Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

- Pengenalan Kbat 
- Konsep Dan Teori Kbat 
- Perbandingan Kbar Dan Kbat 
- Kepelbagaian Strategi Dalam Penyelasaian Masalah 

TEKNIK PENYOALAN KBAT


Dalam menerapkan pdp yang berunsurkan KBAT, guru harus melaksanakan beberapa
strategi berkesan bagi membimbing pelajar untuk juga berfikir secara KBAT. Antara salah
satu teknik paling berkesan dalam memastikan pelajar juga berfikir secara KBAT adalah
Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh
membantu pembelajaran secara KBAT.

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan


1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan
mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)
Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam
Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran


1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?

3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?

4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?

5. Bolehkah anda menunjukkan saya cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan

1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?

2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?

3. Apakah sebab-sebab anda ... ?

4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?

5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif

1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?

2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?

3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?

4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat

1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?


2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?

3. Apakah akibat sekiranya ... ?

4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?

5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal


1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Sumber : https://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html

Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?

Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar


teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya
sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin
giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras
pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 
Strategi mengajar pelajar berfikir secara KBAT

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa
memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap
pemikiran seseorang pelajar itu. 

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah
soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga
Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara
beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah
soalan-soalan yang sebegitu. 

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah


Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah
memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru
yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga
menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan
masalah tersebut.
Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan
kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai
pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang
telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya. 

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan


menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan
terbaik sebagai penyelesaian. 

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat,
tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling
memahami dan bekerjasama.
Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Tujuan Teknik Penyoalan


- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini


kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran
dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.
Prinsip Panduan Penyoalan
- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks


Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama
mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula
kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. 

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang
mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah
dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based
learning (PBL). 

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka
panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan
soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan
data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.
Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam kalangan
pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses
pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga
mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan
dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita
dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk
menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara
mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi
membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat
ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai
faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan
terhadap suatu tindakan, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat
sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.

Anda mungkin juga menyukai