Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA MENAIK TARAF


BILIK MUZIK
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Disediakan oleh:

En. Kasrul bin Hamzah


Guru Muzik SKPP, Port Dickson
Disediakan pada 24 Januari 2019

1. Tajuk
Kerja-kerja Ubahsuai dan Menaik Taraf Bilik Muzik

2. Latar Belakang

Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang adalah bilik yang


digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Muzik.
Ianya juga merupakan bilik khas di mana penggunaannya adalah secara
maksimum. Bilik yang sedia ada pada masa kini boleh dikategorikan dalam
keadaan yang di luar jangkaan dan tidak menepati kehendak sepenuhnya.
Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf bilik muzik ini
adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dan memenuhi tahap
kepuasan murid - murid. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah
ianya tidak dapat digunakan semaksimum mungkin kerana disebabkan
beberapa faktor seperti tidak kedap bunyi, Sekiranya cadangan permohonan
ini dapat direalisasikan ianya dapat memberi impak yang besar dalam
melahirkan murid - murid yang menjulang aspirasi Negara.

3. Objektif

Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut:


a) Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi murid –
murid.
b) Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
c) Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan mencukupi
untuk kegunaan murid dan sekolah.
d) Menepati kepuasan murid - murid dan ,mencapai tahap yang
ditetapkan.
e) Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan yang ada dalam
bilik tersebut.

4. Justifikasi
Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja mengubahsuai dan menaik
taraf Bilik Muzik seperti dilampiran.
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG
71250 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

SENARAI PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN


DI BILIK MUZIK

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN JUSTIFIKASI


KOS (RM) PROJEK
1. Mengganti pintu Kerja-kerja Pintu sedia ada
bilik muzik yang membekal dan RM 3000.00 adalah seperti kelas
sedia ada dengan memasang pintu biasa dan ianya
pintu cermin. cermin. adalah sama seperti
kelas biasa.
Keselamatan tidak
terjamin kerana
ianya mudah
dimasuki kerana
hanya menggunakan
mangga.
2. Memasang kedap Kerja-kerja Bilik Muzik
bunyi yang membekal dan RM5000.00 mempunyai kedap
bersesuaian memasang dinding bunyi yang tidak
kedap bunyi sepadan dengan
keperluan bunyi
yang sedia ada.
Bunti dari alatan
muzik yang
dimainkan oleh
murid akan
mengganggu murid-
murid lain yang
sedang belajar di
dalam kelas
berhampiran.
3. Memasang rak Kerja – kerja Alatan muzik yang
atau kabinet membekal dan RM 5000.00 sedia ada disimpan
penyimpanan alat memasang rak atau di dalam kotak.
muzik. cabinet.
4. Memasang cermin Kerja – kerja Murid – murid hanya
lekap ke dinding membekal dan RM 4000.00 berbekalkan cermin
memasangkan kecil untuk membuat
cermin besar ke latihan apresiasi
dinding. wajah.

Disediakan oleh Disahkan oleh:

…………………………… …………………
Kasrul bin Hamzah Md. Izzuddin b. Mohd Shah
Guru Muzik Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
71250 Port Dickson 71250 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus Negeri Sembilan Darul Khusus

Anda mungkin juga menyukai