Anda di halaman 1dari 31

APA ITU KBAT?

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah


keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. (KPM 2013)

MENGAPA KBAT PENTING?
Menghasilkan modal insan yang cerdas,
kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia.

KEMAHIRAN KRITIS ABAD KE - 21
TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT
Mengubah amalan hafalan kepada
pemahaman
Meningkatkan tahap kesedaran
pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai
dan mencipta)
Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?
cara berfikir
cara menyoal
cara memotivasi
Menekankan aktiviti hands-on
jenis tugasan
cara pentaksiran
cara berkomunikasi
PERANAN GURU UNTUK KBAT
Memastikan murid aktif dalam PdP
Memberi peluang kepada murid berbincang,
bertanya dan memberi pendapat
Mempelbagaikan strategi
Mengemukakan soalan yang membina,
memimpin serta berfikir pada aras tinggi

APA ITU BERFIKIR
Berfikir merupakan pembentukan idea,
pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
(Fraenkel, J.R., 1980) (proses)

Berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental
tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem
kognitif seseorang yang bertujuan untuk
menyelesaikan masalah. (Mayer, R.E., 1977)
(operasi)
APA ITU BERFIKIR
Berfikir ialah kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi sebab, atau
membuat penentuan. (Beyer, B.K., 1991)
(kebolehan)

Berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi
mental yang digunakan oleh seseorang individu.
(Nickerson, Perkins dan Smith, 1985) (kemahiran)

Dapatan KajianKekerapan Penyoalan oleh Guru
27 kelas di 6 buah sekolah menengah di USA,
Hanya 1% murid bertanya soalan
60% masa guru bercakap adalah menyoal
Namun, soalannya bentuk KBAR berbanding KBAT
Dillon, 1988
Di Malaysia:
166 soalan ditanya! Bermakna 3 soalan ditanya
dalam 1 min iaitu satu soalan lebih kurang 20 saat.
Namun hanya 5% soalan KBAT
Lee, 2013
TUJUAN MENYOAL
menilai pengetahuan sedia ada

menimbulkan minat

membina pemahaman

membina sikap dan penghayatan

mengukuhkan pembelajaran

merangsang pemikiran kritikal


TUJUAN MENYOAL
menilai pembelajaran dan kemajuan murid

menjelaskan pemikiran

mencari sebab atau penjelasan

meneroka pandangan alternatif

menguji implikasi dan akibat
SOALAN YANG BERKESAN
Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan
tertentu)

Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa
yang dimaksudkan)

Ringkas (dinyatakan dengan beberapa perkataan
yang mungkin)

Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran
dan tindak balas)

SOALAN YANG BERKESAN
Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan
yang membimbing dan terperinci)

Skop terhad (soalan yang bercapah akan
mengelirukan)

Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan
berbeza)
Art Costa and Bena Kallick
DAPATAN KAJIAN
Kajian menunjukkan bahawa:

Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan
jenis mengingat semasa pengajaran mereka

Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam
ujian dan peperiksaan

Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah
jenis ingatan atau fakta.

Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness,
University of Texas


MEMAHAMIMenerangkan idea atau konsep
Mengintepretasikan, meringkaskan, merumus, mengkelas,
menerangkan
MENGAPLIKASIMenggunakan maklumat dalam situasi
yang baharu
Menunjukkan cara, menjalankan, menggunakan
MENGINGATMengingat semula maklumat
Mentakrif, mengenal pasti, menyenaraikan, menamakan,
melabel
MENGANALISISMencerakinkan maklumat kepada
komponen komponen untuk memahami struktur organisasinya
dan perhubungan antara komponen
Membanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah,
menghuraikan
MENILAIMembuat pertimbangan berdasarkan kriteria
yang spesifik Mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah/
pendapat, membuat keputusan
MENCIPTAMenyatukan elemen untuk membentuk idea
atau struktur yang baharu, merekacipta, menggabungkan,
merangka, membina
Bagaimana melaksanakan
penyoalan dengan baik?
MEMBANGUNKAN
KEMAHIRAN MENYOAL
Rancang soalan anda
Bersedia untuk bertanyakan soalan lanjutan
Tentukan sama ada soalan itu ditujukan kepada
seluruh kelas, kumpulan tertentu atau individu.
Berikan pelajar masa untuk berfikir.

MEMBANGUNKAN
KEMAHIRAN MENYOAL
Adakah soalan anda seimbang antara fakta dan
pemikiran?
Bertanya dalam nada perbualan
Rekabentuk soalan yang akan mendapat
maklum
balas yang berterusan

MEMBANGUNKAN
KEMAHIRAN MENYOAL
Berhenti bertanyakan banyak
soalan secara sendiri!
Galakkan murid untuk menyoal
murid lain semasa perbincangan
Terima soalan apabila ditujukan.

MEMBANGUNKAN
KEMAHIRAN MENYOAL
Berikan masa untuk membuat susulan
kepada soalan murid
Mengumpul, membincangkan,
mengkategorikan dan membangunkan
soalan murid
SOALAN SOALAN
MENCARI SEBAB DAN PENJELASAN

Mengapa anda berfikir bahawa ...?
Bagaimana kita tahu bahawa ...?
Apakah sebab-sebab anda ...?
Apakah bukti yang kita ada untuk...?
Kenapa anda mengatakan sedemikian?
SOALAN SOALAN
MENEROKA PANDANGAN
ALTERNATIF
Bolehkah anda meletakkannya dalam cara
yang lain?

Adakah terdapat pandangan yang lain...?

Sekiranya ada orang yang memberikan
cadangan bahawa ....?

Apa yang kita perlu tahu sekiranya ...?
SOALAN SOALAN
MENGUJI IMPLIKASI DAN AKIBAT
Apakah yang akan menyusul pendapat
anda?
Adakah yang selaras dengan yang
dinyatakan sebelum ini?
Apakah akibatnya sekira ?
Adakah terdapat panduan umum untuk ?
Bagaimanakah anda dapat menguji sama
ada benar atau tidak?
CONTOH SOALAN KBAT SAINS
1.Berikan satu sebab berlakunya jerebu
di Malaysia?
2. Ramalkan apa akan berlakunya sekiranya panas
berpanjangan?

TINDAKBALAS TERHADAP
SOALAN SOALAN MURID
Menyoal murid semula
Apakah pendapat anda ..?

Tanya soalan sokongan
Bolehkah...sekiranya...?

Beri senarai kemungkinan
Mungkinkah kita boleh ..?

Menganalisis soalan
Apakah yang anda
maksudkan dengan ...?


Menyusun semula soalan
Adakah anda cuba
menyatakan bahawa ...?


IMPAK
MENAMBAH
MASA
MENUNGGU
PELAJAR
Jumlah soalan murid tanya
meningkat
Murid dapat menjawab
dengan ayat lengkap
Jawapan murid lebih
panjang
Murid akan berfikir secara
spekulasi, Mungkin ia akan
...
IMPAK
MENAMBAH
MASA
MENUNGGU
PELAJAR
Guru mempunyai lebih banyak
masa untuk mendengar dan
berfikir tentang respon murid
Jangkaan guru terhadap respon
murid berubah
Guru dapat memberi variasi
teknik penyoalan mereka
Mewujudkan suasana yang
kondusif untuk pemikiran
berasas tinggi
S E K I A N

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai