di makmal komputer adalah sangat penting supaya dapat memudahkan murid-murid dan
juga guru mengunakan komputer dan mengakakses maklumat secara atas talian. Selain itu, penyelenggaraan di
makmal komputer ini membolehkan pelajar menggunakan komputer dengan lebih efisien.
• Sekolah Kebangsaan Port Dickson ini mempunyai 20 buah komputer yang tidak diselenggra dengan baik . Oleh
yang demikian, penyelanggaraan ini dijalankan bagi memastikan murid-murid dapat menggunakannya tanpa
sebarang masalah dan menyiapkan tugasan dengan lebih mudah, pantas dan dapat menjimatkan masa.
• Selain itu, terdapat juga beberapa komputer yang telah dijangkiti virus dan menyebabkan prestasi komputer
berada dalam keadaan tidak memuaskan seperti lagging dan lain-lain.
• Keadaan bilik server tersebut kelihatan tidak kemas dan pengurusan kabel yang kurang teratur. Oleh sebab itu,
projek penyelenggaraan ini juga akan memastikan pengurusan kabel di bilik server menjadi lebih teratur.
Latar Belakang Kajian

• Komputer Berfungsi sebagai platform pembelajaran bagi pelajar yang ingin mencari maklumat dengan mudah
dan pantas.
• Di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson terdapat beberapa masalah antaranya terdapat 20 buah
komputer yang tidak diselenggara dengan baik dan harus diperbaiki supaya dapat digunakan oleh murid dan guru.
• Selain itu, pungurusan kabel di makmal komputer sekolah tersebut juga, tidak berada didalam keadaan yang
teratur. Oleh sebab itu, murid dan juga guru tidak mendapat capaian internet.
• Projek dijalankan bagi mempermudahkan guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penyataan Masalah

• Dalam melaksankan projek penyelenggaraan di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson ini, terdapat
beberapa masalah yang telah dikenal pasti.
• Terdapat beberapa buah komputer yang tidak diselenggara dan harus diperbaiki supaya dapat digunakan dengan
baik.
• Terdapat beberapa buah komputer yang telah dijangkiti virus
• Pungurusan kabel di makmal komputer tersebut terutamanya di bilik server juga berada didalam keadaan yang
tidak teratur.
Objektif Kajian

• Menyelenggara rangkaian dan perkakasan komputer di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson.
• Meningkatkan tahap keselamatan pada setiap komputer di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson.
• Mengurus kabel rangkain di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson.
Kepentingan Kajian

• Kepentingan melaksanakan projek ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada murid dan guru dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa di makmal komputer Sekolah Kebangsaan
Port Dickson.
• Selain itu, kepentingan projek ini adalah untuk mengelakkan komputer daripada diserang virus. Jika sesebuah
komputer diserang virus, jangka hayat komputer tidak akan bertahan lama dan menjejaskan prestasi komputer.
• Akhir sekali, kepentingan projek ini dilaksanakan adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas dalam
bilik server dan juga memudahkan juruteknik untuk melakukan penyelenggaraan sekira berlakunya kerosakan
pada kabel rangkaian.
Skop atau limitasi Kajian
• Makmal komputer di Sekolah Kebangsaan Port Dickson ini mempunyai 20 buah komputer dan hanya 15 buah
komputer sahaja yang perlu diselenggara.
• Setiap komputer yang diformat semula akan dipasang perisian Windows 7, WPS Office dan CCleaner. Pemilihan
Windows 7 adalah kerana lebih sesuai dengan spesifikasi komputer
• Di samping itu, pemilihan WPS Office adalah kerana perisian ini tidak berbayar (freeware) dan menjimatkan kos
serta mesra pengguna.
• Seterusnya, pemilihan CCleaner adalah kerana perisian ini merupakan perisian utiliti percuma yang berfungsi
untuk pembersihan cache file yang tidak diperlukan oleh komputer supaya tidak mengalami lagging dan secara
tidak langsung meningkatkan prestasi komputer.
• Perisian antivirus yang akan dipasang pada setiap komputer ini adalah perisian SMADAV. Pemilihan perisian ini
kerana sistemnya yang cekap dalam memastikan komputer tidak dijangkiti virus.
Metodologi

• Metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Ia Juga menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji
dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.
• Model PDCA ini digunakan kerana susunannya yang teratur dan mudah difahami ketika melakukan projek. Hal ini
kerana, metodologi ini sungguh berkesan untuk digunakan jika sesebuah projek itu mempunyai peringkat-
peringkat yang dilalui.
• Metodologi ini terdiri daripada empat fasa yang penting iaitu Plan,Do,Check dan Art yang perlu digunakan secara
sistematik demi memastikan peningkatan berterusan dapat dicapai sepenuhnya.
PLAN DO
(RANCANG) (BUAT)
• Kesan permasalahan • Buat penambahbaikan
• Tetapkan objektif • Lakukan secara kecilan
• Analisa permasalahan • Adakan pilot projek
• Rancang • Pastikan ketetapan
penambahbaikan

ACT
CHECK (TINDAKAN)
(SEMAK) • Perbandingan prestasi
• Wujudkan tempoh sebelum dan selepas
percubaan • Persedian untuk langkah
• Perhatikan hasil projek seterusnya
• Pencapaian objektif • Teruskan
penambahbaikan
Perancangan Kerja (Carta Gantt)
Proses Kerja (Carta Alir)
Kos Projek
Latar Belakang Responden
Analisis Borang Soal Selidik
Perbincangan Dan Cadangan Serta Kesimpulan

• Hasil daripada kajian yang dilakukan, maklumat tentang permasalahan yang dihadapi serta kehendak yang dingini
oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Port Dickson di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson
telah berjaya diperolehi daripada hasil edaran borang soal selidik
• Sebelum ini komputer di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson menggunakan sistem pengoperasi
Windows XP untuk melaksanakan tugas harian mereka.
• proses formatting pada semua komputer dan memasang semula sistem operasi Windows 7 telah dilakukan.
• Secara Keseluruhan , didapati projek ini akan memudahkan pengguna untuk lebih memahami senario yang
berlaku di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson. Hasil projek ini juga menunjukkan sejauh mana
tahap kualiti makmal komputer tersebut.
Rujukan

Michael Elken (13 Januari 2019). Penyelenggaraan Rangkaian Komputer, amriobc.


http://amriobc.blogspot.com/2019/01/penyelenggaraan-rangkaian-komputer.html?m=1

Charlie (2009). Advantages Of Network Documentation, amerika Syarikat, Portal System.


https://www.portalsystems.net/services/document

Kelebihan Menggunakan Antivirus (25 Desember 2016). Akupombegitu.


http://akupombegitu.blogspot.com/2016/12/kelebihan-menggunakan-anti-virus.html?m=1
Farah (1 Februari 2020). 10 Jenis Antivirus Yang Popular, chamobangi.
https://www.chamobangi.com.my/1o-jenis-free-antivirus-yang-popular/

Keselamatan Dan Susunan Makmal Komputer (2015). #awesome.


https://awesomerajaaida.wordpress.com/assignment-2-keselamatan-dan-susunan-makmal-
komputer/

Jontarnababan (18 februari 2018). Penerapan Pendekatan PDCA Dalam pengelolaan Sekolah.
https://www.jontarnababan.com/2018/02/penerapan-pendekatan-pdca-dalam_18.html

Slumber Aje (30 novenber 2010). Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 Dan 3 SKM.
http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2010/11/
Lampiran
• Membuka Dan Menguji Sebuah Komputer
• LANGKAH-LANGKAH FORMAT KOMPUTER DENGAN WINDOWS 7
• Kabel Ethernet Berada Dalam Keadaan Baik.
• LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN ANTI VIRUS SMADAV
• LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN CCLEANER
• LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN WPS OFFICE
• Melakukan Pengerusan Kabel Pada Server.
• Komputer Kemas Dan Pengkabelan Yang Teratur.
Penutup / Kesimpulan

• Kesimpulannya projek ini telah berjaya dilaksanakan mengikut objektif berdasarkan masalah yang berlaku di
Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson. Pengguna dapat menggunakan komputer di Makmal
Komputer Sekolah Kebangsaan Port Dickson tersebut menunjukkan hasil dan pencapaian yang lebih baik daripada
sebelum ini.
• Objektif pertama dapat dilaksanakan dengan cara menaiktaraf sistem pengoperasian komputer bagi
meningkatkan prestasi komputer dan memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Port
Dickson
• Objektif yang kedua projek ini juga berjaya dijalankan untuk mempertingkatkan prestasi keselamatan komputer
bagi mencegah daripada serangan virus dan malware bagi memuaskan tahap keselamatan
• Objektif yang terakhir penyelenggaraan rangkaian komputer juga berjaya dilaksanakan supaya makmal lebih
selamat dan kondusif.
Terima Kasih

UBI SELASIH UBI KELADI,


LEMAK MANIS SANTAN KELAPA,
TERIMA KASIH JASA DAN BUDI,
SELALU TERSEMAT TIADA LUPA

Anda mungkin juga menyukai