Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


SESI AKADEMIK 2023/2024

SEKOLAH RENDAH AGAMA


BERSEPADU KERAJAAN JOHOR
BATU PAHAT
PENGENALAN
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau
tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama
program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

MATLAMAT
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara formal di Tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak
masalah.

OBJEKTIF
1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar

TEMA PROGRAM

“ MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA”

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara
aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu-membantu di antara satu dengan lain
serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi
menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat
meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta
bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-
aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan
diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada
atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-
sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan
minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu
bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya mereka
yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran
mereka di Tahun Satu.
AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI
AKADEMIK 2023/2024

Pengerusi :

Faizal bin Yunos (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :

Zainah binti Mohamed Ibrahim


(Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 1

Rafiah binti Affandi (Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2

Mohd Azharri bin Haji Diman


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha & Penyelaras Program :

Mohamad Zulfitry Bin Mohd


Zulfakar

Ahli Jawatankuasa

Semua Guru Tahun 1


20 MAC 2023 (ISNIN) – PROGRAM MINGGU UKHWAH SEKOLAH (MUS)
MASA PERKARA TINDAKAN

8.00 – 8.30 Aktiviti Fizikal Guru Tahun 1


(15 minit)  SENAMROBIK mengikut jadual

Fasilitator :
Perbualan Awal – HAI KAWAN-KAWAN!
1 Maliki :
 Sesi taaruf bersama fasilitator.
Mohd Shahril bin
8.30 – 9.30  Murid memperkenalkan diri sendiri dan
Ithnin
(60 minit) mengenali rakan sebaya.
 Bersalaman dengan guru dan rakan-
1 Syafie :
rakan mengikut jantina
Faridah binti Abu
Naim
- TATACARA DAN ADAB DI
REHAT
KANTIN (MINUM PAGI) Fasilitator :

- Bacaan doa sebelum dan selepas makan. 1 Maliki :


9.30 – 10.00
- Adab makan dan minum di kantin. Mohd Shahril bin
(30 minit)
- Tatacara meletakkan cawan dan pinggan. Ithnin
- Tatacara membeli makanan dan
minuman. 1 Syafie : Faridah
binti Abu Naim
Aktiviti Fizikal - SEKOLAHKU
SYURGAKU Fasilitator :
(LAWATAN PRASARANA SEKOLAH)
1 Maliki :
 Nama kemudahan prasarana yang Nuratikah binti Abu
10.00 – 11.00
(60 minit)
terdapat di sekolah. Bakar
 Peraturan dan larangan semasa
menggunakan insfrastruktur 1 Syafie :
sekolah. Emi Ziwana binti
. Jamian
Aktiviti Rutin Kelas - KELASKU SAYANG
Fasilitator :
 Ucapan lafaz salam dan menjawab salam.
 Bacaan doa sebelum belajar. 1 Maliki :
 Mendedahkan kepada murid tentang Zam Zam bin
11.00 – 12.00
(60 minit)
cara penjagaan kelas dengan betul. Samurah
 Cara menggunakan peralatan di dalam
bilik darjah. 1 Syafie :
 Kepentingan menjaga kebersihan Waheda binti
bilik darjah. Geman

Rehat (MAKAN TENGAH HARI)


12.00 – 12.30
 Cuci tangan. Guru Bertugas
(30 minit)
 Bimbingan adab makan.

12.30 – 1.00 Aktiviti Pembelajaran Guru Tahun 1


(30 minit)  SELAWAT BUSHRO mengikut jadual
21 MAC 2023 (SELASA)
MASA PERKARA TINDAKAN
8.00 – 8.30 Aktiviti Fizikal Guru Tahun 1
(15 minit)  SENAMROBIK mengikut jadual

Rutin Kelas
 Ucap selamat
8.30 – 9.00  Bacaan doa Guru Tahun 1
(30 minit)  Tertib tempat duduk mengikut jadual
 Mengambil kedatangan
 Membersih dan mengemas kelas
Perbualan Awal
 Aktiviti Suai Kenal - Nyanyian Lagu
9.00 – 9.30
 Murid berkumpul di kelas masing masing.
Guru Tahun 1
(30 minit)  Sesi suai kenal guru kelas dan guru-guru mengikut jadual
mata pelajaran dengan murid-murid tahun 1.
 Murid menyanyikan lagu kebangsaan,
negeri, dan lagu sekolah.

Rehat
9.30 – 10.00
 Cuci tangan. Guru Bertugas
(30 minit)
 Bimbingan adab makan.

Aktiviti Pembelajaran
*Literasi Awal

 Menyanyi “Lagu ABC” oleh Didi and Friends.


10.00 – 11.00 Guru Tahun 1
https://www.youtube.com/watch?
(30 minit) mengikut jadual
v=CZ3BmywhIMQ

 Menyurih huruf kecil dan huruf besar


(Lembaran Kerja).
Aktiviti Fizikal
 Permainan mencari harta karun
11.00 – 12.00  Murid mencari harta karun di dalam pasir. Guru Tahun 1
(60 minit)  Guru meletakkan barang-barang seperti pensel, mengikut jadual
pemadam, duit syiling, guli, batu, dan
sebagainya.

Rehat (MAKAN TENGAH HARI)


12.00 – 12.30
 Cuci tangan. Guru Bertugas
(30 minit)
 Bimbingan adab makan.

12.30 – 1.00 Aktiviti Pembelajaran Guru Tahun 1


(30 minit)  SELAWAT BUSHRO mengikut jadual

21 MAC 2023 (SELASA)


MASA PERKARA TINDAKAN
1.00 – 1.30 Aktiviti Pembelajaran Guru Tahun 1 mengikut
(30 minit)  AMALI WUDUK jadual

REHAT
1.30 – 2.30
 Makan Tengah Hari Guru Bertugas
(60 minit)
 Solat

Akiviti Pembelajaran
2.30 – 3.30 Guru Tahun 1 mengikut
 TULISAN JAWI
(60 minit) jadual

Aktiviti Pembelajaran
3.30 – 4.30 Guru Tahun 1 mengikut
 BACAAN AL- FATIHAH /
(60 minit) jadual
SURAH – SURAH LAZIM
22 MAC 2023 (RABU)
MASA PERKARA TINDAKAN

Guru Tahun 1
8.00 – 8.30 Aktiviti Fizikal
mengikut
(30 minit)  SENAMROBIK
jadual

Guru Tahun 1
8.30 – 9.00 Perbualan Awal
mengikut
(30 minit)  “Lets Read Activity” (-an words and -at words)
jadual

Aktiviti Pembelajaran
*Literasi Awal

Telur Pecah (Aktiviti Kumpulan)


 Aktiviti dilaksanakan secara kumpulan.
 Murid bekerjasama dengan rakan untuk
memadamkan huruf besar dan huruf
kecil.
Guru Tahun 1
9.00 – 9.30
 Kumpulan yang paling cepat mengikut
(30 minit)
menghabiskan tugasan dan dapat menyebut jadual
nama huruf dengan betul dikira sebagai
pemenang.

Rehat
9.30 – 10.00
 Cuci tangan. Guru Bertugas
(30 minit)
 Bimbingan adab makan.

Aktiviti Suai Kenal


Guru Tahun 1
10.00 – 10.30  Berbincang keadaan fizikal dan peraturan
mengikut
(30 minit) di makmal komputer.
jadual
 Menggambarkan “Bilik Komputer Idamanku”

Aktiviti Fizikal
Guru Tahun 1
10.30 – 11.00  Bersenam / bermain/ berjalan / rekreasi aktif
mengikut
(30 minit) (aktiviti di padang, permainan
jadual
“Datuk Harimau”, bola speak)
Aktiviti Pembelajaran
Numerasi Awal Carta Jantina Kelas
 Murid diberi pelekat berwarna merah.
11.00 – 12.00  Setiap murid meletakkan pelekat mengikut Guru Tahun 1
jantina masing-masing pada carta yang disediakan mengikut
(60 minit)
(Lembaran Kerja). jadual

Rehat (MAKAN TENGAH HARI)


12.00 – 12.30 Guru
 Cuci tangan.
(30 minit) Bertugas
 Bimbingan adab makan.

12.30 – 1.00 Aktiviti Pembelajaran Guru Tahun 1


(30 minit)  SELAWAT BUSHRO mengikut jadual

21 MAC 2023 (SELASA)


MASA PERKARA TINDAKAN

1.00 – 1.30 Aktiviti Pembelajaran Guru Tahun 1 mengikut


(30 minit)  AMALI WUDUK jadual

REHAT
1.30 – 2.30
 Makan Tengah Hari Guru Bertugas
(60 minit)
 Solat

Akiviti Pembelajaran
2.30 – 3.30 Guru Tahun 1 mengikut
 TULISAN JAWI
(60 minit) jadual

Aktiviti Pembelajaran
3.30 – 4.30 Guru Tahun 1 mengikut
 BACAAN AL- FATIHAH /
(60 minit) jadual
SURAH – SURAH LAZIM
PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2022/2023 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa / penjaga dapat
memberi sepenuh perhatian dan penglibatan terhadap anak mereka yang telah mendaftar di
sekolah ini agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.
Disediakan oleh,

…………………………………………………………..
(MOHAMAD ZULFITRY BIN MOHD ZULFAKAR)
Guru Bimbingan & Kaunseling
SRAB Batu Pahat

Tarikh :

Disemak oleh,

………………………………………
(ZAINAH BINTI MOHAMED IBRAHIM)
GPK 1
SRAB Batu Pahat

Tarikh :

Ulasan Guru Besar : _______________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

……………………………….
(FAIZAL BIN YUNOS)
Guru Besar
SRAB Batu Pahat

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai