Anda di halaman 1dari 6

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS PROFESIONALISME PEKERJAAN

SEMESTER SEMESTER PENDEK

NO. DAN TAJUK MODUL MENGANALISA DATA DAN MENGUMPUL MAKLUMAT

01.01: MENGGUNAKAN APLIKASI PANGKALAN DATA DAN


SPREADSHEET UNTUK MENCARI DAN MEPROSES
MAKLUMAT
KEBOLEHAN 01.02: PENYELENGGARAAN KOMPUTER

01.03: MEMAHAMI CARTA ALIR DAN MENYEDIAKAN


LAPORAN DAN ARAHAN

PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:


1) MENGGUNAKAN PENGETAHUAN MENYENGGARA
KOMPUTER
OBJEKTIF MODUL 2) MENYEDIAKAN KOMPUTER SUPAYA EFISIEN UNTUK
DIGUNAKAN
3) MENGIKUTI LANGKAH LANGKAH MENPROSES
MAKLUMAT DENGAN SISTEMATIK
NO. KOD WPP 6042 ms : 8 drp 13

8
1.2 PENYELENGGARAAN KOMPUTER (COMPUTER MAINTENANCE)

OBJEKTIF:

Objektif penerangan ini adalah untuk memberi pelatih pengetahuan umum tentang
asas penyenggaraan sistem komputer.

1.2.1 DEFINISI PENYENGGARAAN KOMPUTER


Secara asasnya penyenggaraan komputer adalah sama dengan
penyenggaraan peralatan yang lain. Ia adalah satu set perkhidmatan atau
prosedur yang dijalankan untuk memastikan supaya komputer berada
didalam keadaaan yang baik. Komputer yang disenggara dengan baik akan
beroperasi dengan lebih pantas, efisien dan akan kurang
mengalamikerosakan berbanding dengan yang tidak pernah disenggara.

1.2.2 PROSEDUR PENYENGGARAAN KOMPUTER


Menyelenggara komputer bukan sahaja baik untuk komputer anda tetapi juga
baik untuk anda. Amalan prosedur penyenggaraan yang baik akan:

i. Menjimatkan wang anda kerana peratusan kerosakan


menjadi rendah dan begitu juga dengan keperluan
untuk mengganti komputer

ii. Menjimatkan masa kerana penambahbaikan prestasi


bermaksud kurang masa menunggu dan kurang kerosakan
bermaksud lebih penggunaan

iii. Melindungi data anda dengan membuat data sokongan


tambahan.

1.2.3 KEPENTINGAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Terdapat 7 keperluan penyelenggaraan komputer:

i. Wujudkan hubungan dengan pembekal (vendor) yang mempunyai


reputasi yang baik. Ini merupakan keputusan anda yang paling
penting. Pembekal tersebut mestilah yang mudah untuk dihubungi dan
mempunyai keupayaan bertindak dengan cepat untuk menyelesaikan
sebarang masalah.

9
ii. Salinan sandaran (backups)perlu dibuatsecara kerap dan
automatik.Disket telah menjadi semakin murah, oleh itu tiada alasan
kenapa anda tidak mampu mempunyai backup yang boleh
memulihkan. Item ini termasuk keperluan membuat backup ke atas fail-
fail yang penting dimana ia akan ‘auto renew’ apabila sampai tarikh
luput.

iii. Perlu ada perlindungan virus dan pendinding automatik (automated


firewall).‘Firewall’ yang terkini dan perlindungan virus adalah perlu
memandangkan terdapat terlalu banyak virus dan aktiviti merbahaya di
Internet.Seorang pelanggan telah mengalami kerugian kerana beliau
fikir pelayan-pelayan (servers) adalah kebal daripada serangan virus
dan tidak memasang perlindungan.

iv. Membuat pemilihan penyambungan internet. Pemilihan


penyambungan internet adalah bergantung kepada jenis perniagaan
dan bajet anda. Pilihan anda boleh jadi jenis sambungan sokongan
biasa (dial-up connection) atau pembekal perkhidmatan yang lengkap.

v. Pemilihan alamat email dan laman web sokongan.


Bagi kebanyakan ahli perniagaan yang tidak mempunyai akses kepada
email,merekaakan terdedah kepada risiko kerugian.

vi. Mempunyai rekod pemasangan aplikasi yang baik.

vii. Outsource external facing services iaitu suatu proses dimana


sumber(resources) dibeli daripada syarikat lain melalui kontrak
berbanding di sediakan oleh syarikat itu sendiri.

1.2.4 KATEGORI PENYENGGARAAN KOMPUTER

Penyenggaraan komputer terbahagi kepada 4 kategori:

1. Salinan sandaran data (backup of data)

Lakukan salinan sandaran sekerap yang mungkin. Andatidak perlu


membuat salinan sandaran (back up)keatas keseluruhan ‘hard drive’
termasuk sistem pengoperasian dan program anda. Anda hanya perlu
‘back up’ maklumat peribadi yang telah anda cipta dan diperlukan jika
komputer anda gagal berfungsi. Apajua kaedah ‘back up’, ia perlu
dilakukan sekali seminggu dan mempunyai 3 set disket yang dilabel
dengan “A”,”B”,dan “C”. Pada minggu pertama, guna set “A”, minggu
kedua guna set “B”, minggu ketiga guna set “C” dan pada minggu

10
keempat guna semula set “A”.Ia tidak mengambil masa yang lebih
daripada anda tetapi jika anda simpan semula (restore)dan
mengganggu set yang terkini, anda akan kembali kepada set yang satu
minggu lebih lama.

2. Mengemaskini dan mengendali Pengimbas Virus (Virus Scanner)

Anda perlu mempunyai Pengimbas Virus walaupun anda tidak


menggunakan internet. Anda masih bolah mendapat virus daripada cakera
yang dikongsi dan juga apabila memuat turun program daripada CD.
Pastikan anda mengguna dan mengemaskini Pengimbas Virus anda.

Terdapat 2 bahagian didalam imbasan virus. Pertama, anda perlu


mengemaskini program imbasan virus setiap minggu. Untuk melakukan
ini, anda perlu mendaftar internet. Dengan cara ini,program anda dapat
mengesan virus. Jika anda tidak mengemaskini ‘virus scanner’ anda
selama 2 tahun, anda tidak akan dilindungi daripada virus yang
disebarkan dalam 2 tahun tersebut. Apabila anda mengemaskini ‘Virus
scanner’dengan program Virus terbaru, anda perlu melakukan imbasan
virus. Ini dapat mengesan kehadiran virus di hard drive anda seterusnya
memusnahkannya.

3. Memeriksapengemaskinian Sistem Operasi (Checking “Operation


System(OS)Update”) dan pemasangan kritikal.

Bagi pemeriksaan ini,ia boleh dilakukan dengan melayari internet dan


pergi kelaman web rasmi OS.

a. Penyenggaraan Hard Drive - DiskClean/Scan Disk/ Defrag

Hard drive adalah bahagian komputer yang paling mudah terjejas. Lama
kelamaan setiap ‘hard drive’ tidak akan dapat berfungsi. Dengan
melakukan ‘back up’ secara kerap sebagaimana yang dicadangkan, akan
mengurangkan trauma apabila perkara ini berlaku.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, ia berkemungkinan akan dapat


memanjangkan jangka hayat hard drive dan sudah tentu membolehkan ia
beroperasi dengan lebih cepat dan efisien.

11
Terdapat 3 teknik dalam penyenggaraan “hard drive”.

(a) Disk Cleanup

Disk Cleanup digunakan untuk menghapuskan fail sementara yang


tidak diperlukan. Bergantung kepada penggunaan OS, ia juga akan
dapat menunjukkan penggunaan “memory space”.

(b) Scan Disk

Scan Disk digunakan untuk memeriksa kesilapan di hard disk. Jika


Scan Disk menjumpai kesilapan, ia akan cuba membetulkan kesilapan
ini secara automatik. Jika terdapat masalah dimana-mana bahagian
hard disk yang mana Scan Disk tidak dapat perbetulkan, Scan Disk
akan menanda bahagian tersebut sebagai rosak. OS tidak akan
menulis dibahagian-bahagian yang rosak di hard disk tersebut.

Kesilapan pada hard disk boleh berlaku disebabkan tidak menutup


dengan betul dimana program yang ditamatkan dengan tidak betul
(samada melalui kegagalan berfungsi atau bekalan elektrik terputus
apabila program sedang cuba disimpan).

(c) Disk Defragmentation

‘Fragmentation’ merujuk kepada keadaan disket dimana fail-fail


dibahagi kepada serpihan-serpihan yang berselerakan disekeliling
disket. Windows akan cuba menulis fail dimana semua maklumat
berada didalam satu baris, didalam kawasan yang sama atau dalam
kumpulan di hard disk. Adakalanya, fail ini adalah terlalu besar untuk
melakukannya. Jadi, OS akan menyimpan bahagian-bahagian fail
didalam kumpulan non-contiguous. Pengguna komputer tidak dapat
melihat masalah ini tetapi ia mengurangkan kelajuan dimana data ini
diakses sebab drive disket mesti mencari melalui bahagian-bahagian
berlainan disket untuk menyatukan kedalam satu fail.

‘Disk Defrag’ bermaksud proses penyusunan data-data atau fail-fail di


dalam komputer Hard Disk anda. Fragmentation atau Pemecahan/
pembahagian/ susunan data berlaku pada Hard Disk setiap kali kita
melakukakan perubahan atau tindakan seperti contoh pemindahan fail,
membuang fail serta minyimpan apa sahaja maklumat berkenaan
dengan fail di mana fail-fail atau data-data tersebut kerap kali
tersimpan di dalam Hard Disk berbeza daripada fail asal tersebut.

Ini akan menyebabkan prestasi window akan menjadi lembap dan


mengambil masa yang agak lama untuk membuka sesuatu fail atau
applikasi.

12
Disk Defrag adalah alat atau applikasi yg mampu menyusun segala
data-data dan fail-fail di mana ia mampu menyusun kembali data-data
tersebut kepada yang lokasi asal. Applikasi ini boleh didapati di dalam
window :

1. Pergi pada button "Start".

2. Klik "All programs", dan cari pada "Accessories" dan terus ke


"System Tools".

3. Anda akan dapati program yg bernama "Disk Defrag" dan double


klik pada Ikon tersebut

4. Kemudian Applikasi Disk Defrag akan terpapar. Jika anda


mempunyai lebih daripada 1 Partition Contoh : "Local Disk C, Local
Disk D dan lain2", mulakan dulu dengan Local Disk C dan di ikuti
seterusnya.

5. Selepas pilih partition untuk defrag, klik pada button "defrag" ..


tunggu sehingga selesai proses defrag tersebut.

6. Sekiranya anda selesai melakukan proses defrag disk ini, Restart


PC anda agar segala aplikasi Window anda boleh berjalan dengan
lancar.

SOALAN:

1. Apakah definisi penyenggaraan komputer?

2. Senaraikan 4 kategori penyenggaraan komputer.

13

Anda mungkin juga menyukai