Anda di halaman 1dari 4

LDK KESEDARAN KENDIRI – JU PRS MERSING

TAJUK : Salasilah keluarga


OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-
1. Membantu peserta mengenal pasti ahli keluarga mereka.
2. Peserta-peserta dapat mengenal pasti ciri-ciri peribadi dan keunikan
individu.
MASA : 60 minit
BAHAN-BAHAN: Kertas A4, Carta Salasilah Keluarga
LANGKAH :
1. Fasilitator mengedarkan contoh carta salasilah keluarga. (Lampiran 1)
2. Peserta dikehendaki melukis carta salasilah keluarga sendiri.
3. Selepas menyiapkan salasilah keluarga, beberapa orang peserta dikehendaki menerangkan
secara sukarela.
4. Fasilitator memerhati cara penyampaian dan penampilan peserta semasa mereka menerangkan
salasilah keluarganya.
5. Fasilitator meminta peserta menyatakan apa yang telah mereka belajar daripada aktiviti
tersebut.
6. Fasilitator berbincang tentang ciri-ciri dan bakat peserta yang diwarisi daripada ahli-ahli
keluarga.
7. Fasilitator menerangkan pentingnya kita mengenal pasti salasilah keluarga.

REFLEKSI / RUMUSAN:
1. Kebanyakan bentuk fizikal dan bakat yang ada pada diri kita adalah diwarisi daripada keluarga
kita. Kita harus bangga dan sayang dengan apa yang kita warisi. Dan kita perlu kembangkan
bakat yang diwarisi.
2. Kita harus ada perasaan sayang dan cinta kepada ahli keluarga.
3. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan terletak kepada harta benda, tetapi kasih sayang dalam
keluarga.
4. Kita akan meningkatkan keyakinan diri dan pada masa yang sama akan meningkatkan konsep
kendiri kita jika keluarga kita dipenuhi kasih sayang.
LDK AWAL REMAJA – JU PRS KOTA TINGGI

MASA 1 JAM

AKTIVITI 1 – “KESUKAAN SAYA”

1. Semua kumpulan berada dalam kelompok masing-masing


2. Satu tali panjang akan diletakkan di tengah-tengah setiap kumpulan sebagai pembahagi ruang
kanan dan kiri
3. Murid akan diberi dua pilihan dan setiap kumpulan perlu bergerak mengikut pilihan yang mereka
sukai.
4. Contohnya – “Siapa yang suka nasi goreng ke kiri, siapa yang suka mee goreng ke kanan”
5. Sebanyak 10 pilihan diberi

• Jangka masa : 15 minit


• Barang yang diperlukan : Tali Panjang (Cukup untuk membahagikan ruang satu kumpulan
murid)

AKTIVITI 2 – “HULA HOOP PASS”

1. Murid perlu membuat barisan memanjang sambIl berpegangan tangan


2. Dalam barisan, murid perlu pass hula hoop tanpa melepaskan tangan
3. Orang yang terakhir perlu menggelekkan hula hoop di pinggang sambal berjalan ke arah kon
penamat
• Jangka masa : 20 minit
• Barang yang diperlukan : Hula Hoop (1 untuk setiap kumpulan)

AKTIVITI 3 – “APUNGAN BELON”

1. Tiup belon besar dan minta kumpulan untuk mengekalkan belon itu di udara sebagai satu pasukan.
Tetapi mereka perlu melakukannya tanpa menggunakan tangan. Boleh menggunakan kepala,
muka, bahu dan lain-lain dalam jangka masa yang ditetapkan.

• Jangka masa : 15 minit


• Barang yang diperlukan : Belon ( 1 kumpulan 2 belon)

AKTIVITI 4 – RUMUSAN SETIAP KUMPULAN

1. Wakil kumpulan membuat rumusan semua aktiviti yang dijalankan

• Jangka masa : 10 minit


SENARAI BAHAN YANG DIPERLUKAN SEPANJANG AKTIVITI LDK:

AKTIVITI BAHAN JUMLAH


LDK 1 Kertas A4 1 peserta = 1 keping
Tali 1 kumpulan = 5 meter
LDK 2 Hula Hoop 1 kumpulan = 1 hula hoop
Belon 1 kumpulan = 2 belon

Anda mungkin juga menyukai