Anda di halaman 1dari 4

Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2017

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SERGUNIM,
96250 MATU

1. PENDAHULUAN

Program lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program yang sangat berkesan bagi
mengeratkan ukhwah dan membuka minda murid-murid mengenai sesuatu pengalaman yang
baru. Program lawatan sambil belajar yang akan diadakan dapat memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat
pelajar. Selain itu, program ini diharapkan juga akan dapat membuka minda pelajar dengan
mengaplikasikan ilmu yang mereka dapati sepanjang program ini. Program ini juga
dicadangkan sebagai satu usaha yang berterusan ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai
cita-cita dan matlamat hidup serta berpandangan jauh melalui pengalaman yang akan ditimba
sepanjang program lawatan sambil belajar ini.

2. OBJEKTIF

 Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar membina


keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
 Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana tempat dan pengalaman yang
baru.
 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
 Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat hidup dan berpandangan jauh.

3. KUMPULAN SASARAN

BIL PESERTA BILANGAN


KATEGORI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 MURID TAHUN 6 12 13 25
2 GURU 3 3 5
JUMLAH PESERTA 15 16 31

1
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2017

4. PERLAKSANAAN PROGRAM

Program lawatan sambil belajar ini akan diadakan selama satu hari sahaja dan tarikh adalah
seperti yang tertera dibawah:

Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu)


Tempat : Mukah, Sarawak

5. ANGGARAN PERBELANJAAN SECARA KASAR

PERKARA JUMLAH
Sewa Van RM 800
Kingwood Resort Mukah RM 1150
Lamin Dana (Lawatan) RM 450
Jumlah Anggaran Perbelanjaan RM 2400

6. CADANGAN TENTATIF PROGRAM

11 November 2017 6.00 pagi Berkumpul di kelas Tahun 6 / Sesi Melapor


(Sabtu) 6.30 pagi Diri
8.30 pagi Perjalanan menuju dari Matu ke Mukah
Bertolak terus ke Lamin Dana, Kpg Tellian
 Melawat / Menjalankan aktiviti di
Lamin Dana
11.00 pagi  Sesi Cenderahati
Bertolak ke Balai Bomba dan Penyelamat
Mukah
 Sesi bersama pihak Bomba dan
Penyelamat
1.00 pagi  Sesi Cenderahati
1.30 tengahari Solat Zohor / Bersenggang
2.00 petang Bertolak ke Kingwood Resort Mukah
4.45 petang Sesi Santai / Buffet / Swimming Pool
5.00 petang Berkumpul / Sesi Melapor Diri (Sebelum
balik)
Bergerak balik ke Matu

Program Lawatan Sambil Belajar Berakhir

2
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2017

7. AHLI JAWATANKUASA

Sila rujuk lampiran.

8. PENUTUP

Perlaksanaan Program Lawatan Sambil Belajar adalah satu program yang cukup berimpak
bagi memberikan latihan dan pengalaman secara hands-on kepada para pelajar supaya
mereka berupaya untuk berpandangan jauh dan berketerampilan tinggi seiring dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang bersifat holistik. Oleh
yang demikian, moleklah jika program sebegini diamalkan dan diadakan supaya murid-murid
dapat membuka minda dan mencedok ilmu pengetahuan apabila mereka mengunjungi
sesebuah lokasi yang serba baru. Ini juga akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk
menyumbang kepada sekolah pada masa akan datang dan diharapkan akan menyemai sifat
ingin tahu dalam diri murid. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi.

3
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2017

9. LAMPIRAN

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PENASIHAT JOHARI BIN JABOK

PENGERUSI SAMSIAH BINTI MESALEH

NAIB PENGERUSI FARIDAH BT CHE


WAN ASBI BIN WAN CHULA
PETHE BIN MORNI

SETIAUSAHA WINNIE BEDA ANAK SENGIANG

BENDAHARI WAN ASBI BIN WAN CHULA

AHLI a) SEMUA GURU TAHUN 6


b) IBU BAPA
c) MURID-MURID TAHUN 6

KETUA ROMBONGAN WAN ASBI BIN CHULA

GURU PENGIRING FAIZA BIN ISMAIL


NUR SU’AIDAH BINTI MOHD NOR
WILLSON BIN INGGEH
WINNIE BEDA ANAK SENGIANG
DAYANGKU SALMA SAFAWATI

Disediakan oleh,

………………………………………....................................
WINNIE BEDA ANAK SENGIANG
(SETIAUSAHA KELAS TAHUN 6 SK OK SERGUNIM, MATU)

Disahkan oleh,

..................................................................................................
JOHARI BIN JABOK
(GURU BESAR SK OK SERGUNIM, MATU)

Anda mungkin juga menyukai