Anda di halaman 1dari 5

Program Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2022

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SERGUNIM,
96250 MATU

1. PENDAHULUAN

Program lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program yang sangat berkesan bagi
mengeratkan ukhwah dan membuka minda murid-murid mengenai sesuatu pengalaman yang
baharu. Program lawatan sambil belajar yang akan diadakan dapat memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan
corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. Selain itu,
program ini diharapkan juga akan dapat membuka minda pelajar dengan mengaplikasikan ilmu
yang mereka dapati sepanjang program ini. Program ini juga dicadangkan sebagai satu usaha
yang berterusan ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai cita-cita dan matlamat hidup serta
berpandangan jauh melalui pengalaman yang akan ditimba sepanjang program lawatan sambil
belajar ini.

2. OBJEKTIF

• Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar membina
keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
• Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana tempat dan pengalaman yang
baharu.
• Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat hidup dan berpandangan jauh.

3. KUMPULAN SASARAN

BIL PESERTA BILANGAN


KATEGORI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 MURID TAHUN 6 10 12 22
2 GURU 2 4 6
JUMLAH PESERTA 12 16 28

1
Program Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2022

4. PERLAKSANAAN PROGRAM

Program lawatan sambil belajar ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26/11/2022 – 30/11/2022


Tempoh : 5 hari 4 malam
Tempat : Kuching, Sarawak

5. ANGGARAN PERBELANJAAN SECARA KASAR

PERKARA JUMLAH
Sewa Bas Catar (Eva Express) RM 7500
Homestay RM 3200
Tiket Lawatan:
1. Kampung Budaya RM 2500
2. Borneo Cultures Museum RM 200
Makanan:
1. Makanan Bungkus RM 2000
2. Makanan Basah RM 1500
RM 1100
Duit Saku Murid
(RM50/murid)
Jumlah Anggaran Perbelanjaan RM 18 000

6. CADANGAN TENTATIF PROGRAM *

26 November 2022 9.30 pagi Berkumpul di Stesen Bas Sibu


(Sabtu) 10.00 pagi Taklimat lawatan
10.30 pagi Bertolak ke kediaman di Kuching
6.00 petang Tiba di kediaman
Urus diri & solat
Makan malam

27 November 2022 5.00 pagi Solat & urus diri


(Ahad) 7.00 pagi Sarapan
8.00 pagi Bertolak ke Kampung Budaya Sarawak
- Melawat Kampung Budaya
- Menyaksikan persembahan
- Makan tengahari & solat
2.00 petang Bertolak ke Pantai Damai
- Melawat Pantai Damai
4.00 petang Perjalanan Pulang ke kediaman
6.00 petang Urus diri

2
Program Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2022

Solat
BBQ
Makan malam

28 November 2022 5.00 pagi Solat & urus diri


(Isnin) 7.00 pagi Sarapan
8.00 pagi Bertolak ke Pustaka Negeri Sarawak
- Taklimat oleh pihak Pustaka Negeri
- Melawat Pustaka Negeri
11.30 tengah hari Makan tengahari
Solat
1.30 tengah hari Bertolak ke Borneo Cultures Museum
- Melawat Borneo Cultures Museum
5.00 petang Perjalanan pulang ke kediaman
6.00 petang Urus diri
Solat
Makan malam
Sesi refleksi/perkongsian pengalaman

29 November 2022 5.00 pagi Solat & urus diri


(Selasa) 7.00 pagi Sarapan
Bertolak ke Petrosains Playsmart Kuching
- Melawat Petrosains Playsmart Kuching
11.30 pagi Makan tengahari
Solat
2.00 petang Sesi Santai / Membeli belah / Waterfront
6.00 petang Urus diri
Solat
Makan malam
Mengemas barang

30 November 2022 5.00 pagi Solat & urus diri


(Rabu) 6.00 pagi Sarapan
7.00 pagi Perjalanan pulang ke Sibu

Program Lawatan Sambil Belajar Berakhir

*tertakluk kepada sebarang perubahan

3
Program Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2022

7. AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PENASIHAT JOHARI BIN JABOK

PENGERUSI ROHANI BT ABDULLAH@PINI ANAK


UNGGAM

NAIB PENGERUSI FARIDAH BT CHE


PIENG LEE LEC
ROSLAN BIN SAMION

SETIAUSAHA/GURU KELAS NURHIDAYAH BINTI KERIA

BENDAHARI AMIRA NURHID BINTI ROLAHI

AHLI A) SEMUA GURU TAHUN 6


B) IBU BAPA MURID TAHUN 6
C) MURID-MURID TAHUN 6

KETUA ROMBONGAN JOHARI BIN JABOK

GURU PENGIRING NURHIDAYAH BINTI KERIA


WINNIE BEDA ANAK SENGIANG
HALEEDA BINTI ABDUL RAJIT
FAIZA BIN ISMAIL
MARYA BINTI HASSIM

8. PENUTUP

Perlaksanaan Program Lawatan Sambil Belajar adalah satu program yang cukup berimpak bagi
memberikan latihan dan pengalaman secara hands-on kepada para pelajar supaya mereka
berupaya untuk berpandangan jauh dan berketerampilan tinggi seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang bersifat holistik. Oleh yang
demikian, moleklah jika program sebegini diamalkan dan diadakan supaya murid-murid dapat
membuka minda dan mencedok ilmu pengetahuan apabila mereka mengunjungi sesebuah
lokasi yang serba baru. Ini juga akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk
menyumbang kepada sekolah pada masa akan datang dan diharapkan akan menyemai sifat
ingin tahu dalam diri murid. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi.

4
Program Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2022

Anda mungkin juga menyukai