Anda di halaman 1dari 2

SYARAT SEMASA PERLAWANAN E-SUKAN – MOBILE LEGEND BANG BANG

1. Jadual perlawanan dan senarai info peserta akan diberi dalam telegram khas.

2. Setiap pasukan disarankan mempunyai pengurus dan kapten pasukan.

3. Hanya pengurus dan kapten sahaja akan berada di dalam group telegram
peserta.

4. Hanya ahli pasukan yang berdaftar sahaja layak menyertai perlawanan.

5. Semua peserta dikehendaki bersedia 1 jam sebelum waktu perlawanan.

6. Jadual perlawanan (bracket) & senarai info pemain akan diberi di dalam group
Telegram peserta selewatnya 2 hari sebelum perlawanan.

7. Pengurus perlu cakna jadual (bracket) yang disediakan selepas tutup pendaftaran.

8. Pasukan yang berada dibahagian atas (top bracket) perlu menghubungi pihak
lawan sehari sebelum perlawanan berlangsung.

9. Masa menunggu dalam ‘lobby’ hanya 20 minit sahaja, jika didapati tiada maklum
balas dari pihak lawan, maka pasukan yang lewat akan disingkirkan. Perlu sertakan
bukti ‘screenshot’ dan maklum kepada MARSHALL yang bertugas.

10. Penggunaan Bahasa hendaklah sentiasa dijaga dari awal hingga akhir (termasuk
IN GAME CHAT @ IN GAME VOICE). Sekiranya terdapat mana-mana peserta yang
menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya seperti mencaci, mengeluarkan
kata-kata kesat atau menghina, pasukan tersebut akan disingkir dari perlawanan.

11. Peserta perlu memastikan jaringan internet dan kondisi gadget yang digunakan
dalam keadaan baik.

12. Jaringan internet adalah tanggungjawab peserta. Tiada penambahan masa atau
perubahan masa sekiranya jaringan internet peserta tidak lancar. Pihak penganjur
tidak bertanggungjawab jika berlaku isu lag.

13. Peserta atau pengurus dilarang menjadi ‘spectator’.

14. Jika peserta mengalami masalah BUG, peserta harus sertakan bukti ‘screenshot’
dan maklumkan kepada MARSHALL yang bertugas.

15. Peserta sendiri yang “surrender” rematch tidak dibenarkan.

16. Pihak penganjur juga berhak MENYINGKIRKAN PESERTA sekiranya melanggar mana-mana
terma dan syarat yang telah dimaklumkan di atas tanpa notis bertulis. Keputusan
PENGANJUR adalah muktamad.
SYARAT SELEPAS PERLAWANAN – MLBB

1. Pengurus @ Kapten perlu menghantar keputusan dalam bentuk ‘screenshot’.


(Contoh seperti di bawah) di dalam Group Telegram yang disediakan.

2. Setelah selesai perlawanan pertama, peserta perlu tunggu arahan dari Marshall
untuk perlawanan seterusnya.
3. Dilarang spam/chatting di dalam Group Telegram yang disediakan. Group
telegram hanya untuk penyerahan markah sahaja.
4. E-sijil akan diberi pada 15hb pada bulan seterusnya melalui email pengurus atau
kapten pasukan.
5. Segala pertanyaan boleh terus ‘Direct Message’ marshall yang berada di dalam
group telegram yang disediakan.

Kerjasama dan sokongan dari semua pihak amat kami harapkan dalam memastikan
perlawanan dapat berjalan dengan lancar.

Pihak penganjur juga berhak MENYINGKIRKAN PESERTA sekiranya melanggar mana-mana


terma dan syarat yang telah dimaklumkan di atas tanpa notis bertulis. Keputusan
PENGANJUR adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai