Anda di halaman 1dari 2

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan


yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu
dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-
ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,
“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan
itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-
celah batu.

Tony akan mentertawakan rakannya itu.


Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka
tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan


apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun
Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan
kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka
selalu tertipu dengan helah Tony.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-


rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung!
Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan
itu.

Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-


celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua
menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit
Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony.
Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan
oleh jerung itu.

Oleh itu, janganlah kita suka mempermainkan


orang lain, kerana akhirnya akan merosakkan diri
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai