Anda di halaman 1dari 47

TT1103/ TT1072 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Disunting dari teks asal: RANTAI GIMBO (YT 2002 6499)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Pengajaran
Perlakuan seseorang yang cuba membimbing orang lain untuk mendapatkan potensi sepenuh dalam semua aspek. - fizikal - mental - emosi - kognitif Pendidik melaksanakan beberapa peranan supaya dapat memupuk anak didik ke arah perkembangan kendiri secara menyeluruh supaya manusia berguna kepada masyarakat.

Pembelajaran
Suatu proses yang cergas dan perlu dirangsang dan
dibimbing ke arah matlamat yang diingini.
Mendorong pembelajaran pelajar ke arah matlamat yang dituju dalam memberi tugasan yang dibuat. Menggunakan bahan bantu mengajar bagi membangkitkan minat dan kegiatan murid.

Pembelajaran ialah perolehan tabiat, pengetahuan dan


sikap.
Pembelajaran melibatkan cara baru membuat kerja.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah suatu


proses perkembangan, mengajar dan belajar menggunakan pelbagai cara dan kaedah supaya pelajar dapat dirangsang untuk belajar.

PENGHUBUNG ANTARA PENGAJARAN PEMBELAJARAN


KOMUNIKASI

KOMUNIKASI LISAN
Guru Berkesan = Komunikasi Baik

Strategi komunikasi lisan;


1. Tegaskan komunikasi yang efektif 2. Selalu ubah tinggi rendah nada dan infleksi suara 3. Suara jelas dan kuat untuk didengari oleh murid 4. Sebutkan dan tegaskan aspek yang bermakna dalam penyampaian. 5. Rehat seketika setelah bercakap terlalu lama 6. Ringkaskan keterangan, maklumat dan arahan yang pendek dan tepat. 7. Kurangkan gangguan-gangguan vokal 8. Bertenang ketika bercakap

Pelajar dapat mengesan sekitaran yang berubah dan mempelajari daripadanya, walaupun guru berkomunikasi secara bukan lisan.

1. EKSPRESI MUKA

menggerakkan otot muka


seperti
menggedut dahi , mengangkat bulu kening, senyum, mencemuh.

2. BAHASA BADAN

pergerakan kepala, tangan ,


anggota badan

sentuhan badan salah satu


komunikasi yang berkesan

3. BAHASA RUANG DAN PERGERAKAN


pergerakan fizikal ~ penggunaan ruang
pergerakan guru ke arah pelajar persediaan fizikal terhadap situasi pembelajaran membina minat dan merangsang interaksi. bilik darjah dihiasi dan ruang persekitaran yang menyenangkan ~ sesuai mengadakan komunikasi bagi mencapai pembelajaran efektif.

4. BAHASA MASA
Cara guru menggunakan masa pengajaran
dan pembelajaran di kelas dapat membantu dalam penyampaian maklumat penting. berhenti seketika dan menunggu. Ini menandakan ada fakta penting yang dikemukakan atau isi yang disebut lebih awal lebih penting dan pelajar perlu berfikir. menimbulkan kegelisahan/ suspense cubaan mengatasi keraguan dan ketakutan

5. BAHASA SUARA
suara dapat menghidupkan kata
kata yang disebut dan intonasi yang berbeza menyampai maksud yang berbeza.

perubahan dalam tinggi rendah nada


suara dapat mempengaruhi penekanan dalam persamaan dan menukarkan maksud perkataan itu.

BERHADAPAN DENGAN PELAJAR


Kali pertama guru bertemu dan berkomunikasi
dengan pelajarnya adalah titik terpenting dalam perhubungan dua hala guru murid.

Pada pertemuan pertama ini, pelajar belajar

untuk menerima/ menolak guru atau branding. Sekiranya pelajar dapat menerima, maka guru bertambah yakin diri dan mencetuskan alam pengajaran dan pembelajaran yang mesra bagi kedua pihak. Secara sedar atau tidak, guru bersaha menarik simpati pelajar.

MENARIK SIMPATI PELAJAR : MEMBERI RESPON POSITIF MELALUI PENDENGARAN AKTIF


berhenti bercakap terlalu lama atau panjang

dengar pendapat dan cadangan pelajar.


- berikan tindakbalas yang positif. - berikan perhatian setiap tajuk yang dikatakan oleh pelajar - hapuskan halangan,

tegah pelajar daripada bercakap semasa guru memberikan


penerangan atau semasa pelajar memberikan jawapan.

elakkan daripada membuat andaian dan jangan menggangap


anda suda tahu perkara yang hendak dikatakan oleh pelajar

tanya soalan yang sesuai yang boleh merangsang pelajar untuk


memberi tindakbalas lisan yang meluas

gunakan kemahiran pendengaran aktif dengan menyebut


semula dan ungkapkan yang telah dikatakan oleh pelajar.

PERSEDIAAN MENGAJAR
Guru menyediakan pelajaran harian yang terbaik.
Guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam mata pelajaran yang akan diajar dan latar belakang kelas yang akan diajar.
Objektif pengajaran yang ingin dicapai Mengetahui isi pelajaran Isi berdasarkan sukatan pelajaran Memilih kemahiran dan aktiviti yang sesuai Memikirkan contoh soalan yang dapat membantu dalam pencapaian objekti Majukan pelajaran daripada pengetahuan pelajar yang sedia ada Berikan pengetahuan tambahan Tuliskan rancangan anda dalam sekeping kad untuk dirujuk jika terlupa atau ada gangguan semasa pengajaran

MERANCANG KAEDAH MENGAJAR


Guru perlu melengkapkan rancangan mengajar setiap hari dalam buku
rekod mengajar guru. Perancangan mengajar yang strategik dapat menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan. Rancangan Mengajar Harian ( RPH ) perlu mengandungi bahagian bahagian berikut : Tajuk disenaraikan dalam huraian sukatan pelajaran Objektif pembelajaran spesifik yang akan dicapai Pengenalan (set induksi) untuk memulakan pelajaran Isi kandungan /penerangan pelajaran yang akan diajar Kaedah dan prosedur Langkah langkah atau aktiviti perkembangan yang dijalankan semasa
pengajaran.

Penutup kesimpulan sumber dan alatan bahan bantu mengajar Tugasan aktiviti kelas / kerja rumah

FASA PENGAJARAN
Aspek praktikal semasa mengajar
mempunyai tiga fasa
Pengenalan Penyampaian dan Penutup atau kesimpulan.

KEMAHIRAN MEMBERI PENERANGAN DEMONTRASI DAN MEMBERI CONTOH



Guru yang berkesan perlu menguasai kemahiran untuk menerang dan mendemonstrasi secara logik dan jelas. Arahan mengajar mestilah terus, sistematik, dan selangkah demi selangkah, guru menggunakan masa lebih untuk menerang, mendemonstrasi dan memberi contoh. Penerangan pendedahan yang konprensif yang dapat meningkatkan tahanan isi kandungan oleh pelajar. Demonstrasi pertujukan atau pameran mengenai sesuatu. Pilih contoh-contoh, sesuai, bermakna, sesuai dengan isi pelajaran dan keperluan pelajar dan konkrit. Penekanan makna kepada contoh-contoh yang diberikan. Pelajar dapat memahami dan mengingati isi pelajaran dengan mudah. Elakkan maklumat yang rumit.

Gunakan Bahasa biasa dan mudah. Gunakan gambarajah mudah, lukisan, carta. Penyampaian boleh didengar, dilihat oleh semua pelajar. Pastikan pelajar memberi perhatian yang rapi. Pelbagai teknik seperti isyarat atau pertanyaan. Bagi mendapat perhatian atau tindak balas.

KEMAHIRAN MENYOAL
Tujuan untuk mengetahui samada pelajar tahu atau
memahami faktah tertentu dan konsep yang diajar.

Soalan berbentuk lisan atau bertulis.


Soalan bertulis digubal, dijawab dan dinilai. Soalan lisan dalam pengajaran adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar. Menimbulkan niat dan menggalakan pelajar melibatkan diri dalam pelajaran.

Membantu pelajar membina idea-idea baru dan maklumat kesimpulan.

Kategori Soalan
Soalan aras rendah
untuk menguji, untuk mengingati kembali maklumat pelajaran yang lalu

Soalan aras tinggi


Pengunaan pelajar Perbandingan Perbincangan Penilaian

Fungsi Penyemakan
Pendidikan
mencungkil maklumat Membuat pelajar berfikir

Sosial
Membentuk perhubungan, berinteraksi secara lisan.

Psikologi
Emosi sihat membentuk tahap\sesuai dari aspek motivasi.

Menyoal mengikut fasa pengajaran.


Fasa pengenalan Fasa penyampaian Fasa penutupan

7.6

Fokus Soalan

-Menyoal, merangkumi objektif yang dirancang. -Soalan aras rendah, aras tinggi berkaitan dengan objektif pelajaran secara seimbang. -Soalan yang boleh dijawab dengan betul. -Soalah yang dikemukakan, berkaitan dengan objektif pengajaran. -Soalan dibentuk bahasa yang mudah. Gunakan perbendaharaan kata, bahasa yang biasa yang sesuai dengan keupayaan pelajar.

-Soalan sesuai dengan pengetahuan pengalaman dan keupayaan pelajar.

-Tanya soalah yang mudah tumpukan satu isu, memerlukan jawapan yang ringkas serta spesifik. -Kemukakan soalan ikut tahap kesusahan. 7.7. Kaedah Menyoal. -Satu soalan pada satu masa. Mulakan soalan mudah diikuti soalan yang rumit. - Soalan, satu turutan, setanding dengan objektif pelajaran. - Turutan yang logik bagi memudahkan pelajar memilih kandungan yang baik. - Berikan masa yang mencukupi untuk pelajar mencari jawapan yang sesuai. - Kemukakan soalan, tunggu sebentar, kemudian memanggil, pelajar untuk menjawab. - Agihkan pertanyaan kepada semua pelajar elakkan penipuan terhadap sebilangan pelajar sahaja.

-Jangan terlalu kerap mengulang soalan yang ditanya. 7.8. Tindak balas guru terhadap jawapan pelajar.

-Tenang dan tidak mengugut semasa menyoal. - Sentiasa berfikiran positif semasa menyoal. - Galakkan pelajar bermasalah melahirkan perasaan dan fikiran. - Meminta pelajar meneka soalan yang dikemukakan.

- Bersedia menerima jawapan yang lain daripada yang lazim.


- Merangka semua soalan, jika pelajar mempunyai kesulitan untuk menjawab.

-Memberi maklumat tambahan atau sokongan jika jawapan pelajar tidak lengkap.

8. ALAT BANTU MENGAJAR.

ABM, alat bantu mengajar adalah audio visual yang digunakan oleh guru untuk membantu pembelajaran berkesan dalam kelas. Pengajaran lebih menarik dan bermotivasi kerana alat bantu mengajar memelihara tahap minat yang tinggi dalam pembelajaran. ABM yang berkesan boleh mengurangkan kebosanan dan memperbaiki perubahan kecepatan dalam situasi pengajaran pembelajaran.
ABM mestilah sesuai, menarik dan bermakna dan berkaitan dengan perkara yang diajar, mudah diperolehi dan senang digunakan. ABM mungkin sesuatu yang diilhamkan dan dibuat sendiri, untuk satu-satu tujuan spesifik seperti, papan flanel, model, carta flip, kad perkataan, pembinaan ayat hinggalah kepada alat-alat

yang lebih canggih seperti alat-alat elektronik

PEMILIHAN ABM -Mengetahui jenis alat bantu mengajar. - ABM hendaklah membantu menjadikan pengajaran anda efektif. - Berlatih menggunakan alat ABM, sehinggalah anda yakin menggunakan dihadapan kelas. Ia hendaklah disediakan sebelum pembelajaran bermula. - Elakkan menggunkan alat-alat ABM yang rumit bagi kali pertama dikalangan pelajar agak lemah. - Pengunaan ABM selari dengan skema pengajaran yang membawa pembelajaran aktif. Ia seharusnya menambah komunikasi antara guru dan pelajar.

-Alat audio visual. Guru dengar dahulu, meneliti pastikan anda bekalan elektrik, soket, pastikan dalam keadaan sempurna. - Tentukan semua alat bantu mengajar, menarik dan cantik, jelas mudah dibaca.

9. PENGURUSAN BILIK DARJAH.


PBD, adalah suatu proses mengorganisasi bilik darkah secara efektif dan cekap supaya pengajaran dan pembelajaran boleh dikendalikan dengan berkesan. Pembelajaran boleh dikendalikan dengan berkesan, PBD di difinisikan sebagai kepimpinan guru, suasana bilik darjah dan disiplin pelajar. Guru akan dihormati, jika mengurus bilik darjah dengan baik.

Suasana pembalajaran, memusakan melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti tanpa sebarang rintangan. Guru akan bertambah yakin dan selesa semasa mengajar.

PROSEDUR PENGURUSAN BILIK DARJAH.

a) Hubungan positif dengan pelajar. Pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memusakan hati gurunya. Pelajar bekerjasama dengan guru yang mereka sukai. b) Selalu berlaku adil, rama mesra, mudah didekati bertimbangrasa. Elakkan dari memalukan mengkritik, menolak pendapat pelajar.
c) Pandangan positif terhadap semua pelajar termasuk yang bermasalah disiplin. d) Bina pendekatan positif terhadap pengurusan bilik darjah, dengan melibatkan pelajar sebagai rakan sekerja. Bagi mengwujudkan suasana bilik darjah yang harmoni dan sihat. e) Mengorganisasikan program bilik darjah yang ada gangguan menimakan pembaziran masa ketika mengajar.

f)

Penyertaan pelajar menentukan peraturan bilik darjah. Jelaskan kepada pelajar sebab menetapkan peraturan tersebut.

g) Sediakan peraturan rutin seharian dalam penyelengaraan sesebuah bilik darjah.

Beberapa peraturan minima yang mudah diperlukan untuk mewujudkan pembelajaran yang teratur. Pastikan sedikit tugastugas rutin seharian mereka. Bertekun bila menguatkuasakan peraturan bilik darjah. Jika pelajar melihat guru mereka menggunakan set kriteria yang sama semasa menguatkuasakan peraturan itu tanpa menyoal.
f) Beri pengukuhan yang positif apabila pelajar selalu mengikut peraturan sekolah. Beri pujian dan galakan serta penghargaan Bertimbangrasa kepada pelajar (marah, permusuhan,ditentang oleh pelajar)

i.

Jangan memalukan pelajar.

Pelajar akan bertindak negetif terhadap celaan, cacian dan sendaan.


Akan bersikap ingkar, dan enggan memberi kerjasama.

Enggan menyertai aktiviti sekolah.


Menimbulkan perasaan marah, permusuhan penentangan secara senyap atau tertutup.

j.

Gunakan konferensi atau kaunseling peribadi dengan pelajar yang menyimpang.

k. Elakkan daripada memberi hukuman yang berat kepada pelajar. Dapatkan bantuan guru yang lebih berpengalaman, ibubapa, kaunselor sekolah.

10. KEMAHIRAN MEMBERI TUGASAN.

Guru menentukan tugasan yang sesuai yang boleh merangsang minat pelajar dan meningkatkan pembelajaran.
Tugasan yang sesuai dapat meluasakan pengetahuan pelajar dan fahaman mereka dalam perkara yang dipelajari. Ia dapat memberikan pengalaman pelajaran yang berguna dan peluang untuk memperkukuhkan isi pelajaran yang telah dipelajari. Guru perlu memberi tugasan yang mencukupi dan perhatian yang cukup disempurnakan dengan memuas. 10.1. Kemahiran memilih dan menyediakan tugasan. Tugasan yang melibatkan pelajar dalam aktiviti kognitif dan praktikal.

Tugasan perlu bermakna dan berkaitan, dengan objektif pembelajaran dan setanding dengan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman pelajar.
Pelbagaikan format dan isi tugasan. Guru perlu kreatif tidak terlalu bergantung kepada set tugasan didalam buku, bahan fotokopi. Bahan yang dibina oleh guru lebih mencabar kepada minat dan keupayaan pelajar.

Tugasan yang mudah bagi pelajar yang bermasalah dengan kerja biasa dibilik darjah.
Tugasan yang mencabar kepada pelajar berkeupayaan sedarhana.

10.2. KEMAHIRAN MEMBERI DAN MENJADUALKAN TUGASAN.


Berikan tugasan berkaitan untuk dibuat oleh pelajar dengan segera setelah penerangan dan demonstrasi isi kandungan baru telah selesai.

Ini memberikan mereka masa untuk berlatih dan memperkukuhkan konsep dan kemahiran baru. Dengan ini pembelajaran lebih baik akan tercapai Tugasan perlu di atur. Dikendalikan mengikut satu jadual susunan latihan. Latihan dan ulasan adalah efektif jika ditaburkan dalam beberapa sesi yang pendek daripada sesi yang panjang. (Daya ingatan juga baik, jika sesi tugasan, 10-15 minit) Isi kandungan kertas kerja. Perlu disusun daripada mudah kepada rumit. Masukkan beberapa masalah yang berbeza didalam sesuatu latihan kertas kerja. Latihan dengan gabungan contoh-contoh membawa kepada pembelajaran keseluruhan lebih baik. Pengulangan latihan intensif, menjadikan tugasan itu tidak bermakna.

10.3 KEMAHIRAN PENGURUSAN TUGASAN. Memberikan panduan dan arahan yang betul, cara untuk menyiapkan tugasan. Pelajar kurang memerlukan bantuan dan menumpukan perhatian kepada tugasan dengan aktif. Mengurus dan memberi perhatian yang rapi kepada tugasan yang dibuat oleh pelajar dengan bergerak dikalangan pelajar semasa mereka melakukannya. Menetapkan set rutin dan prosedur untuk sesi tugasan persendirian.

Menggalakan pelajar menyiapkan tugasannya dalam masa yang ditetapkan.


Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasannya.

Memberitahu pelajar terlebih dahulu mengenai sebarang buku, bahan atau pakaian yang diperlukan untuk sebarang tugasan atau aktiviti. Menyediakan bahan tugasan yang mencukupi seperti kertas, kerja, buku aktiviti, peralatan dan lain-lain. Pastikan kawasan kerja, seperti meja disusun rapi dan tidak bersepah. Tempat kerja yang kemas membawa kepada persekitaran pembelajaran yang memuaskan dan meningkatkan konsentrasi pelajar untuk membuat sesuatu tugasan dengan sempurna. Tugasan dalam kumpulan kecil jumlah dalam kumpulan adalah terhad, supaya perhatian yang secukupnya dapat diberikan. Selalu menyemak kemajuan pelajar ke atas tugasan pada masa tertentu dan lazim.

10.4 Nota edaran dan kertas kerja. Guru menghasilkan nota, diagram, soalan kertas ujian dan bahan cetakan tambahan sebagai sampingan kepada buku teks. Guru boleh gunakan bahasa yang sesuai mengikut keupayaan pelajar dan memformat dan membina bahan mengikut minda pelajar yang anda kehendaki.

10.5. Memformat dan membina bahan.


Memberi perhatian kepada ruang dan format. Menulis dengan terang, menaip dengan tulisan yang besar, jarak tulisan sesuai. Nota edaran, dibaca dalam bilik darjah dan difahami oleh semua pelajar, supaya dapat dijelaskan dan diperbetulkan kesilapankesilapan. Salinan asal di simpan untuk produksi masa hadapan.

Catatan nama murid yang belum menerima nota edaran akan menerima kemudian. Tulisan dalam bentuk nota edaran dan kertas kerja jelas dan boleh dibaca. Jangan mengumumkan kepada pelajar bahawa anda memberikan nota bercetak tentang tajuk yang diajar pada akhir pembelajaran. (Pelajar mengharapkan nota ini dan berkemungkinan tidak memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada pengajaran guru) Dalam setiap kertas kerja, nota edaran perlu menyediakan ruang kosong mencukupi di bahagian tepi atau dibawah-untuk nota pelajar.

11. KEMAHIRAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS. Maklum balas ialah maklumat yang diberikan kepada pelajar mengenai kesesuaian tindakan dan respon mereka. Ini adalah sebahagian daripada proses komunikasi biasa. Guru perlu memberi maklum balas yang banyak dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pelajar, dengan cara menerang semula memberi contoh tambahan, pendapat, komen terhadap tugasan pelajar. Pelajar dapat menyemak kekuatan dan kelemahan prestasi dan memerhati kemajuan pembelajaran mereka. Keputusan peperiksaan atau ujian merupakan satu cara maklum balas untuk pelajar. Maklum balas merupakan kuantiti dan kualiti prestasi seseorang dalam situasi pembelajaran. PROSEDUR MEMBERI MAKLUM BALAS. Guru perlu menyiapkan analisis sebelum memberi sebarang bentuk jawapan. Guru perlu tahu kehendak khusus pelajar untuk

Melakukan sesuatu tugasan. Mendapatkan penilaian yang jujur ke atas prestasi tugasan pelajar sebelum memberikan sebarang maklum balas. Merangka kertas kerja atau aktiviti yang membolehkan pelajar menyemak ketepatan jawapan mereka sendiri semua menyempurnakan tugasan. Selalu menyediakan maklum balas yang membantu pembelajaran. Berikan maklum balas yang dapat membawa pelajar dalam perkembangan strategi pembelajaran. Pastikan maklum balas jelas, tepat, ditumpukkan kepada aspekaspek masalah yang perlu difokuskan. Mempelbagaikan jenis dan bentuk maklumbalas yang sesuai dengan kehendak pelajar kerana mereka mempunyai keupayaan pembelajaran yang berbeza.

Memberi maklum balas di peringkat awal pembelajaran mengenai perkara yang kompleks dan baru. Guru memberi maklum balas setelah memeriksa dan menyediakan tugasan yang diberi dengan serta merta. Mengarah pelajar berjumpa anda untuk mendapat maklum balas jika pelajar benar-benar menghadapi masalah dengan tugasan atau kurang pasti dengan pencapaian prestasi mereka. Memberi maklum balas dengan kumpulan kecil kepada pelajarpelajar yang menghadapi masalah yang sama dalam pembelajaran. Guru sentiasa menyokong dan mendorong semasa memberi maklum balas. Maklum balas perlu diberikan terus terhadap prestasi tugasan pelajar. Menyimpan rekod bilangan rekod dan jenis maklum balas yang diberikan untuk tugasan pelajar yang berbeza.

Untuk merancang pengajaran masa depan. MEMERIKSA TUGASAN BERTULIS.

Periksa selalu, kembalikan semula tugasan pelajar dengan segera.


Simpan rekod prestasi pelajar. Menjelaskan skema pemeriksaan dan simbol-simbol yang digunakan dalan menyemak tugasan pelajar. Mengajar dan membimbing mendapatkan markah tinggi Manggalak dan mengkritik, Memaklumkan kemajuan pelajar dan tunjukkan kelemahan. Menunjukkan dengan jelas, semua pembetulan. Tulis komen membina, memberi markah. Teliti isi tugasan pelajar, hati-hati dan cermat.

Jangan gunakan simbol atau tulisan yang anda sahaja yang faham maksudnya. Jangan kotori kerja pelajar dengan tanda-tanda pemeriksaan yang tidak perlu. Pemeriksaan hendaklah terpilih dan berfokus. Jangan abaikan kesilapan ejaan. (Walau pun anda bukan guru bahasa) Elakkan memberikan kerja banyak tetapi tidak dapat diperiksa dengan tepat dan sempurna.

12. KEMAHIRAN MENILAI. Penilaian merupakan komponen penting dalam pengajaran yang efektif. Guru merancang prosedur untuk menilai kejayaan pelajaran yang dirancang dan pencapaian objektifnya.

Pengukuran penilaian selalunya dinyatakan dalam objektif pelajaran dalam bentuk perlakuan dan tahap pencapaian yang diharapkan daripada pelajar. Kertas kerja atau tugasan disediakan bagi tujuan penilaian samaada formal atau tidak formal. Penilaian formal digunakan untuk tujuan penempatan atau pemberian sijil contoh UPSR, PMR, SPM, STPM. Manakala ujian tidak formal, dijalankan oleh guru matapelajaran untuk mengukut kemajuan pelajar melalui tugasan, soal selidik, kuiz atau pemerhatian biasa, perlakuan seorang palajar. PROSEDUR MEMBUAT PENILAIAN. Jalankan ujian awalan memastikan tahap pengetahuan yang sedia ada. Ini dapat membantu guru untuk menentukan apa, cara dan setakat mana perlu diajar.

Menilai selalu, jangan bergantung kepada peperiksaan atau ujian terakhir. Penilaian berterusan memberikan pelajar maklumbalas untuk menyemak kemajuannya dalam pelajaran. Jadikan penilaian satu rutin. Masukan masa penilaian dalam jadual pengajaran. Pencapaian boleh dilihat sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian formatif sumatif


Penilaian formatif diadakan semasa kursus pengajaran untuk menilai kemajuan pembelajaran pelajar.

Penilaian sumatif diadakan di akhir kursus, semester, Penggal atau tahun.


Gunakan senarai semak dan skala pengukuran menilai minat, sikap dan nilai pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran, tertentu serta sikap terhadap sekolah guru, rakan sebaya. Guru mendapat maklumat yang berguna untuk motivasi pelajar.

Menguji semua jenis hasil pembelajaran- pengetahuan, kefahaman, analisa, sintesis, aplikasi dan penilaian. Gunakan penilaian untuk mengenal pasti masalah pembelajaran dan mengambil langkah pemulihan yang sesuai. Menggunakan rangka penilaian yang memberikan keputusan yang sah.

Pastikan susunan bahan dalam ujian dirancang daripada yang mudah kepada rumit.
Menyimpan rekod semua penilaian dan keputusan penilaian.

Keputusan ujian disimpan dengan sulit. Maklumat rahsia. Satu etika profesional mesti dipatuhi.

Dengan melaksanakan beberapa strategi dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah saya yakin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat berjalan dan dilaksanakan dengan jayanya.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai