Anda di halaman 1dari 8

KERTAS PENERANGAN

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS PROFESIONALISME PEKERJAAN

SEMESTER SEMESTER PENDEK


NO. DAN TAJUK MODUL 02 – PENGURUSAN TEKNOLOGI

KEUPAYAAN 06.08: MENGENAL PASTI DAN MENGANALISA KESAN


TEKNOLOGI KE ATAS ALAM SEKITAR
PADA AKHIR MODUL INI, PELAJAR DAPAT MENGENAL
OBJEKTIF MODUL PASTI DAN MENGANALISA KESAN TEKNOLOGI KE ATAS
ALAM SEKITAR.

NO. KOD WPP 6042 m/s : 69 drp : 76

6.0 PENGURUSAN TEKNOLOGI

OBJEKTIF:

Modul ini bertujuan memberi penerangan tentang akta kualiti persekitaran, kesan teknologi
ke atas alam sekitar dan kesan tersebut terhadap alam sekitar.

UNDANG-UNDANG PERSEKITARAN DI MALAYSIA

6.1 Jenis Undang-Undang

Hierarki undang-undang di Malaysia adalah seperti berikut:

(i) Perlembagaan Persekutuan;

(ii) Akta yang diluluskan Parlimen;

(iii) Peraturan dan dan lain-lain undang-undang subsidiari yang diluluskan eksekutif;

(iv) Undang-undang dan peraturan Negeri.

69
6.2 Kerangka Kerja Perundangan dan Peruntukan

Kerangka kerja utama undang-undang persekitaran di Malaysia ialah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta 127) (selepas ini akan ditulis sebagai EQA) dan segala peraturan
tertulis di bawahnya. EQA 1974 telah beberapa kali dipinda dan kini akta utamanya ialah
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996).

Sisa Berjadual (Buangan Terjadual)

Terdapat juga peraturan bagi pembuangan, import atau eksport dan pemindahan sisa
berjadual. Sisa berjadual perlu diuruskan dengan betul untuk mencegah tumpahan,
kawalan pencemaran dan titik pelepasan semasa aktiviti-aktiviti berkaitan sisa buangan
dilakukan.
Ianya bermatlamat untuk menjaga alam sekitar dengan mematuhi keperluan undang-
undang dan peraturan lain yang berkaitan di samping berusaha untuk meningkatkan kualiti
alam sekitar melalui peningkatan berterusan.

Maksud Sisa Berjadual adalah bahan atau barang buangan yang mengandungi bahan
kimia atau campuran bahan kimia dengan kepekatan atau melebihi kuantiti yang telah
disenaraikan mengikut kod di bawah 'First Schedule'. Sisa berjadual ini amat merbahaya
kerana peratusan kecil sisa berjadual ini sudah memberi kesan yang teruk kepada alam
sekitar dan hidupan serta perlukan masa yang lama untuk dipulihkan. Ianya amat sukar
dilupuskan dan memerlukan teknologi yang tinggi dan kos yang mahal untuk dirawat.

Oleh itu Sisa Berjadual perlu dikawal dan dipantau mengikut Schedule Waste
Management Manual (Environmental Operations Control KTSP/SOP/446‐ 09). Segala
operasi dan aktiviti berkaitan pengumpulan, pengendalian dan penyimpanan sisa berjadual
ini perlu mematuhi peraturan ini dibawah Environmental Quality (Scheduled Wastes)
Regulations 2005 (sections 21 and 51 of the Environmental Quality Act 1974 [Act
127] yang dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE).

6.3 MASALAH DALAM PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

6.3.1 Isu kawasan penguatkuasaan negeri-persekutuan

Kesulitan timbul tentang isu perlindungan persekitaran, terutama yang berhubung


dengan perhutanan, penggunaan tanah, perlindungan hidupan liar dan janakuasa
hidroelektrik serta isu-isu dalaman keupayaan penguatkuasaan oleh negeri.
Maka, sekiranya terdapat kekurangan dalam undang-undang pengurusan sumber
asli negeri, pihak persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan
supaya undang-undang yang ada di persekutuan (sekiranya ada) digunapakai oleh
negeri. Hanya penguatkuasa negeri sahaja yang mempunyai kuasa ke atas isu
yang berlaku dalam negeri dan undang-undang persekutuan yang mungkin ada
tidak boleh dikuatkuasakan. Maka, mungkin terdapat kekeliruan bukan sahaja dari
segi undang-undang terpakai dan agensi yang mengawal tetapi juga sama ada
kerajaan persekutuan mempunyai kuasa ke atas isu-isu tersebut.

6.3.2 Pembahagian kuasa kepada sektor sumber semula jadi

Selain daripada isu kuasa penguatkuasaan persekutuan-negeri, cabaran juga


wujud berhubung penguatkuasaan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab

70
ke atas sumber semula jadi negara. EQA (serta Jabatan Alam Sekitar) mempunyai
tanggungjawab besar ke atas kawalan pencemaran oleh industri sahaja. Sektor
sumber semula jadi yang besar seperti perhutanan, perikanan, perlombongan, dan
pertanian adalah di bawah pengawasan kementerian lain dengan undang-undang
dan peraturannya sendiri. Ini kerap menimbulkan masalah pertindanan arahan dan
pelaksanaan penguatkuasaan disebabkan kebimbangan terhadap pencemaran
alam sekitar melibatkan juga sektor-sektor sumber semula jadi tersebut.
Sungguhpun EQC yang ditubuhkan oleh EQA menjadi wakil kepada pelbagai
agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengawal pencemaran, kerjasama
yang berkesan dalam pelbagai polisi perlu dipertingkatkan.

6.4 KESAN ALAM SEKITAR

6.4.1 Kesan Teknologi kepada Sistem Sosial

a) tahap produktiviti meningkat dan manusia lebih cekap

b) ganjaran bertambah dan gaji meningkat

c) perpindahan besar-besaran dari luar bandar ke bandar kerana kebanyakan


industri beroperasi di bandar

d) kepesatan pertumbuhan di bandar dengan jaringan pengangkutan yang efisien,


kemudahan yang lebih modern, pusat komunikasi dan pusat kewangan.

e) pertambahan populasi menyebabkan banyak masalah sosial kerana kepadatan


tempat tinggal dan kesukaran mendapatkan bahan makanan.

f) berubahnya gaya hidup dari mesra dan santai kepada pantas, tidak endah dan
penuh stres

g) bilangan institusi sosial meningkat untuk memenuhi keperluan individu pekerja


yang tidak dapat depenuhi melalui pertubuhan.

h) telefon dan gajet mengambil alih komunikasi bersemuka dan aktiviti luar.

6.4.2 Kesan Teknologi Ke Atas Persekitaran


Kesan teknologi ke atas alam sekitar/persekitaran telah mendapat perhatian sejak
kebelakangan ini disebabkan

(a) Kurangnya masa senggang yang dilihat di antara pelaksanaan teknologi baharu
dan kesan serius keseimbangan ekologi bumi yang mungkin wujud disebabkan
olehnya.
(b) Meningkatnya kawalan ke atas alam sekitar melalui penggunaan teknologi
moden. Pertimbangan terhadap alam sekitar adalah antara yang dilihat sangat
diberi perhatian dalam pengendalian teknologi pada masa kini.

Teknologi sememangnya memberi kesan terhadap alam sekitar walaupun, sebagaimana ia


memberi kesan kepada entiti fizikal walaupun sedikit. Kebanyakan kemajuan teknologi
yang diperkenalkan dilihat sebagai merosakkan keseimbangan ekologi.
71
Hujan asid memberi kesan buruk kepada kepelbagaian hutan dan tapak pertanian.
Pencemaran daripada ujian nuklear disyaki menyebabkan penyakit barah kepada mereka
yang terdedah kepadanya, manakala kandungan kimia dalam air sungai dan saliran
memusnahkan hidupan di situ dan mengurangkan produktiviti tanah.

Pengaliran air dari sumber semula jadi ke bandar menyebabkan kekurangan di tempat
lain.

Penggunaan habitat semula jadi haiwan sebagai tempat riadah merosakkan landskap dan
mengancam kelangsungan hidup fauna.

Pemasangan paip-paip besar merosakkan keseimbangan ekologi dan kehidupan semula


jadi. Tumpahan minyak merosakkan laut yang merupakan sumber utama oksigen bagi
bumi, dan ia meninggalkan sisa-sisa minyak tar dan pepejal minyak dari satu benua ke
satu benua. Senarai pencemaran ini seakan tidak ada penghujungnya.

Namun disebalik kesan negatif teknologi terjadap alam sekitar, terdapat juga kesan positif.

Kefahaman manusia tentang alam semula jadi dan bagaimana memanipulasi prosesnya
membolehkan manusia membina empangan dan saliran bagi ‘menghidupkan’ padang
pasir. Melalui kefahaman itulah kita dapat menghalang berlaku kebinasaan seperti
menghalang penyakit daripada menyerang haiwan atau menyelamatkan haiwan daripada
pupus atau kelaparan disebabkan bencana alam.

Sains dan teknologi juga boleh menyelamatkan alam semula jadi, bukan hanya
memusnahkannya; melindungi integriti sistem ekologi dan bukan hanya merosakkannya;
dan menghalang kemusnahan dan bukan hanya menciptanya. Sama seperti sistem lain
yang dicipta manusia, cara teknologi digunakan menjadikan ianya berguna dan bukan
teknologi itu sendiri.

6.4.3 Pencemaran Bunyi

Satu daripada kesan teknologi ke atas persekitaran ialah pencemaran bunyi. Pencemaran
udara (atau bunyi persekitaran di tempat teknikal) ialah bunyi tidak menyenangkan yang
dihasilkan sama ada oleh manusia atau mesin yang mengganggu persekitaran.

Sumber bunyi yang menyelubungi dunia ialah bunyi yang dihasilkan oleh sistem
pengangkutan, terutamanya bunyi kenderaan bermotor. Kenderaan hibrid adalah inovasi
pertama dalam 100 tahun yang menyumbang kepada pengurangan sumber bunyi bising.
Penyumbang bunyi bising yang biasa dikenal pasti ialah:

i) Bunyi Jalanraya

Ia adalah tenaga bunyi terkumpul daripada kenderaan bermotor. Ia menjadi


penyumbang utama dan terbesar kepada pencemaran bunyi alam sekitar berbanding
sumber bunyi yang lain, yang disebabkan terutama sekali oleh elemen enjin, tayar,
aerodinamik dan brek.

ii) Bunyi Kapal Terbang


Bunyi kapal terbang ialah bunyi yang didefinisikan sebagai bunyi yang dikeluarkan
oleh mana-mana kapal terbang semasa berada di sebelum berlepas, bergerak di
landasan, berlepas, terbang di angkasa atau mendarat. Bunyi kapal terbang

72
Fig. 1
merupakan bunyi yang sangat memberi kesan kepada kawasan 100 kilometer
persegi sekitar lapangan terbang utama dunia. Bunyi kapal terbang adalah
penyumbang kedua terbesar (selepas bunyi jalanraya) kepada pencemaran bunyi
dunia. Bila mana penerbangan komersial mengeluarkan sebahagian besar daripada
jumlah bunyi bising kapal terbang, operasi penerbangan swasta dan tentera juga
menjadi penyumbang. Bunyi biasanya diukur menggunakan unit Desibel. Bunyi
kapal terbang berlepas boleh mencapai 100 desibel di permukaan bumi manakala
bunyi ketika hampir mendarat dan mendarat adalah lebih rendah.

iii) Bunyi Industri


Bunyi industri ialah biasanya dinilai dari sudut kesihatan dan keselamatan
persekitaran kerja berbanding gangguan kerana pendedahan berlebihan boleh
mengakibatkan kecacatan kekal kepada pendengaran. Tradisinya, bunyi tempat
kerja dikira sebagai anmcaman (hazard) yang dikaitkan dengan industri berat seperti
pembinaan kapal dan dikaitkan dengan bunyi yang mengakibatkan hilangnya
pendengaran (NIHL). Pemikiran moden tentang kesihatan dan keselamatan
pekerjaan mengenal pasti bunyi tersebut sebagai ancaman kepada kesihatan dan
keselamatan pekerja di kebanyakan tempat bekerja dan berpunca daripada banyak
sebab.

iv) Bunyi Lain

Selain daripada bunyi bising pengangkutan, sumber bunyi yang lain ialah peralatan,
mesin kilang, perkakasan, alatan berkuasa tinggi, pencahayaan dan sistem audio
hiburan. Tambahan lagi, dengan populariti alat pemain audio digital, individu di
persekitaran yang bising berpotensi menguatkan bunyi daripada alat tersebut bagi
menenggelamkan bunyi dari luar. Peralatan binaan juga adalah salah satu sumber
pencemaran bunyi.

v) Ancaman Kesihatan dan Keselamatan


Pendedahan kepada bunyi industri dalam kalangan pekerja mempunyai sejarah
kajian saintifik yang sangat panjang, iaitu diberi perhatian sejak 1930-an. Kajian
saintifik yang dibuat memberi penekanan kepada reka bentuk semula peralatan
industri, pemasangan penyerap hentakan dan penghadang fizikal di tempat kerja.
Inovasi yang dibuat mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan; walau
bagaimanapun, kos mengubah suai pemasangan sistem sedia ada biasanya sangat
tinggi.

Terdapat beberapa alatan perlindungan untuk telinga yang boleh membantu


mengurangkan kerosakan telinga iaitu

a) Penutup telinga (earmuffs) ialah objek yang


direka khas bagi menutup telinga seseorang
sebagai pelindung. Ia terdiri daripada cekak kepala
yang diperbuat daripada bahan termoplastik atau
besi yang dipakai di kepala mengikut saiz kepala
(boleh laras) dan satu kepingan span lembut untuk
setiap telinga pada hujungnya untuk melindungi
telinga.

73
(b) Penyumbat telinga (earplug) ialah alat
bertujuan menyumbat lubang telinga bagi
melindungi telinga sipemakai daripada bunyi bising
yang kuat atau air, benda asing, habuk dan angin
kuat daripada masuk ke telinga.

(c ) Pelindung telinga dan visor yang melekat pada


sebuah topi keselematan.

6.5 NILAI SAINS DAN TEKNOLOGI

6.5.1 Nilai Penggunaan

Nilai ini merupakan pertimbangan paling positif dalam perbincangan tentang


perkembangan teknologi. Semua yang kita perlukan untuk hidup – makanan, pakaian,
perlindungan – bergantung kepada penggunaan kita ke atas teknologi tersebut.

6.5.2 Nilai Semula jadi

Nilai kehidupan bukan manusia (hidupan lain) menjangkau kepada kewujudannya untuk
memberi manfaat kepada manusia. Hujah tentang perlunya mengekalkan diversiti
hidupan lain akan menimbulkan, pada masa yang sama, hujah bahawa alam semula jadi
wujud khusus untuk kegunaan manusia.

6.5.3 Nilai Simbolik

Kita menggunakan teknologi setiap hari – dalam percakapan harian, dalam kesusasteraan,
dalam seni, malah dalam pelbagai cara komunikasi dan pemikiran.

6.5.4 Nilai Mendominasi

Manusia secara semula jadi mempunyai rasa untuk mendominasi alam semula jadi.
Biasanya seorang individu akan mahu mengekalkan dominasi tersebut.

6.5.5 Nilai Negatif

Nilai ini merujuk kepada ketakutan dan janggal manusia contohnya terhadap lelabah dan
ular. Mereka yang berpegang kepada nilai negatif ini mungkin tidak menyokong tindakan
74
pemeliharaan alam sekitar sekiranya tindakan tersebut bercanggah dengan nilai pegangan
mereka. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam nilai yang dipegang
oleh seseorang. Lebih tinggi pendidikan yang diterima oleh seseorang, lebih tinggi
pandangannya terhadap kepentingan kemanusiaan, nilai moral dan saintifik, serta
perlunya mengurangkan dominasi, penggunaan dan nilai negatif. Mereka yang memiliki
pendidikan yang sedikit lebih cenderung melihat persekitaran dengan cara sebaliknya.

6.6 KESIMPULAN

Sungguhpun dapat dilihat bahawa EQA Malaysia adalah satu kerangka undang-undang
yang boleh dikatakan responsif, masih terdapat beberapa cabaran utama yang perlu
ditangani. Pertama, kesepakatan di antara penguatkuasaan negeri dan kerajaan
persekutuan perlu dicapai. Pengalaman yang boleh dikutip daripada negara luar ialah
tahap fleksibiliti dan kerjasama yang tinggi di antara keduanya amat diperlukan tanpa
begitu bertumpu kepada kawasan penguatkuasaan. Kedua, koordinasi yang lebih mantap
perlu wujud antara kementerian-kementerian terlibat untuk menyelesaikan isu-isu
pengurusan sumber semula jadi yang mungkin terdapat pertindanan. Ketiga, penglibatan
orang awam yang lebih signifikan diperlukan bagi membolehkan organisasi bukan kerjaan
(NGO) dan masyarakat awam memainkan peranan lebih besar dalam sebarang
pembuatan keputusan yang sangat berkaitan dengan kesejahteraan hidup rakyat. Juga
wujud keperluan kritikal untuk memudahkan prosedur berhubung isu-isu hak dari aspek
perundangan.

75
Fig. 5 Example of Report
SOALAN:

1. Apakah kesan teknologi terhadap sistem sosial?


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

2. Jelaskan tentang dua jenis alat perlindungan peribadi untuk pendengaran.

I. _____________________________________________________________
II. _____________________________________________________________

3. Senaraikan LIMA (5) nilai Sains dan Teknologi.

I. _____________________________________________________________
II. _____________________________________________________________
III. _____________________________________________________________
IV. _____________________________________________________________
V. _____________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE(S) :

1. http://en.wikipedia.org/wiki/noicepollution 06/05/2007 02.00pm

2. http://en.wikipedia.org/wiki/noicemitigation 06/05/2007 08.00pm

3. (2006), Quality Act And Regulations, Act 127, Edison ke-16,MDC Publisher Sdn.
Bhd., ISBN 967-70-0820-X

76

Anda mungkin juga menyukai