Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : ORIGAMI

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

Menggunakan jari untuk melipat kertas dan menghasilkan bentuk kapal


terbang

TEMPOH MASA : 30 minit

BAHAN : kertas yang berwarna-warni

TUNJANG UTAMA : (PFK 1.2.7) Menggunakan tangan untuk melipat


menghasilkan pelbagai bentuk dengan bimbingan

TUNJANG YANG DISEPADUKAN :

BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah

PERBENDAHARAAN KATA :

LANGKAH-LANGKAH :

PENDAHULUAN / SET INDUKSI (situasi di dalam kelas darjah)

1. Guru menunjukkan kapal terbang kertas yang disiap lipat kepada murid.
2. Kapal terbang diagihkan kepada beberapan orang murid untuk bermain.
3. Guru bersoal jawab dengan murid :
 “ Murid-murid tahukah apakah itu “
 “ Adakah murid-murid berasa seronok dengan bermain kapal terbang
kertas”
 “Biasanya di mana kita dapat menemui kapal terbang”
 “Kapal terbang besar tak ?”
 “mari kita cuba melipat kapal terbang”
4. Guru menunjukkan cara-cara membuat kapal terbang kertas kepada murid.

AKTIVITI

1. Guru mengagihkan setiap murid sekeping kertas warna yang bersaiz A4.
2. Murid mendengar arahan guru untuk melipat kapal terbang.
PENUTUP :

1. Setelah selesai minta murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan-
rakan lain.
2. Mempamerkan hasil kerja murid-murid di dalam kelas.

CATATAN :

Pastikan guru menerangkan langkah-langkah melipat kapal terbang dengan teliti dan
membantu murid sekiranya mereka menghadapi masalah.
TAJUK : 2 ORANG 3 KAKI

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

Mengkoordinasikan anggota badan seperti kaki dan badan dengan baik.

TEMPOH MASA : 30 minit

BAHAN : Tali

TUNJANG UTAMA : (PFK 2.1.12) Berlari dengan lakuan yang betul dalam jarak

tertentu

TUNJANG YANG DISEPADUKAN :

PM 12.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan

PERBENDAHARAAN KATA :

LANGKAH-LANGKAH :

PENDAHULUAN / SET INDUKSI (situasi di luar kelas)

1. Guru menerangkan peraturan bagi permainan tersebut.


2. Guru meminta murid untuk mencari pasangan.
3. Guru akan mengagihkan setiap kumpulan satu benang untuk mengikat kaki.
4. Guru akan menunjukkan cara untuk bermain yang betul.

AKTIVITI :

1. Guru meminta murid untuk mencari pasangan sendiri dan membuat satu
kumpulan yang mengandungi 2 orang.
2. Murid-murid akan menggunakan benang yang didapati untuk mengikat kaki
sendiri dengan sebelah kaki pasangan.

Benang

Kaki
3. Kemudian, murid-murid akan bekerjasama berlari ke tempat tamat dalam
jarak yang ditentukan.

4. Setiap kumpulan akan berlari satu pusingan dengan mengelilingi cone dan
balik ke tempat asal.

PENUTUP :

1. Setelah selesai murid-murid membantu menyimpan balik peralatan


yang digunakan ke pada tempat asal.

CATATAN :

Pastikan guru menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti


tersebut dan menyediakan peti kecemasan sekiranya berlaku kecederaan.
TAJUK : “ARAHAN GURU”

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

Memahirkan kemahiran mendengar dan melakukan tindakan yang betul


mengikut arahan yang diberi.

TEMPOH MASA : 30 minit

BAHAN : Gelung yang berwarna-warni, “cone”,

TUNJANG UTAMA : (BM 1.1.7) Mendengar dan bertindak balas mengikut


arahan mudah

TUNJANG YANG DISEPADUKAN :

PM 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti

PSE 3.2.8 Menunjukkan kemahiran play entry

PERBENDAHARAAN KATA :

LANGKAH-LANGKAH :

PENDAHULUAN / SET INDUKSI (situasi di dalam kelas darjah)

1. Murid berbaris dan dibawa ke padang oleh guru


2. Guru akan memperkenalkan peraturan dan cara bermain aktiviti tersebut
3. Guru akan memberikan contoh arahan kepada murid-murid
4. Murid akan mematuhi arahan yang diberikan dan membuat tindakan yang
betul
AKTIVITI :

1. Guru akan meletakkan 6 gelung di kawasan permainan kanak-kanak.

2. Guru akan memberi arahan yang mudah untuk membentuk satu kumpulan:

“ Cikgu mahu 2 orang perempuan dengan seorang lelaki dalam satu


kumpulan.”

“ Cikgu mahu seorang lelaki dengan 2 orang perempuan dalam satu


kumpulan”
3. Murid-murid akan mencari pasangan yang ditentukan mengikut arahan dan
msuk ke dalam gelung yang disediakan.
4. Sekiranya sesiapa yang tidak dapat memenuhi arahan yang diberikan oleh
guru, mereka akan disingkir pada pusingan tersebut.
5. Aktiviti dilakukan sehingga tinggal hanya satu kumpulan sahaja.

PENUTUP :

1. Setelah selesai murid-murid membantu menyimpan balik peralatan yang


digunakan ke pada tempat asal.
2. Murid berbaris masuk ke kelas

CATATAN :

Pastikan guru menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti


tersebut dan menyediakan peti kecemasan sekiranya berlaku kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai