Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

HARI EKSPLORASI KERJAYA


BERTEMA “ MENUJU PUNCAK “

PADA,
26 JANUARI 2023
(KHAMIS)

MASA,
9.00 PAGI – 1.00 PETANG

BERTEMPAT,
DEWAN TERBUKA SRAB BATU PAHAT

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING,
SRAB BATU PAHAT

BERSAMA,
UNIT DISIPLIN,
SRAB BATU PAHAT
PENDAHULUAN

Herr dalam Marsudi (2003) menyatakan bimbingan kerjaya adalah suatu perangkaan lebih
tepatnya suatu program yang sistematik, proses, teknik atau layanan untuk membantu
individu memahami diri, pekerjaan, pendidikan dan peluang. Seseorang Guru Bimbingan
dan Kaunseling bertanggungjawab untuk memberikan pendedahan awal kepada murid
sekolah rendah tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan
maklumat berkaitan kerjaya- kerjaya yang ingin diceburi. Terdapat pelbagai jenis bimbingan
kerjaya yang boleh difungsikan secara berkesan sebagai pendekatan untuk memberikan
pendedahan awal kepada murid-murid.

EKSPLORASI KERJAYA merupakan satu proses bagi meneliti, menilai, dan belajar
tentang peluang kerja moden dan bagaimana murid dapat mengejar kerjaya pilihan mereka.
EKSPLORASI KERJAYA mendedahkan murid-murid kepada pelbagai jenis pekerjaan dan
membantu mereka mengurangkan stereotaip terhadap pekerjaan dalam kehidupan mereka. Di
samping itu, EKSPLORASI KERJAYA juga membekalkan peluang yang baik untuk
menerapkan ilmu pengetahuan yang berkenaan dalam diri murid-murid seperti kepentingan
atau sumbangan kerjaya tertentu dan sebagainya.

MATLAMAT

EKSPLORASI KERJAYA bertujuan untuk menyebarkan maklumat kerjaya yang tepat


kepada murid serta mengambil kesempatan untuk membolehkan murid-murid menerokai
minat mereka terhadap kerjaya tertentu melalui belajar sambil bermain. Penglibatan murid-
murid dalam permainan kecil yang berkaitan dengan pelbagai jenis kerjaya dipercayai dapat
meningkatkan pemahaman murid dan menghasilkan pengalaman yang menarik.

OBJEKTIF PROGRAM

 Murid-murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan tentang pelbagai jenis


kerjaya.
 Murid-murid dapat mengetahui sumbangan kerjaya tertentu dalam
masyarakat.
 Murid-murid dapat meneroka minat sendiri terhadap sesuatu kerjaya.

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 4, 5 & 6 SRAB Batu Pahat

PELAKSANAAN (TARIKH, MASA & TEMPAT)

Tarikh : 26 Januari 2023


Masa : 9.00 Pagi – 10.30 Pagi (SESI 1)
10.30 Pagi – 11.00 Pagi (REHAT)
11.00 Pagi – 1.00 Petang (SESI 2)
Tempat : Dewan Terbuka SRAB Batu Pahat

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Rujuk Lampiran
SUMBER KEWANGAN

Harga JUMLAH
Item/Perkara Kuantiti
(RM) (RM)
Sijil Penyertaan 5 RIM 50 250
Hamper 20 20 400
Piala 40 15 600
JUMLAH KESELURUHAN 1,250

ATURCARA PROGRAM
Masa / Aktiviti Perincian Aktiviti Tindakan
- Dirasmikan
9.00 Pagi – 9.15 Pagi  Majlis perasmian program oleh Guru
Besar
 Pertandingan “SIMULASI
- AJK
9.15 Pagi – 10.30 Pagi KERJAYA“
Acara
TAHUN 4, 5 & 6
10.30 Pagi –
11.00 Pagi  REHAT
- AJK
11.00 Pagi –  Perkongsian Kerjaya dari
Acara
12.00 Tengah tetamu jemputan
- AJK
Hari  Pameran Kerjaya Teknikal
12.00 Tengah  Pertandingan Busana
- AJK
Hari – 12.40 Kerjaya Impian
Acara
Tengah Hari Tahun 4, 5 & 6
12.45 Tengah  Majlis Penutup
- Semua
Hari – 1.00  Penyampian Hadiah / AJK
Petang Cenderahati

PENUTUP

Kami amat mengharapkan agar pelaksanaan Program Eksplorasi Kerjaya “MENUJU


PUNCAK” ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat
memberikan manfaat yang besar kepada murid-murid Tahap 2 Sekolah Rendah Agama
Bersepadu Batu Pahat (SRAB BATU PAHAT). Segala kerjasama dan prihatin pihak
tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI EKSPLORASI
KERJAYA

PENGERUSI
FAIZAL BIN YUNOS

TIMBALAN PENGERUSI
RAFIAH BINTI AFANDI

NAIB PENGERUSI
ZAINAH BINTI MOHAMED IBRAHIM
MOHD AZAHARI BIN DIMAN

SETIAUSAHA HEM
FADILAH BINTI ISMAIL

PENYELARAS PROGRAM
MOHAMAD ZULFITRY BIN MOHD ZULFAKAR

SETIAUSAHA
RAFIKAH BINTI MD JAAFAR

AJK TEKNIKAL
MD RIDZUAN BIN MOHD TAIB

AJK PUBLISITI
GHOZAHAR BIN GHOZI

AJK FOTOGRAFI
MUHAMAD ILYASA BIN SALEHUDDIN

AJK ACARA
NABIHAH BINTI ISMAIL
HAIRY BIN WAHI

AJK SIJIL & CENDERAHATI


SALIHA BINTI SACKKANI
NORMAWATI BINTI MOHAMAD SHAH
EMI ZIWANA BINTI JAMIAN
LAMPIRAN – SKOP KERJA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

NAMA AHLI
BIL JAWATANKUASA JAWATANKUAS TINDAK KERJA
A
MEMASTIKAN SEGALA URUSAN
JAWATANKUASA MD RIDZUAN BIN BERKAITAN DENGAN TEKNIKAL
1.
TEKNIKAL MOHD TAIB PROGRAM

MENJALANKAN KERJA-KERJA
JAWATANKUASA GHOZAHAR BIN BERKAITAN PROMOSI DAN
2
PUBLISITI GHOZI HEBAHAN

NABIHAH BINTI
ISMAIL MEMASTIKAN KELANCARAN
JAWATANKUASA
3 AKTIVITI SELARAS DENGAN
ACARA
HAIRY BIN WAHI JADUAL YANG DITETAPKAN

SALIHA BINTI
SACKKANI

NORMAWATI MENYEDIAKAN SIJIL &


JAWATANKUASA
BINTI MOHAMAD CENDERAHATI BAGI MURID-
4 SIJIL &
SHAH MURID YANG TERLIBAT SERTA
CENDERAHATI
TETAMU YANG DIJEMPUT
EMI ZIWANA
BINTI JAMIAN

MEMBUAT RAKAMAN &


MUHAMAD MENGAMBIL GAMBAR
JAWATANKUASA
5 ILYASA BIN SEPANJANG PROGRAM
FOTOGRAFI
SALEHUDDIN DIJALANKAN
PENYEDIAAN KERTAS KERJA

………………………………………
(MOHAMAD ZULFITRY BIN
MOHD ZULFAKAR)
PENYELARAS
PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA

Tarikh:

Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

…………………………………………. ……………………………………

(RAFIAH BINTI AFANDI) (FAIZAL BIN YUNOS)

TIMBALAN PENGERUSI PENGERUSI,

PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai