Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN KARAKTER  

MURID  JOHOR (KRMJ)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. PADA PAGI INI, SAYA AKAN BERKONGSI SEDIKIT FAKTA
TENTANG PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KRMJ) YANG BERLANGSUNG DI SEKOLAH-
SEKOLAH SELURUH NEGERI JOHOR.

Program Karakter Murid Johor dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa:


Fasa 1        : Keseragaman pemaikaian T-shirt  KrMJ, Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik
Johor  
Fasa 2        : Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut kemas
Fasa 3        : Program kendalian murid dan Program kepimpinan.

Untuk Fasa 1, perkongsian maklumat mengenai dengan:

1. Keseragaman Kemeja – T KRMJ

-          Pakaian kemeja – T yang direka khas boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani,
kokurikulum, program-program luar bilik darjah, pertandingan peringkat daerah MSSD, MSSJ dan
MSSM.
-          Keseragaman bergambar gaya bebas (free style) adalah bermotifkan Gaya Zapin Johor.

2. Budaya Salam

-          Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan untuk murid-murid Melayu
sahaja.  Murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. 
Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan
murid Melayu.
-          Amalan pengucapan salam ‘Salam Muafakat Johor’  digalakkan dalam majlis-majlis tertentu
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Amalan Doa

-          Skrip doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor.


-          Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah tangan.  Cara ini hanya untuk
murid Islam sahaja. 
-          Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil
menundukkan kepala.  Kedua-dua tangan  berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan berada
di atas tangan kiri.

4. Semangat Patriotik Johor

1)     Lagu Bangsa Johor             -  Dinyanyikan dalam acara-acara rasmi


2)     Lagu Luaskan Kuasa Mu   -  Dinyanyikan dalam pertandingan seperti sukan dll.
3)    Lagu Muafakat Johor        -  Dinyanyikan dan diperdengarkan secara selingan dalam majlis.
4)      War cry “Muafakat Johor -  Digunakan sebagaikan membangkitkan semangat juang.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga fakta yang dikongsikan ini memberi manfaat yang
berguna untuk kita hayati. Sekian terima kasih.
PELAKSANAAN KARAKTER  MURID  JOHOR (KRMJ)
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. PADA PAGI INI, SAYA AKAN BERKONGSI SEDIKIT FAKTA
TENTANG PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KRMJ) YANG BERLANGSUNG DI SEKOLAH-
SEKOLAH SELURUH NEGERI JOHOR.

Program Karakter Murid Johor dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa:


Fasa 1        : Keseragaman pemaikaian T-shirt  KrMJ, Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik
Johor  
Fasa 2        : Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut kemas
Fasa 3        : Program kendalian murid dan Program kepimpinan.

Untuk Fasa 2, perkongsian maklumat mengenai dengan:

1. Budaya Kesantunan

-          Menghormati dan menyayangi orang tua/ guru dan rakan-rakan sebaya.


-          Budaya melayan dan meraikan tetamu
-           Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga sekolah dengan ucapan 
“Terima kasih”.
-           Budaya meraikan kejayaan rakan.
-          Menonjolkan penampilan/ keterampilan terpuji (pakaian yang kemas, tidak ketat, tidak
menjolok mata, tingkahlaku yang baik, perangai yang sopan dll).

2. Memupuk Budaya Johor

-          Memupuk nilai, tatasusila dan kesantunan dalam kalangan warga sekolah.


-          Membudayakan aktiviti J-robik dan muzik Johor seperti keroncong, ghazal, zapin “Gendang
Perayaan 24 Musim’  dan “Kavadi”  atau lain-lain yang sesuai.
-          Mengenali, menggalakkan dan mengamalkan seni budaya Marhaban & Berzanji dalam Panatia
Pendidikan Islam.
-          Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti laksa Johor, lontong, mee rebus,
mee bandung, burasak, asam pedas, asam rebus dan lain-lain.
-          Menggalakkan apresiasi tulisan jawi.
-          Menggalakkan pemakaian baju Melayu teluk belanga & pakaian tradisi kaum lain.

3. Gaya Rambut

-          Ukuran guntingan rambut adalah tapak 2 dan 3  atau tapak 2 dengan bahagian atas rambut
tidak melebihi 2 inci panjang.
-          Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan.
-          Qaza’ adalah tidak dibenarkan.
-     Gaya rambut yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga fakta yang dikongsikan ini memberi manfaat yang
berguna untuk kita hayati. Sekian terima kasih.
 
PELAKSANAAN KARAKTER  MURID  JOHOR (KRMJ)
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. PADA PAGI INI, SAYA AKAN BERKONGSI SEDIKIT FAKTA
TENTANG PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KRMJ) YANG BERLANGSUNG DI SEKOLAH-
SEKOLAH SELURUH NEGERI JOHOR.

Program Karakter Murid Johor dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa:


Fasa 1        : Keseragaman pemaikaian T-shirt  KrMJ, Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik
Johor  
Fasa 2        : Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut kemas
Fasa 3        : Program kendalian murid dan Program kepimpinan.

Untuk Fasa 3, perkongsian maklumat mengenai dengan:

1. Program Kendalian Murid

-          Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di sekolah seperti:


- Perhimpunan sekolah.
- Majlis Hari Guru
- Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat.
- Menguruskan Hari Sukan sekolah – Kejohanan Olahraga
- Perkhemahan dan lawatan dan lain-lain.
- Guru hanya sebagai fasilitator sahaja

2. Program Kepimpinan

-          Sekolah menjalankan program-program berbentuk kepimpinan seperti Kelab dan persatuan, 


Program pengawas dll dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi
pemimpin.
-          Mewujudkan Students Leader Board (SLB) di peringkat sekolah dengan tujuan menyediakan
mereka kepada District Students Leader Board (DSLB) &  Johor Students Leader Board (JSLD).
-          Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti:
- Program ‘Team Building’.
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Kursus Pembangunan Sahsiah.
- Kem Bina Semangat.
-     Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar seperti pertandingan
berpidato, perbahasan, pengucapan umum dan lain-lain.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga fakta yang dikongsikan ini memberi manfaat yang
berguna untuk kita hayati. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai